Wednesday, June 8, 2011

Bab Ketiga Bah 2: AGAMA ARAB

Pada umumnya orang-orang Arab disekekliling Nabi adalah bangsa yang telah lama mengamal agama yang menyembah berhala-berhala yang diasaskan oleh nenek moyang mereka. Selain dari berhala-berhala batu (53:19) kita diberitahu berhala-berhala ini mempunyai nama-nama seperti Al-Lat, dan Al ’urza, dan Manat yang dijadikan perantaraan amalan-amalan ritual mereka dengan tuhan-mereka. Mengikut kajian achealogi berhala-berhala yang dijadikan sebagai alat-alat sembahan mereka datang dalam perbagai bentuk yang timbul dipermukaan bumi atau bongkahan batu besar, seringkali berupa batu padat dan keras berwarna hitam dan berbentuk bujur sangkar tanpa mempunya sebarang detail ukiran yang seragam. Batu-batu seperti ini dianggap sebagai suci dan dijadikan sebagai simbol kesucian tuhan mereka. Hajar dalam bahasa Melayu bermaksud ”Batu” dan ”Aswat” ialah ”Hitam”.


Biasanya berhala-berhala batu ini beri teduhan di lapangan terbuka dan ditempatkan dalam kubah yang berbentuk setengah bulat sepertimana yang biasa kita lihat dalam kuil-kuil hindu meletak berhala-berhala batu mereka. Susunan tiang-tiang seri atau ”palmyrene” yang mempunyai grafik dibina sebagai tanda lokasi Kubah. Agama nenek moyang Arab percaya fungsi utama tiang-tiang ini adalah sebagai pengawal kepada kubah mereka yang menjadi tempat teduhan batu hitam mereka. Kita tidak boleh salah faham perkataan Kubah ini dengan perkataan ka’aba. Perkataan ka’aba dalam Al Quran yang bermaksud ”pergelangan kaki” telah sengaja dimanipulasikan oleh orang-orang Arab menjadikan maksudnya sebagai sebuah bangunan batu empat segi sebagai tempat teduhan ”Batu Hitam” atau ”Hajar Awsat”.

Walaupun orang-orang muslim diseluruh dunia menganggap rumah batu empat segi yang dibina oleh orang-orang Arab sebagai rumah Allah secara simbolik – tetapi yang sebenarnya tiang-tiang seri atau ”releif palmyrene” yang dibina dalam rumah batu empat segi itulah yang paling penting kepada agama orang-orang Arab. Orang-orang muslim dilarang memasuki rumah batu empat segi – walaubagaimanapun dengan adanya internet sekarang mereka boleh melihatnya dengan mengunakan google ”Inside the kaaba”. – dan berikut adalah grafik reka bentuk bangunan empat segi tersebut:







Samada tiang-tiang dalam rumah batu empat segi diatas merupa berhala simbolik Al Manat, Al Uuzza dan Al Lat hanya orang-orang Arab sahaja yang tahu. Yang pasti tiang-tiang seri atau relief palmyrene adalah pusat berhala agama Arab - dan ianya disembunyikan daripada penglihatan orang ramai. Setiap tahun Raja Saudi akan meziarahi tiang-tiang ini. Orang-orang Melayu sebenarnya meneruskan warisan sembah Al Manat, Al Uuzza dan Al Lat!

Setiap daerah suku kaum orang-orang Arab dibenua Arab mempunyai pusat-pusat kuil yang menepatkan berhala-berhala batu hitam dan boleh dikatakan ciri-ciri pembinaan serta aktiviti agama mereka mempunyai persamaan diantara satu dengan yang lain. Perayaan awam yang utama dari suku-suku nomad atau penduduk-penduduk padang pasir yang sentiasa berpindah randah adalah kunjungan tahunan ke lokasi kuil-kuil ini – teruntama sekali bagi suku-suku kaum yang mempunyai tali persaudaraan atau pengikut-pengikut yang berkongsi kepercayaan mereka. Mereka mera’ikan upacara sembahan mereka kepada batu hitam yang berteduh dalam Kubah dengan cara mengelilinginya sepertimana orang-orang muslim sekarang mera’ikan rumah batu empat segi di Mekah sekarang. Sebenarnya aktiviti mengeliling berhala ini adalah cedukan dari budaya Arab pagan. Walaubagaimanapun ilmu pengetahuan secara ilmiah tentang bangsa Arab sebelum Benua Arab disempadan oleh orang-orang Ingeris pada awal abad dua puluhan masih lagi berserpihan disana sini dan gambaran sepenuh bagi kaum ini mungkin banyak yang tertinggal apabila ianya sampai kepada kita. Kita Cuma dapat maklumat-maklumat yang nyata dalam Al Quran yang menyatakan bangsa Arab adalah dalam kesesatan yang nyata semasa Allah mengutuskan seorang pembawa utusanNya kepada kaum tersebut.

Walaupun Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci cara-cara penyempurnaan aktiviti ritual agama Arab pagan – apa yang jelas ialah – segala apa yang diamalkan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia hari ini – tiada satu pun diantaranya diperintah oleh Allah dalam Al Quran – pendek kata – Allah tidak pernah menetapkan aktiviti-aktiviti ritual ini sebagai satu komitmen kepada hamba-hambaNya. Dan Allah telah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya:






  • ”Alif Lam Min Shad. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu – jadi, janganlah ada sebarang kesempitan dalam dada kamu oleh kerananya – supaya kamu memberi peringatan dengannya – dan pelajaran untuk orang-orang mukmin. Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu – dan jangan sekali-kali kamu mengikuti selain dari Dia untuk memimpin kamu – tetapi amat sedikit diantara kamu mengambil pelajaran.” (7:1-3)

Apabila Allah tidak memberi apa-apa perintah dalam KitabNya untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti ritual – Dia kata – ”Jangan sekali-kali kamu mengikuti selain dari Dia untuk memimpin kamu”. Kita harus percaya dengan hati yang jujur dan berkomited apabila kepada apa yang Dia kata” - tidak kira siapa pun yang memujuk kita untuk mengikuti kitab-kitab selain dari KitabNya. Sebagai Pemberi nyawa kepada kita Dia sudahpun tahu sikap hamba-hambaNya dari awal-awal lagi, lalu Dia juga memberitahu kita - - ”Amat sedikit diantara kamu yang mengambil pelajaran” - dan "kamu" dalam ayat ini termasuklah orang-orang Melayu. Kesudahannya orang-orang yang ingkar memegang amanahnya dengan Allah – hati mereka cenderung kepada kitab-kitab selain dari Kitab Allah – dan mereka akan mengikuti kitab-kitab ini sebagai pemimpin bagi kepercayaan mereka.

Buat masa kini kita tahu orang-orang Arab tidak mempunyai catatan sejarah dan biografi atau maklumat mengenai kepercayaan nenek moyang mereka – dan apabila kita lihat dari apa yang mereka perdagangkan dalam agama mereka – adalah lebih tepat sekiranya kita membuat andaian – kesemua amalan-amalan ritual dan aktiviti-aktiviti agama yang diamalkan oleh orang-orang muslim sekarang adalah saki-baki kebudayaan dan tradisi bangsa Arab Jahiliah – iaitu agama ”Pagan”. Anggapan ini boleh dirumuskan sebab tidak ada satu pun amalan-amalan ritual yang dilakukan oleh orang-orang muslim diseluruh dunia termasuklah orang-orang Melayu mempunyai asas dari Al Quran. Tiada satu pun ”Tiang Agama” yang diada-adakan oleh orang-orang datang dari ajaran Allah.

Tidak seperi kitab-kitab lain, Al Quran juga tidak memberi detail-detail tentang perilaku atau tingkah-laku kehidupan mana-mana pembawa utusan Allah. Apa yang dititik-beratkan dalam Al Quran ialah mesej yang disampaikan – bukan orang yang menyampaikan mesejnya. Tetapi Arab-Arab pagan telah mempromosikan ide sebaliknya sehingga kesemua orang-orang muslim telah lalai untuk mempelajari risalah Allah dalam KitabNya.

Walaupun orang-orang Arab cuba mengalih tumpuan pengikut-pengikut agama mereka dengan membekalkan beratus-ratus kitab yang dikatakan ”ilmiah” (kononnya mengandungi cerita salasilah nabi mereka) dimana penjaja-penjaja agama ini bergantung – yang paling nyata sekali tiada siapa diantara mereka mempunyai biografi terperinci yang tepat tentang keturuanan nabi dan usul-usal keluarganya dan kisah-kisah kehidupan beliau semasa remaja – kecuali apa yang mereka sendiri campur-adukkan dari cerita-cerita pra-sangkaan oleh beberapa tukang-tukang cerita yang penuh dengan pengaruh mistik suku-kaum bangsa Arab. Maklumat-maklumat yang sedia ada tidak dikumpul dengan sistematik – tetapi ianya diada-adakan selepas beratus-ratus tahun selepas kejadian sebenarnya – sehinggakan ianya memberi gambaran bahawa Nabi Muhammad adalah seorang dukun yang berkelakuan tidak waras dan beliau mempunyai watak yang ganjil mempromosi satu cara hidup yang paling fanatik kepada pengikut-pengikutnya dan tidak mempunyai sebarang teloren terhadap sesiapa yang tidak mahu mengikuti agama Arab.

Dari pengakuan ulamak-ulamak yang menjadi Pak turut agama Arab sendiri - maklumat-maklumat ini disampaikan secara oral atau dari mulut ke mulut beratus-ratus selepas Nabi Muhammad wafat sebelum ianya dibukukan. Meraka tidak pernah nafi – tiada siapa pun diantara orang-orang yang membukukan biografi ini mempunyai sebarang hubung-kait secara langsung dengan Nabi Muhammad. Untuk meyakin pengikut-pengikut mereka - setiap cebisan-cebisan maklumat yang dikumpul dikatakan ianya disampai oleh jejak keaslian rantai salasilah. Mereka mengunakan rumusan yang aneh dengan berkata seperti berikut:

"Mengikut dari si-anu dan si-ani - yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani - sepupu atau bapa saudara kepada si-anu – yang mendengarnya dari si-anu atau si-ani – yang mendengarnya dari si-anu semasa dalam perjalan mereka dari Syam ke Murbut – bahawa Nabi telah bersabda itu dan ini – dan itu dan ini......” .

Pakar-pakar Pak Turut ini mengelabukan penipuan-penipuan mereka dengan cara berkata ”Hadis ini mengikut sanad yang betul” – walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang mula membuat cerita tersebut. Orang-orang bukan Arab apabila mereka dengar perkataan ”Sanad” – mereka akan terpegun dan terus menjidu bisu. Mereka tidak akan menyoal lebih lanjut ulamak-ulamak Melayu yang menjadi Pak turut ini.

Apa saja sekali pun yang meragukan - yang nyata - apa saja pengakuan oleh pengumpul-pengumpul yang mengatakan mereka telah dengar (apa yang yang nabi telah berkata atau lakukan dalam kapasitinya sebagai manusia biasa) mereka telah mendengarnya dari orang-orang yang mereka sendiri mengaku mendengarnya daripada pihak ketiga. Penjaja-penja agama percaya pengumpul-pengumpul hadis tidak mempunyai kerja lain kecuali mereka merantau dari satu bandar ke bandar - perjalanan beratus-ratus batu dari diantara sesuatu bandar dengan yang lain hanya untuk bertanya setiap orang yang mereka temui samada mereka mempunyai pengetahuan tentang perilaku atau kata-kata Nabi atau tidak. Apakah kerja seperti ini yang disarankan oleh Allah dalam KitabNya – atau kita diminta supaya menyampaikan mesejNya mengikut apa yang diturunkan dalam Al Quran?

Apabila dikaji-selidik hadis-hadis yang dikumpul ini dengan cara mengunakan Al Quran sebagai Furqan atau batu pengukur diantara yang benar dan yang palsu - kita dapati kesemua apa yang dikumpul adalah pembohongan belaka dan bertujuan jahat. Kita kena mengaku - peristewa, tarikh, tempat dan kepercayaan peribadi Nabi Muhammad semasa muda masih lagi tidak ketahui kecuali agak-agakkan sahaja. Penjaja-penja agama sehingga hari ini tidak mempunyai ilmu yang pasti tentang siapa bapa Nabi yang sebenar. Malahan tiada siapa yang tahu tarikh sebenar Allah mengilhamkan KitabNya kepada Nabi dan masih lagi diperdebatkan. Cerita-cerita penting dalam sejarah kehidupannya memberi gambaran berbeza-beza dan sentiasa bercanggah diantara seorang pengumpul hadis dengan yang lain – termasuklah cara dan bagaimana ayat-ayat Allah ini diturunkan – juga percanggahan yang ketara tentang keadaan kematian beliau. Kesemua peristewa yang berlaku yang dibukukan adalah semata-mata dari mulut ke mulut atau hearsay. Malahan pengumpul-pengumpul hadis – dengan sendiri membuat pengakuan kelemahan mereka dan begitu juga dengan dengan penjaja-penjaja agama yang mengaku perkara ini – apabila mereka mengunakan formula dengan berkata: ”Wal Lah hu Alam”. Dalam erti kata lain - mereka mengaku: ”Dan Allah sahaja yang tahu ianya betul atau tidak”. Secara peribadi saya menamakan formula ini sebagai "Putar Alam"

Apa yang akhirnya dikumpul dan dibukukan dari beratus-ratus ribu hadis yang mengunung dari pengumpulan mulut ke mulut atau hearsay – ianya dipilih oleh pengasas-pengasas empat mazhab dalam agama Arab. Apabila Allah telah menetapkan dalam Al Quran supaya manusia jangan berpecah belah atau berpuak-puak dalam deen Allah – orang-orang Arab dari awal lagi sudah berpuak-puak dengan mengadakan mazhab-mazhab dalam agama mereka. Orang-orang Syiah pula ada hadis-hadis mereka sendiri untuk mencerita tentang agama mereka.

Hari ini orang-orang Melayu jadi binggung apabila mereka cuba menunaikan aktiviti ritual agama Arab. Apabila mereka pergi Mekah mereka terpaksa menukar mazhab yang diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Hari ini apabila kita tunjuk ayat Al Quran kepada mereka mengatakan Nabi Muhammad sesat semasa dia muda – semua mereka akan melompat sambil menjerit-jerit – ”Murtad!”, ”Murtad!”, Murtad!” dan ada yang lebih bebal - mereka akan berkata "Sesat!", "Sesat!", "Sesat"! Begitulah sikap kebanyakan mereka apabila minda mereka dibelenggu oleh ajaran-ajaran hadis yang ditanam oleh ulamak-ulamak yang menjadi Pak Turut Agama Arab.

9 comments:

  1. Surah Al-Hijr :
    Ar-Rahman memberikan Muhammad (Al-Fatihah & Al-Furqan) sama seperti Dia menurunkan Al-Quran kepada orang yg membahagi-bahagi. (90) Iaitu mereka yg menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian lalu mereka percaya kepada sebahagian & menolak sebahagian yg lain. (91) Sesungguhnya kami (malaikat) akan menyoal mereka (dengan izin Ar-Rahman) yg kafir & musyrik itu semuanya pada hari kiamat kelak, (92) mengenai apa yg mereka telah lakukan (dustakan). (93)

    Surah Ibrahim :
    Wahai hamba-hambaNya yg beriman, hendaklah kamu taat semata-mata kepadaNya & sampaikanlah ilmu kebenaran yg Dia kurniakan padamu samada secara rahsia atau terbuka sebelum datangnya hari yg tidak ada jual beli padanya & tidak ada sahabat handai yg dapat memberi pertolongan. (31)

    ReplyDelete
  2. Lihat tiga hadith yang sama di bawah:

    Hadith 1:
    Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dan Hannad bin As Sari keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari Manshur dari Ibrahim bin Yazid dari 'Abidah As Salmani dari 'Abdullah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik umatku adalah pada masa setelahku, kemudian generasi setelahnya, kemudian generasi setelahnya lagi, lalu akan suatu kaum setelah mereka yang mana persaksian salah seorang dari mereka mendahului sumpahnya, atau sebaliknya.' Namun Hannad di dalam Haditsnya tidak menyebutkan lafazh Al qarn (masa). Sedangkan Qutaibah berkata dengan lafazh; 'Akan datang beberapa kaum.'

    H.R. Muslim No. 4599 (lidwa)


    Hadith 2:
    Telah menceritakan kepada kami Hannad telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Ibrahim dari 'Abidah yaitu As Salmani dari Abdullah bin Mas'ud dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik manusia ialah generasiku kemudian generasi setelahnya kemudian generasi setelahnya kemudian setelah itu datang suatu kaum yang meremehkan sumpah dan persaksian, terkadang mereka bersumpah sebelum bersaksi dan terkadang mereka bersaksi sebelum bersumpah." Dan dalam bab ini, ada juga riwayat dari Umar dan Imran bin Hushain serta Buraidah. Abu Isa berkata; Hadits ini adalah hadits hasan shahih."

    H.R. Bukhari No. 2458 (lidwa)


    Hadith 3:
    Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Abu Jamrah berkata,, aku mendengar Zahdam bin Mudharrib berkata; aku mendengar 'Imran bin Hushain radliallahu 'anhuma berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang hidup pada zamanku (generasiku) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka kemudian orang-orang yang datang setelah mereka". 'Imran berkata: "Aku tidak tahu apakah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan lagi setelah (generasi beliau) dua atau tiga generasi setelahnya". Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya setelah kalian akan ada kaum yang suka berkhianat (sehingga) mereka tidak dipercaya, mereka suka bersaksi padahal tidak diminta persaksian mereka, mereka juga suka memberi peringatan padahal tidak diminta berfatwa dan nampak dari ciri mereka orangnya berbadan gemuk-gemuk".

    H.R. Bukhari No. 2457 (lidwa)


    Saudara cuba lihat ketiga-tiga hadith yang sama ini. Apa beza pada sanadnya. Adakah saudara ingin kata semuanya menipu jika yang meriwayatkannya adalah org2 yang berbeza?

    Katakan saudara tidak suka belajar sejarah dekat sekolah sebab beranggapan sumber2nya tak betul, adakah saudara mahu menghalang orang2 yang ingin pelajarinya? Saudara tidak pernah belajar ilmu hadith, dan adakah saudara ingin terus memburukkan ilmu itu?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Sebenarnya, sikap bebal kebanyakan orang Melayu menurut membuta-tuli dalam beragama secara tidak langsung dapat membantu orang-orang yang benar-benar ingin memahami Al Quran untuk melihat bagaimana kesukaran perjuangan para Rasul terdahulu menyampaikan ayat-ayat Allah yang berbeza dengan kepercayaan tradisi kaum mereka.

    Apabila kita kenal erti gelap, kita akan hargai nikmatnya terang. Apabila kita kenal ertinya pendustaan ajaran karut-marut, kita akan hargai nikmat kebenaran Al Quran.

    ReplyDelete
  4. Pada satu hari Newerehmi beri keterangan kepada Hakim tentang kes kematian Hang Tuah: Dalam keterangannya dia berkata:

    "Ada orang cerita kepada saya Qutaibah bin Sa'id dan Hannad bin As Sari bahawa kedua-duanya telah mendengar cerita dari Abu Al Ahwash dari Manshur dari Ibrahim bin Yazid dari 'Abidah As Salmani yang mendengarnya dari 'Abdullah yang berkata bapa mertuanya berkata; "Hang Tuah mati kena tembak dengan senapang gajah"

    Namun Hussin Sengau dalam ceritanya pula tidak menyebutkan lafazh Al qarn (masa). Sedangkan Qutaibah berkata dengan lafazh; "Masa itu Hang Tuah sedang mengurat isteri orang".

    Hakim: Awak kenal orang-orang yang menyampaikan cerita ini?

    Newerehmi: Tidak Yang Arif

    Hakim: Jadi macam mana awak tahu cerita ini betul?

    Newerehmi: Yang Arif.... semua nama-nama yang menyampaikan cerita in kesemuanya orang baik-baik belaka. Mereka tak pernah tinggal sembahyang.

    Hakim: Mana awak tahu?

    Newerehmi: Ustaz saya cakap.....

    Hakim: Ohhhh...... macam tu rupanya..... Tolong buat repot lain dan cari Hakim yang pakai serban.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Beberapa ayat berikut dapatlah kiranya memberi panduan kpd Newerehmi, sebelum membuat repot baru;

    39:23 Allah telah turunkan hadis yang terbaik sebagai kitab yang serupa berulang-ulang maka mengeletarlah kulit orang yang takut kepada pemeliharanya dan menjadi tenang kulit dan hatinya apabila Allah diingatkan maka itulah petunjuk Allah dan diberi petunjuk kepada siapa dikehendaki dan Allah tidak memberi petunjuk kepada siapa yang sesat.

    2:2 Inilah suatu program yang tiada keraguan didalamnya dan petunjuk kepada mereka yang prihatin.

    17:9 Bacaan/-lqur-aana ini memberi petunjuk yang teguh dan khabar gembira kepada orang yang amanah dan yang beramal soleh maka bagi mereka ganjaran yang besar.

    17:46 Dan Kami jadikan hati mereka tertutup dan telinga mereka tersumbat maka mereka tidak dapat memahami sesuatu pun dan apabila kamu peringatkan dalam bacaan/-lqur-aani ini yang pemeliharamu hanya satu mereka paling kebelakang dan lari.

    17:82 Dan Kami telah turunkan bacaan ini/qur-aani sebagai rawatan dan rahmat pengasihanya kepada orang yang amanah dan tidak menambah apa-apa kepada orang yang zalim melainkan mendatangkan kerugian.

    20:2 Kami turunkan -lqur-aana ini bukan untuk kamu jadi sengsara.

    25:30 Dan penyampainya telah berkata wahai pemeliharaku kaumku telah mengambil bacaan/–lqur-aana ini sebagai dongengan.

    27:76 Maka inilah bacaanya/-lqur-aana yang telah menceritakan banyak hal berkaitan banii israa-iila yang didalamnya mereka telah pertikaikan.

    28:85 Maka orang yang telah mewajibkan keatasnya bacaan/-lqur-aana pasti dikembalikan ketempat kembali sebenar dan katakanlah pemeliharaku mengetahui siapa datang dengan petunjuk dan siapa yang sesat.

    30:58 Dan Kami telah cetuskan kepada manusia berbagai misalan dalam qur’an ini dan apabila didatangkan kepada mereka walaupun satu ayat orang yang tidak percaya pasti berkata kamu telah palsukanya.

    Sama-samalah ingat mengingatilah kembali kepada Al Qur'an supaya aman sejahtera dlm kehidupan!!

    ReplyDelete
  6. Penganut agama islam sebenarnya mengamalkan ajaran yang datang daripada agama arab bukan yang datang daripada al-quran.

    Al-quran tidak pernah mempromosikan mana-mana agama termasuklah agama dari tanah arab tersebut.

    Sebagai manusia yang diciptakan oleh Tuhan, kita hanya disuruh untuk mengabdikan diri kepadaNya. Bukannya menyembahNya seperti yang dilakukan oleh para ritualis.

    ReplyDelete
  7. Newrehmi telah mendengar dari tok guru sekolah pondok buruk beliau bahawa Ro bin Hood bin Jin bin Don, telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :-

    "Sesungguhnya dunia ini terletak di atas sekeping batu, dan batu itu terletak di antara dua tanduk lembu dan lembu itu di atas ikan paus Nabi Yunus. Menjelang hari kiamat, lembu itu akan menggeleng-gelengkan kepalanya, lalu dunia pun jatuh pecah berkecai maka berlakulah hari kiamat."

    Mat Guyver seorang angkasawan telah berjaya ke angkasa lepas. Beliau mendapati bahawa Bumi berbentuk glob dan tidak menemui walaupun seekor lembu. Balik ke Bumi, Mat Guyver mengadakan satu sidang akhbar.

    Mat Guyver : Saya mendapati bahawa Bumi berbentuk glob dan terapung-apung di angkasa raya mengelilingi Matahari. Lebih mengejutkan saya tidak menemui walaupun seekor lembu dan ikan paus di bawah planet Bumi.

    Pelbagai reaksi timbul. Newrehmi pun mengadakan satu debat bersama Mat Guyver.

    Newrehmi : Saya dengar bahawa Nabi Muhammad bersabda Bumi ini berbentuk rata.

    Mat Guyver : Awak dengar dari siapa?

    Newrehmi : Dari tok guru saya yang sangat mulia. Beliau telah menghafal banyak kitab2 agama yang berusia ribuan tahun.

    Mat Guyver : Saya seorang saintis dan telah mengorbit Bumi sebanyak 50 kali. Saya mendapati bahawa Bumi berbentuk bulat.

    Newrehmi : Kahkahkahkah...kalau Bumi bulat, habis lah kita semua akan terjatuh.

    Mat Guyver : Saya ada bukti gambar.

    Newrehmi : Ini semua konspirasi Yahudi. Teknologi kamera dicipta oleh orang2 kafir untuk menyesatkan umat 'Islam'.

    Mat Guyver : Kapal angkasa saya mengorbit Bumi dan tidak menemui walaupun seekor lembu di bawahnya.

    Newrehmi : Astagfirullah, bawa mengucap. Bertaubatah sebelum terlambat. Jangan awak hendak menghina 'Islam'. Siapakah awak untuk mempertikaikan ajaran 'Islam'. Ilmu awak masih sedikit jika dibandingkan dengan 'ulamak' agama.
    Segala yang ada di antara langit dan Bumi ialah ghaib. Ilmu kita tak boleh menjangkau ke tahap itu.

    Mat Guyver : Saya tidak menghina 'Islam' tapi mendapati bahawa Bumi berbentuk bulat dan di bawahnya tiada lembu dan ikan paus.

    Newrehmi : Awak jangan nak mencabar 'Islam'. Orang macam awak ni sepatutnya dihukum bunuh kerana kafir kepada kata-kata Nabi Muhammad.
    Bertaubatlah sebelum terlambat.

    Mat Guyver : Kalau tak percaya, awak boleh ikut saya naik ke angkasa lepas untuk melihat buktinya.

    Newrehmi : Tak payahlah. 'Islam' tak ajar umatnya mengkaji kekuasaan Allah. Biarkan sahaja. Itu semua kuasa Allah. Buat apa lah kita bersusah-payah mengkaji benda-benda sains ni. Dalam agama tak boleh guna akal. Kita sebagai umat 'Islam' hanya perlu melakukan ibadat tunggang-tonggeng sahaja.

    Mat Guyver : Maknanya awak ni seorang yang takut kepada kebenaran?

    Newrehmi : Saya takut kerana tidak berani mencabar kekuasaan Allah. Orang kafir macam awak sahaja yang berani mencabar kekuasaan Allah. Tunggulah. Saya dan rakan-rakan saya akan membunuh awak sekeluarga kerana mencabar Allah dan Nabi Muhammad. Demi syiar 'Islam', kita akan menentang golongan munafik seperti awak kerana berani menghina agama 'Islam'. Takbir...

    Orang2 Melayu : Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar........bunuh Mat Guyver sekarang.

    akan bersambung di blog matguyver.

    ReplyDelete
  8. bahaya maklumat ni. boleh pesong akidah ni.Allah ya rabb moga beri pencahayaan kepada kita

    ReplyDelete
  9. Ya maklumat in sangat bahaya bagi mereka2 yang percaya yang mereka boleh mempersekutukan Allah dengan "Batu".

    ReplyDelete