Sunday, June 5, 2011

Bab Ketiga Bah 1. AGAMA ARAB

Tidak ada catatan sejarah yang ditulis oleh orang-orang Arab tentang bangsa mereka sendiri sebelum Al Qur’an itu diturunkan kepada bangsa mereka. Apabila kita membaca Quran kita dapati Allah telah mengutuskan seorang pembawa utusanNya kepada satu bangsa dimana nenek moyang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang sistem Tuhan dan mereka tidak pernah menerima peringatan tentang ajaran-ajaran Allah. Dan Allah telah menetapkan walaupun mereka diperingatkan dengan Al Quran - kebanyakan mereka tetap tidak akan percaya. Secara ringkasnya – kebanyakan orang-orang Arab telah ditetapkan tidak akan beriman kepada Al Quran.

  •  ”Ya Sin, dan Al Quran (Bacaan) yang penuh Hikmah. Sesungguhnya kamu adalah dari diantara pembawa-pembawa utusan atas jalan yang lurus. Diturunkan oleh Maha Perkasa Maha Penyayang – agar kamu beri peringatan kepada kaum dimana nenek moyang mereka tidak pernah diberi peringatan sedangkan mereka lalai. Sesungguhnya telah diperkatakan atas kebanyakan mereka - bahawa mereka tidak beriman.” (36:1-7)
Apabila Allah menetapkan kebanyakan orang-orang Arab itu tidak akan beriman kepada Al Quran ini yang disampaikan oleh pembawa utusan berbangsa Arab – maka ini termasuklah kaum kerabat dan juga sahabat-sahabatnya. Ini diperkuatkan lagi apabila Allah mengatakan dalam sura 9 ayat 97 bahawa orang-orang Arab itu amat keras kemunafikan dan kekafiran mereka. Ketetapan ini tidak bioleh diubah oleh sesiapa – termasuklah oleh mana-mana ulamak atau ustaz-ustaz yang mengatakan sebaliknya atau mereka cuba memberi alasan-alasan lain.

Dalam Al Quran nama-nama seperti Abu Bakar, Omar, Osman, Abu Hurairah atau Aisyah atau nama-nama lain yang dijaja oleh ulamak-ulamak yang sering kita dengar tidak disenaraikan oleh Allah dalam KitabNya – kerana nama-nama ini tidak ada kena mengena dengan kepercayaan sesorang itu kepada Allah.

Sejarah adalah amat penting bagi manusia - dan apabila ianya ada kaitan dengan ajaran Pencipta mereka - maka seharusnya pelajaran ini dikaji selidik dari sumber yang diturunkan oleh Pencipta mereka – bukan dari mulut ke mulut atau hearsay. Misalnya, sekiranya kita ingin mengetahui sejarah tentang Nabi-Nabi Allah sudah pasti sumber yang paling sahih dan tepat adalah dari sumber yang dikisahkan oleh Allah sendiri. Kita amat bertuah kerana kita dapat mewaris sebuah Kitab yang tidak tercemar oleh tanggan-tanggan manusia sepertimana yang terjadi kepada Kitab-Kitab Allah sebelumnya.

Apabila kita kaji dengan teliti Kitab-Kitab Allah yang diturunkan sebelum Al Quran yang telah diberi nama sebagai  Old Testament dan New Testament kita dapati ianya padat dengan cerita-cerita peribadi Nabi-Nabi Allah dari Nabi Adam hingga Nabi Isa Putera Mariam. Cerita-cerita ini tidak pernah diwahyukan kepada mana-mana Nabi - sebaliknya apa yang dicerita dan ditulis adalah hasil dari ide-ide ahli agama Yahudi dan Nasrani. Kitab-kitab ini dimuatkan dengan cerita-cerita keganasan, hukum-hukum jahil yang tidak masuk akal sehinggalah cerita-cerita lucah. Watak Nabi-Nabi Allah diberi gambaran sebagai orang-orang zalim, tidak mempunyai perasaan dan berkelakuan tidak senonoh. Walau seburuk mana cara-cara hidup yang disarankan dalam kitab tersebut - ulamak agama Yahudi dan Kristian berjaya dapat membelenggu minda-minda berbillion manusia mempercayai ajaran-ajaran jahiliah ini. Sejarah berulang sekali lagi apabila orang-orang muslim bersetuju untuk percaya kepada apa yang ditulis oleh ulamak-ulamak dalam kitab-kitab agama mereka yang diberi nama kitab-kitab hadis.

Al Quran diturunkan untuk menyeru pengikut kesemua agama-agama ini yang telah dibelenggu dengan ajaran-ajaran yang diada-adakan oleh ulamak-ulamak mereka samada jenama agama mereka sebagai Yahudi, atau Kristian atau muslim atau hindu dan selainnya.

Allah memberi jaminan kepada mereka bahawa Al Quran mengesahkan Kitab-Kitab yang diturunkanNya sebelum ini dan ianya adalah satu Furqan atau sebagai hakim diantara yang benar dan yang bathil - terumata sekali kepada pengikut-pengikut agama Arab yang dibelenggu minda mereka dengan ajaran-ajaran ulamak mereka yang tidak ada dalam Kitab Allah.

Adalah menjadi tanggung jawab mereka membuat perbandingan diantara apa yang mereka telah lama percaya dengan apa yang ditetapkan oleh Allah dalam Al Quran. Dalam Al Quran mereka tidak akan bertemu dengan cerita-cerita dongeng, amalan-amalan ritual serta aktiviti-aktiviti budaya dan tradisi orang-orang Arab pagan.

Contoh bagaimana mudahnya manusia diselewengkan dari ajaran Allah sebenarnya apabila kita mengambil cerita yang paling mudah tentang Adam.

Mengikut ajaran The Old Testament Adam dilarang memakan buah dari pohon. Semasa itu Hawa berada bersama-sama Adam dan seekor ular telah membisik kepada Hawa memmujuknya untuk makan buah terlarang tersebut. Ular tersebut menjamin kepada Hawa sekiranya dia makan buah tersebut dia akan kekal selama-lamanya – matanya akan terang seolah-olah dia seperti Tuhannya yang boleh mengetahui segala-gala yang buruk dan yang baik. Hari ini kesalahan Adam diletakkan kepada isterinya – dan kesemua agama termasuk pengikut-pengikut agama Arab - mereka percaya perempuan adalah sebagai punca kepada semua kelemahan lelaki. Pengikut-pengikut agama Yahudi dan Nasrani ditanam dengan kepercayaan bahawa syaitan atau Iblis mempunyai bentul fisikal.

Apabila Allah mengatakan Al Quran mengesahkan Kitab-KitabNya yang diturunkan sebelum ini Dia memperbetulkan cerita Nabi Adam yang telah diselewengkan oleh ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani dengan jelas - dan yang lebih masuk akal kepada kita. Kisah ini boleh dibaca dan senang difaham oleh sesiapa saja dalam sura 7: 11-27.

Hanya maklumat-maklumat penting dan yang harus diketahui sahaja yang akan dicerita oleh Allah kepada kita untuk dijadikan pelajaran. Allah tidak akan cerita kepada kita bagaimana seseorang Nabi itu tidur, makan, bergaul dengan isterinya atau cara dia berpakaian atau mencukur janggutnya - kerana kesemua ini adalah urusan peribadi yang berbeza-beza diantara satu hambaNya dengan hamba yang lain. Tingkah laku peribadi seseorang pembawa utusan Allah itu tidak akan dijadikan amalan-amalan manusia sebagai lorong kejalan Allah.

Allah memberitahu kita Nabi Ibrahim mempunyai suri tauladan yang paling baik untuk mereka yang ingin mengabdikan diri mereka kepada Allah semata-mata.

  • ”Sesungguhnya telah ada bagimu suri tauladan yang baik pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dia ketika mereka berkata kepada kaum mereka, ”Sesungguhnya kami berlepas diri dari kaum dan apa saja yang kamu mengabdikan diri selain dari dari Allah. Kami tidak akan percaya dengan kamu dan sudah nyata diantara kami dan kamu permusuhan dan pertentangan buat selama-lamanya. Kami hanya percaya kepada dengan Allah semata-mata.” (60:4)

Ibrahim dilahir dan membesar dalam satu kaum yang telah lama mengamal aktiviti-aktiviti ritual kepada berhala-berhala batu yang diperbuat sendiri oleh tanggan-tanggan kaumnya – dan bapanya adalah diantara pengikut tegar yang mengabdikan diri mereka kepada patung-patung batu ini.

Diantara suri tauladan yang baik oleh Ibrahim ialah ”Dia Mengunakan Akalnya” yang dianugerah oleh Allah kepada kesemua hamba-hambaNya. Mengunakan akal adalah detik yang paling penting dalam hidup mana-mana individu - terutama sekali apabila mereka ingin mencari petunjuk Allah. Proses ini adalah satu ketetapan dari Allah dan tiada siapa yang boleh mengubah ketetapan ini – kecuali bagi orang-orang yang sanggup mendengar pujukan-pujukan iblis sepertimana terjadi kepada Adam.

  • ”Dan tidak akan ada sesiapa pun beriman kecuali dengan izin Allah – dan Dia akan jadikan najis atas orang-orang yang tidak mengunakan akalnya.” (10:100)

Apabila kita membaca Al Quran kita diberitahu bahawa Bani Israel telah menamakan agama mereka sebagai Yahud atau Yahudi. Kita diberitahu mereka telah mencemarkan Kitab Allah dengan cara mengada-adakan kitab-kitab lain disamping Taurat. Hari ini apabila ada yang menyeru orang-orang muslim supaya mengunakan akal - mereka akan melenting kerana ulamak-ulamak mereka mengajar mereka "sesiapa mengunakan akal akan masuk neraka". Apakah ajaran seperti ini tidak mencemar ajaran Allah dalam sura 10 ayat 100 diatas? Apakah orang-orang Yahudi itu saja yang sesat apabila mereka mencemar ayat-ayat Allah dan ulamak-ulamak lain tidak sesat apabila mereka terang-terang menyeleweng dari ayat-ayat Allah dalam Al Quran? 

Nabi Ibrahim mengunakan akalnya dan itulah yang ditetapkan oleh Allah sebagai asas kepercayaan mana-mana hambaNya. Ibrahim mengambil sikap ini dan dia menolak kosep menjadi pak turut apabila dia mendapati tidak masuk akal bagi manusia mengabdikan diri kepada patung-patung batu. Dia sanggup mencabar ayahnya sendiri dengan soalan-soalan yang logik – sehinggakan ayahnya tidak dapat memberi jawapan yang masuk akal kecuali dengan mengatakan – mereka telah amalankan ritual-ritual itu sejak turun menurun lagi. Mengikut Al Quran Ibrahim adalah orang yang paling terdekat dan yang tersayang oleh Allah (2:130).

Dari detik itu Allah telah membuka pintu hati Ibrahim dengan menunjukkan tanda-tandaNya dilanggit dan dibumi dengan menanam keyakinan kedalam dirinya. Setiap kali dia lihat tanda-tanda Allah dilanggit dia terus mengunakan logik akalnya – sehingga dia temu jawapan yang boleh diterima akal. Ibrahim tidak mencari deen Allah dari ulamak-ulamak atau uztaz agama kaumnya yang mengabdikan diri mereka kepada patung-patung batu.

  • ”Sesungguhnya telah ada bagimu suri tauladan yang baik pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dia ketika mereka berkata kepada kaum mereka, ”Sesungguhnya kami berlepas diri dari kaum dan apa saja yang kamu mengabdikan diri selain dari dari Allah. Kami tidak akan percaya dengan kamu dan sudah nyata diantara kami dan kamu permusuhan dan pertentangan buat selama-lamanya. Kami hanya percaya kepada dengan Allah semata-mata.” (60:4)
Apabila Allah memberitahu kita terdapat suri tauladan yang baik pada Ibrahim - maka ianya juga boleh berlaku kepada sesiapa saja diantara hamba-hambaNya. Hati Ibrahim dibuka oleh Allah dari detik dia mempersoal perkara-perkara yang tidak masuk akal. Kisah Nabi Ibrahim bermula dalam sura 6 ayat 73 hingga ayat 81.

Pengikut-pengikut agama Arab yang menjadikan patung batu sebagai perantaran mereka telah menyalahgunakan ayat-ayat Allah apabila mereka bersembayang dengan berkata "Ain-ni waj-jah-tu - waj-hiya - lil-lazi -fa-tho-ros-sama -wa - ti-wal- ard - hanifaa - wa-maa- ana- minal - musyrikin."

Maksudnya: " Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada yang mencipta langgit dan bumi dengan penuh kejujuran dan aku tidak tergolong dari orang-orang yang mempersekutukan." (6:79).

Yang paling malang sekali ramai diantara orang muslim berkata dalam sembahyang mereka "Wa-ana-minal-musyrikin" atau maksud sebenarnya "Aku tergolong dari orang-orang yang mempersekutukan."  Sesiapa yang sembahyang dan sedang membaca artikel ini cuba fikir kembali, adakah mereka berkata "Wa-maa-ana-minal musyrikin" atau "Wa-ana-minal -musyrikin"?

Ayat ini bermula dari ayat 6:78 yang berbunyi "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas dari apa yang kamu mempersekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada yang mencipta langgit dan bumi dengan penuh kejujuran dan aku tidak tergolong dari orang-orang yang mempersekutukan." (6:79). Nabi Ibrahim mengunakan kata-kata ini kepada kaumnya - tetapi pengikut agama Arab mengunakan ayat-ayat ini setiap kali mereka sembahyang. Inilah yang diajar oleh ulamak-ulamak agama Arab kepada pengikut-pengikut mereka. Ayat ini tidak ada kena mengena dengan sembahyang Nabi Ibrahim (sekiranya Nabi Ibrahim pernah bersembahyang).

Apabila Allah menurunkan KitabNya kepada seorang pembawa utusan berbangsa Arab Dia memberitahu kita kaum ini sejak nenek moyang mereka tidak pernah terima sebarang peringatan dari Pencipta mereka. Allah mengulangi perkara ini dengan mengatakan mereka adalah kaum yang tersesat dari jalanNya:

  • ”Dialah yang mengutuskan pada kaum yang tidak mempunyai pengetahuan tentang Kitab – seorang pembawa utusan diantara mereka yang membacakan atas mereka ayat-ayatNya – dan ianya akan mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab itu dan hikmah-hikmahnya. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang amat nyata.” (62:2)

Mengikut Al Quran (62:2) bangsa Arab pada keseluruhan berada dalam kesesatan yang nyata atau secara logiknya mereka sudah lama mempunyai kepercayaan agama nenek moyang mereka sepertimana kaum Nabi Ibrahim. Kita tidak perlu membuat andaian atau membuat teka-teki sebab pengetahuan ini penting kepada kita. Dia bertanyakan orang-orang Arab:

  • ”Apakah halnya dengan Al-Lat – dan Al ’Uzza – dan Manat yang ketiga dan dengan yang lain-lainnya?” (53:19-20)

Orang-orang Arab bukan sahaja mengabdikan diri kepada tiga patung-patung batu malahan mereka mengabdikan diri kepada banyak patung-patung yang diada-adakan oleh nenek moyang mereka sepertimana yang dilakukan oleh kaum Ibrahim. Apabila satu-satu kaum atau bangsa itu sudah lama menganuti mana-mana agama – mereka akan menolak apa saja peringatan yang bertentangan dengan kepercayaan tradisi nenek moyang mereka. Ini termasuklah orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu tidak akan berislah atau membuat reform dalam kepercayaan agama mereka walaupun mereka diseru kepada ajaran Al Quran semata-mata setelah lama mereka berpegang kepada agama pagan orang Arab yang lebih percaya kepada kitab-kitab selain dari Al Quran. Sepertimana orang-orang Arab yang telah ditetapkan Allah mereka tidak akan beriman kepada KitabNya – kebanyakan orang-orang Melayu juga melalui nasib yang sama apabila mereka percaya bahawa kepercayaan orang-orang Arab sekarang adalah betul disisi Allah.

Apabila Al Quran menceritakan kepada kita orang-orang Arab telah lama mengabdikan diri mereka kepada perlbagai patung-patung kepercayaan nenek moyang mereka – ianya selari dengan apa yang ditulis oleh ahli-ahli sejarah bukan Arab yang terkenal dengan kaji selidik mereka tentang adat dan budaya sesuatu kaum dalam hidup seharian mereka. Walaupun ada maklumat-maklumat sejarah ini boleh dipersoalkan tetapi kita boleh membandingkan maklumat-maklumat ini dengan apa yang terdapat dalam Al Quran. Baisanya ahli-ahli sejarah ini tidak memberi kepentingan kepada sikap-sikap kekafiran atau kemunafikan sesuatu kaum terhadap Allah melainkan dengan menceritakan caramana kehidupan satu-satu tamadun atau bangsa semasa zaman itu.

Sejarah yang dikisahkan oleh Allah dalam KitabNya memberi tekanan tentang sikap dan tindak tanduk oleh kaum-kaum yang telah menerima peingatan Allah – dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap mesej-mesejnya apabila pembawa-pembawa utusanNya cuba menyampaikan risalah-risalah dariNya.

Yang jelas diantara maklumat-maklumat tentang orang-orang Arab yang kita dapat fahamk dengan jelas dari Al Quran :

  • Pertama: Sebelum Al Quran itu diturunkan orang-orang Arab tidak pernah menerima sebarang ilmu tentang deen Allah dan mereka beradakan dalam kepercayaan sesat yang nyata (62:2).

  • Kedua: Sebelum Al Quran diturunkan orang-orang Arab mengabdikan diri mereka kepada bermacam-macam berhala untuk menjalani aktiviti-aktiviti ritual mereka. (53:19-20)

  • Ketiga: Apabila Al Quran diturunkan kepada salah seorang diantara orang-orang Arab – Allah telah menetapkan – kebanyakan diantara mereka tidak sekali-kali akan beriman kepada Al Quran
.
  • Keempat: Allah telah menetapkan ”Orang-orang Arab itu adalah amat keras dalam kekafiran dan kemunafikan mereka – dan seharusnya mereka tidak layak mengetahui batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dalam KitabNya. (9:97), dan

  • Kelima: Dalam sura 5 ayat 50, Allah bertanyakan kepada mereka. ”Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki?” apabila mereka tidak mahu percaya kepada Al Quran semata-mata (5:49)

Sebagai renungan apakah orang-orang Melayu tidak mempunyai sikap-sikap seperti orang-orang Arab diatas?

Apakah mereka tidak mempunyai masa untuk berusaha membaca Al Quran membandingkan kepercayaan dan amalan-amalan agama mereka yang mereka mempelajari dari kitab-kitab selain dari Al Quran?

Apakah mereka juga percaya sepertimana orang-orang Arab percaya Kitab Allah semata-mata tidak akan sempurnakan kepercayaan agama mereka?

Tidakkah ada orang-orang Melayu yang mahu berusaha mengkaji dan menyelidik sendiri dan jadikan Al Quran itu sebagai "Furqan" atau "batu pengukur" untuk membezakan diantara yang benar dan yang bathil? 



Bersambung......

2 comments:

  1. salam,

    Siapa yang baca wa-ana-min-al-musyrikin? yang baca'an terakhir ialah wa-ana-min-al-muslimin.

    kedua, apa hujah saudara untuk mengatakan kaum kerabat dan saudaranya tidak beriman? habis tu siapa yang membukukan Al-Quran? saudara fikir ianya terbuku sendiri? Saudara fikir, macamana al-quran diturunkan? adakah ia diturunkan terus dalam bentuk "Buku"?

    Saudara sendiri mengatakan bahwa sejarah adalah amat penting bagi manusia, tapi adakah saudara tahu bahawa al-quran yang sebenarnya itu tiada baris? dan kini saudara pula membacanya dengan baris yang diberikan oleh "orang2 dahulu". Adakah saudara sudi terima baris2 yang diberikan mereka? Adakah saudara sendiri pernah melihat manuskrip asal al-quran?

    Setiap ayat al-quran itu ada waktu dan sebab penurunan. Sama juga dengan kitab-kitab sebelumnya [quran 13:38]. Tapi saudara menggunakan ayat2 itu sesuka hati untuk menang dalam hujah saudara. Sila betulkan jika saya salah.

    Kata-kata saya: Jika saudara tuduh sahabat2 baginda itu adalah tidak beriman, sama sajalah saudara katakan ayat-ayat al-quran hari ini adalah dusta. Kerana usaha siapa lagi yang membukukannya kalau bukan mereka. Sila betulkan jika saya salah.

    Nasihat saya: adakah kelak saudara lebih rela manusia menjadikan al-quran sebagai buku sejarah sahaja, tetapi tiada pun yang rukuk dan yang sujud padaNya? Apakah saudara akan mengajar mereka? Saudara boleh tulis apa saja yang saudara suka. Ingat, syaitan bukan saja suka manusia sembah berhala, tetapi selagi mana manusia lupa akan Tuhan, selagi itu ia suka.

    Jadi berhentilah menulis2 ini semua.
    Btw, terima kasih sebab baru saya tahu dalam 6:79 ada bacaan iftitah di dalamnya. Apakata saudara buat kajian hadith tentang tutur cara solat? Kan lebih bermanfaat dari semua ni.

    Allahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Selalunya soalan-soalan yang dah basi seperti diatas saya tak layan. Tetapi hari ini saya ada mood nak buat komen kepada Newerehmi walaupun saya tahu dia tidak akan terima ayat-ayat Al Quran yang saya akan kemukakan - dan dia akan menuduh saya membuat terjemahan sendiri. Yang paling penting minda dia sudah terikat dengan ajaran-ajaran selain dari Al Quran.

    Dia kata dia membaca: "wa-ana-min-al-muslimin" dalam sembahyangnya. Apabila orang-orang Melayu membaca Quran macam burung kakak tua - mereka terpaksa bergantung kepada ulamak-ulamak yang menjadi Pak Turut agama Arab untuk memberi mereka petunjuk - termasuklah cara mana harus mereka sembah patung batu Pak Arab di Mekah.

    Ungkapan "WA-ANA-MINAL-MUSLIMIN" tidak ada dalam Al Quran! Nabi Muhammad mengunakan unkapan "LAA-SYARIKA-LAHU-WAA-BIZAA-LIKA-UMIR-TU-WAA-ANA-AWW-WALUL-MUSLIMIN", dalam surah 6:163 adalah khas ditujukan kepada kaumnya - bukan kepada Allah.

    Saya tidak menyalahkan orang-orang Melayu bila mereka kata "WA-ANA-MINAL-MUSLIMIN" dalam sembahyang mereka - sebab mereka sebenarnya tidak menyembah Allah - mereka gunakan ungkapan ini kepada patung batu di Mekah. Jadi sembahyang mereka memang sudah betul.

    Saya harap mereka teruskan membaca "WA-ANA-MINAL-MUSLIMIN" setiap hari mudah-mudahan Allah akan terus mengarahkan mereka kepada jalan yang mereka pilih tanpa kesedaran mereka.

    ReplyDelete