Thursday, November 5, 2009

Pendahuluan (Bah: Kedua)

Orang-orang Muslim yang bergantung kepada terjemahan-terjemahan Al Quran ini (kerana mereka tidak memahami bahasa Arab) - tidak dapat menghayati inti-pati Kitab Al Quran dengan sepenuhnya yang mengutamakan hak-hak individu, sikap bertolak-ansur dan kebebasan bersuara dan berfikir. Ianya juga mempunyai maklumat-maklumat tentang perhubungan sesama manusia, hormat-menghormati diantara kaum, jaminan kehidupan yang aman didunia dan akhirat sebagai balasan kerja-kerja (deeds) yang mulia diantara satu sama lain, caramana manusia sejagat boleh mencapai keamanan secara global, memberi keutamaan kepada belas kasihan diantara satu dengan yang lain, dan panduan-panduan hidup social yang teratur. Segala perancangan yang dihidangkan kepada kita dalam Al Quran sesuai dan boleh digunapakai dan diamal oleh mana-mana temadun dan budaya diseluruh pelusuk dunia tanpa kira bangsa atau warna kulit - sebab isi kandungannya tidak ada kena-mengena lansung dengan sebarang ajaran "agama". Pendek kata, Al Quran adalah sebuah buku panduan untuk mencapai satu cara hidup yang teratur atau "deen".

Sabagai satu syarat, kesemua penterjemah-penterjemah tidak pernah cuba tumpu secara khusus terhadap sesuatu topic atau membuat perbandingan diantara satu ayat dengan ayat-ayat yang lain yang ada kaitan dengan topic yang sama - satu proses yang boleh memberi mereka kunci kepada pemahaman perkataan-perkataan serta expresi-expresi teks dalam Al Quran. Tanpa kunci ini sudah pasti mereka tidak dapat kesan perkataan-perkataan yang telah dimanipulasi maksudnya oleh pentafsir-pentafsir silam - kelalaian ini menyebabkan terjemahan-terjemahan mereka penuh dengan percanggahan serta memberi maksud yang berlainan kepada konsep disebalik setiap perkataan. Hasilnya kita dapati terjemahan-terjemahan yang cacat dan kadangkala tidak boleh diterima akal sebab ianya penuh dengan kekeliruan dan keraguan, tidak tepat dan kerapkali tidak konsisten.

Apabila saya mula membuat kajian ini enam belas tahun lalu, saya tidak dapat berpandu kepada tulisan-tulisan yang mengkhusus tentang "kritikan-kritikan teks" atau "textual critism" tentang terjemahan-terjemahan, sebab ianya tidak pernah wujud. Apa yang mampu saya guna untuk rujukan-rujukan hanyalah daripa terjemahan-terjemahan Al Quran yang terpengaruh kuat kepada tema-tema agama yang diminati oleh orang-orang agama. Ketika itu tiada satu pun sebarang kajian secara menyeluruh terhadap kritikan teks terjemahan-terjemahan ini berasaskan perkataan-perkataan Arab dalam Al Quran semata-mata yang diperkuatkan dengan rujukan ayat-ayat didalamnya.

Kajian sepertimana yang ditulis dalam buku ini memerlukan pemikiran yang bebas dan kritikal. Tidak mungkin ianya boleh dinikmati oleh mana-mana pemikiran yang telah dibelenggu kuat dengan agama. Mengikut Al Quran apabila seseorang itu berpegang kuat kepada satu-satu kepercayaan - hatinya akan menjadi lebih keras dar batu - "Selepas itu Hati kamu menjadi keras macam batu, lebih keras lagi daripadanya - malahan ada diantara batu-batu yang mamancar aliran-aliran sungai, dan ada diantaranya pula merkah untuk mengalirkan air, dan yang lainnya meluncur kerana takut kepada Allah. Allah tidak akan lalai dari apa yang kamu kerjakan." (2:74)

Walaubagaimanapun, tajuk-tajuk yang dianjurkan dalam buku ini akan menjadi satu ancaman besar kepada dua mazhab dalam "Agama Arab" - iaitu sunnah wal jumaah dan syiah - yang telah dipenjara oleh undang-undang suku kaum, adat dan budaya Arab yang dijadi sebagai asas pengangan agama mereka. Hanya mereka-mereka yang berfikiran kritikal dan terbuka serta mereka yang sanggup memeriksa apa yang ditulis dalam buku ini dengan mengunakan teks-teks Al Quran itu sendiri akan merasa bersyukur membaca kajian-kajian dalam buku ini. Buku ini ditulis dengan gaya yang mudah and saya harap walaupun tanpa sebarang ilmu pengkhususan tentang Al Quran atau bahasa Arab diantara pembaca-pembaca ianya tidak menjadi satu penghalang untuk mereka mengikuti apa yang diperbincangkan dalam buku ini.

No comments:

Post a Comment