Friday, November 20, 2009

Bab Pertama : Memecahbelahkan Manusia Menjadi Berpuakan

Orang-orang yang taat kepada ajaran penjaja-penjaja agama Arab tidak sedar ianya menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk memecahbelahkan manusia dalam cara hidup yang ditentukan Allah (deen-nil-lah). Ianya tidak tepat sekiranya perubahan-perubahan ini dibuat dengan tujuan untuk mengukuhkan Islam. Ianya adalah salah jikalau kita fikir konsep ini perlu ditafsirkan semula. Kita tidak seharusnya masuk campur dalam hal-hal yang telah direka bentuk dengan paling sempurna serta perlaksanaannya. Apabila kita membaca Al Quran kita dapat gambaran cara menyeluruh yang mengutamakan amaran-amaran yang jelas kepada hamba-hamba Allah supaya mereka tidak mengikuti ajaran selain daripada KitabNya untuk mendapat bimbinganNya - dan mengikuti selain dari jalan itu atau memecahbelahkan deen Allah atau cara hidup yang ditetapkan Allah dan jadikannya sebagai agama - mereka tidak akan dimasukkan dalam golongan pengikut-pengikut rasul mereka. Sekiranya apa saja, kenyataan ini saja sudah cukup dijadikan sebagai satu motivasi kepada orang-orang muslim untuk memastikan mereka benar-benar termasuk golongan pengikut-pengikut rasul mereka. Dengan berbuat demikian, kebenarannya didedah:-


"Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelahkan cara hidup mereka (deen-nahum) dan mereka beragama-agama (syi-ya-aan) - tidaklah kamu bertanggung jawab sedikit pun. Sesungguhnya segala urusan mereka terpulang kepada Allah - kemudian Dia akan jelas kepada mereka apa yang mereka telah amalkan." (6:159)

Oleh itu, ayat diatas dengan jelas berkata Muhammad tidak ada kena mengena dengan sebarang agama dengan apa saja cita-rasa - ataupun dia telah jadi pemimpin kepada mana-mana mahzab agama samada Sunni atau Syi'ah.

Perkataan Arab "syi-ya-aan" yang digunakan dalam ayat 6:159 bermaksud "agama" bukannya "mazhab". Perkataan ini adalah diantara banyak perkataan-perkataan lain dalam Al Quran yang telah disisip atau interpolate oleh penjaja-penjaja agama Arab. Apabila perkataan "deen-na-hum" yang disebut dalam ayat ini disisip atau diputarbelit menjadi "agama mereka" penterjemah-penterjemah terpakasa memutarbelit perkataan "syi-ya-aan" sebagai "mazhab" walaupun perkataan "mazhab" tidak terdapat dalam ayat ini.

Keinginan kita ialah untuk mencari jalan untuk menuju kepada satu cara hidup yang ditahbiskan atau ordained oleh Allah - yang akhirnya akan mengambil balik nyawa yang diberi kepada kita agar kita bertanggungjawab secara individu atas segala yang kita lakukan dalam hayat kita. Untuk mengambil bahagian dalam rancangan indah ini, Allah telah meminta kita percaya kepada Tuhan yang "ghaib" supaya kita yakin adanya hidup berkekalan selepas kematian kita. Kita disuruh untuk melakukan kerja-kerja kebajikan yang mendatangkan kebaikan didunia ini selama kita hidup sebagai satu komitmen kita terhadap Allah. Sebagai manusia, tujuan kita adalah mulia - tetapi kita gagal melakukan kewajipan yang paling penting, iaitu, "membaca". Tiada siapa yang mampu meluahkan kata-kata yang lebih anggun daripada ayat-ayat berikut:-

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan kamu amatlah mulia. Dialah yang mengajar kamu dengan pena. Dialah mengajar manusia apa-apa yang mereka tidak ketahui." (96:1-5)

Apabila kita gagal sempurnakan kewajipan kita untuk "membaca" kita terpaksa bergantung kepada manusia-manusia lain yang dianggap sebagai guru - dan kita lupa guru-guru ini tidak ada sedikit pun kelebihan daripada kita kecuali kemahiran mereka berbahasa Arab. Mereka sendiri tahu mereka memerlukan Allah untuk mendapatkan petunjukNya dan kemahiran mereka berbahasa Arab tidak memberi jaminan Allah akan memberi mereka petunjuk - atau mereka akan terlepas dari siksa Allah. Pada hari kemudian guru-guru ini tidak akan dapat menolong sesiapa pun - atau diri mereka sendiri. Malahan mereka akan lari jauh daripada pengikut-pengikut mereka:

"Ketika itu berlepas tanggan lah orang-orang yang diikuti daripada orang-orang yang mengikuti mereka - dan mereka berhadapan dengan azab - dan terputuslah segala perhubungan diantara mereka." (2:166)

Kebanyakan penjaja-penjaja agama sanggup mengeluarkan kata-kata memberi jaminan bahawa pengikut-pengikut mereka akan masuk syurga - sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa akan terjadi kepada diri mereka sendiri.

Apa yang sepatutnya satu kehidupan penuh dengan kerja-kerja kebajikan yang baik-baik atau good deeds, Islam hari ini mempamerkan cara hidup yang berkisar kepada mengawal fikiran-fikiran dan bakat-bakat dan ianya mempunyai ciri-ciri penuh dengan ritual-ritual dogmatik, berhala-berhala batu, adat resam dan budaya Arab termasuk lawatan-lawatan agama ditanah Arab. Pada pandangan penulis lawatan agama yang dinamakan "naik haji" hanya manfaatkan industri pelancungan Arab. Kesan dari amalan ritual-ritual ini telah memusnahkan kehidupan sepanjang hayat setiap pengikut agama Arab dengan cara menghambakan diri mereka kepada "tuhan" yang dibina oleh orang-orang Arab yang tidak memberi sebarang kesan untuk meningkat dan memperbaiki diri - ianya satu amalan yang sia-sia sahaja. Secara tidak lansung "agama" adalah hasil export utama bagi negeri Arab Saudi. Tidak terbilang orang-orang yang jujur yang tidak mampu melakukan amalan-amalan yang direka oleh penjaja-penjaja agama Arab ini, dan ada diantara mereka berhempas pulas, menggadai, dan ada yang sanggup berhutang dan berkorban tanpa berhenti-henti hanya bertujuan untuk menunaikan tanggung-jawab yang direka oleh orang-orang Arab. Yang anehnya, negeri Arab Saudi (yang mencatit jumlah pelawat-pelawat agama yang paling tinggi didunia) tidak memberi sebarang cahaya sebagai contoh kepada keadilan kasih sayang Allah.

Amalan-amalan pagan ini telah memecahbelahkan samada orang-orang muslim yang ditanam dengan pelbagai beza idelogi dalam berpuluh-puluh mazhab dan manusia keseluruhannya dengan cara hasutan secara halus supaya orang-orang muslim membenci orang-orang lain yang tidak bersetuju dengan kepercayaan mereka. Ini telah mengakibatkan perbalahan dan penentangan serta prejudis diantara kaum dan agama diantara manusia sejagat. Mungkin, kesan yang paling buruk sekali daripada tindakan ini ialah - mereka telah menyimpang manusia dari landasan-landasan jalan Allah yang sebenarnya. Amalan-amalan ritual yang disyaratkan oleh pemikiran sempit agama Arab ini telah menyebarkan ide-ide yang jahat diseluruh dunia dengan tumbuhnya pelbagai mazhab untuk mempromosikan Arab-centrik, kepercayaan agama dalaman dan budaya-budaya suku-kaum. Yang paling penting dan aspek yang amat bahaya sekali apabila pemikiran-pemikiran sempit ini menyelar masuk kedalam sistem politik - ianya akan musnah segala nilai-nilai murni cara hidup yang ditentukan oleh Allah dan jurang perpecahan diantara kaum akan jadi lebih luas sehingga timbul syak wansangka diantara satu sama lain. Buat masa sekarang permusuhan ini tidak memberi sebarang ruang kepada kebanyakan panganut-penganut agama lain dengan sikap orang-orang muslim yang mereka kenal. Tidak hairanlah hari ini ungkapan "fundamentalis Islam" tidak lagi dianggap sebagai satu ungkapan yang positif. Dengan itu orang-orang muslim yang terperangkap dengan agama Arab ini harus berfikir dan membuat pertimbangan untuk kembali kepada ajaran Allah semata-mata dengan cara merelakan diri kepada cara hidup yang diredhai oleh Allah yang sebenarnya supaya mereka dapat memenuhi tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah. Mereka harus menjauhkan diri mereka daripada orang-orang yang telah mempersekutukan Allah atau idol worshipers yang telah menukar cara hidup Allah (deen_nil-lah) untuk dijadikan sebagai agama (syia-ya-aan):

"Kembalilah bertaubat kepadaNya dan berprihatin kepadaNya sahaja - dan tegakkan komitment kamu - dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan. Iaitu dari orang-orang yang memecahkan cara hidup mereka (deen-na-hum) dan mereka beragama-agama (syi-ya-aan) - tiap-tiap kumpulan berbangga dengan apa yang mereka ada-adakan." (30:31-32)

Pelajar-pelajar bahasa Arab secara tidak sedar telah ditanam dari awal-awal lagi untuk menerima segala apa saja yang diajar oleh ulama-ulama agama Arab atau imam-imamnya tanpa kira kejituannya - samada salah atau betul apa yang mereka ajar. Biasanya pemikiran pelajar-pelajar ini dikunci dengan cara menakut-nakutkan mereka. Mereka diajar:- "Sesiapa yang mempersoal apa yang diperkatakan atau yang diajar oleh Ulama atau imam-imam - mereka akan masuk neraka". Mereka tidak sedar ketaatan secara membabi buta ini adalah bertentangan dengan apa yang diajar oleh Al Quran itu sendiri. Dengan fikiran yang telah dibelenggu, mereka terus mempromosikan ajaran-ajaran agama Arab ini kepada setiap generasi orang-orang muslim. Apabila ada orang menegur kebodohan mereka, mereka akan terus mengulang apa yang diajar oleh ulama-ulama mereka - "sesiapa yang tidak bersetuju atau mengkritik ajaran-ajaran agama Arab mereka adalah murtad - dan hukuman bagi orang-orang yang murtad ialah bunuh." Yang paling aneh sekali, mereka juga akan menjatuhkan hukuman bunuh kepada mana-mana muslim yang menyeru muslim-muslim lain kembali percaya hanya kepada Al Quran sahaja. Allah sendiri tidak mengenakan sebarang hukuman keatas mana-mana manusia yang sudah percaya kemudian tidak mahu percaya atau murtad - melain Dia tidak akan memberi mereka petunjuk atau membimbing mereka kejalanNya.

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya - kemudian mereka kafir - kemudian mereka percaya - kemudian mereka kafir - kemudian bertambah kekafiran mereka - tidak ada Allah memberi ampun kepada mereka - dan tidak akan ditunjuk kepada mereka sebarang jalan." (4:137)

Dalam cara hidup yang direstui Allah kesemua manusia diberi sepenuh kebebasan samada mereka mahu percaya atau tidak. Allah tidak akan bunuh sesiapa didunia ini kerena mereka membuat keputusan tidak mahu percaya selepas mereka percaya atau murtad - hanya tuhan-tuhan agama Arab sahaja yang menurun wahyu hukum ini.

Perbezaan ini sahaja sudah cukup dijadikan bukti agama Arab adalah kepercayaan kepada agama Arab pagan. Sudah tentu Tuhan semesta alam tidak guna hukum-hukum double standard.

Sebagaimana yang saya katakan, mesej Al Quran adalah mesej Allah untuk kesemua jenis manusia dimuka bumi ini tidak kira bahasa, bangsa atau warna kulit mereka - dan Allah tidak mengunakan paksaan untuk sesiapa yang mahu mengikuti cara hidup yang diturunkanNya dalam Al Quran:

"Tidak ada paksaan dalam cara hidup. Sesungguhnya telah jelas diantara yang benar dengan yang palsu. Maka, sesiapa yang tidak percaya dengan berhala-berhala dan dia percaya hanya kepada Allah - maka sesungguhnya dia berpegang kepada tali Allah yang kuat yang tidak akan diputus baginya. Dan Allah Mendengar, Mengetahui." (2:256)

Tuhan yang "Maha Suci" adalah Tuhan semesta alam - Tuhan Yang Satu - dan Tuhan yang Ghaib. Bandingkan dengan seketul batu yang boleh dilihat - tetapi tidak boleh memberi manfaat atau mendatangkan kemudharatan kepada sesiapa - mengapakah manusia mengeratkan pertalian dengan batu "Suci" ini?.

No comments:

Post a Comment