Sunday, November 8, 2009

Bab Pertama : Salah Anggapan

Hari ini perkataan Islam adalah satu perkataan yang paling teruk disalahguna dan disalahertikan. Makna perkataan Islam mengikut bahasa Al Quran ialah "ketenteraman" yang dinikmati secara berkomited dan berprihatian mengikut peraturan-peraturan satu cara hidup (deen) yang dibekalkan (providence) oleh Pencipta kita melalui ilham-ilham kepada kesemua Nabi-Nabi dan pembawa-pembawa beritaNya supaya semua manusia dapat menghayati satu cara hidup yang teratur mengikut rancangan agong ciptaan Allah (sebagai satu sistem Allah). Perkara ini, malangnya bukanlah apa yang terdapat dalam gambaran pemikiran kita apabila kita dengar perkataan Islam itu disebut. Islam tulin yang sebenarnya bertujuan untuk satu kehidupan yang tenteram tanpa sebarang agama, kepercayaan-kepercayaan tahyol, karut-karut, atau kesucian (holiness) yang dicipta oleh agama-agama. Penjaja-penjaja agama walaubagaimanapun secara teratur telah meruntuh segala cita-cita murni ini secara mengubah bentukrupanya sehingga ianya lenyap daripada tujuan asal PenciptaNya. Apabila agama Arab diperkenalakan ianya telah menyelewengkan manusia, membantut kemajuan mereka yang menghasilkan satu jenis kumpulan sentiasa tertindas dan mereka tidak boleh berfungsi dengan berkesan. Agama ini mempromosikan satu cara hidup atau deen yang mengambarkan kegaduhan, keganasan, ekstrimism, kepercayaan kepada idola-idola, sembah-menyembah, ritual-ritual, pengorbanan binatang, ritual-ritual lawatan ke rumah batu dinegeri Arab, hukum-hukum yang diceduk dari kepercayaan suku kaum Arab yang menindas, mengasing dan membeza status sesuatu bangsa, mengambil kesempatan, berbanga diri, keruntuhan budi bahasa, kemiskinan dan mengikut contoh sistem padri-padri Yahudi yang kolot. Ini semua, mengikut pendapat mereka, adalah apa yang ditetapkan oleh Allah. Jelas sekali apabila kita memaca Al Quran - ianya amat beretentangan dengan cara hidup atau deen yang termaktub dalam Kitab itu.

Buku ini akan membincang tentang amalan-amalan menyembah berhala oleh agama Arab. Saya akan menghuraikan apa yang diamalkan dalam agama Arab sekarang tiada satu pun yang mempunyai asas dalam Islam mengikut Al Quran yang telah diilhamkan kepada Nabi terakhir. Mengikut Al Quran, seseorang itu boleh menikmati satu cara hidup yang tenteram tanpa mengikuti sebarang agama. Bukti-bukti dari Al Quran dengan jelas mengatakan setiap Nabi yang diutus oleh Allah mempunyai musuh-musuh dan mereka akan mencipta agama atau mengada-adakan ajaran selain dari Kitab Allah untuk penyelewengan dari jalan Allah. Walaupun ianya jadi satu kejutan, sesungguhnya orang-orang agama telah dibuktikan diseluruh dunia sebagai musuh-musuh kepada Nabi-Nabi Allah dengan cara yang nyata mengantikan "ketenteraman" hidup - kepada satu agama menyembah berhala secara mengunakan phychology untuk menyelewengkan manusia-manusia diseluruh dunia.

Sebelum saya meneruskan dengan bantuan-bantuan apa yang saya perkatakan, lebih baik sekiranya kita memberi definasi kaedah-kaedah dan panduan-panduan yang digunakan untuk penyelidikan ini:-

(1) Al Quran (yang diterjemahkan sebagai Bacaan) adalah perkataan-perkataan atau kalimah-kalimah Allah.

(2) Al Quran adalah dokumen yang paling berkuasa kepada kepercayaan untuk orang-orang muslim.

(3) Isi kandungan Al Quran kesemuanya adalah benar, tanpa sebarang percanggahan, tepat, lengkap, dan diatur dan ditulis dengan betul dan sempurna.

(4) Al Quran adalah Kitab yang menjadi Hakim dan pengukur mutlak membezakan diantara apa yang Hak (betul)dan apa yang bathil (palsu). Kalimah-kalimah Arab asal yang digunakan Allah (bukan bahasa Arab konteperori) dijadikan bahasa penentu untuk mendedah dan membongkar sebarang penyelewengan dan ketidak seimbangan dari apa yang diterjemah oleh manusia-manusia.


Sebelum kita meneruskan biarlah saya jelaskan secara ringkas mengapa saya memilih untuk berbincag tajuk "sembah berhala" atau "idol-worship". Mengikut Al Quran Allah boleh mengmpun segala kesalahan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki kecuali orang-orang yang mengamalkan "idol-worship" atau "mempersekutukanNya" atau dalam bahasa Arab "Syirik". Apa saja perbuatan dan pekerjaan yang baik-baik (good deeds) yang dilakukan oleh seseorang itu - ianya akan terhapus sama sekali sekiranya dia terjerumus kedalam "syirik" atau "mempersekutukan" Allah secara sedar atau tidak:


"Sesungguhnya telah Kami ilhamkan kepada kamu dan kepada mereka-mereka sebelum kamu, sekiranya kamu "mempersekutukan" niscaya segala kerja-kerja kamu akan dihapuskan sama sekali- dan tentulah kamu akan termasuk orang-orang yang rugi. Dengan itu, hendaklah kamu hambakan diri kamu kepada Allah semata-mata supaya kamu jadi orang-orang yang bersyukur". (39:65-66)

"Sesungguhnya Allah tidak akan ampun apa yang disekutukan denganNya - tetapi Dia akan mengampun apa saja selain dari itu bagi sesiapa saja yang Dia kehendaki - Dan barangsiapa menyekutukan apa saja disamping Allah - maka sesungguhnya dia telah membuat jenayah yang besar." (4:48)

Nabi Musa misalnya telah membunuh orang semasa dia masih muda. Allah bagaimana pun memilih dia untuk dijadikan sebagai Nabi lalu Dia mengampunnya atas kesalahan yang dilakukannya sebaik sahaja dia kembali menghambakan dirinya untuk Allah semata-mata. Al Quran memberi penjelasan terperinci tentang sejarah Nabi Musa. Untuk tujuan ini saya harus kumpul ayat-ayat dari beberapa surah yang menguatkan cerita Musa - cara yang digunakan bagi kaji-selidik ini.

"Wahai Musa (penghujung ayat 20:11 dan disambung dengan), Sesungguhnya Aku adalah Tuhan kamu, maka tanggalkan kasut kamu. Sesungguhnya kamu dilembah Tuwa yang suci. Dan Aku telah memilih kamu - lalu dengarlah apa yang diilhamkan. Sesungguhnya Aku adalah Allah - Tiada Tuhan melainkan Aku. Maka hambakan dirimu dan komit-lah dirimu untuk mengingati Aku." (20:11-14)

(Nota: Perkataan Arab "Salat" dalam ayat ini diterjemahkan sebagai "komit" yang akan dijelaskan dalam Bab yang lain nanti: Sementara itu pembaca harus membuat penilaian sendiri mengapa perkataan "Salat" ini digunakan kepada Musa - dan bagiamana Musa melakukan "Salat" sedangkan inilah pertama kali pengelaman beliau berhadapan dengan Allah - Bila masa dia Salat dan adakah dia memberi penghormatan kepada Nabi Muhammad semasa dia "Salat" sepertima yang dilakukan oleh orang-orang muslim apabila mereka membaca "As-Salamu-alaikum ya ai-yuhan Nabi" atau "Salam sejahtera keatas kamu wahai Nabi" dalam sembahyang mereka)

Kemudian ayat-ayat dalam surah lain pula menyambung dan memperkukuhkan lagi kisah Nabi Musa selain dari apa yang kita baca dalam surah 20:-

"Wahai Musa, Sesungguhnya Aku adalah Allah yang Berkuasa dan Hakim. Dan lempar tongkat kamu. Maka apabila dia melihat ianya bergerak seakan-akan ular, dia melarikan diri tanpa menoleh kebelakang. Wahai Musa, janganlah kamu takut - sesungguhnya orang-orang yang Aku utuskan tidak mempunyai ketakutan." (27:9-10)

Kisah apa yang berlaku kepada Musa dengan Allah diulangi dan disambung lagi dalam surah yang lain:-

"Sekarang masukanlah tanggan kamu dalam saku kamu - ianya akan menjadi putih tanpa cacat - dan dakapkanlah dibawah sayap tanggan kamu - maka ini adalah dua bukti kebenaran dari Tuhanmu untuk dibawa kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak adil." (28:32)

"Musa berkata, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah membunuh salah seorang dari mereka, maka aku takut mereka akan membunuh aku." (28:33)

"Walaupun orang-orang yang melakukan kezaliman dan kemudian dia mengantinya dengan kebaikan selepas kejahatan - maka sesungguhnya Aku Penyampun dan Penyayang".(27:11)

Sifat semulajadi manusia sememangnya mereka itu lemah (ini disahkan dalam Al Quran itu sendiri). Kita melakukan banyak kesilapan dan kadangkala ianya melampaui batasan-batasan hidup dan ini akan mencemarkan sifat diri dan personilti kita sendiri. Allah sebaliknya tahu sifat-sifat lemah kita, lalu Dia tidak lupa memberi jaminan kepada kita semua, Dia mengampun apa saja kesalahan-kesalahan diri kita apabila kita sedar dan sanggup membuat perubahan sikap. Kriteria untuk mendapatkan kemudahan pengampunan dari Allah - tidak memerlukan penerima nikmatNya menjadi ahli mana-mana agama. Kesemua manusia tidak kira bangsa, bahasa atau warna kulit layak menerima kurnian Allah - kerana Dialah Pencipta mereka semua. Mereka hanya perlu sedar keburukan-keburukan yang mereka kerjakan selama ini dan sanggup berubah sikap dan berkomited kepada kerja-kerja (deeds) kebajikan untuk kebaikan diri dan dunia disekeliling mereka.

"Kecuali kepada mereka yang mengubah sikap (bertaubat), percaya, dan melakukan kerja-kerja yang ikhlas (sincere deeds) - maka, mereka-mereka itu akan digantikan Allah kesalahan-kesalahan mereka menjadi kebaikan (kredit) - dan sesungguhnya Allah Pengampun, Penyayang. Dan barang siapa mengubah sikap (bertaubat) dengan kerja-kerja yang ikhlas kepada Allah mereka itu benar-benar yang mengubah sikap" (25:70-71)

Ini adalah satu jaminan daripada Allah sendiri dalam Al Quran. Kita tidak perlu menjadi ahli mana-mana pertubuhan agama untuk mengubah sikap atau bertaubat atau untuk percaya kepada Allah yang Satu. Juga, kita tidak perlu menjadi ahli mana-mana agama untuk melakukan kerja-kerja yang baik dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment