Wednesday, November 25, 2009

Bab Pertama : Batu berbentuk Rumah dijadikan Perantaran

Ritual-ritual yang dilakukan dipersekitaran "ka'aba" rekaan manusia ini telah ditetapkan dengan peraturan-peraturan yang aneh. Pengunjung-pengunjungnya mesti tunduk dan menonggeng menghadap kepada sebuah struktur yang dibina dari batu yang dipahat dari gunung; mereka diwajibkan mengelilingi mengikut pusingan bertentangan dengan arah pusingan jarum jam sambil melaung-laung kepada Allah, "Lai-ba-kal-lah-hu-lama-baik" (laungan-laungan ini tidak terdapat dimana-manapun dalam Al Quran) dan mereka menguatkan suara mereka setiap kali mereka hampir dengan rumah yang mereka anggap "suci". Mereka mencium seketul batul hitam yang dipasak disatu sudut, dan ada yang menangis-nangis dan ada yang meratap-ratap kepada batu ini. Mereka tidak pernah nafi mereka menyembah Allah melalui batu ini. Tetapi untuk menyedapkan mulut mereka panggil struktur yang diperbuat dari batu-batu gunung ini sebagai rumah Allah.

Struktur batu empat segi ini sentiasa dikerumni oleh beribu-ribu manusia pada bila-bila masa saja tidak kira siang atau malam - dua puluh empat jam setiap hari tujuh hari satu minggu. Semasa bulan "haji" (satu perkataan yang telah disisip oleh penjaja-penjaja agama) tidak kurang dari dua juta manusia dari seluruh pelusuk dunia akan menyembahnya secara serentak. Ini menjadikan patung berbentuk rumah ini patung batu yang paling popular sekali dimuka bumi ini. Pada tajuk yang akan datang saya akan menerangkan bagaimana penjaja-penjaja agama Arab telah berkomplot menukar Islam - kepada satu agama menyembah batu. Dengan berbuat demikian mereka telah dengan sengaja memutar belit kalimah-kalimah atau perkataan-perkataan Allah dalam Al Quran dan memperdangangkannya dengan harga yang murah.

3 comments:

  1. penulis ini telah murtad dgn mengata sesuatu yg dia tidak cuba untuk mengkaji. memang ada perkara2 aneh dalam ugama yg dgn sengaja ALLAH jadikan sebagai ukuran keimanan. saudara telah murtad

    ReplyDelete
  2. Saudara.... saya ingin ingatkan kembali kepada saudara tentang kisah sewaktu Adam diciptakan.... Allah telah berkata kepada seluruh malaikat bahawa Dia akan menjadikan Manusia sebagai khalifah dibumi...Manusia adalah ciptaan makhluk Allah yang paling agung....


    Sebagai tanda keagungan akan penciptaan manusia iaitu Adam... Maka Allah memerintahkan kepada seluruh Malaikat bahawa "SUJUDLAH KAMU KEPADA ADAM" Malaikat yg mendengar perintah Allah itu dengan taat terus SUJUD KEARAH ADAM.......


    Saya mahu tanya saudara...

    "PERSOALANNYA APA PARA MALAIKAT ITU SEMBAH NABI ADAM?? KRN MALAIKAT ITU SUJUD KEARAH ADAM........."


    Orang2 Islam sejak zmn Nabi Muhammad saw itu hingga saat ini kalau solat menghadap kiblat iaitu KAABA (bangunan batu empat segi itu)......apabila solat dilaksanakan dan pada saat laungan memuji kebesaran Allah "ALLAHU AKBAR" iaitu Allah Maha Besar..... Maka org2 solat akan SUJUD...SUJUD KEARAH KAABA.....


    PERSOALANNYA APA ORG2 ISLAM ITU SEMBAH KAABA?? KRN ORG2 ISLAM ITU SUJUD KEARAH KAABA.......


    ********************************************

    Itu adalah beberapa jawapan bagi kenyataan dari org2 kristian yg pada waktu itu dengan megahnya berkata dgn saya bahawa org2 islam itu sembah Kaaba..batu hitam itu.......... Lantas sy berdoa smoga Allah menunjuki saya jalan yg lurus..maka sy terus teringat kisah malaikat dgn penciptaan Adam.....


    Renungkanlah saudara.....


    Konsep disitu sama..kita tahu malaikat itu tidak sembah Adam...tetapi itu adalah perintah ALLAH kepada mrk..... malaikat sujud kearah Adam tetapi malaikat itu sembah Allah sebenarnya..krn itu adalah perintah Allah...


    Begitulah pula dgn umat islam hari ini... rujuk surah al-baqarah ayat 149..krn dari ayat itu Allah memerintahkan supaya solat menghadap masjidil haram...kita tahu dalam solat kita BERDIRI, RUKUK & SUJUD..jadi bayangkan perintah Allah itu yg menyuruh kita solat menghadap Masjidil haram?? Secara tidak langsung kita akan SUJUD kearah Kaaba...


    Perintah sama seperti Allah menyuruh malaikat sujud kearah Adam....


    Kita tahu malaikat dan umat islam tidak sembah Kaaba mahupun sembah Adam..tetapi konsep sama iaitu perintah dari Allah..... NIAT... YA itu jawapannya...Malaikat sujud kepada Adam bukan NIAT sembah Adam.... Umat islam sujud kepada Kaaba bukan NIAT sembah Kaaba.....Kita sembah ALLAH..... itulah NIAT YG BETUL!!!

    Assalamualaikum.....
    Nur ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kalau kita renungkan kisah Adam dan malaikat, ada tujuan kenapa Allah suruh malaikat sujud kepada Adam iaitu kerana Adam lebih mengetahui banyak sifat-sifat (asmaa) daripada malaikat.

    Tetapi kiub batu di tanah Arab itu bukan sahaja tidak berpengetahuan daripada manusia, malah ia telah dibina oleh tangan-tangan manusia. Sedangkan Adam diciptakan oleh Allah.

    Maka kalau nak dijadikan kisah Adam dan malaikat itu sebagai perumpamaan kepada sujud kepada kiub batu itu, adalah satu yang lemah kerana kisah malaikat sujud kepada Adam itu ada hikmahnya, sedangkan perbuatan sujud beritual ke arah kiub batu itu tidak ada ertinya.

    ReplyDelete