Monday, December 7, 2009

Bab Pertama : Komplot Memutar-Belit Kalimah-Kalimah Allah (Bah: 2)

Majoriti ummat Muslim akan takut untuk membaca tulisan buku ini kerana mereka sentiasa berfikir mereka sudah berada dilandasan yang betul dalam anutan “beragama Islam” – Suatu kepercayaan yang telah diwarisi mereka dari generasi ke generasi terdahulu dimana mereka ini sebenarnya telah dibelenggu secara berkesan sekali oleh pakar Agamawan Arab sebelum ini. Buku ini mengajak mereka berfikir kearah mencari sebab munasabah, dan kearah untuk bertanya melalui cara Bacaan/Al-Kitab itu sendiri. Merenung kembali akan tujuan kehidupan ini dan melihat keajaiban terhadap Penciptanya – malang sekali ummat Muslim hari ini telah dikucar-kacirkan dan hak mereka dirampas sedikit demi sedikit di hadapan mata mereka sendiri. Semua ini telah dilakukan oleh sama ada dari golongan yang berniat zalim terhadap mereka, atau pun dari golongan yang menawarkan perlindungan kepada mereka yang teraniaya dari kezaliman tersebut.

Ternyata, apa yang akan mereka dapatkan dari bacaan buku ini adalah sesuatu yang berlainan pandangan/idea mengenai Islam dari apa yang telah mereka akui. Penyelidikan ini berdasarkan risalah yang tidak boleh mereka nafikan ketulenannya – Al-Qur’an dalam bahasa aslinya bahasa Arab. Saya berdoa untuk mereka – agar tidak menjadi golongan yang digambarkan oleh Al-Qur’an menerusi Bacaan:-

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka, atau tidak memberi amaran, mereka tetap tidak mempercayai. Allah meletakan penutup pada hati mereka, dan pada pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka, ada penudung; dan bagi mereka, azab yang besar (Al-Baqarah 2:6–7)”.


Penyelidikan ini mengancam kedudukan semua para sarjana keilmuan Islam dan para pemimpin penganutnya yang telah memperkenalkan pemujaan batu, fahaman jahiliyah, fahaman pelampau, dan fahaman pengganas atas nama Allah. Saya menjemput mereka untuk membuktikan kesalahan hujah saya berdasarkan petunjuk Al-Qur’an. Teriakan sekuat-kuatnya dengan mengatakan Aidid Safar telah silap atau menuduh dia telah menciptakan tafsiran baru terhadap Al-Qur’an tanpa membuktikannya dari Al-Kitab itu sendiri adalah sia-sia. Inilah tabiat utama dari kejahilan orang-orang yang mengaku berpengetahuan dalam perundangan Islam yang berfikir mereka boleh memperbodohkan semua ummat manusia.

Ummat Muslim yang ikhlas diseluruh dunia wajiblah sedar, Al-Kitab mengajar mereka menggunakan fitrah akal. ‘Allah meletakan sekatan petunjuk-Nya kepada mereka yang tidak mahu menggunakan akal untuk mempercayainya (Yunus 10:100)’. Oleh yang demikian, pakar Agamawan tiada ada kelebihan yang ada pada mereka dengan seorang Muslim yang lain. Mereka tidak akan mendapat pimpinan melainkan Allah memimpin mereka. Di atas segala Keadilan Allah menyatakan Dia lah yang menunjuki sesiapa sahaja yang Dia kehendaki – lelaki atau perempuan tanpa berpilih-pilih. Seseorang yang mendapat pimpinan bukanlah atas sebab pengetahuannya terhadap penguasaan bahasa – tetapi arif/bijak dan kuat menangani terhadap sesuatu secara munasabah. Bagaimanapun, orang-orang yang mengaku dirinya pakar termasuk kalangan orang-orang yang memperkenalkan ajaran salah terhadap kemuliaan Al-Qur’an yang penuh dengan mukjizat itu akan terus-menerus mengeksploitasi dan membohongi orang-orang yang tidak berdosa yang memerlukan bimbingan dari mereka. Bacaan Al-Kitab mengajar kita untuk menilai maklumat dan menggunakan fitrah akal kita setiap kali mendengar sesuatu perkara yang baru. Jangan menjadi seorang pengikut yang mengikut dengan membuta-tuli seperti contoh berikut:-

“Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang yang diberi pengetahuan, “Apakah yang dia katakan tadi?” Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah meletakkan satu penutup, dan mereka mengikuti prasangka mereka sendiri (Muhammad 47:16)”.


Bacalah ayat di atas tadi sekali lagi dan fikirkanlah. Ia tidak mengenakan anda sesen pun untuk berfikir. Oleh itu, bacalah buku ini dengan minda yang terbuka – dan fikirlah dengan hati terbuka. Anda tidak keseorangan – agama-agama lain dan para sarjana/ilmuan mereka juga melakukan perhambaan minda yang serupa terhadap manusia yang tidak berdosa yang mengikuti mereka secara membuta-tuli termasuk Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha, Sikh, Zoroastrians, Bahais, atau apa sahaja yang disebut sebagai agama tersusun-rancang.