Sunday, November 15, 2009

Bab Pertama : Allah Bukan Bangsa Arab (Bah: 1)

Adalah satu kesilapan apabila kita mempromosikan ide seseorang itu hanya boleh menghambakan dirinya kepada Tuhan Semesta Alam dalam bahasa Arab sahaja. Pendapat cara ini (dan inilah yang biasa dilakukan) mengabaikan pertimbangan fakta penting seperti berikut:

Tuhan Semesta Alam bukanlah berbangsa Arab

Tuhan Semesta Alam boleh faham apa saja bahasa samada Bahasa-Bahasa Ingeris, Francis, Spanish, Jerman, Russia, Thai, Tamil, Jepun, Cina atau mana-mana bahasa (termasuklah bahasa-bahasa semut, serangga-serangga, binatang-binatang serta segala makhluk yang diciptaNya di langgit dan dibumi termasuk apa-apa yang tersembunyi didalam bumi).

Jadi mengapakah manusia tergila-gila dengan political correctness serta penekanan keatas kegunaan bahasa dan budaya Arab dalam Islam? Bukankah Al Quran itu memberi butiran secara terperinci tentang kehidupan orang-orang terkemuka yang silam seperti Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'kob, Daud, Sulaiman, Musa, Isa dan ramai lagi yang telah menghambakan diri mereka kepada Allah. Tiada siapa pun diantara mereka yang bertutur dengan Allah dalam bahasa Arab dan kesemua mereka telah disahkah dalam Al Quran sebagai orang-orang yang telah mengerjakan amalan-amalan kebaikan dan sebagai orang yang menjadi perintis menghambakan diri kepada Allah. Tiada siapa pun diantara mereka yang menyembah Allah sepertimana yang dilakukan oleh panganut-penganut agama Arab sekarang. Perhubungan mereka dengan Allah berkisar kepada komitmen mereka dengan mejaga kemurnian apa yang mereka komit secara menjalankan kewajipan-kewajipan melalui perbuatan dan kelakuan yang baik-baik. Kesemua ini dilakukan tanpa mengunakan sebarang fakulti-fakulti bahasa Arab. Sembah menyembah adalah amalan-amalan ritual pagan. Musa, Ibrahim, Isa, Daud, dan Muhammad kesemua diutus oleh Allah untuk mengajar manusia supaya berhenti dari amalan-amalan ritual pagan ini. Adalah dengan kehendak Allah bahawa kita menjadi orang-orang yang bersetuju dengan rela menghambakan diri kepadaNya secara berkomited dengan berpegang teguh menjalankan kewajipan-kewajipan kita dengan mengerjakan perbuatan dan berkelakuan baik atau good deeds.

Setiap apa saja yang bernyawa ditujuh langgit and dibumi memuji Allah dengan cara mereka tersendiri. Tiada satu pun makhluk yang bernyawa yang tidak memujiNya dan Dia faham segala kepujian-kepujian dan bahasa-bahasa mereka. Sebagai bukti Al Quran menceritakan kepada kita kisah Sulaiman. Nabi Sulaiman telah direstui Allah dengan kebolehan memahami bahasa-bahasa burung dan juga semut. Suatu hari semasa beliau berjalan melintasi satu lembah semut, dia tersenyum apabila dia dengar semut-semut berkominikasi sesama mereka:-

"Apabila mereka tiba diatas lembah semut berkatalah seekor semut, "wahai semut semua masuklah kamu sekelian kedalam sarang-sarang kamu supaya Sulaiman dan bala tenteranya tidak memijak kamu dengan tidak sengaja. Maka dia tersenyum dan terhibur dari perbualannya - dan dia berkata, "Ya Tuhanku arahkanlah aku supaya aku bersyukur nikmat Kamu yang Engkau berikan keatas aku dan keatas kedua-dua orang tua ku supaya aku membuat kerja-kerja yang baik yang diredhai oleh Kamu - dan berilah kepadaku Rahmat Mu dan kepada hamba-hamba Mu yang melakukan amalan-amalan yang baik." (27:18-19)

Sudah pasti semut-semut ini tidak berkominikasi sesama mereka dalam bahasa Arab. Tetapi Allah terjemahkan bahasa semut ini kepada bahasa Arab didalam Al Quran sebab Dia faham segala bahasa. Sekiranya Dia memilih seorang Nabi berbangsa Melayu sudah pasti Dia terjemahkan amaran-amaran semut ini kepada kawan-kawannya kepada Bahasa Malaysia.

Allah mengilhamkan KitabNya kepada Musa dalam bahasa ibundanya iaitu, bahasa Ibrani atau Hebrew, dan selepas beribu tahun Dia menurunkan Al Quran kepada seorang berbangsa Arab - Dalam Al Quran Allah memberitahu kepada semua yang berketurunan Bani Israel yang tidak bertutur dalam bahasa Arab supaya percaya kepada KitabNya. Sudah tentu Allah tidak menyuruh mereka menjadi orang-orang Arab atau mengikuti budaya dan tradisi orang-orang Arab untuk berkomited dengan apa yang diturunkan dalam Kitab Al Quran dan juga kepada Kitab asal yang telah diberikan kepada mereka sebelum itu. Allah menyeru mereka:-

"Wahai Bani Israel, ingatlah nikmat Aku yang Aku anugerahkan kepada kamu - dan sempurnakanlah penjanjian kamu kepada Aku supaya Aku sempurnakan janji-janjiKu kepadamu - dan hanya kepada Akulah kamu harus sanjung. Percayalah dengan apa yang Aku turunkan yang mengesahkan apa yang ada pada kamu - dan janganlah kamu jadi orang pertama yang ingkar dengannya - dan jangan sekali-kali kamu memperdagangkan ayat-ayat Aku dengan harga yang murah - dan kepada Akulah harus kamu berprihatin. Jangan sekali-kali kamu campur adukkan yang benar dengan yang palsu - dan jangan kamu sembunyikan yang benar sedang kamu tahu. Dan berkomitedlah dan jadikannya suci dan rendahkanlah dirimu bersama-sama orang yang merendahkan diri." (2:40-43)

Kebanyakan orang membuat kesilapan apabila mereka samakan Bani Israel dengan yahudi. Bani Israel adalah nama satu kaum dan yahudi adalah nama agama. Dalam ayat-ayat diatas mesejnya ditujukan kepada bangsa Bani Israel bukan kepada orang-orang yahudi. Bagitu juga apabila orang membuat kesilapan menyamakan kaum Arab dengan Islam. Kedua-duanya adalah dua entiti yang belainan.

Petunjuk Allah sentiasa diturunkan sebagai peringatan untuk keseluruh manusia dimuka bumi ini - dan sudah tentu ianya diturun dalam sesuatu bahasa. Tanpa sebarang keraguan apa yang paling penting ialah mesej petunjukNya dan bukan orang yang membawa mesejNya atau "bahasa" pembawa mesejNya.

Walaubagaimanapun orang-orang yang tidak mempunyai keyakinan akan jadikan bahasa itu sebagai satu bebanan untuk mereka menerima mesej-mesej Allah. Al Quran mengajar kita bahawa bahasa yang digunakan dalam Kitab Allah tidak penting, dan bagi mereka yang benar-benar ikhlas apabila mereka membaca petunjuk Allah dalam bahasa yang mereka faham Allah akan masukkan mesejNya kedalam hati mereka tanpa kira apa saja bahasa ibunda mereka. Al Quran juga mengajar kita bahawa bagi mereka-mereka yang tidak percaya mereka akan jadikan bahasa sebagai satu isu dan sanggup bertengkar tentang bahasa dan bukan mesejnya. Contoh-contoh orang yang pentingkan bahasa dan sanggup mempersoalkan tentang bahasa telah dijelaskan dalam Al Quran sepertimana orang-orang yang menerima Kitab Taurat. Ada beberapa ketika mereka-mereka yang mengaku mengikuti ajaran-ajaran yang disampaikan kepada Musa bergaduh sesama sendiri tentang bahasa yang digunakan dalam Kitab Taurat dan kesudahannya mereka semua membelakangkan Kitab Taurat. Hasilnya timbulah agama baru dan imam-imam yang mengaku diri mereka sebagai penjaga agama. Mereka mula menulis kitab-kitab Talmud Babylonian dan Palestin sebagai dokumen paling penting dalam agama yahudi - yang dikatakan sebagai kitab penjelasan kepada Kitab Taurat. Selain daripada kitab Talmud ada juga imam-imam lain yeng menulis kitab-kitab yang serupa dengan hadis-hadis agama Arab yang dinamakan Mishnah, Gemarah dan Tosefta. Apabila kitab-kitab ini timbul dari masa kesemasa dan sudah tentu kesemua kitab-kitab ini tidak sealiran diantara satu sama lain - kesudahannya agama yang mereka ada-adakan mula berpecah kepada beberapa mazhab. Tidak hairanlah apabila kita lihat perselisihan dan perpecahan yang sama berlaku dalam agama Arab apabila timbul beberapa sekolah pemikiran (schools of thought) dan mazhab-mazhab selepas lama Al Quran diturunkan.

Balik kita kepada tajuk bahasa. Mengikut Al Quran - sememang ada manusia yang akan mempersoal Kitab Allah tidak kira bahasa apa sekalipun Allah memilih untuk menurunkan KitabNya:

"Dan jika Kami jadikan Al Quran itu bukan dalam bahasa Arab, sudah tentu mereka akan bertanya, "mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya"? Apakah harus Kami beri bahasa lain kepada seorang Arab? Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya ianya akan menjadi petunjuk dan penawar - tetapi pada orang-orang yang tidak percaya telinga mereka akan pekak dan Al Quran jadi gelap seolah-olah mereka diseru dari jauh." (41:44) "Dan sesungguhnya Kami telah beri kepada Musa Kitab - lalu mereka berselisih tentangnya - dan jikalau tidak kerana perkataan-perkataan silam Tuhan Kamu - sudah tentu diputuskan diantara mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar ragu, bingung." (41:45)

Mengikut ayat berikut orang-orang bukan Arab (tidak kira tinggi mana ilmu bahasa Arabnya) tidak akan boleh percaya (beriman kepada Allah semata-mata) sekiranya mereka mencari petunjuk Allah dalam bahasa Arab. Malahan mereka dianggap sebagai orang-orang yang salah.

"Dan sekiranya Kami turunkanNya (Al Quran dalam bahasa Arab) keatas orang-orang bukan Arab - lalu dibacakan keatas mereka - sudah tentu mereka tidak akan percaya kepadanya. Bagitulah Kami masukkan kedalam hati orang-orang yang salah." (26:198-200)


bersambung dibahagian kedua........

No comments:

Post a Comment