Monday, November 9, 2009

Bab Pertama : Al Quran atau Bacaan

Penipuan yang pertama oleh penjaja-penjaja agama Arab ialah apabila mereka beria-ia memukul gendang mengatakan "mustahil" kita boleh menterjemahkan Al Quran kepada mana-mana bahasa kerana sebarang percubaan akan merubah essence maksudnya.

Ini amat tidak betul. Dan ini adalah kospirasi pertama oleh mereka untuk menghalang manusia daripada memahami dan mendapat pelajaran dari Allah dalam bahasa mereka sendiri. Apabila manusia percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh penjaja-penjaja agama Arab seolah-olah mereka sahaja yang boleh faham isi kandungan Al Quran - secara otomatik mereka diiktiraf sebagai penjaga de facto kepercayaan agama dan dengan sendirinya segala hal ehwal agama harus dirujuk kepada mereka. Kesudahannya apa saja yang mereka kata tentang Al Quran mesti diterima sebagai kebenaran dari Allah. Lama kelamaan secara halus mereka berjaya mengubah satu cara hidup yang ditetapkan Allah kepada amalan-amalan Agama Arab yang dicipta.

Tidak boleh dinafikan dalam Al Quran sememangnya banyak perkataan-perkataan yang tidak boleh difaham oleh orang-orang Arab sendiri - terutama sekali yang ada kaitan dengan sains, astromoni, biologi, quntum physic dll. Penjaja-penjaja agama mengambil kesempatan ini lalu secara borong mengatakan ianya "mustahil" menterjemahkan Al Quran kepada bahasa-bahasa lain. Perkataan-perkataan yang hanya boleh difaham oleh ahli-ahli ilmuan dalam satu-satu bidang khusus terutama sekali tajuk-tajuk yang ada kaitan dengan alam semula jadi yang dicipta Allah - kesemuanya tidak ada kena mengena dengan komitmen kita terhadap Allah untuk menjalankan tanggung-jawab harian kita - kesemua perkataan-perkataan ini mudah difaham dan praktikkan. Misalnya, semua terjemahan dalam bahasa apa sekali pun akan menterjemah "Jangan kamu adakan disamping Allah tuhan yang lain, sebab kamu akan dicela, dihina". (17:23) atau "Jangan kamu mengikuti apa yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendegaran, dan penglihatan dan hati - kesemuanya akan ditanya".(17:36). Kita tidak perlu sebarang pakar bahasa atau mana-mana penjaja agama untuk menjelaskan kepada kita maksud ayat-ayat ini. Apabila Al Quran berkata "Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang tidak mengunakan akal" (10:100) apakah essence maksudnya hilang atau "mustahil" untuk difahami?

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa kesemua orang bukan Arab diseluruh dunia setiap hari bertutur dalam bahasa Arab semasa mereka sembahyang ritual lima kali satu hari. Ini adalah satu syarat yang tidak boleh ditolak-ansur yang dipasak dalam minda penganut-penganut agama Arab - satu keperluan yang tidak terdapat dalam Al Quran. Orang-orang Ingeris, French, Jerman, Jepun, China, Africa, Eskimo, Red Indian, Orang-orang Asli dari bermacam-macam Negara - serta bangsa-bangsa lain yang tidak bertutur dalam bahasa Arab - kesemua mereka mesti sembahyang secara ritual kepada tuhan Arab semestinya dalam bahasa Arab. Anggapan Allah tidak boleh faham bahasa-bahasa lain - adalah satu penghinaan kepada intelek kita.

Penjaja-penjaja agama Arab dengan sengaja membina satu benteng bahasa untuk menguatkan pengaruh mereka dalam agama mereka, sekali gus mereka dapat mengawal dan berkuasa mengeluarkan hukum-hukum "Agama Arab" keatas penganut-penganutnya. Hasilnya, mereka berjaya mencipta satu agama diseluruh dunia yang melambangkan kebesaran budaya suku-kaum Arab dan ritual-ritual pagan sepertimana kita dapat lihat pada hari ini. Mereka telah berjaya menghalang bangsa-bangsa lain yang jujur untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Semesta Alam dengan mengasingkan mereka secara sistematik supaya orang-orang ini tidak dapat memahami isi kandungan Al Quran. Kesudahannya, semua terjemahan-terjemahan Al Quran buat masa kini harus melalui tapisan oleh mereka sebelum ianya dapat diedarkan sebagai terjemahan yang sah.

Diharapkan buku ini akan dapat meneroka dan mengcungkil serta memusnahkan segala permainan silap mata Arab yang tidak manasabah. Kita akan merujuk dari Al Quran bersenjatakan dengan akal yang sihat yang dianugerah oleh Allah dan juga lojik. Ini bermakna - sesiapa saja atau kesemua orang - samada Arab atau bukan Arab - mereka boleh membuat pengesahan dan periksa dengan sendiri apa yang dibahaskan dalam buku ini. Al Quran itu mampu bertahan dengan sendiri dari segala apa cara penyiasatan atau kritikan. Ianya benar-benar Kitab Allah yang diilhamkan.

Pengikut-pengikut Agama Arab yang tidak mahu mengunakan akal untuk mencari kebenaran atau menyoal dan mencabar penjaja-penjaja agama mereka, tanpa segan silu mengakui diri mereka sebagai seorang "Muslim" adalah kaum yang paling buruk sekali diatas muka bumi ini. Allah telah menghukum dan menghina mereka kerana membuta-tuli menjadi hamba kepada kebodohan penjaja-penjaja Agama Arab. Penjaja-penjaja agama ini adalah musuh Allah dan Nabi Muhammad yang sebenarnya sepertimana musuh-musuh Allah yang mencipta agama Yahudi selepas Nabi Musa. Perbuatan-perbuatan mereka adalah bertentangan dengan objektif Tuhan Semesta Alam - Pencipta langit-langit dan bumi. Sebelum Allah memberi Al Quran kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab Dia juga telah mengilhamkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob, Musa, Isa, dan Nabi-Nabi lain yang mengandungi inti-pati dan mesej yang serupa - itulah asas-asas kepada ajaran Allah - kesemua mereka mendapat ilham dari Allah dalam bahasa mereka sendiri - dan Allah tidak pernah memerintah mereka berkhidmat untukNya dalam bahasa Arab.

Panduan-panduan dalam Kitab Allah setiasa bertujuan memudahkan kehidupan semua manusia yang diberi nyawa oleh Allah sendiri - supaya mereka semua mencapai satu cara hidup yang tenteram dan aman. Apabila manusia lari daripada objektif Kitab itu - kehidupan mereka akan jadi kucar-kacir.

No comments:

Post a Comment