Walaupun tanpa membuat sebarang perbandingan diantara agama Arab dengan agama Hindu dalam persamaan aktiviti-aktiviti ritual, ianya tidak boleh dinafikan amalan-amalan ritual yang dilakukan diMekah buat masa kini adalah warisan amalan-amalan agama pagan purba yang memberi tumpuan kepada berhala-berhala yang diperbuat dari batu oleh tanggan-tanggan manusia.
Nabi Ibrahim telah dipilih oleh Allah untuk menjadi Imam kepada kesemua manusia (2:124) - (ini termasuklah orang-orang Melayu -sebab mereka pun manusia juga). Allah jadikan dalam sistemNya bekalan atau providence sebagai sumber ketenteraman untuk manusia. Mereka diminta jadikan kedudukan Ibrahin yang telah berkomited mensucikan sistem Allah dengan anaknya Ismail untuk segolongan manusia yang bertekun, dan yang merendahkan diri, dan mereka yang bersetuju. (2:125).
Komitmen yang jelas oleh Ibrahim mensucikan sistem Allah ialah - bilamana dia musnah berhala-berhala kaumnya yang dijadikan ikon sebagai object perantaran untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ritual. Ibrahim faham - manusia sebagai hamba Allah harus mengabdikan diri mereka hanya kepada Allah yang ghaib - tanpa sebarang simbolik yang mempunyai reka-bentuk diperbuat dari batu, kayu, besi, atau bahan-bahan lain yang dicipta oleh Allah. Selepas dia musnahkan berhala-berhala kaumnya dia bertanya kepada mereka:
- "Dia bertanya, "Macam mana kamu boleh abdikan diri kamu kepada apa yang kamu ukir sendiri - sedangkan Allah yang menciptakan kamu dan segala apa yang kamu buat?" (37: 95-96)
Sejak zaman purba lagi batu adalah bahan lazim (mungkin ianya tahan lasak) diukir dengan pelbagai bentuk rupa untuk dijadikan simbol yang dikaitkan dengan Tuhan Semesta Alam. Ianya dibina atau diukir mengikut kepercayaan satu-satu kaum itu. Orang-orang Arab kunu percaya Tuhan mereka tinggal dalam rumah yang tidak bertingkap - jadi mereka bina sebuah rumah ditengah-tengah padang pasir lalu diberi nama "Rumah Allah" atau "Baitul-lah". Yang peleknya istilah "Baitul-lah" tidak ada dalam Quran! Apabila mereka sembahyang mengadap rumah ini mereka panggil "Allah-hu-Akbar" - dan bertambah pelek lagi bila perkataan "Allah-hu-Akbar" ini juga tidak ada dalam Quran!
Apa saja bangsa atau kaum yang tidak pernah menerima petunjuk dari Allah mereka akan mengikuti kepercayaan nenek moyang mereka termasuklah orang-orang Arab dan juga orang-orang Melayu. Pada asalnya orang-orang Melayu adalah animistik dan kepercayaan mereka bercampur aduk dengan ritual-ritual agama Hindu, agama Arab dan amalan karut-marut.
Apabila Allah memberi Rahmat kepada orang-orang Melayu dengan petunjukNya dalam Al Quran - mereka tidak mengambil berat untuk mengkaji selidik isi kandungan KitabNya. Mereka memilih untuk mentaati secara membabi buta apa saja yang diajar oleh orang-orang Arab - semata-mata kerana orang Arab lebih faham bahasa Al Quran - walaupun dengan jelas Allah menetapkan "orang-orang Arab itu amat keras kekafiran dan kemunafikan mereka - dan mereka tidak layak mengetahui batas-batas yang diturunkan Allah kepada RasulNya." (9:97).
Apabila orang-orang Melayu merelakan diri mereka menjadi Pak Turut kepada agama yang diasaskan oleh orang-orang Arab mereka terpaksa berkomited kepada rukun-rukun agama yang ditetapkan oleh bangsa ini walaupun ajaran-ajaran ini tidak ada dalam Al Quran. Salah satu darinya ialah mengerjakan ”Haji” . Orang-orang Arab adakan istilah "Haji" ini setelah mereka korup kalimah Allah dalam Al Quran. Walaupun tanpa Al Quran - seharusnya orang Melayu dapat lihat dan berfikir - segala aktivi-aktiviti ritual ini mempunyai pengaruh dan unsur-unsur amalan pagan. Misalnya:
- Amalan "Haji" ini harus dilakukan dibeberapa tempat yang mempunyai berhala-berhala selama sepuluh hari untuk memenuhi nilai-nilai pantang larang kepercayaan agama pagan nenek moyang Arab jahiliah. Ritual-ritual dan fomula-fomula seruan serta upacara-upacara yang dipatuhi dibeberpa tempat dimana berhala-berhala ini didirikan menjadi tempat pesinggahan atau stesen dikekal sehingga sekarang.
Untuk menghalang manusia dari jalan Allah - orang-orang Arab telah menulis dengan tanggan mereka kitab-yang dipanggil sebagai kitab hadis - dengan cara berdusta mereka berkata amalan-malan pagan ini adalah dari perintah Allah. Yang paling malang - ada diantara orang-orang Melayu mempertahankan ajaran-ajaran yang direka oleh orang-orang Arab ini - sehinggakan mereka sanggup menjatuhkan hukum bunuh atas sesiapa saja yang ingkar kepada kitab-kitab ini. Kitab-kitab hadis rekaan orang-orang Arab ini dijadikan tunjang kepercayaan mereka - dan Kitab Allah tidak ada tempat dalam hidup mereka.
- Sebelum memasuki kuil setiap jemaah diwajibkan berada dalam keadaan bersuci dengan mengenakan dua helai kain putih yang tidak berjahit yang diberi nama sebagai ”Ihram” (perkataan ini tidak ujud dalam Quran) dan mereka harus membuat laungan sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk mengabdikan diri kepada tuan punya rumah batu empat segi. Ini dinamakan ”Tarbiyah”. Amalan ini dipamerkan melalui laungan yang dinamakan ”Ihlal” satu fomula pagan purba yang dinamakan ”Laa-Baik” dan diikuti dengan ritual-ritual berikut:
- Mengelilingi bangunan batu empat segi secara berlawanan arah jarum jam sebanyak tujuh kali – dan ada juga yang melakukannya sebanyak sepuluh kali mengikut perintah Arab mana mereka patuhi. Setiap pusingan jemaah diwajibkan mencium seketul batu hitam yang dipasak dalam selonsong perak berbentuk kemaluan wanita yang dinamakan ”Hajar Aswat”. Hajar maksudnya ialah ”Batu” dan ”Aswat” maksudnya ”Hitam”. Bagi yang tidak dapat menciumnya – mereka diwajibkan melambai-lambai tanggan kepada ”Batu Hitam” ini - dan tidak kurang ada juga yang memberi isyarat "flying kiss" kepadanya. (Saya harap satu hari nanti Batu ini akan membalas lambain pengikut-pengikut agama Arab ini)
- Setelah selesai berputar-putar tujuh atau sepuluh kali bangunan batu ini - jemaah akan melakukan ritual sembah mereka dengan gerak badan dibelakang sebuah tunggul binaan kecil yang dipasang dengan sangkar bersalutkan emas terletak beberapa meter dari bangunan utama batu empat segi. Dalam sangkar ini kelihatan acuan tembaga berbentuk tapak kaki – kononnya – ini menujukkan Nabi Ibrahim orang kebal sehingga boleh memijak tongkol tembaga sehingga dia boleh meninggal kesan tapak kakinya.
- Sesudah menjalankan ritual sembah - mereka beredar ke satu kawasan tidak jauh dari bangunan batu empat segi untuk menjalankan satu lagi ritual diantara dua bonjol batu yang diberi nama Safa dan Maruah. Ritual ini dinamakan sebagai "Sa’ei". Disini jemaah akan berulang alik diantara dua tunggul batu tersebut sebanyak tujuh kali dan mereka juga diwajibkan untuk berlari-lari ditempat-tempat yang telah ditetapkan oleh orang-orang Arab. (Nampaknya tanpa batu-batu diMekah ini jemaah akan hilang punca).
- Pada hari keenam jemaah agama Arab akan berangkat ke lokasi lain beberapa kilometer dari Mekah yang dinamakan sebagai Arafat untuk menjalankan satu lagi ritual. Ianya dinamakan sebagai ”Wukuf” yang sebenarnya satu lagi warisan amalan-amalan ritual pagan untuk menyembah kehebatan matahari. Jemaah akan berdiri untuk menghormati pergerakan matahari dari ditengah hari sehingga ianya tebenam. Untuk sempurnakan ritual ini mereka harus sentiasa berdiri.
- Apabila terbenam saja matahari jemaah semua akan bersegera (satu lagi ritual yang dinamakan ifada) untuk pergi ke Muzalifah - satu kawasan terbuka lebih kurang empat kilometer dari Mina. Disini terdapat satu lagi menara yang dianggap suci oleh orang-orang Arab dan orang-orang bukan Arab diwajibkan untuk berjaga sepanjang malam sambil melaung-laung mantra dari masa kesemasa sepertimana yang diajar oleh ulamak-ulamak mereka – kadang-kadang bila didengar dengan betul-betul ianya seakan-akan laungan untuk berperang yang dilaungkan oleh pahlawan-pahlawan Red Indian yang kita lihat dalam filem hollywood. Disini juga jemaah akan mengutip batu-batu kecil dipermukan bumi (yang dibekal dan ditabur dimerata-rata pemukaan bumi oleh kerajaan Arab sebelum acara tahunan bermula) untuk dijadikan senjata pemusnah untuk merejam syaitan.
- Untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti ritual warisan pagan Arab – kesemua jemaah diwajibkan pergi ke Mina pada hari kesepuluh. Mina pada asalnya adalah satu kawasan ritual korban dizaman purba dan ianya terletak diantara perjalanan balik ke Mekah. Pembawa-pembawa obor agama pagan Arab pada mulanya membina sebuah tiang batu sebagai simbol syaitan – dan kesemua jemaah diwajibkan merejam syaitan ini dengan batu-batu yang dikutip diMuzalifah. Bagi jemaah yang kehabisan batu (tapi masih high lagi) – kadang-kadang sliper dan kasut pun jadi. Ritual rejam ini menandakan berakhirnya keadaan suci jemaah yang mengerjakan haji – dan dari saat itu mereka bolehlah menjalankan cara hidup mereka yang normal.
- Nota: Tidak dapat dinafikan mereka yang mentaati agama pagan Arab ini sudah di-brainwashed dari awal-awal lagi supaya minda mereka membayangkan tiang batu yang mereka rejam itu adalah syaitan. Sudah beratus-ratus tahun syaitan ini kena rejam – tetapi dia masih hidup sampai sekarang. Bukan itu saja, beberapa tahun lalu syaitan ini telah mendapat peruntukan khas dari Kerajaan Saudi untuk dinaikkan-taraf wajahnya – jadi sekarang syaitan ini berwajah struktur dinding yang lebih canggih dari wajahnya yang asal. Sepatutnya zaman sain dan teknologi sekarang mereka tidak perlu lagi mengunakan batu - tetapi disebabkan "Batu" amat penting dalam kepercayaan pagan - mereka tidak akan menukar status quo.
- Kemuncak prosiding ritual pagan ini adalah korban binatang-binatang ternakan. Ini adalah satu adat warisan purba orang-orang Arab pagan melaksanakan korban binatang untuk menawarkannya kepada tuhan-tuhan mereka. Ritual ini dijalankan diatas batu granit dicerun gunung Thabir, satu kawasan yang kononnya lokasi dimana Nabi Ibrahim cuba sembelih anaknya. Mengikut Al Quran Allah mengutuk keras apa saja bentuk korban yang ditawarkan kepadaNya.
- ” Dan mereka menawarkan untuk Allah dari apa yang telah diciptaNya dari hasil ladang dan ternakan-ternakan yang dibahagi-bahagikan dengan mengatakan, ”Ini bahagian untuk Allah menurut anggapan mereka – dan bahagian ini pula untuk sekutu-sekutu kami.” Sesungguhnya apa yang diperuntukkan untuk sekutu-sekutu mereka tidak akan sekali-kali sampai kepada Allah – dan apa yang diperuntukkan kepada Allah – maka ianya akan sampai kepada sekutu-sekutu mereka akhirnya. Amat buruk apa yang mereka tetapkan.” (6:136)
Titik tumpuan aktiviti korban ini sebenarnya adalah darah binatang-binatang yang disembelih. Ritual ini dijalankan selama tiga hari. Selepas mereka gagal membunuh syaitan diMina - hari kesebelas mereka akan mula korban binatang-binatang ternakan - dan orang-orang Arab akan tunggu dilokasi ini sehingga darah binatang-binatang ini kering pada hari ketiga belas. Tiga hari ini dinamakan sebagai ”Tashrik” – yang bermaksud ”mengaitkan” atau (associate) darah-darah korban dengan Allah. Apabila darah-darah ini kering ianya tanda tuhan mereka telah tahbiskan atau tuhan mereka telah memberi lesen kesempurnaan ritual mereka untuk tahun itu. Orang-orang Melayu yang dapat lesen ini akan mengguna perkataan "Haji" atau "Hajjah" didepan nama mereka.
Yang paling aneh sekali, perkataan-perkataan seperti Ihram, Talbiya, ihlal, la-baik, hajar aswat, wukuf dan Ifada tidak pernah langsung disebut oleh Allah dimana-mana ayatNya dalam Al Quran. Kesemua terminologi ini hanya digunakan oleh Arab-Arab pagan zaman jahiliah. Mengikut Al Quran Allah telah memberi amaran kepada Nabi Ibrahim dalam sura 22:26 dengan amaran ”Ann-Laa-Tushrik-Bi-Syai-ann” atau ”Jangan sekali-kali kamu kaitkan Aku dengan apa saja sekali pun”.
(Nota: Ada ulamak besar diMalaysia cuba mempertikaikan ”Tashrik” dieja sebagai ”Tashriq” - jadi ianya tidak serupa. Malangnya buku panduan dalam bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Kerajaan Saudi mengeja perkataan ini dengan mengunakan ”Kaf” bukan ”Qaf”.)
Bagi orang-orang yang mengaku mereka hanya berpegang kepada ajaran Al Quran semata-mata – tetapi masih lagi percaya kepada ”Ka’abah” dan ritual-ritual ”haji” – mungkin mereka mempunyai fomula dan istilah-istilah yang lebih canggih dari Arab-Arab pagan bila mereka mengerjakan ritual "Haji".