Wednesday, June 22, 2011

Sejarah adalah Penting

Apabila saya berkata ”Sejarah adalah penting” – maka ramai orang-orang yang dibelenggukan dengan amalan-amalan pagan Arab hanya berfikir cerita-cerita khusus tentang kisah hidup idola mereka - Nabi Muhammad. Pada pendapat mereka sejarah Nabi Muhammad dan cerita sahabat-sahabat beliau adalah ilmu yang paling penting untuk menguatkan hati dan iman mereka dan ianya sebagai satu kriteria untuk seseorang itu menjadi Muslim yang terbaik. Apakah anggapan ini benar?

  • ”Dan Kami ceritakan keatas kamu sebahagian dari sejarah pembawa-pembawa utusan supaya Kami menggukohkan hati kamu dengannya. Dan telah datang kepada kamu dalam perkara ini kebenaran dan pelajaran – dan juga peringatan bagi orang-orang mukmin.” (11:120)

Ayat diatas memberitahu kita Allah telah mengajar Nabi Muhammad sejarah – sebagai pelajaran, peringatan dan untuk menguatkan hatinya untuk beriman kepada Allah. Sejarah yang diajarNya adalah berkaitan dengan rasul-rasul terdahulu sebelum Al Quran diturunkan.

Orang-orang Melayu telah ditipu dan dipedaya oleh ulamak-ulamak yang menjadi pak turut agama Arab dengan istilah ”Sejarah Islam”. Islam sebenarnya tidak mempunyai sejarah – yang ada ialah sejarah ”rasul-rasul” terdahulu dan sejarah bagaimana tindak balas oleh kaum-kaum mereka termasuklah respon-respon oleh pembesar-pembesar mereka terhadap Deen Allah” atau cara hidup yang direstui Allah. Ianya bermula dari Adam hingga ke akhir zaman – dan untuk menjadi seorang mukmin ”Sejarah” yang paling penting dipelajari adalah dari apa yang diceritakan oleh pencipta mereka – bukanya dari kitab-kitab hadis atau wikipedia. Tiada siapa yang lebih tepat menceritakan sejarah tentang Deen Allah melainkan Allah sendiri.

Mempelajari sejarah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu adalah paling penting untuk Nabi Muhammad dan juga orang-orang mukmin. Apabila kita membaca Quran kita dapati Allah tidak menceritakan kepada kita tentang tingkah laku atau hal keluarga seseorang pembawa utusanNya untuk dijadikan contoh untuk kita meniru-niru. Misalnya, Allah memberitahu Nabi Muhammad dan orang-orang Mukmin bahawa Nabi Ibrahim mempunyai suri tauladan yang paling baik. Nabi Ibrahim adalah orang yang terpilih oleh Allah:

  • ”Sesungguhnya telah ada bagi kamu suri tauladan yang baik pada Ibrahim serta orang-orang yang bersama dia – ketika mereka berkata kepada kaum mereka – Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan dari pengabdian kamu kepada selain dari Allah. Kami ingkar dengan kamu dan nyata sekali permusuhan dan kebencian diantara kami dan kamu buat selama-lamanya – sehinggalah kamu hanya percaya kepada Allah semata-mata.....” (60:4)

  • ”Dan orang-orang yang membenci prinsip Ibrahim tidak lain hanyalah orang-orang bodoh sahaja – dan sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim didunia – dan diakhirat dia termasuk orang-orang yang soleh.” (2:130)

Kita boleh baca sejarah Nabi Ibrahim dalam banyak surah dalam Al Quran – tetapi tiada satu ayat pun yang mencerita samada dia pakai serban atau tidak, samada dia makan mengunakan sudu dan garpu, atau macam mana dia tidur, atau dia pakai jubah atau tidak, atau dia simpan janggut atau tidak dll....... walaupun Allah berkata ”Sesungguhnya telah ada bagi kamu suri tauladan yang baik pada Ibrahim”. Dan Al Quran sendiri memberitahu kita ianya ”Terperinci, sempurna, benar, adil dan tiada siapa yang boleh merobah-robah kalimatNya” (6:114-115). Allah memberi jaminan kepada kita apa yang sedikit yang diceritaNya tentang Ibrahim dan rasul-rasul dulu - ianya sudah cukup untuk dijadikan pelajaran, peringatan dan menguatkan hati kita untuk menjadi orang Mukmin.

Sejarah memang penting apabila kita lihat Allah membuat satu surah yang diberi nama Al Qasas atau ”Sejarah” (Surah 28) menceritakan dengan terperinci kisah Nabi Musa. Dalam surah ini Allah mengesahkan kepada kita dalam ayat ketiga bahawa ianya adalah sejarah Nabi Musa sejak dia dilahirkan sehingga dia diberi petunjuk dan seterusnya dia ditugaskan untuk berhadapan dengan Firaun untuk membebaskan Bani Israel daripada penindasan. Firaun bukanlah nama mana-mana individu - tetapi ianya satu gelaran atau title kepada Raja yang memerintah yang mengangkat dirinya sebagai tuhan. Dengan kata lain apa saja yang difatwakannya tiada siapa yang boleh ingkar kecuali mereka akan dihukum.

Surah Al Qasas mempunyai 88 ayat – tetapi Allah menceritakan tentang Nabi Musa hanya dengan mengunakan 44 ayat sahaja yang padat dengan pelajaran. Terdapat juga sejarah Nabi Musa dibanyak lagi surah-surah dalam Al Quran – tetapi tiada satu ayat pun yang menceritakan siapa nama isterinya, siapa nama anak-anaknya, bagaimana dia makan atau minum, samada dia pakai jubah, serban atau kopiah, atau nama sahabat-sahabat atau orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah yang dibawanya.

Bagi ulamak-ulamak pak turut agama Arab mereka tidak tahu apa pelajaran yang harus disampaikan kepada orang-orang Melayu tentang nabi-Nabi terdahulu – malahan yang ada diantara mereka yang tahu – mereka takut menceritakan kisah Nabi Musa dengan Firaun kerana mereka mempunyai sikap yang serupa dengan Firaun apabila datang ayat-ayat Allah kepada mereka. Mereka akan menentang sesiapa saja yang cuba membenarkan Kitab Allah - dan mereka akan menghukum mana-mana individu yang membawa ayat-ayat Allah sepertimana Firaun cuba menghukum orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah yang dibawa oleh Musa. Itulah pelajaran sejarah yang penting yang harus dipelajari oleh orang-orang Melayu – bukannya cerita-cerita yang tidak dicerita oleh Allah.

Apabila Allah mengatakan Dia menjadikan sejarah sebagai pelajaran, peringatan dan untuk menguatkan hati orang-orang mukmin Dia telah menamakan beberapa surah atas nama-nama perutusanNya seperti Ali Imran (3), Yunus (10), Yusuf (11), Ibrahim (14), Luqman (31), Nuh (71) dan Muhammad (47). Dalam surah Al Shu’araa atau surah 26 kisah Nabi-Nabi seperti Nuh, Hood, Saaleh, Lot, Shu’ib, Ibrahim dan Musa menjelas kepada kita apa yang biasa dilakukan oleh pembawa-pembawa utusan ini. Dalam keadaan yang sama Dia menceritakan kepada kita tentang sejarah Nabi Daud dan Sulaiman – tetapi nemanakan surahnya sebagai Surah Saba’ (34) untuk menunjukkan bagaimana bongkaknya seorang permaisuri terhadap seruan Sulaiman untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

Walaupun sejarah itu penting - apa yang dijual oleh ulamak-ulamak pak turut agama Arab sebagai ”Sejarah Islam” adalah sia-sia belaka – ianya tidak ada kena mengena dengan sejarah yang wajib dipelajari oleh sesiapa melainkan untuk membelenggu minda-minda pengikut mereka. Selagi orang-orang Melayu tidak mempelajari dan mengambil peringatan dari sejarah Nabi-Nabi terdahulu dalam Al Quran – selagi itu hati mereka tidak akan dikukuh oleh Allah untuk mencapai tujuan mereka kejalan orang-orang Mukmin.

  • ”Dan Kami ceritakan keatas kamu sebahagian dari sejarah pembawa-pembawa utusan supaya Kami menggukohkan hati kamu dengannya. Dan telah datang kepada kamu dalam perkara ini kebenaran dan pelajaran – dan juga peringatan bagi orang-orang mukmin.” (11:120)

Itulah sejarah sebenar-benar sejarah yang harus dipelajari oleh orang-orang Melayu! Ianya terdapat dalam Al Quran sahaja! Dan ianya "Percuma" atau "Free"!

7 comments:

  1. Salam,

    Apabila pembesar agama mengagung-agungkan 'sejarah' seorang rasul yang terdapat dalam riwayat hadis, maka orang lain tidak mahu lagi mengambil pedoman sejarah rasul-rasul yang termaktub dalam Al-Quran. Sebab itulah mereka terlalu taksub kepada nabi yang bernama Muhammad.

    ReplyDelete
  2. Dalam ayat 11:120 orang-orang yang mempelajari sejarah tentang rasul-rasul dahulu dan menjadikannya sebagai peringatan - Allah akan menguatkan hati mereka - dan Dia akan masukkan mereka dalam golongan "Orang-Orang Mukmin" bukan sebagai "Orang-orang Islam".

    Malangnya kebanyakan orang-orang Melayu memilih untuk menjadi orang Islam - istilah yang tidak pernah diiktiraf oleh Allah dalam KitabNya.

    Apakah mereka akan bertukar sikap?

    Tidak mungkin! Hati mereka sudah terlalu keras dengan ajaran ulamak-ulamak mereka walaupun ada orang menyeru mereka kembali kepada Al Quran semata-mata.

    Hati mereka menjadi keras seperti "Batu" selepas mereka diberitahu untuk berkomited kepada Al Quran semata-mata - malahan ada yang lebih keras dari "Batu" - sedangkan kita lihat ada batu-batu yang sanggup mengalirkan air seperti sungai dan ada yang terbelah yang menggeluarkan air dari celah-celahnya - dan ada juga batu-batu yang meluncur kerana takut kepada Allah.

    Apa yang kita lihat dipersekeliling kita kebanyakan orang-orang Melayu memang tidak pernah takut kepada Allah.

    Pada pendapat saya - apabila hati sudah keras macam "Batu" ianya amat sesuai jika "Batu" dijadikan fokus untuk aktiviti ritual mereka.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Yang paling memelikkan, tiada pula orang2 Melayu kita ni cari hadis nabi-nabi lain seperti hadis nabi Ibrahim, hadis nabi Musa atau hadis nabi Isa.

    Yang ada hanya hadis nabi Muhammad yang ditanya dari polan bin polan yang boleh dipertikaikan kredibilitinya. Apabila sesuatu komuniti itu membezakan nabi-nabi maka terciptalah agama dan mazhab yang berperang antara satu sama lain di atas nama Tuhan.

    Nabi tidak dihantar untuk mengajar kita cara makan, minum, mandi, cara berjalan, cara berpakaian dan lain-lain. Semua nabi dan rasul diutuskan untuk memberi peringatan kepada sesuatu kaum agar kembali ke jalan yang diredhai Tuhan. Mesej yang dibawa semua nabi dan rasul ialah sama.

    Bagaimana nabi makan, minum, mandi, berjalan itu semua tidak penting kerana nabi juga seorang manusia biasa; tertakluk kepada budaya dan zaman beliau hidup.

    Ramai pengikut2 agama Arab yang taksub memakai sarban, gaun labuh, simpan janggut tidak pula menunggang kuda atau unta dari pantai timur ke KL untuk bagi ceramah. Tau pulak naik kereta yang tidak wujud 1400 tahun lepas.

    Bukan setakat hati menjadi batu, otak pun sama-sama menjadi batu sebab dah tak boleh berfikir secara rasional persamaan antara Batu Caves dan Mekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana sikap merendah diri dan juga takut kpd Allah (yang sebenarnya takut kpd majoriti masyarakat yg dah taksub dan cair dgn api balaci2 setan beserban yg kononnya punya PhD dari Uni. Al-Azhar yg dah sgt popular sbg tempat org pandai putar alam menimba ilmu agama.) Para PhD ini telah diluluskan dgn syarat hendaklah menyampaikan pesanan Pensyarah bertanduk mrk kpd sekelian manusia bahawa hanya Muhammad yg dapat memohon keampunan Allah utk mrk mendapat lesen ke Syurga walau sejahat mana sekalipun. Yang xtreme pun, akan tinggal sekejap jer di Neraka ..selagi engkau bisa melafaskan 'DUA' (2) khalimah syahadah...engkau dh ada cop kat dahi. Nanti di sana, Muhammad akan nampak cop kat dahi engkau dari jauh lagi dia dah kenal bahawa itu umat nya..dan akan kemukakan rayuan bagi pihak mrk. Sebab tu lah..sehelai bulu yang dikatakan milik Muhammad pun akan di simpan dan beramai2 mereka berselawat agar bulu itu (malu aku nak cerita hal ni..tapi dlm youtube dh lama wayang ini ditayangkan di cheap matinee) dapat beritau tuannya yg mereka ini pernah berselawat kpdnya. So..akan berpeluang ke syurga...sy bukan putar alam..

      Delete
  4. Kalau diizinkan Allah saya akan cuba menulis bagaimana agama-agama Yahudi dan agama Kristian ujud setelah Allah mengutuskan Nabi Musa dan Isa.

    Ini adalah sejarah yang diajar Allah dalam KitabNya yang patut dijadikan pelajaran kepada orang-orang Melayu supaya mereka merenung kembali bagaimana "Agama Islam" - satu agama yang diceduk dari kepercayaan amalan-amalan Arab pagan timbul selepas Al Quran diturunkan.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Seperti mana kita nampak "agama Islam" hari ini, seperti itulah Muhammad nampak "agama Yahudi" dan "agama Nasrani" yang wujud pada waktu itu.

    Mereka kata mereka ikut Kitab Allah yang disampaikan oleh nabi-nabi tertentu. Hakikatnya mereka hanya ikut riwayat-riwayat yang disandarkan atas nama orang terdahulu yang dikumpulkan oleh ahli-ahli agama mereka.

    Konsep riwayat hadis Nabi Muhammad amat mirip dengan pengumpulan gospel-gospel yang kononnya ia adalah khabar tentang Nabi Isa melalui sahabat-sahabat terdekat baginda. Kononnya dengan menyandarkan sesuatu khabar mulut pada nama-nama sahabat terdekat seseorang Nabi, bagi cerita itu pastinya benar walaupun bercanggah dengan ajaran Kitab Allah.

    Seperti mana terpisahkan pengikut Nabi Isa daripada Injil kerana terpengaruh dengan ajaran gospel, macam itulah terpisahnya pengikut Nabi Muhammad hari ini daripada Al Quran kerana ketaksuban mereka pada riwayat hadis.

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Riwayat hadis atau ayat riwayat digunakan oleh ulamak-ulamak, ustaz-ustaz sebagai modal "bisnes". Kalau mereka guna al-Quran sebagai reference semata, maka kuranglh modal, tak laku buku mereka dan ceramah mereka.

    Salam.

    ReplyDelete