Wednesday, July 27, 2011

Bab Ketiga (2): Cerita Dongeng Orang Arab Tentang Ka’abah


Walaupun tanpa membuat sebarang perbandingan diantara agama Arab dengan agama Hindu dalam persamaan aktiviti-aktiviti ritual, ianya tidak boleh dinafikan amalan-amalan ritual yang dilakukan diMekah buat masa kini adalah warisan amalan-amalan agama pagan purba yang memberi tumpuan kepada berhala-berhala yang diperbuat dari batu oleh tanggan-tanggan manusia.

Nabi Ibrahim telah dipilih oleh Allah untuk menjadi Imam kepada kesemua manusia (2:124) - (ini termasuklah orang-orang Melayu -sebab mereka pun manusia juga).  Allah jadikan dalam sistemNya bekalan atau providence sebagai sumber ketenteraman untuk manusia. Mereka diminta jadikan kedudukan Ibrahin yang telah berkomited mensucikan sistem Allah dengan anaknya Ismail untuk segolongan manusia yang bertekun, dan yang merendahkan diri, dan mereka yang bersetuju. (2:125).

Komitmen yang jelas oleh Ibrahim mensucikan sistem Allah ialah - bilamana dia musnah berhala-berhala kaumnya yang dijadikan ikon sebagai object perantaran untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ritual. Ibrahim faham  - manusia sebagai hamba Allah harus mengabdikan diri mereka hanya kepada Allah yang ghaib - tanpa sebarang simbolik yang mempunyai reka-bentuk diperbuat dari batu, kayu, besi, atau bahan-bahan lain yang dicipta oleh Allah. Selepas dia musnahkan berhala-berhala kaumnya dia bertanya kepada mereka:

  • "Dia bertanya, "Macam mana kamu boleh abdikan diri kamu kepada apa yang kamu ukir sendiri - sedangkan Allah yang menciptakan kamu dan segala apa yang kamu buat?" (37: 95-96)

Sejak zaman purba lagi batu adalah bahan lazim (mungkin ianya tahan lasak) diukir dengan pelbagai bentuk rupa untuk dijadikan simbol yang dikaitkan dengan Tuhan Semesta Alam. Ianya dibina atau diukir mengikut  kepercayaan satu-satu kaum itu. Orang-orang Arab kunu percaya Tuhan mereka tinggal dalam rumah yang tidak bertingkap - jadi mereka bina sebuah rumah ditengah-tengah padang pasir lalu diberi nama "Rumah Allah" atau "Baitul-lah". Yang peleknya istilah "Baitul-lah" tidak ada dalam Quran! Apabila mereka sembahyang mengadap rumah ini mereka panggil "Allah-hu-Akbar" - dan bertambah pelek lagi bila perkataan "Allah-hu-Akbar"  ini juga tidak ada dalam Quran!

Apa saja bangsa atau kaum yang tidak pernah menerima petunjuk dari Allah mereka akan mengikuti kepercayaan nenek moyang mereka termasuklah orang-orang Arab dan juga orang-orang Melayu. Pada asalnya orang-orang Melayu adalah animistik dan kepercayaan mereka bercampur aduk dengan ritual-ritual agama Hindu, agama Arab dan amalan karut-marut.

Apabila Allah memberi Rahmat kepada orang-orang Melayu dengan petunjukNya dalam Al Quran - mereka tidak mengambil berat untuk mengkaji selidik isi kandungan KitabNya. Mereka memilih untuk mentaati secara membabi buta apa saja yang diajar oleh orang-orang Arab - semata-mata kerana orang Arab lebih faham bahasa Al Quran - walaupun dengan jelas Allah menetapkan "orang-orang Arab itu amat keras kekafiran dan kemunafikan mereka - dan mereka tidak layak mengetahui batas-batas yang diturunkan Allah kepada RasulNya." (9:97).

Apabila orang-orang Melayu merelakan diri mereka menjadi Pak Turut kepada agama yang diasaskan oleh orang-orang Arab mereka terpaksa berkomited kepada rukun-rukun agama yang ditetapkan oleh bangsa ini walaupun ajaran-ajaran ini tidak ada dalam Al Quran. Salah satu darinya ialah mengerjakan ”Haji” .  Orang-orang Arab adakan istilah "Haji" ini setelah mereka korup kalimah Allah dalam Al Quran. Walaupun tanpa Al Quran - seharusnya orang Melayu dapat lihat dan berfikir - segala aktivi-aktiviti ritual ini mempunyai pengaruh dan unsur-unsur amalan pagan. Misalnya:

  • Amalan "Haji" ini harus dilakukan dibeberapa tempat yang mempunyai berhala-berhala selama sepuluh hari untuk memenuhi nilai-nilai pantang larang kepercayaan agama pagan nenek moyang Arab jahiliah. Ritual-ritual dan fomula-fomula seruan serta upacara-upacara yang dipatuhi dibeberpa tempat dimana berhala-berhala ini didirikan menjadi tempat pesinggahan atau stesen dikekal sehingga sekarang.

Untuk menghalang manusia dari jalan Allah - orang-orang Arab telah menulis dengan tanggan mereka kitab-yang dipanggil sebagai kitab hadis - dengan cara berdusta mereka berkata amalan-malan pagan ini adalah dari perintah Allah. Yang paling malang - ada diantara orang-orang Melayu mempertahankan ajaran-ajaran yang direka oleh orang-orang Arab ini - sehinggakan mereka sanggup menjatuhkan hukum bunuh atas sesiapa saja yang ingkar kepada kitab-kitab ini. Kitab-kitab hadis rekaan orang-orang Arab ini dijadikan tunjang kepercayaan mereka - dan Kitab Allah tidak ada tempat dalam hidup mereka.

  • Sebelum memasuki kuil setiap jemaah diwajibkan berada dalam keadaan bersuci dengan mengenakan dua helai kain putih yang tidak berjahit yang diberi nama sebagai ”Ihram” (perkataan ini tidak ujud dalam Quran) dan mereka harus membuat laungan sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk mengabdikan diri kepada tuan punya rumah batu empat segi. Ini dinamakan ”Tarbiyah”. Amalan ini  dipamerkan melalui laungan yang dinamakan ”Ihlal” satu fomula pagan purba yang dinamakan ”Laa-Baik” dan diikuti dengan ritual-ritual berikut:

  • Mengelilingi bangunan batu empat segi secara berlawanan arah jarum jam sebanyak tujuh kali – dan ada juga yang melakukannya sebanyak sepuluh kali mengikut perintah Arab mana mereka patuhi. Setiap pusingan jemaah diwajibkan mencium seketul batu hitam yang dipasak dalam selonsong perak berbentuk kemaluan wanita yang dinamakan ”Hajar Aswat”. Hajar maksudnya ialah ”Batu” dan ”Aswat” maksudnya ”Hitam”. Bagi yang tidak dapat menciumnya – mereka diwajibkan melambai-lambai tanggan kepada ”Batu Hitam” ini - dan tidak kurang ada juga yang memberi isyarat "flying kiss" kepadanya. (Saya harap satu hari nanti Batu ini akan membalas lambain pengikut-pengikut agama Arab ini)

  • Setelah selesai berputar-putar tujuh atau sepuluh kali bangunan batu ini - jemaah akan melakukan ritual sembah mereka dengan gerak badan dibelakang sebuah tunggul binaan kecil yang dipasang dengan sangkar bersalutkan emas terletak beberapa meter dari bangunan utama batu empat segi. Dalam sangkar ini kelihatan acuan tembaga berbentuk tapak kaki – kononnya – ini menujukkan Nabi Ibrahim orang kebal sehingga boleh memijak tongkol tembaga sehingga dia boleh meninggal kesan tapak kakinya.

  • Sesudah menjalankan ritual sembah - mereka beredar ke satu kawasan tidak jauh dari bangunan batu empat segi untuk menjalankan satu lagi ritual diantara dua bonjol batu yang diberi nama Safa dan Maruah. Ritual ini dinamakan sebagai "Sa’ei". Disini jemaah akan berulang alik diantara dua tunggul batu tersebut sebanyak tujuh kali dan mereka juga diwajibkan untuk berlari-lari ditempat-tempat yang telah ditetapkan oleh orang-orang Arab. (Nampaknya tanpa batu-batu diMekah ini jemaah akan hilang punca).

  • Pada hari keenam jemaah agama Arab akan berangkat ke lokasi lain beberapa kilometer dari Mekah yang dinamakan sebagai Arafat untuk menjalankan satu lagi ritual. Ianya dinamakan sebagai ”Wukuf” yang sebenarnya satu lagi warisan amalan-amalan ritual pagan untuk menyembah kehebatan matahari. Jemaah akan berdiri untuk menghormati pergerakan matahari dari ditengah hari sehingga ianya tebenam. Untuk sempurnakan ritual ini mereka harus sentiasa berdiri.

  • Apabila terbenam saja matahari jemaah semua akan bersegera (satu lagi ritual yang dinamakan ifada) untuk pergi ke Muzalifah - satu kawasan terbuka lebih kurang empat kilometer dari Mina. Disini terdapat satu lagi menara yang dianggap suci oleh orang-orang Arab dan orang-orang bukan Arab diwajibkan untuk berjaga sepanjang malam sambil melaung-laung mantra dari masa kesemasa sepertimana yang diajar oleh ulamak-ulamak mereka – kadang-kadang bila didengar dengan betul-betul ianya seakan-akan laungan untuk berperang yang dilaungkan oleh pahlawan-pahlawan Red Indian yang kita lihat dalam filem hollywood. Disini juga jemaah akan mengutip batu-batu kecil dipermukan bumi (yang dibekal dan ditabur dimerata-rata pemukaan bumi oleh kerajaan Arab sebelum acara tahunan bermula) untuk dijadikan senjata pemusnah untuk merejam syaitan.

  • Untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti ritual warisan pagan Arab – kesemua jemaah diwajibkan pergi ke Mina pada hari kesepuluh. Mina pada asalnya adalah satu kawasan ritual korban dizaman purba dan ianya terletak diantara perjalanan balik ke Mekah. Pembawa-pembawa obor agama pagan Arab pada mulanya membina sebuah tiang batu sebagai simbol syaitan – dan kesemua jemaah diwajibkan merejam syaitan ini dengan batu-batu yang dikutip diMuzalifah. Bagi jemaah yang kehabisan batu (tapi masih high lagi) – kadang-kadang sliper dan kasut pun jadi. Ritual rejam ini menandakan berakhirnya keadaan suci jemaah yang mengerjakan haji – dan dari saat itu mereka bolehlah menjalankan cara hidup mereka yang normal.

  • Nota: Tidak dapat dinafikan mereka yang mentaati agama pagan Arab ini sudah di-brainwashed dari awal-awal lagi supaya minda mereka membayangkan tiang batu yang mereka rejam itu adalah syaitan. Sudah beratus-ratus tahun syaitan ini kena rejam – tetapi dia masih hidup sampai sekarang. Bukan itu saja, beberapa tahun lalu syaitan ini telah mendapat peruntukan khas dari Kerajaan Saudi untuk dinaikkan-taraf wajahnya – jadi sekarang syaitan ini berwajah struktur dinding yang lebih canggih dari wajahnya yang asal. Sepatutnya zaman sain dan teknologi sekarang mereka tidak perlu lagi mengunakan batu - tetapi disebabkan "Batu" amat penting dalam kepercayaan pagan - mereka tidak akan menukar status quo.

  • Kemuncak prosiding ritual pagan ini adalah korban binatang-binatang ternakan. Ini adalah satu adat warisan purba orang-orang Arab pagan melaksanakan korban binatang untuk menawarkannya kepada tuhan-tuhan mereka. Ritual ini dijalankan diatas batu granit dicerun gunung Thabir, satu kawasan yang kononnya lokasi dimana Nabi Ibrahim cuba sembelih anaknya. Mengikut Al Quran Allah mengutuk keras apa saja bentuk korban yang ditawarkan kepadaNya. 

  • ” Dan mereka menawarkan untuk Allah dari apa yang telah diciptaNya dari hasil ladang dan ternakan-ternakan yang dibahagi-bahagikan dengan mengatakan, ”Ini bahagian untuk Allah menurut anggapan mereka – dan bahagian ini pula untuk sekutu-sekutu kami.” Sesungguhnya apa yang diperuntukkan untuk sekutu-sekutu mereka tidak akan sekali-kali sampai kepada Allah – dan apa yang diperuntukkan kepada Allah  – maka ianya akan sampai kepada sekutu-sekutu mereka akhirnya. Amat buruk apa yang mereka tetapkan.” (6:136)

Titik tumpuan aktiviti korban ini sebenarnya adalah darah binatang-binatang yang disembelih. Ritual ini dijalankan selama tiga hari. Selepas mereka gagal membunuh syaitan diMina - hari kesebelas mereka akan mula korban binatang-binatang ternakan - dan orang-orang Arab akan tunggu dilokasi ini sehingga darah binatang-binatang ini kering pada hari ketiga belas. Tiga hari ini dinamakan sebagai ”Tashrik” – yang bermaksud ”mengaitkan” atau (associate) darah-darah korban dengan Allah. Apabila darah-darah ini kering ianya tanda tuhan mereka telah tahbiskan atau tuhan mereka telah memberi lesen kesempurnaan ritual mereka untuk tahun itu. Orang-orang Melayu yang dapat lesen ini akan mengguna perkataan "Haji" atau "Hajjah" didepan nama mereka.

Yang paling aneh sekali, perkataan-perkataan seperti Ihram, Talbiya, ihlal, la-baik, hajar aswat, wukuf dan Ifada tidak pernah langsung disebut oleh Allah dimana-mana ayatNya dalam Al Quran. Kesemua terminologi ini hanya digunakan oleh Arab-Arab pagan zaman jahiliah. Mengikut Al Quran Allah telah memberi amaran kepada Nabi Ibrahim dalam sura 22:26 dengan amaran ”Ann-Laa-Tushrik-Bi-Syai-ann” atau ”Jangan sekali-kali kamu kaitkan Aku dengan apa saja sekali pun”.

(Nota: Ada ulamak besar diMalaysia cuba mempertikaikan ”Tashrik” dieja sebagai ”Tashriq” - jadi ianya tidak serupa. Malangnya buku panduan dalam bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Kerajaan Saudi mengeja perkataan ini dengan mengunakan ”Kaf” bukan ”Qaf”.)

Bagi orang-orang yang mengaku mereka hanya berpegang kepada ajaran Al Quran semata-mata – tetapi masih lagi percaya kepada ”Ka’abah” dan ritual-ritual ”haji” – mungkin mereka mempunyai fomula dan  istilah-istilah yang lebih canggih dari Arab-Arab pagan bila mereka mengerjakan ritual "Haji".


Friday, July 22, 2011

Bab Ketiga (1): Cerita Dongeng orang Arab Tentang Ka’abah




Untuk memberi nyawa dan menyemarakkan kepercayaan asal agama pagan – orang-orang Arab telah membina sebuah tokong empat segi dan menamakannya sebagai ”ka’abah” untuk meneruskan aktiviti-aktiviti menyembah berhala yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Mereka membuat satu cerita dongeng supaya pengikut-pengikut mereka percaya amalan-amalan pagan yang dilakukankan disekeliling berhala ini adalah salah satu daripada rukun Islam. Mereka telah menyalahgunakan kalimah Allah untuk tujuan jahat mereka.

Dalam Al Quran perkataan ”Ka’ab” yang bermaksud Buku Lali atau ”Ankle” disebut sebanyak tiga kali. Perkataan ini adalah ”Kata Nama” atau ”Noun” dan perkataan-perkataan derivatifnya hanya boleh diguna untuk menunjukkan kepada perkataan ”dwi”, ”majmuk” dan gender sahaja. Ini berbeza dengan ”Kata Kerja” atau ”Verb” yang boleh menghasilkan lebih banyak derivatif. Jadi perkataan ini tidak boleh mendatangkan maksud selain dari maksud asalnya - bermakna "Buku Lali" tidak boleh ditafsir mengikut sesuka hati penterjemahnya sebagai sebuah rumah atau pondok - kereta lembu atau pun kereta kuda. Malangnya itulah yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah.

Dalam ayat 5:6 perkataan ini disebut sebagai ”Ka’byan” yang bermaksud ”Kedua mata Buku Lali” – dan dalam ayat 5:95 ianya disebut sebagai ”Bali-ghal- Ka’ba-ti” yang merujuk kepada "Kematangan Buku-buku Lali” binatang. Bali-ghal berasal dari akar kata Ba-la-gha.  Ba-ligh dan Bali-ghal merujuk kepada "matang atau cukup umur".  Dua ayat selepasnya, iaitu ayat 5:97 terdapat juga perkataan ”Ka’ba’ta” sebagai perkataan majmuk – dari kontek larangan memburu semasa bulan-bulan yang dilarang memburu hidupan liar kecuali makanan laut yang diperincikan dari ayat 94 hingga ayat 98.

Ayat 5:97 adalah ayat ulungan dari ayat 5:2 yang menjelaskan sebab-sebab mengapa manusia harus berpegang kepada janji mereka untuk menjaga keharmonian sistem yang ditetapkan oleh Allah. Perkataan ”Baytal-Harama” dalam ayat 5:2 dan 5:97 merujuk kepada apa yang telah dijadikan sebagai sekatan yang ditetapkan atau ”Sanctioned” oleh Allah untuk manusia menghormatinya. Pemuliharaan Hidupan Liar adalah salah satu perkara yang paling penting yang ditetapkan Allah dalam sistemNya sebagai satu komitmen hamba-hambaNya. (Ayat-ayat berkaitan dengan tajuk Pemuliharaan Hidupan Liar ini akan diperjelaskan dalam Bab kesebelas nanti.)

Dalam Al Quran perkataan ”Ka’bah” tidak ujud – dan yang ada hanya perkataan-perkataan sepertimana disebut dalam surah 5 ayat 6, ayat 95 dan ayat 97 yang disebut bunyinya sebagai  "ka'byan", "Bali-ghal-ka'bati", dan "Ka'ba-ta".

Dalam surah 5 ayat 6 - atau - dimana-mana pun dalam Al Quran perkataan”Wuduk” juga tidak ujud. Perkataan-perkataan ini semua telah diada-adakan oleh musuh-musuh Allah untuk merosakkan petunjukNya dalam Al Quran sepertimana yang dilakukan oleh panganut-penganut agama Yahudi dan Nasrani.
Mengikut cerita-cerita dongeng orang Arab yang terdapat dalam buku-buku hadis mereka, mereka percaya patung batu yang ada diMekah sekarang dibina oleh malaikat-malaikat (satu mitos yang diciplak dari ajaran Bible) – dan ada juga ulamak-ulamak yang tidak sealiran membuat cerita ianya dibina oleh Adam (satu agak-agakan yang lazim dalam agama Arab). Ianya termusnah oleh banjir besar zaman Nabi Noh, dan kemudian ianya dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.

Ulamak-ulamak yang menjadi pak turut agama Arab pagan percaya kaitan Nabi Ibrahim dengan berhala ini bertarikh beribu-ribu tahun sebelum Al Quran diturunkan – walaupun mereka tahu musuh utama Nabi Ibrahim adalah orang-orang yang mengabdikan diri kepada Allah melalui berhala-berhala. Ulamak-ulamak ini boleh percaya Nabi Ibrahim mengambil risiko yang tinggi apabila dia musnah berhala-berhala kaumnya kemudian dia membina sebuah berhala lain yang lebih besar untuk pengikut-pengikutnya mengabdikan diri mereka kepada Allah melaluinya.

Yang anehnya apabila mereka berkata Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail membina sebuah berhala diMekah - mereka tidak nampak Allah menjelaskan kepada kita dalam Al Quran - Nabi Ibrahim tidak pernah menjejak kakinya diMekah (sedangkan mereka percaya Nabi Muhammad dilahirkan diMekah). Mengikut cerita-cerita dongeng orang-orang Arab, berhala ini asalnya dihiaskan dengan beratus-ratus patung pujaan arab-arab pagan sehinggalah Nabi Muhammad memusnahkan kesemuanya kecuali seketul batu hitam. Dalam kata lain, batu hitam atau Hajar Aswat adalah diantara patung-patung yang menghiasi rumah berhala orang-orang Arab - dan hari ini ramai orang-orang Melayu telah mencium batu itu. Ulamak mereka tidak pula bercerita mengapa batu hitam ini lebih istemewa dan lebih mulia dari patung-patung lain.

Mengikut pengakuan mereka sendiri selepas Nabi Ibrahim membina berhala ini – ianya telah dimusnah beberapa kali oleh banjir, dan juga oleh api dari pelita-pelita yang digunakan untuk menerangi berhala ini. Setiap kali ianya musnah mereka terpaksa membinanya semula dari bawah. Setiap kali berhala ini didirikan semula maka berlakulah beberapa perubahan, bentuk rupa dan ukurannya saiznya sebelum dan selepas Nabi Muhammad. Ini adalah pengakuan ulamak-ulamak sendiri – tetapi cerita begini tidak pernah disebut dimana-mana ayat dalam Al Quran.

Oleh kerana Allah sendiri mengutuk apa saja bentuk aktiviti ritual dan sembahan, apa saja ide tentang Allah memerlukan sebuah rumah dan manusia harus memuliakan seketul batu hitam diMekah adalah satu rekaan semata-mata. Orang-orang yang waras boleh membuat perbandingan yang terang diantara apa yang dikerjakan oleh pengikut-pengikut agama Arab diMekah dengan agama Hindu yang lebih tua. Pengaruh Agama Hindu telah mejelajah jauh dari negeri asal mereka sehingga keBali di Indonesia. Benua Arab adalah jiran mereka yang terdekat dan ianya memerlukan perjalanan yang mudah melalui lautan Arab.

Kebanyakan aktiviti-aktiviti ritual yang dilakukan diMekah mempunyai persamaan dengan apa yang diamalkan dalam agama Hindu – dan disebabkan agama Hindu adalah lebih tua dari agama Arab – maka kita tidak boleh berkata aktiviti-aktiviti ritual agama Hindu telah meniru ritual-ritual agama Arab.

  • Ianya menjadi wajib bagi agama Hindu apabila mereka hendak menunaikan hajat dalam ajaran kitab Vedic untuk mensucikan diri ditokong-tokong yang suci - mereka memakai dua helai kain yang tidak berjahit. Satu helai dipakai dari pinggang dan satu helai lagi dipakai melintang keatas bahu mereka. Mereka diwajib bercukur kepala mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti ini.

  • Panganut agama Hindu telah lama diwajibkan berpusing-pusing keliling (tawaf) patung Shivan mengikut pertentangan perjalanan jarum jam (anti clockwise) sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama Arab.

  • Mengikut kitab Vedic juga - penganut agama Hindu diwajibkan sembahyang lima kali satu hari mengikut injuksi Panchamahayagna yang bermaksud Lima kali sembah.



Bersambung......

Tuesday, July 12, 2011

Sejarah Adalah Penting (3)




Orang-orang Melayu bukan saja ketinggalan dalam bidang Matematik dan Sain malahan sejarah yang diajar oleh Allah mereka tidak pernah ambil tahu. Kesemua mereka diajar dari kecil supaya percaya kepada Allah, Kitab-KitabNya, rasul-rasulNya, Malaikat-Malaikat dan hari Akhirat (4:136) - dan (qada’ dan qadar yang di tokok-tambah oleh ulamak mereka) sebagai ”Rukun Islam”.

Pada keseluruhannya mereka diajar - orang-orang Yahudi dan Nasrani telah sesat dari jalan Allah. Mereka berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak ikut apa yang ditetapkan oleh Allah dalam Kitab-KitabNya. Orang-orang Yahuidi telah merobah-robah apa yang ditetapkan oleh Allah – lalu mereka mengikuti apa yang tidak diajar oleh Allah. Dengan kata lain kepercayaan mereka berasaskan dari ajaran-ajaran selain dari Kitab Allah.

Apakah orang-orang Melayu lupa kitab-kitab hadis yang ditulis ulamak-ulamak juga bukan dari sisi Allah?

Apakah ada lagi orang-orang Melayu sombong yang akan berkata ”apa yang ditulis oleh ulamak-ulamak silam adalah dari sisi Allah”?

Kalaulah ada diantara orang-orang Melayu yang mengambil berat tentang kepercayaan mereka – sudah tentu mereka akan tahu bagaimana Bani Isreal boleh tersesat dari jalan Allah. Itulah sejarah yang sepatutnya mereka belajar – supaya mereka tidak tersesat macam orang-orang yang dilaknat oleh Allah.

Kebanyakan orang-orang Bani Israel sepertimana orang-orang Melayu juga – mereka tidak pernah terdedah kepada Kitab Allah. Apabila mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Kitab Allah – jalan yang paling mudah ialah – mereka cari orang-orang yang mengaku mereka lebih tahu. Dan orang-orang yang dikatakan lebih tahu pula – mereka sendiri tidak berpandukan kepercayaan mereka dari Kitab Allah – tetapi kepada kitab-kitab selain dari Kitab Allah. Itulah sikap buruk yang diajar oleh Allah kepada kita dalam Al Quran:

  • ”Dan dari mereka yang tidak pernah terdedah kepada Kitab (ummy-yu-naa) – mereka tidak mengetahui Kitab itu kecuali dongeng-dongengan dan tidak lain mereka hanya menduga-duga.” (2:78)

Kaum Bani Israel yang tidak terdedah kepada Kitab Allah – mereka akan bertanya kepada orang-orang yang mengaku diri mereka lebih mengetahui. Dan mengikut ayat 2:78 orang-orang yang mengaku mereka lebih tahu – mereka akan mengajar cerita-cerita dongeng dan mereka menduga-duga atau main agak-agak sahaja.

Sepertimana yang saya tulis sebelum ini ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani mengajar pengikut-pengikut mereka dari kitab-kitab selain dari Kitab Allah. Dan Allah berkata selain dari KitabNya – ajaran dari kitab-kitab lain adalah dongengan dan perasangka saja – ianya tidak ada kaitan dengan apa yang diajar oleh Allah. Apakah kita tidak boleh ambil pelajaran dari apa yang terjadi kepada kaum Bani Israel?

Kita tidak perlu tafsir perkataan ”Ummy-yu-naa” dalam ayat 2:78 kerana ayat tersebut menjelas maksudnya dengan tersendiri. Orang-orang yang ”Ummy” tidak mempunyai pengetahuan tentang Kitab Allah – ianya menunjukan mereka tidak pernah terdedah kepada Kitab Allah. Tetapi kalau kita tanya orang-orang yang mengaku bijak – mereka akan berkata – ”Ummy” maksudnya ”Buta Huruf”. Begitulah kebijaksanaan mereka apabila kepercayaan mereka berpandu kepada kitab-kitab selain dari Kitab Allah. Mereka tidak faham bagaimana membuat rujukan bersilang dari Al Quran.

Orang-orang Melayu juga termasuk dalam golongan kaum yang ”Ummy” – jadi tidak hairanlah apabila mereka mempunyai sikap kaum Bani Israel yang tidak mempunyai pengetahuan tentang Kitab Allah. Hasilnya mereka terpaksa bergantung kepada orang-orang yang mengaku diri mereka lebih mengetahui yang berpandukan kepercayaan mereka kepada kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak silam.

Ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani mencari makan dengan cara mengajar pengikut-pengikut mereka mengikut kitab-kitab yang ditulis oleh ulamak-ulamak silam mereka - dan orang-orang Melayu tidak nampak apa yang dilakukan oleh ulamak-ulamak bangsa mereka sendiri.

  • ”Maka ”Celakalah” bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tanggan mereka kemudian mereka berkata ianya dari sisi Allah – kerana mereka hendak memperdagang dengannya harga yang murah. Maka ”Celakalah” bagi mereka dari apa yang ditulis oleh tanggan mereka – dan ”Celakalah” bagi mereka dari apa yang mereka kerjakan.” (2:79)

Kitab hadis ”Gemarah” orang-orang Yahudi menjamin tiket Syurga kepada kepada pengikut-pengikut mereka – dan kalau pun mereka dimasuk kedalam Neraka – mereka hanya masuk untuk sementara sahaja. Dan sambungan dari ayat 2:79 Allah menceritakan kepada kita diantara tulisan-tulisan oleh ulamak Yahudi:

  • ”Dan mereka berkata, ”Tidak akan menyentuh kami Api Neraka itu kecuali hanya beberapa hari sahaja.” Tanya mereka, ”Sudahkah kamu mengambil disisi Allah perjanjian sehingga Allah tidak akan mungkir janjiNya – atau kamu berkata-berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan.” (2:80)

Allah tidak pernah membuat jaminan kepada sesiapa-pun. Tetapi itulah yang dipercayaai oleh penganut-penganut agama Yahudi. Dan – malangnya - kebanyakan orang Melayu juga percaya tempat akhir mereka adalah Syurga sebab mereka beragama Islam - dan mereka juga percaya kalau pun mereka dimasuk kedalam Neraka – mereka hanya masuk Neraka hanya buat sementara. - itulah apa yang diajar oleh ulamak-ulamak mereka.

  • "Mereka jadikan ulamak-ulamak dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain dari Allah...." (9:31)

Apabila orang-orang Yahudi dan Nasrani percaya kepada ajaran ulamak dan rahib-rahib mereka Allah kata mereka telah mempertuhankan ulamak-ulamak dan rahib-rahib mereka. Nampaknya kebanyakan orang-orang Melayu percaya mereka sudah dapat lesen dari Allah. 

Orang-orang Melayu sungguh bernasib baik bilamana Allah mewariskan KitabNya kepada mereka – Itu adalah satu tanda Rahmat dan kasih-sayangNya kepada mereka. Tetapi mereka tidak pernah mengambil peduli apa saja nasihat Allah kepada mereka:

  • ”Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu – dan janganlah kamu ikuti selain dari Dia sebagai pimpinan. Amat sedikit kamu yang ambil pelajaran.” (7:2)

  • ”Dan bacalah apa yang telah diilhamkan kepada kamu dari Kitab Tuhan kamu. Tidak ada yang dapat merobah kalimat-kalimatNya – dan kamu tidak akan dapat selain daripanya sumber perlindungan.” (18:27)

Sudah pasti orang-orang Melayu tidak dapat memikul amanah-amanah ini – dan mereka semua telah membelakangkan ajaran-ajaran Kitab Tuhan mereka. Mereka jadikan kitab-kitab tulisan ulamak-ulamak silam sebagai asas kepercayaan agama mereka. Kalau orang Yahudi tidak boleh melakukannya - apakah orang-orang Melayu boleh melakukannya?

Saturday, July 2, 2011

Sejarah Adalah Penting (2) (Dikemas-kini)

Sebagaimana yang telah dikatakan – kesemua agama adalah ciptaan manusia. Kesemua mereka yang mengada-adakan agama selepas Allah menurunkan Kitab-KitabNya adalah musuh-musuh Allah dan pembawa-pembawa utusanNya.

Apa yang kita tahu agama Yahudi timbul selepas Nabi Musa, agama Kristian timbul selepas Nabi Isa dan agama Islam timbul selepas Nabi Muhammad. Dan Allah tidak pernah sama sekali meminta ketiga-tiga Nabi ini untuk melabelkan deenNya atau cara hidup yang direstuiNya sebagai Agama Yahudi, Agama Kristian atau Agama Islam. Dalam Al Quran Allah berkata Deen atau "Cara Hidup" (bukan agama) pada sisiNya adalah "Ketenteraman" atau "Islam". 

Tiada siapa yang boleh menikmati ketenteraman (Islam) ini sehingga Allah "memberinya petunjuk" dan "membuka hatinya" kepada Deen atau cara hidup yang direstuiNya. Dan tiada siapa yang boleh membuat pengakuan dia telah mendapat petunjuk dan Allah telah membuka hatinya kepada Islam atau ketenteraman. Malahan petunjuk ini tidak boleh dicari atau dipelajari dari sekolah-sekolah pondok atau universiti-untiversiti atau dari ulamak-ulamak yang mereka sendiri tidak tahu nasib diri mereka diakhirat kelak.

  • "Dan barangsiapa yang dikehendaki - Allah berikannya petunjuk - Dia melapangkan dadanya untuk "Ketenteraman" (Islam). Dan barangsiapa Dia kehendaki menyesatkannya - Dia akan jadikan dadanya sempit kesukaran - seakan-akan dia mendaki langgit. Demikian itulah Allah jadikan najis atas orang-orang yang tidak percaya." (6:125) 

Orang-orang yang dilapangkan dada mereka kepada  "Ketenteraman" (Islam) ini - mereka berada diatas cahaya dari Tuhan mereka - dan cahaya Allah hanya dapat dicari dari KitabNya sahaja bukan dari kitab-kitab hadis yang menjadi petunjuk kepada ulamak-ulamak.

  • "Maka orang-orang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam (Ketenteraman) - maka mereka berada diatas cahaya dari Tuhan mereka. Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hati mereka dari peringatan Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (39:22) Allah telah menurunkan "hadis" yang paling terbaik - sebuah kitab yang konsisten - berulang-ulangan. Gentar disebabnya kulit orang-orang yang takut Tuhan mereka - sambil menjadikan kulit-kulit dan hati mereka mengingati peringatan Allah. Demikian itulah petunjuk Allah - dan Dia beri petunjuk dengannya kepada sesiapa Dia kehendaki. Dan barngsiapa yang disesatkan Allah maka tiadalah baginya sebarang petunjuk." (39:23)

Ayat 39:22 dan 39:23 sungguh jelas. Dada orang-orang yang menikmati ketenteraman atau Islam berada diatas cahaya Allah dan cahaya ini hanya terdapat dalam KitabNya sahaja. Kalau ada orang mengatakan mereka harus mengikuti hadis-hadis yang ditulis oleh manusia - Allah berakata Dia telah menurunkan "Hadis" yang paling terbaik berupa sebuah Kitab untuk dijadikan sebagai petunjuk - bukan hadis-hadis yang dibukukan oleh ulamak-ulamak. Tetapi bagi kebanyakan orang-orang Melayu dan ulamak-ulamak mereka - hati mereka sudah terlalu keras - jadi ayat-ayat diatas tidak ada makna kepada mereka.

Islam bukanlah satu label nama agama - tetapi ianya adalah satu keadaan cara hidup yang harus dicapai oleh seseorang individu dengan keredhaan Allah - bukan dengan membuat pengakuan diri. Apabila ada orang yang mengaku dirinya Islam tanpa diberi petunjuk oleh Allah dengan cara membuka hatinya  - ianya jelas beliau telah menipu dirinya sendiri.

Agama-agama yang diberi label sebagai agama Yahudi, Kristiain dan Islam telah diasaskan oleh syaitan-syaitan jenis manusia yang menjadi musuh-musuh kepada Musa, Isa dan Muhammad. Apakah yang telah dilakukan oleh syaitan-syaitan jenis manusia ini?

  • ”Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap Nabi itu musuh – syaitan-syaitan jenis manusia dan jin yang mengilhamkan oleh sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain dengan ”kata-kata palsu” untuk tujuan menipu. Dan jika dikehendaki Tuhan kamu – sudah tentu mereka tidak melakukannya. Dengan itu, tinggallah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.” (6:112)

Kesemua syaitan-syaitan jenis manusia dalam agama Yahudi, Kristian, dan Islam telah mengada-adakan ”kata-kata palsu” yang ditulis dan dikarangkan oleh ulamak-ulamak mereka selepas bertahun-tahun Nabi-Nabi mereka wafat. Apakah tulisan-tulisan mereka ini diredhai Allah?

  • ”Maka, celakalah untuk orang-orang yang menulis kitab dengan tanggan mereka kemudian mereka berkata ”Ini dari sisi Allah” kerana mereka hendak menukarkan dengannya harga yang rendah. Dengan itu, celakalah bagi mereka dari apa yang ditulis oleh tanggan-tanggan mereka – dan celakalah bagi mereka dari apa yang mereka kerjakan.” (2:79)

(1) Agama Yahudi berpandu kepercayaan dan amalan-amalan mereka mengikut kitab-kitab Talmud dan Mishnah yang menjadi kitab-kitab induk kepada kitab-kitab sampingan yang lain yang ditulis oleh ulamak-ulamak atau rabbi mereka mengikut kepercayaan mazhab masing-masing. Orang-orang yahudi berkata kitab-kitab ini adalah sumber kedua kepada Kitab Taurat.

(2) Agama Kristian pula berpandukan kepercayaan dan amalan-amalan mereka mengikut kitab-kitab yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka mengikut apa yang diajar oleh St Mark, St John, St Mathew, dan St Luke – dan juga kitab sampingan yang dikatakan ditulis oleh ST Paul. Mereka membentuk sebuah majlis yang dinamakan sebagai ”The Council of Nicene” untuk menulis kitab-kitab ini 325 tahun selepas Nabi Isa wafat. Orang-orang Kristian berkata kitab-kitab ini adalah apa yang mereka tafsir dari ”Injeel” yang disampaikan oleh Nabi Isa. Tiada siapa pun diantara mereka mempunyai dokumen asal yang boleh dikata ianya sebagai ”Injeel”.

(3) Agama Islam pula berpandukan kepercayaan mereka dan melakukan amalan-amalan ritual mereka mengikut kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak seperti Bukhari, Tarmizi, Muslim, Shafie disamping kitab-kitab yang ditulis ulamak-ulamak yang mempunyai mazhab masing-masing. Kitab-kitab ini ditulis lebih dari 200 tahun selepas Nabi Muhammad wafat. Orang-orang Islam berkata kitab-kitab tulisan oleh tanggan-tanggan ulamak ini adalah ”disisi Allah” dan ianya adalah sumber kedua kepada Al Quran. Kebanyakan dari pengikut-pengikut agama Islam yang tidak pernah membaca dan memahami Al Quran – mereka sanggup berdusta mengatakan kitab-kitab hadis ini menjelaskan ayat-ayat Quran.

Orang Melayu sepatutnya bertanya diri mereka sendiri tentang perkara-perkara asas terutama sekali ianya melibatkan diri mereka tentang kepercayaan mereka kepada Allah, hidup, mati, syuga dan neraka.

(i) Mengapa manusia semua mempunyai hanya satu Tuhan – tetapi banyak agama?

(ii) Mengapa orang Islam semua percaya kepada Kitab Allah (Al Quran) tetapi mereka bermazhab-mazhab, bergaduh diantara satu sama lain, bermusuhan sesama sendiri dari dulu sampai sekarang, dan kafir mengkafir diantara satu sama lain?

Kesemua jawapan ini terdapat dalam Al Quran sekiranya mereka mengambil berat untuk mempelajari sejarah tentang rasul-rasul terdahulu mengikut apa yang diceritakan oleh Allah kepada kita.

Orang-orang Melayu hanya tahu Allah telah melaknat orang-orang Yahudi tetapi mereka tidak tahu mengapa Allah melaknatkan mereka! Mengikut ayat 2:79 diatas kita diberitahu mereka telah menulis kitab-kitab selepas Taurat dengan mengatakan ianya sebagai kitab bimbingan untuk berkomited kepada Allah.

Kalau Allah telah melaknat orang-orang Yahudi apabila mereka menulis kitab-kitab yang dijual sebagai petunjuk Allah – (a) apakah ulamak-ulamak yang menulis kitab-kitab hadis untuk orang-orang Melayu boleh dikecualikan? Dan, (b) Kalau orang-orang Yahudi melakukan amalan-amalan ritual yang tidak ditetapkan oleh Allah dilaknat – apakah ulamak-ulamak yang menulis hadis dengan mengada-adakan amalan ritual boleh dikecualikan? Kesemua soalan-soalan ini adalah soalan yang paling mudah ditanya oleh setiap orang yang waras.

Allah melaknat orang-orang Yahudi apabila mereka mengadakan kata-kata yang tidak dikatakan kepada mereka. Dengan kata lain, mereka telah mengada-adakan ajaran-ajaran tambahan sepertimana ulamak-ulamak Melayu mempromosi ajaran-ajaran dari kitab-kitab hadis.

  • ” Maka telah mengubah orang-orang zalim diantara mereka kata-kata yang selain dari apa yang dikatakan kepada mereka – maka Kami turunkan atas orang-orang zalim ini siksa dari langit disebabkan mereka fasiq.” (2:59)

Kitab-kitab Talmud dan Misnah adalah kata-kata yang selain dari apa yang dikatakan dalam Kitab Taurat. Apakah orang-orang Melayu tidak boleh berfikir sedikit pun? Bukankah kitab-kitab hadis juga kata-kata yang selain dari apa yang dikatakan dalam Al Quran?

Kita harus ambil pelajaran daripada sejarah tentang kaum Musa selepas mereka menerima Taurat. Allah memangil mereka dengan gelaran ”Kaldai” atau ”Donkey” apabila mereka mengunapakai kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka sebagai panduan agama mereka. Sikap demikian membuatkan mereka menjadi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan zalim pada diri sendiri.

  • ”Perumpamaan orang-orang yang dipertanggung-jawabkan Taurat – kemudian mereka tidak memikulnya – mereka adalah seperti Kaldai yang memikul kitab-kitab yang tebal. Amat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.” (62:5)

Apabila Allah memberi perumpamaan seperti ayat diatas – apakah kita tidak boleh cermin diri kita sendiri dengan apa yang kita lakukan? Apakah perbuatan orang-orang Yahudi itu satu contoh tauladan yang baik?

Kalau orang-orang yang diamanahkan dengan Kitab Taurat tidak memikul amanah mereka berpandukan cara hidup mengikut Taurat semata-mata - sebaliknya berpandukan kepada kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka - Allah mengatakan mereka sebagi pendusta dan orang-orang zalim - bolehkah orang-orang Melayu dikecualikan?

Siapa orang Melayu yang tidak ikut kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak silam? Bukankah sikap ini serupa dengan apa yang terjadi dengan orang-orang Yahudi dalam ayat 62:5 diatas?

Kebanyakan orang-orang Melayu tidak pernah terdedah dengan mesej Al Quran. Allah tidak hanya ”Celakakan” orang-orang yang menulis kitab-kitab hadis – malahan pengikut-pengikut mereka yang percaya kepada hadis-hadis ini sambil mengaku mereka percaya kepada Kitab Allah juga kena ”Celaka” dengan Allah.

  • ”Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan benar. Maka dengan ”Hadis” manakah sesudah Allah dan ayat-ayatNya mereka akan beriman? Dan ”Celakalah” bagi orang-orang yang berdusta – berdosa. Dia dengar ayat-ayat Allah dibacakan atasnya – tetapi dia tetap menyombongkan diri – seakan-akan dia tidak dengarnya. Dengan itu berikan dia khabar gembira dengan azab yang paling pedih.” (45:6-8)

Orang-orang Melayu yang percaya kepada Al Quran dan berpegang kepada amanah-amanah Allah dalam KitabNya harus bertanya kepada ulamak-ulamak mereka. Dalam Kitab Allah tidak ada hukum rejam bagi orang-orang berzina. Lihat bagaimana mereka akan mendedahkan kesombongan mereka terhadap ayat-ayat Allah dengan mengatakan ”hukum rejam ada dalam kitab-kitab hadis” yang ditulis oleh ulamak-ulamak silam. Mereka tidak akan merendahkan diri mereka kepada Allah - dan mereka tidak akan merestui ketetapan-ketetapan Allah dalam Al Quran buat selama-lamanya. Saya ingin ucap selamat kepada mereka supaya mereka terus menjadi pembawa-pembawa obor syaitan jenis manusia sehingga akhir hayat mereka. Dan saya juga harap mereka akan terus berbangga dengan nama ”agama Islam” yang diasaskan oleh orang-orang Arab pagan.

Bagi orang-orang Melayu yang jujur dan ikhlas - dalam Al Quran Allah hanya menyeru kepada hamba-hambaNya yang sanggup memikul amanah mereka denganNya sebagai - ”Wahai orang-orang yang amanah”, dan ”Wahai orang-orang yang percaya”, dan ”Wahai orang-orang Mukmin”. Allah tidak pernah menyeru mereka sebagai ”Wahai orang-orang Islam”. Orang-orang Islam tidak ada tempat dalam Al Quran.

Walaubagaimanapun, Allah tidak akan memaksa mereka. Kesemua orang-orang Melayu diberi kebebasan untuk terus menjadi pak turut kepada ulamak-ulamak yang membawa obor-obor ini.

Apabila Firaun dan penasih-panasihat agamanya menyombongkan dirinya terhadap ayat-ayat Allah mereka dilantik sebagai "Imam".  
  • "Dan Kami lantik mereka sebagai "Imam-Imam" yang menyeru kepada api neraka - dan pada hari kebangkitan nanti mereka tidak akan ditolong." (28:41)
Ianya tidak ada beza dengan apa yang terjadi di Malaysia. Pembesar-pembesar kita dan penasihat-penasih agama mereka telah lama melabel orang-orang yang menyeru mereka berkomited kepada Al Quran semata-mata sebagai "Anti-Hadis" dan menghukum mereka sebagai "Sesat" dan "Murtad" sepertima Firaun telah menghukum Nabi Musa. Apabila mereka mengikut contoh Firaun - apakah mereka dikecualikan dari ayat 28:41?

Ada pula yang bangga apabila mereka dapat gelaran "Imam" - malahan buat masa ini pembesar-pembesar kita giat untuk memperbanyakkan lagi "Imam-Imam".