Thursday, May 26, 2011

Agama Adalah Ciptaan Manusia

Kesemua agama yang mempunyai aktiviti-aktiviti ritual adalah direka dan diada-adakan oleh musuh-musuh Allah. Tujuan Tuhan kita mengutus pembawa-pembawa utusanNya (rasul-rasulNya) bukanlah untuk mengujudkan mana-mana agama - tetapi mereka menyampaikan satu "Deen" atau satu "Cara Hidup" yang direstui oleh Allah. Tanggungjawab manusia ialah untuk merestui atau menerima ajaran-ajaranNya dengan mempercayai segala yang termaktub dalam KitabNya tanpa mencampur adukkannya dengan mana-mana ajaran yang diada-adakan oleh manusia lain.

Walaupun Allah telah mengutus ramai pembawa-pembawa utusanNya – namun objektifnya adalah satu, supaya manusia tidak menghambakan diri mereka kepada selain daripada Allah. Dia mempermudahkan petunjukNya untuk kesemua manusia supaya mereka menjalankan cara hidup yang direstuiNya dapat dipraktikkan oleh sesiapa saja. Malahan Dia tidak menghendaki adanya banyak agama walaupun Dia mengutus banyak pembawa-pembawa utusanNya. Adalah menjadi tanggung-jawab kesemua manusia dalam era atau zaman mana sekalipun supaya mereka tidak membeza-bezakan mana-mana rasulNya.

Apa yang terjadi, penjaja-penjaja agama yang menjadi musuh-musuh Allah telah membelenggu minda pengikut-pengikut mereka dengan kepercayaan untuk mengidolakan rasul-rasul pilihan mereka dengan nama-nama agama yang direka-reka oleh penjaja-penjaja agama masing-masing. Maka timbullah agama Yahudi yang hanya percaya kepada Nabi Musa – agama Kristian yang hanya percaya kepada Nabi Isa dan orang-orang Muslim kepada Nabi Muhammad. Manusia jenis ini adalah tergolong dalam kategori orang-orang kafir yang paling tegar:

  • "Sesungguhnya orang-orang kafir dengan Allah dan rasul-rasulNya mereka bertujuan untuk membeza-bezakan antara Allah dan rasul-rasulNya dan mereka berkata "Kami beriman kepada sebahagian dan kami tidak beriman kepada sebahagian" dan tujuan mereka ialah untuk menjadikan itu sebagai pegangan. Mereka itulah orang kafir sebenar-benar kafir. Dan Kami sediakan untuk orang ini siksaan yang paling hina." (4:150-151)

  • "Dan orang-orang yang benar-benar beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya - mereka tidak membeza-bezakan antara seorang pun diantara dari mereka. Mereka itulah kelak Dia akan memberi kepada mereka ganjaran dan adalah Allah Maha Pengampun - Maha Penyayang." (4:154)
Pengikut-pengikut agama Yahudi apabila mereka sembahyang mereka hanya memberi penghormatan kepada nabi Musa - orang-orang Kritian pula hanya memberi penghormatan kepada Nabi Isa dan pengikut-pengikut agama Arab hanya memberi penghornmatan kepada nabi Muhammad. Kesemua mereka telah membeza-bezakan pembawa-pembawa utusan Allah. Sudah tentu ayat 4:150-151 mengesahkan perkara ini.

Pertama sekali apabila manusia mengada-adakan agama mereka mula bermusuhan dengan membuat tuduhan diantara satu sama lain sepertimana yang terjadi kepada pengikut-pengikut agama Yahudi dan Nasrani:

  • “Orang-orang Yahudi itu berkata orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai asas peganggan – dan orang-orang Nasrani pula berkata orang-orang Yahudi itu tidak mempunyai asas peganggan walaupun mereka membaca Kitab Allah. Demikianlah ucapan-ucapan mereka yang tidak mempunyai pengetahuan. Allah akan mengadili diantara mereka pada hari akhirat tentang apa yang mereka memperselisihkan.” (Quran 2: 113)

Hari ini orang-orang Yahudi tidak percaya kepada ajaran-ajaran Allah yang disampaikan oleh Nabi Isa selepas mereka menyeleweng dari Kitab Allah yang disampaikan kepada Musa. Kita diberitahu oleh Allah orang-orang Yahudi telah mengada-adakan hukum-hukum yang tidak diilhamkan kepada Musa dengan bermacam-macam kitab rekaan yang ditulis oleh ulama-ulama mereka. Ulama-ulama ini mengaku mereka mempunyai pengetahuan first hand knowledge apa yang dikata dan apa yang diperbuat oleh Nabi Musa semasa beliau masih hidup. Ianya adalah serupa dengan apa yang kita dapat dalam kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulama-ulama agama Arab.

Orang-orang Nasrani pula tidak percaya kepada Kitab Taurat yang disampaikan oleh Musa walaupun Nabi Isa berkata tugas beliau adalah untuk mengesahkan Kitab Allah yang diberi kepada Nabi Musa. Selepas wafatnya Nabi Isa, ulama-ulama Kristian telah mengadakan agama baru yang diberi nama agama Kristian. Kepercayaan agama baru ini berdasarkan kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama yang mengakui ajaran-ajaran ini telah disampaikan oleh orang-orang alim yang hidup pada zaman Nabi Isa – dan mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi kepada apa yang dikatakan dan apa yang telah diperbuat oleh Nabi Isa semasa belian masih hidup. Dalam kata lain – apa yang ditulis oleh mereka berdasarkan dari mulut ke mulut atau hearsay – sedangkan penulis-penulisnya tidak pernah bertemu muka dengan Nabi Isa. Ianya juga serupa dengan apa yang terdapat dalam agama Arab. Imam-Imam agama Arab yang menulis kitab-kitab hadis juga tidak pernah bertemu muka dengan Nabi Muhammad.

Setelah ajaran-ajaran Allah yang disampaikan oleh Musa dan Isa diselewengkan oleh musuh-musuh Allah dengan agama-agama rekaan manusia - Allah ilhamkan KitabNya kepada seorang berbangsa Arab yang berada ditengah-tengah kaum Jahiliah. Kaum jahiliah ini tidak pernah mendapat sebarang petunjuk dari Allah dan sudah tentu mereka mempunyai tumpuan-tumpuan kepada agama tradisi dengan ritual-ritual mereka tersendiri.

Bagi panganut-penganut agama Yahudi dan Nasrani peristewa Allah mengutus seorang pembawa risalahNya kepada bangsa Arab jahiliah adalah satu perkara yang aneh kerana setahu mereka hanya kaum Bani Israel sahaja yang layak menerima sebarang petunjuk Allah. Apabila mereka lihat sikap orang-orang Arab jahiliah ini mula bertumpu kepada ajaran-ajaran dari Kitab Allah lalu mereka pun bertanya:

  • “Akan berkata orang-orang bodoh dari manusia. “Apakah yang memalingkan tumpuan yang menjadi kebiasaan mereka atasnya?” Katakankanlah, “Kepunyaan Allah timur dan barat – Dia memberi petunjuk kepada siapa Dia kehendaki kepada jalanNya yang lurus.” (2:142)

Dalam ayat diatas Allah menjelaskan Dia boleh memilih sesiapa saja untuk diberi petunjukNya tidak kira dimana mereka berada atau bangsa. Ianya juga dijadikan sebagai satu ujian kepada mereka yang telah diberikan Kitab sebelum ini dan manusia lain samada mahu percaya kepada petunjukNya atau tidak. Allah juga berkata, ujuian ini memang amat berat – tetapi Dia ingin mengenali diantara mereka yang benar-benar mahu ikut petunjukNya melalui pembawa-pembawa utusanNya yang dipilih – tidak kira bangsa atau bahasa.

  • “Dan demikian Kami telah jadikan kamu ummat yang sederhana agar kamu menjadi saksi-saksi atas manusia dan pembawa utusan atas kamu sebagai saksi. Dan tidaklah Kami jadikan tumpuan yang kamu tumpukan kepadanya melainkan – agar Kami mengetahui orang-orang yang mahu mengikuti pembawa utusan dengan orang-orang yang berbalik atas kedua tumitnya. Sesungguhnya ianya adalah ujian yang amat berat kecuali atas orang-orang yang dapat petunjuk dari Allah. Dan Allah tidak akan sia-siakan kepercayaan kamu. Sesungguhnya Allah amat mengasihani manusia – amat Penyayang.” (2:143)

Selepas Al Quran diturunkan kepada pembawa utusan Allah - musuh-musuhNya mengulangi sejarah dengan mengadakan satu agama baru. Mereka yang mengada-adakan agama baru ini tidak pernah bertemu muka dengan pembawa utusan Allah tetapi mereka telah menulis kitab-kitab berdasarkan atas mulut ke mulut atau hearsay sebagaimana yang terjadi kepada Nabi Musa dan Nabi Isa. Mereka namakan kitab-kitab ini sebagai kitab-kitab hadis.

Pada dasarnya tidak ada mana-mana Nabi yang membawa agama dari Tuhan. Allah mengilhamkan sat deen atau cara hidup kepada mereka supaya manusia diperkeliling mereka MENGABDI diri mereka kepada Allah dengan melakukan kerja-kerja kebaikan atau deeds terhadap diri mereka sendiri dan kepada orang lain demi kepentingan mereka sendiri di dunia ini dan di hari akhir. Dan setelah mengetahuinya, manusia akan memahami ketidaksucian agama yang mereka anut dan praktekkan.

Dalam salah satu surat Al Qur’an tentang Nabi Nuh mengatakan bahwa dia bekerja siang dan malam untuk menasehati orang-orang agar meninggalkan agamanya. Nuh mengatakan kepada mereka bahwa mereka tidak boleh MENGABDI selain Tuhan. Mereka harus mematuhi cara hidup UNTUK Tuhan. Tetangga dan teman-temannya tidak menghiraukan nasehatnya ini.

“Hai kaumku, sesungguhnya aku datang sebagai pemberi peringatan]. Kamu harus MENGABDI Tuhan dan berbuat baik serta patuhlah kepadaku” (Surah 71 Ayat 2-3).

  • “Mereka berkata, jangan sekali-kali kamu tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan sekali-kali kamu tinggalkan “Wadd”, atau “Suwa”, atau “Yagut”, atau “Ya’uq dan Nasr’.” (Surah 71 Ayat 23).

Pengikut Nuh adalah orang-orang kaya dan makmur. Mereka merasa nyaman dengan Cara Hidup mereka. Mereka tidak pernah mengalami kemiskinan dalam ‘agama’ ‘penyembahan’ berhala mereka. Nuh sangat menentang hal ini. Al Qur’an mengajarkan kita bahwa aliran itu tidak benar.

  • ”Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka hanya mengikuti dugaan. Mereka adalah pendusta.” (Surah 6 Ayat 116).

Nabi Muhammad mengembang pesanan yang sama sepertimana Nabi Nuh. Dia hanyalah sekadar Pembawa utusan. Dia bukanlah Penyembah. Dia hanya dikenal untuk menyebarkan risalah-risalah Allah. Kebanyakan pengikut agama Arab percaya Islam mula timbul hanya selepas Nabi Muhamad – sebaliknya Kitab yang diturunkan kepadanya memberitahu kita sebaliknya.

  • Kami telah mengsyariatkan kepada kamu cara hidup (deen) yang sama seperti yang diwasiatkan kepada Nuh dan apa yang diilhamkan kepada kamu di dalamnya, dan juga apa yang diwasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa. Hendaklah kamu tegakkan cara hidup itu dan janganlah kamu berpecah belah dalamnya. Ianya amat sukar bagi orang-orang syirik menerima apa yang kamu serukan kepadanya. Dan Allah Dia memilih kepadanya siapa saja yang Dia kehendaki dan Dia akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kembali.” (Surah 42 Ayat 13).

Ayat ini mengatakan:

Amat berat bagi orang-orang yang mengikuti mana-mana agama yang mengabdikan diri mereka kepada berhala-berhala yang dijadikan sebagai perantaran atau objek sembahan mereka untuk menerima kepada apa yang kamu sarankan.

Yaitu, di dalamnya, ayat ini sudah menjelaskan sendiri. Sederhana.

Manusia harus mengambil pelajaran bahawa agama adalah dadah yang paling berbahaya sekali kepada minda manusia sejak awal zaman. Kita diberitahu kaum Nuh telah dibebankan oleh kepercayaan agama yang diada-adakan untuk membelenggu minda mereka. Apabila Allah mewasiatkan satu cara hidup kepada Nuh ulama-ulama agama mereka menyeru kepada pengikut-pengikut mereka:

  • “Mereka berkata, jangan sekali-kali kamu tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan sekali-kali kamu tinggalkan “Wadd”, atau “Suwa”, atau “Yagut”, atau “Ya’uq dan Nasr’.” (Surah 71 Ayat 23).

Hari ini sekiranya kita menyeru manusia kembali kepada ajaran Allah dari Al Quran semata-mata yang diilhamkan kepada Nabi Muhammad ulama-ulama agama Arab akan berkata sepertimana yang dikatakan oleh ulama-ulama zaman Nabi Nuh:’

“Jangan sekali-kali kamu tinggalkan ka’aba di Mekah, dan jangan sekali-kali kamu tinggalkan Malik, atau “Shafie” atau, “Hambali” atau “Bukhari” atau “Nik Aziz”. (Pendapat pengarang)

Sunday, March 27, 2011

Ada Arab yang percaya Surah 9 Ayat 97

Orang-orang Arab itu amat keras kekafiran dan kemunafikan mereka dan lebih wajar mereka tidak mengetahui apa-apa batasan yang diturunkan Allah keatas rasulNya - dan Allah Mengetahui - Bijaksana. (Quran 9:97)
Ada juga segelintir orang-orang Arab yang percaya dan sedar bangsa mereka sememangnya kafir dan hipokrit kepada ajaran Allah mengikut Al Quran berbanding dengan bangsa-bangsa lain didunia.




Malangnya, ada diantara orang-orang Melayu amat bangga apabila mereka percaya kepada ulamak-ulamak yang berpegang kepada ajaran orang-orang Arab yang membawa mereka kepada kemunduran dan kecelakaan hidup.


Ada juga orang Arab yang sudah sedar kesilapan kepercayaan agama bangsa mereka






Apakah orang-orang Melayu masih tidak mahu berfikir?

Tuesday, March 22, 2011

Ka'aba Asal

Ide tawaf Patung Batu yang diciplak oleh orang-orang Arab untuk memperbodohkan orang-orang Melayu. 



The History of Buddhism spans the 6th century BCE to the present, starting with the birth of Buddha Siddhartha Gautama in Ancient India in what is now Lumbini, Nepal. This makes it one of the "oldest religions" practiced today.

Tuesday, March 15, 2011

Bab Kedua - Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad bukan Penyembah Allah

Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad kesemua mereka adalah hamba-hamba Allah yang berkomited kepada ajaran-ajaran Allah dan mereka berkhidmat untuk Allah.


Menurut Al Qur’an, semua kitab suci yang diturunkan menekankan satu pesan tunggal yang penting – JANGAN MENGABDI DIRI kecuali hanya kepada Dia. Riwayat Nabi Musa secara jelas diceritakan dengan terperinci dalam banyak surah Al Qur’an sebagai pelajaran yang paling penting bagi orang-orang yang mahu beriman kepada Allah.

Musa telah dipilih oleh Allah khas untuk untukNya sebagai pembawa berita atau Nabi untuk menyelamat manusia daripada ditindas oleh mana-mana orang pihak.

  • “Wahai Musa, Aku telah mimilah kamu khas untuk diri Aku. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat Aku – dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingati Aku.” (20:40-41)
Sebelum Musa diminta pergi kepada Firaun dengan ayat-ayat Allah beliau telah diperingatkan:

  • “Dan Aku telah memilih kamu – maka dengarkanlah terhadap apa yang diilhamkan. Sesungguhnya Aku adalah Allah – tiada Tuhan melainkan Aku. Dengan itu berkhidmatlah (fa’-bud-ni) untuk Aku – Dan amatilah komitmen itu (aqi-mus-solla) untuk mengingati Aku.” (20:13-14)
Allah mengunakan perkataan “fa’-bud-ni” dan “wa-aqi-mus-solla” kepada Musa apabila beliau pertama kali menerima wahyu – dan selepas Allah membuktikan kebesaranNya kepada Musa – beliau diminta untuk menjalankan tugas. Itulah perkhidmatan atau “Fa’bud-ni” yang harus dia jalankan – dan dia diminta supaya berkomited atau ber“Sol-laa” dengan apa yang diamanahkan kepadanya. Allah tidak pernah meminta Musa untuk “MenyembahNya” apabila beliau diperintah untuk berkonfrantasi dengan Firaun – sebaliknyanya Allah mengajar beliau bagaimana cara untuk menjalankan komitmen-komitmennya:

  • “Pergilah kamu berdua kepada Firaun. Sesungguhnya dia telah melapaui batas – maka bertuturlah kamu bedua kepadanya perkataan-perkataan yang lemah lembut – mudah-mudahan dia beringat atau merasa takut.” (20:43-44)
  • “Janganlah kamu khawatir – sesungguhnya Aku berserta kamu berdua. Aku sedang mendengar dan Aku melihat.” (20:46)
Musa bukanlah orang pertama yang mendengar perkataan “Sol-laa” atau komitmen ini. Orang yang pertama mengunakakan perkataan ini adalah nabi Ibrahim dalam sura 4 ayat 37 apabila beliau berdoa kepada Allah supaya keturunan-keturunannya dan orang-orang yang mengikut jejaknya tidak mempersekutukan Allah. Apabila dia mula menempatkan dirinya dikawasan yang baru disisi sistem Tuhannya – beliau berdoa kepada Allah supaya mereka mengamati komitmen mereka mengusahakan kawasan baru itu – dengan harapan Allah akan memberikan hasil-hasil bumi yang terbaik. Ibrahim tidak pernah bedoa kepada Allah supaya anak-anak cucunya dan orang-orang yang mengikuti jejaknya melakukan aktiviti “menyembah” Allah.

Diwaktu keengganan Firaun untuk melepaskan Bani Israel daripada belenggu-belenggunya – Musa berpesan kepada mereka:

  • “Wahai kaumku, sekiranya kamu beriman dengan Allah – maka bertawakallah kepadaNya – sekiranya kamu benar-benar orang muslim. Lalu mereka berkata, “Atas Allah lah kami bertawakal”. Ya Tuhan kami, janganlah Kamu jadikan kami ditindas (fitnah) bagi kaum yang zalim – dan selamatkanlah kami dengan Rahmat Kamu dari kaum yang tidak percaya itu. (10:84-86)
  • “Kemudian Kami ilhamkan kepada Musa dan saudaranya. “Hendaklah kamu berdua membuat bagi kedua-dua kamu di Mesir beberapa rumah – dan jadikan rumah-rumah kamu sebagai tumpuan fokus (qibla-tan) – dan amatilah komitmen (wa-aqi-mus-solaa) dan gembirakanlah orang-orang yang mukmin.” (10:87)
Musa diminta untuk membuat beberapa rumah di seluruh Mesir sebagai pusat maklumat untuk menyampaikan berita gembira kepada kaum Bani Israel diseluruh mesir sebagai stretegi mereka berhadapan dengan Firaun – bukannya sebagai qiblat untuk mereka bersembahyang. Mereka diminta supaya berkomited dengan berita-berita yang dibawa oleh Musa untuk melepaskan diri mereka dari diperhambakan oleh Firaun.

Musa menyelamatkan Bani Israel dengan cara mereka berkomited kepada tanda-tanda atau ayat-ayat Allah apa yang dibawa olehnya. Tetapi apabila mereka diselamatkan dari Firaun – ada diantara mereka dengan sekelip mata ingin kembali kepada sifat lama mereka - iaitu beraktif semula dengan aktiviti sembah-menyembah berhala.

  • “Dan Kami seberangkan Bani Israel lautan - lalu mereka sampai pada satu kaum yang setia kepada berhala. Mereka berkata, “Wahai Musa, buatlah untuk kami satu tuhan sepertimana mereka yang mempunyai beberapa tuhan”. Musa menjawab, “Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.” (10:138)
Begitulah sifat dan tabi’at manusia yang tidak bersyukur kepada Allah. Apabila mereka ditanam dengan sesuatu kepercayaan dari kecil dengan aktiviti-aktiviti ritual sembah menyembah – tidak mungkin kepercayaan ini dapat dibuang dengan mudah. Walaupun Allah telah selamatkan mereka dari belenggu-belenggu kepercayaan mereka dengan ayat-ayatNya – mereka rasa seolah-olah ada kekosongan dalam hidup mereka sekiranya aktiviti-aktiviti ini tidak dilakukan Mereka jadi binggung.

Dalam pertemuan Musa dengan Allah pada kali keduanya selama 40 malam – kaumnya sudah tidak sabar untuk mengamati kepercayaan mereka dengan melakukan aktiviti “Sembah-Menyembah” – lalu mereka membuat sebuah patung berupa anak sapi – sebagai tuhan disamping Allah. Jiwa mereka memerlukan sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar untuk dijadikan sebagai objek sembahan mereka. Tetapi apabila mereka disedarkan dengan perbuatan bodoh mereka – mereka akan memberi alasan – “Kami tidak menyembahnya”, atau mereka berkata – “Itu hanyalah lambang kebesaran Allah”.

Apabila Musa membawa ayat-ayat Allah sebagai petunjuk kepada Bani Israel – mereka tidak mengikuti petunjukNya sebagaimana harus mereka berkomited kepadanya. Ada diantara mereka masih perlu kepada kepercayaan yang mempunyai aktiviti sembah menyembah dalam agama – dan untuk tujuan ini ada diantara mereka menyelewengkan maksud kalimah-kalimah Allah kepada maksud-maksud yang tidak diajar olehNya. Mereka melakukan semua ini hanya kerana mereka rasa mereka perlu ada agama – sedangkan Allah hanya perlu mereka berkomited kepada perintah-perintahNya sahaja:

  • ”Dan Kami berikan kepada Musa sebuah kitab suci, dan menjadikannya petunjuk bagi Bani Israil, katakanlah: ’Janganlah kamu mencari penganjur (waki-laa) selain daripada Aku’.” (Surat 17 Ayat 2).

  • “Dan semasa Kami mengambil perjanjian Bani Israel bahawa kamu tidak mengabdikan diri selain dari Allah – dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa kamu – dan kaum kerabat kamu – dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin – dan bertutur kepada manusia dengan baik-baik. Dan amatilah komitmen dan berikan ianya kemurnian. Kemudian kamu berpaling – kecuali sedikit sahaja daripada kamu – dan kamu orang-orang yang berpaling.” (2:83)
  • “Maka telah mengantikan orang-orang jahat perintah-perintah selain dari apa yang dikatakan kepada mereka – dan Kami turunkan atas orang-orang yang jahat itu siksa dari langgit dengan sebab mereka adalah orang yang membuat fasik.” (2:59)
Agama Yahudi telah dibina bukan atas petunjuk Allah – tetapi ianya berasaskan kepada kitab-kitab yang ditulis oleh imam-imam muktabar mereka. Hari ini kita lihat pengikut-pengikut agama Yahudi menga’bdikan diri mereka kepada sebuah tembok batu diBaitul Muqadis dengan melakukan ritual-ritual sebagaimana yang diajar oleh imam-imam mereka. Apa yang berlaku kepada Bani Israel – dan apa yang terjadi kepada pengikut-pengikut agama Arab hari ini adalah satu lakunan semula bagaimana agama Yahudi diwujudkan oleh imam-imam mereka. Dalam ayat 17:2 Allah memberitahu Bani Israel jangan sekali-kali mereka mencari pengajur untuk kepercayaan mereka melainkan Allah. Tetapi mereka memilih untuk mengikut contoh pengikut-pengikut agama Arab yang mengikut kitab-kitab yang ditulis oleh panganjur-pengajur agama mereka.

Walaubagaimanapun, selepas Musa gagal dalam misinya supaya kaum Bani Israel berkomited kepada perintah-perintah Allah – lalu Dia mengutuskan Isa Putera Mariam kepada kaum yang sama:

  • “Dan sesungguhnya Kami berikan kepada Musa Kitab itu – dan Kami susuli dari sesudahnya dengan rasul-rasul dan Kami berikan Isa Putera mariam bukti-bukti yang nyata – dan Kami perkuatkan dia dengan ruh yang suci. Apakah setiap kali datang kepada kamu seorang rasul membawa apa yang kamu tidak berkenan – kamu menyombongkan diri? Sesungguhnya beberapa golongan mereka kamu mendustakan – dan beberapa golongan lain kamu bunuh.” (2:87)
Apabila Isa Putera Mariam menemui mereka – dia berkata:

  • ”Aku datang kepadamu untuk mengesahkan apa yang ada diantara tangganku dari Taurat, dan menghalalkan bagi kamu sebahagian dari apa yang diharamkan atas kamu. Dan aku datang dengan ayat-ayat dari Tuhan kamu – maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah aku. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan aku dan Tuhan kamu – maka abdikan lah untukNya – Inilah jalan aku yang lurus.” (4:50-51)
Isa Putera Mariam tidak pernah memberitahu orang-orang sekelilingnya untuk menyembah Allah. Dia memberitahu kepada kaum Bani Israel supaya mereka abdikan diri kepada Allah yang Maha Esa – namun hari ini orang-orang yang mengakui sebagai pengikutnya telah mengabdikan diri mereka dengan menyembahnya. Nabi Musa tidak pernah dengar perkataan Agama Yahudi semasa dia hidup – dan Isa Putera Marian juga tidak pernah dengar perkataan Agama Kristian seumur hidupnya. Nabi terakhir juga tidak ketinggalan apabila agama-agama Arab dengan perbagai jenama mazhab timbul selepas dia wafat.

Menurut Al Qur’an, Bani Israil lah yang melakukan konspirasi terhadap Tuhan dan Isa putra Maryam. Bani Israil yang menamakan diri mereka sebagai Yahudi menciptakan budaya menyembah tembok dinding sebagai perantaraan untuk Tuhan mereka – dan orang-orang yang mengaku diri mereka pengikut Isa Putera Mariam pula menyembah Isa. Hari ini, semua orang yang memeluk Agama Kristen tidak begitu yakin apakah Isa itu putra Maryam atau dia itu putra Allah atau Allah itu sendiri. Bani Israil hanya memaku namanya pada tiang salib.

  • ”Karena mereka berkata: ‘Kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah’. Padahal mereka tidak pernah membunuhnya. Mereka tidak pernah menyalibnya. Namun mereka DIARAHKAN agar percaya bahwa memang mereka telah melakukannya. Orang-orang yang berselisih tentang hal ini benar-benar merasa ragu. Mereka tidak tahu yang sesungguhnya. Mereka hanya mengikuti prasangka belaka. Mereka tidak pernah membunuhnya, itu pasti.” (Surat 4 Ayat 157).
Imam-Imam agama kristen memberi ide kepada penganut agama mereka bahawa mereka harus percaya bahwa Isa Putera Mariam itu disalib, tetapi dalam hati sanubari mereka – Allah berkata mereka tidak yakin tentang hal itu. Tetapi kesemua pendeta Kristen hanya berkata “Kamu harus percaya!’ Namun keyakinan terhadap informasi yang bersifat retorika hanya akan mendukung Cara Hidup yang penuh dengan mitos dan tradisi. Kehidupan yang sejati adalah kehidupan tentang komitmen diri sendiri terhadap teman-teman, orang tua, keluarga, kerabat, orang-orang miskin, dan anak-anak yatim. Retorik/kepandaian berpidato atau berbicara, penyembahan, aktivi sembahyang ritual, atau agama tidak mampu memenuhi semuanya.

Ketika Al Qur’an diturunkan kepada nabi terakhir, pesan yang dibawanya sama dengan pesan yang diberikan oleh Musa dan Isa. Tak ada satupun ayat dalam Al Qur’an yang mengatakan, ‘Janganlah ‘menyembah’ kecuali kepada Tuhan’, namun dalam banyak ayat peraturan mengatakan Janganlah kamu mengabdi selain kepada Allah:
  • “Alla ta’budu illaa iyahu” (17:23)
  • “Janganlah kamu Mengabdi selain Dia.” (Surat 17 Ayat 23).
Yang pasti Muhammad telah diberitahu supaya membaca apa yang telah diilhamkan kepadanya dari Al Quran – dan dia diperintah untuk berkomited kepada apa yang dia baca. Komitmen-komitmennya kepada perintah Allah akan menjauhikan dirinya dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan kemungkaran. Apabila dia berkomited kepada perintah-perintah Allah dengan sendirinya dia mengingati Allah.

  • “Bacalah apa yang telah diilhamkan kepada kamu dari Kitab itu – dan amatilah komitmen (So-laa-ta). Sesungguhnya komitmen (So-laa-ta) itu mencegah kamu dari membuat perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar – dan Allah Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (29:45)
Oleh kerana itu Muhammad telah diperintah untuk memberitahu orang-orang disekelilingnya:
  • “Komitmen aku, pengorbanan aku, hidup aku dan mati aku hanyalah untuk Allah – Tuhan semesta alam.” (6:162)
Adalah tidak masuk akal seseorang itu boleh mengelakkan diri dari membuat perbuatan-perbuatan keji dan mungkar hanya dengan mengerjakan aktiviti “sembahyang”. Sebaliknya seseorang itu boleh mengelakkan diri dari perbuatan-perbuatan buruk ini dengan sentiasa mengingati dan berkomited kepada perintah-perintah Allah dari KitabNya.

Secara ringkas, adalah aneh dan satu penghinaan kepada Allah dengan mengaitkan perkataan a’bd (na’budu) dengan melakukan “Sembah” kepadaNya yang disertai dengan gerakan tubuh cara tertentu, menghadap ke arah tertentu, atau patung, atau dinding, atau bangunan batu, atau gambar, berjalan mengitari bangunan batu dan sebagainya. Semua ini merupakan ritual penyembahan berhala, yang diciptakan oleh manusia untuk menyederhanakan apa yang tidak biasa mereka fahami.

Dalam Islam yang ideal, ‘Abd adalah hamba yang MENGABDI ‘na’budu’ Tuhan-Nya dengan memenuhi janji yang ditentukan melalui komitmen. Dia tidak memenuhi janjinya dengan melakukan penyembahan. Perbuatan ‘amal’ adalah pengabdian atau ‘ibadah’. Dengan itu, ‘Na’budu’ berarti ‘Kami Mengabdi’ dan ‘ibadah’ adalah pengabdian yang kita berikan saat kita menjunjung tinggi komitmen dengan menjalankan perintah yang telah ditentukan. Semua penyerahan diri ini adalah pengabdian kepada Allah.

  • “Dan berjuanglah kamu di jalan Allah dengan perjuangan yang sesungguhnya. Dia telah memilih kamu tanpa membebankan kesulitan terhadap dirimu sebagai cara hidup (deen), prinsip dari leluhurmu Ibrahim. Dialah orang yang telah menamai kamu sebagai orang berkeadaan damai (Muslim) Oleh karena itu, para utusan itu akan menjadi saksi atas kamu dan kamu menjadi saksi atas segenap manusia. Karena itu amatilah komitmen dan jagalah kemurniannya, (solaa-ta-wa-atu-Zakaa) dan berpegang teguh kepada Allah. Dialah pelindung mu, pendukung yang paling baik.” (Surat 22 Ayat 78).
Inilah pengabdian yang harus diberikan para hamba Allah kepada Allah. Tindakan memenuhi janji yang ditetapkan dan berjuang demi Allah melalui komitmen dan menjaga kemurniannya adalah Solaa-ta wa-atu-Zakaa.

Oleh karena itu ya’budu bukanlah menyembah namun mengabdi.

Sunday, March 6, 2011

Bab Kedua - Bersujud Kepada Ketetapan Allah

Satu perkara yang terpenting: Perkataan “Sembah” tidak disebut dalam mana-mana ayat Al Quran. Sekali lagi, penjaja-penjaja agama Arab telah memutar-belitkan satu lagi perkataan yang mudah dari Kitab Allah.

Initipati Al Quran mengajar manusia bagaimana mereka harus menjalankan satu cara hidup mengikut ketetapan-ketetapan penjanjian diantara diri mereka dengan Pencipta mereka dengan cara komitmen mereka untuk memberi ianya kemurnian. Tiada siapa yang dapat menunaikan janji-janji ini dengan aktiviti sembah-menyembah. Seseorang itu mengamati komitmennya dengan mentaati persetujuannya terhadap ketetapan-ketetapan Penciptanya.

Kesemua manusia dicipta sebagai hamba atau A’bdi kepada Allah dan ini amat jelas apabila Allah menyeru kepada mereka:

• “Wahai hamba-hambaKu (A‘badi-ya) yang percaya. Sesungguhnya bumi Aku luas. Dengan itu kepada Aku sajalah pengabdian (fa’budun) itu.” (29:56)

Akar kata A’bada mempunyai derivatif-derivatif lain seperti u’bud, ya’badu, ‘ibadah, a’bit, ‘ibad yang mempunyai esen maksud yang sama yang ada kaitan dengan menghambakan diri atau berkhidmat untuk Allah. Maksudnya tidak boleh digunakan untuk tujuan selain dari makna kepada akar perkataannya.

Sebagai hamba, manusia perlu berkhidmat atau membuat ‘ibadah untuk Allah:

• “Dan bagiNya segala apa yang ada dilanggit dan bumi itu dan mereka yang disisiNya mereka tidak pernah menyombongkan diri untuk berkhidmat untukNya (‘ibada-ti-hi) – dan tidak pula mereka merasa letih.” (21:19)

Ada orang biasa bertanya, “Bagaimana cara kita berkhidmat untuk Allah”? Mungkin bagi mereka apabila mereka beribadah atau berkhidmat untuk bangsa dan Negara – mereka “Sembah” bangsa dan Negara mereka sendiri.

Sepertimana yang dikatakan sebelum ini dalam tajuk “Mengabdikan diri dengan cara berkomited” - kita lihat kesemua bintang-bintang yang ada dilanggit dan binatang-binatang bersujud atau “yus-judun” – iaitu - mereka bersetuju menjalankan tanggung-jawab masing-masing dengan mentaati ketetapan-ketetapan Allah. Konsep ini adalah serupa apabila perkataan yang sama digunakan untuk manusia – apabila mereka berkhidmat (‘ibada-ti-hi) untuk Allah mereka juga bersujud atau “yas-judun” – iaitu mereka bersetuju untuk bertunduk patuh kepada ketetapan-ketetapanNya.

• “Sesungguhnya orang-orang yang berada disisi Tuhan kamu – mereka tidak menyombangkan diri dari berkhidmat (‘ibada-ti-hi) kepadanya. Dan mereka mensucikannya - dan kepadanya mereka bersujud (Yas-judun).” (7:206)

Ayat 7:206 adalah sambungan dari ayat-ayat 7:203, 204 dan 205 iaitu ayat-ayat yang berkaitan dengan Al Quran. Dalam ayat 7:204 dan 205 ianya berbunyi:

• “Apabila Al Quran itu dibacakan, maka dengar kepadanya dan perhatikan betul-betul supaya kamu dapat rahmat – dan ingatlah Tuhan kamu dalam hati kamu – dan rendahkanlah diri dan amatilah kesannya. Dan janganlah kamu keraskan pertuturan diwaktu pagi dan petang – dan janganlah pula kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (7:204-205)

Kemudian disusuli oleh ayat 7:206 yang memberitahu orang-orang yang mengikuti ketetapan-ketetapan apa yang mereka baca dalam Al Quran - mereka berada disisi Allah mereka - tidak menyombongkan diri dari berkhidmat (‘ibada-ti-hi) mengikut apa yang mereka baca – lalu mereka menjaga kesucian ajaran-ajarannya – dan mereka bersujud (yas-judun) atau bersetuju mematuhi apa yang ditetapkan dalamnya – sepertimana kesemua planet-planet dilanggit dan pokok-pokok bersujud kepada ketetapan-ketetapan Allah dalam sura 55:6.

Tetapi penjaja-penjaja agama telah memutar-belitkan perkataan ‘ibadah ini kepada satu kegiatan aktiviti agama dan perkataan yas-judun kepada satu perbuatan ritual secara fisikal kepada Allah - sedangkan apabila ayat 7:206 dibaca mengikut kontek sebenarnya - ia merujuk kepada ketetapan-ketetapan dalam Al Quran.

• “Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka ‘abdikan diri (ya’budun).” (51:56)

Dalam hanya satu ayat, Al Quran menjelaskan tujuan kita dimuka bumi. Kita dicipta untuk mengabdikan diri bukan sebagai penyembah Allah. Kita telah dicipta dalam rekaan yang teragong ini untuk berkhidmat dengan melakukan kerja-kerja kebaikan atau amalan-amalan kebajikan atau good deeds – bukan dengan fikiran atau kata-kata kosong sahaja. Mengelirukan perkataan “ta’budu” dengan memberinya maksud “Sembah” telah memberi kesan yang paling buruk kepada kesucian Islam.

Perkataan ‘abdikan diri dengan “Sembah” mempunyai maksud yang berlainan dalam kontek perbincangan ini. Perkataan ya’budun memberi gambaran supaya kita berkhidmat dengan cara melakukan kerja-kerja kebaikan atau good deeds mengikut apa yang kita tahu dari ketetapan-ketetapanNya. Perbuatan “Sembah” pula, adalah satu keadaan bilamana seseorang itu mempunyai perasaan yang mendalam menghormati atau memuji dengan penuh kasih sayang – misalnya apabila mereka kehilangan idola-idola mereka atau ikon-ikon pujaan mereka dengan atur-cara aktiviti-aktiviti ritual, menziarah, atau membaca dan menyanyi lagu puji-pujian.

Perkataan ta’budu atau ya’budu adalah perkataan derivatif dari akar kata ‘abd yang memberi maksud sebagai hamba – bukan penyembah. Kesemua manusia dimuka bumi ini adalah hamba-hamba Allah. Dengan itu mereka harus berkhidmat dengan cara bersetuju mematuhi (sujud) kepada ketetapan-ketetapanNya tanpa berbelah bagi - supaya mereka tidak jadi syirik atau mempersekutukanNya dengan apa saja ketetapan yang diadakan oleh orang lain.

• “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni bilamana DiaNya dipersekutukan (syirik). Dan Dia mengampuni apa saja yang selain dari itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (syirik) – sesungguhnya dia telah melakukan kesalahan yang paling besar.” (4:48)

Apabila seseorang itu percaya kepada mana-mana ajaran yang menyuruh mereka “Sembah” Allah – sedangkan Allah menyuruh mereka “mengabdikan diri” dengan cara berkhidmat untukNya dengan melakukan kerja-kerja kebaikan – maka dianya telah mempersekutukan Allah dengan cara mematuhi ketetapan selain dari Allah. Dalam kata lain, dia tergolong orang-orang yang syirik.

Perkataan ‘abd mempunyai banyak derivatif-derivatif yang ada kaitan dengan penghambaan diri dengan cara mempraktikkan kerja-kerja atau berkhimat untuk Allah. Misalnya, ayat berikut ada kaitan dengan rujukan kepada Isa putra Mariam dan malaikat-malaikat yang terdekat dengan Allah.

• “Laiyas-tabkifu masih’u ai-yakuna a’bdan lil-lah wa-lal-malaikatu muqor-robun. Waman yas-tankifu ‘an-’ibada-tihi was-yastakbir fa-sayah shuru-hum ilai-hi jami’an. (4:172)

• “Tidaklah sekali-kali merasa segan Al Masih bahawa dia menjadi hamba (a’bdan lil-lah) untuk Allah – dan begitu juga maliakat-malaikat yang terdekat. Barang siapa yang merasa segan untuk berkhidmat (‘ibada-ti-hi) – dan menyombongkan diri – sesungguhnya Dia akan mengumpul mereka kesemuanya.” (4:172)

Al Masih atau Isa putera Mariam adalah manusia yang paling suci sekali dijadikan Allah dalam dunia ini sejak hari dia dilahirkan. Dia adalah kalimat Allah atau perkataan-perkatan Allah (4:171) – tetapi dia tidak segan menjadi hamba kepada Allah. Adalah menjadi tanggung-jawab seseorang hamba itu berkhidmat untuk tuannya. Sebagai orang yang percaya kepada Allah tugas mereka adalah sama dengan hamba-hamba Allah yang lain – iaitu mereka harus berkhidmat untuk Allah melalui komitmen-komitmen mereka kepada segala apa yang ditetapkan olehNya dalam Al Quran – mempraktik kesemuanya sebagai cara hidup mereka – bukan “MenyembahNya” dengan cara menonggengkan bontot kelanggit dan mencakar-cakar lantai. Adalah menjadi satu keanehan bagi mana-mana satu keluarga yang mempunyai satu platun hamba-hamba ditugas “Menyembah” tuan mereka. Dimanakah lojiknya?

Sebagai hamba-hambaNya kita harus berpegang teguh dan mematuhi segala perintah-perintahNya sebagaimana cipataan-ciptaanNya yang ada dilanggit dan bumi. Dia tidak pernah meminta mana-mana ciptaan “MenyembahNya” dengan “Bersujud” secara fisikal – tetapi bersujud kepada perintah-perintahNya.

• “Dan kepada Allah bersujud (yas-judu) apa saja yang ada dilanggit dan bumi dari makhluk-makhluk yang melata dan malaikat-malaikat dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka takut Tuhan mereka dari atas mereka – dan mereka mengerjakan apa yang diperintah kepada mereka.” (16:49-50)

"Mereka mengerjakan apa yang diperintah kepada mereka". Itulah cara sujud mereka. Kita tidak pernah lihat mana-mana ciptaan Allah dilanggit dan dibumi bersujud secara fisikal kepada Allah – tetapi ksemua mereka menjalankan tugas masing-masing sepertima mereka diperintah.

Allah tidak memerlukan amalan-amalan korban yang remeh-temeh kerana Dia tidak memerlu sebarang makanan - atau membebankan hamba-hambaNya menziarahi mana-mana lokasi tertentu untuk mematuhi ketetapan-ketetapanNya. Dia tidak perlu kehadiran sesiapa pun di Mekah. Kerja sia-sia ini semuanya telah diada-adakan oleh orang-orang Arab yang memutar-belit ayat-ayatNya. Malahan Allah tidak perlu apa-apa janji dari hamba-hambaNya. Sekiranya kita telah membuat perjanjian – adalah menjadi tanggung-jawab kita memenuhi janji-janji itu – untuk kebaikan diri kita sendiri – bukan untuk Allah. Dia mahu kita sempurnakan perintah-perintahNya melalui tinda-tanduk perbuatan kita. Seseorang hamba itu harus berkomited sepertimana dia diperintah – kalau tidak, kedudukannya sebagai hamba akan menjadi sia-sia saja.

Sudah tentu ada yang membantah dengan mengatakan Allah tidak perlukan perkhimatan kita. Memang ianya benar – tetapi sebagai hamba-hambaNya kita yang memerlukanNya:

• “Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah – sedangkan Dia Kaya dan Terpuji.” (35:15)

Dalam kata lain, Allah tidak memerlukan sesiapa pun berkhidmat untukNya. Tetapi sebagai hamba-hambaNya – kita sendiri akan dapat manfaat apabila kita berkhidmat untukNya sebagaimana kita selalu ucapkan dalam surah Fatiha:

• “Kepada Kamu sajalah kami abdikan diri - dan kepada Kamu sajalah kami meminta pertolongan.” (1:5)

Sebagai 'abdi – tanggung-jawab kita ialah untuk berkhidmat kepada Pencipta kita - kita bersetuju untuk mematuhi segala apa arahan-arahan mengikut KitabNya. Kita diberi kebebasan supaya kita sendiri membina potensi-potensi kita dengan sepenuhnya. Pencipta kita jadikan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna daripada makhluk-makhluk lain. Dia membimbing dan mengajar mereka dengan petunjukNya sepertimana Dia mengajar Adam supaya ciptaan-ciptaanNya yang lain bersujud atau mematuhi kepada ilmu-ilmu yang diilhamkan kepada mereka. Kita jadi benar dari sifat-sifat kita yang sebenarnya. Itulah kehendak Allah, dan ianya untuk kebaikan kita sendiri.

Selain daripada planet-planet dilanggit dan makhluk-makhluk dibumi yang cipta Allah – Dia juga telah mencipta tenaga-tenaga yang tidak dapat dilihat oleh manusia – yang dinamakan malaikat. Perkataan malaikat ini berasal dari akar kata “mim-lam-kaf” atau “malaka” yang memberi maksud “kuasa” atau “daya”. Malik adalah derivatif dari perkataan malaka yang bermaksud Yang Berkuasa – biasa digunakan untuk Raja - dan Mulk adalah Yang Paling Berkuasa yang hanya diguna untuk Allah. Bagi hamba-hamba Allah yang bijak mereka ambil kesempatan supaya tenaga-tenaga in berkhidmat untuk mereka dalam bidang-bidang telekomunikasi, radio, televisyen dsb.

Ada diantara tenaga-tenaga ini mereka mempunyai tugas-tugas penting menjadikan mereka dekat kepada Allah dan mereka berkhidmat untukNya dengan cara menjalankan tugas masing-masing.

• “Ketika mencatitkan dua pencatit dari sebelah kiri dan kanan menjalankan tugas. Tidak satu pun ucapan yang dia ucap melainkan kehadiran penjaga.” (50:17-18)

Ini adalah tenaga-tenaga atau malaikat-malaikat yang dicipta Allah yang ditugaskan 24 jam satu hari untuk mencatitkan segala perbuatan dan percakapan seseorang invididu itu. Mereka juga hamba-hamba Allah dan mereka berkhidmat untuk Allah.

Sejak dari awal lagi Allah telah mengutuskan rasul-rasulNya melarang mana-mana hambaNya untuk berkhidmat atau mengabdikan diri kepada mana-mana tuhan yang membuat ketetapan-ketetapan cara hidup mereka selain dari apa yang telah ditetapkan dalam Kitab-KitabNya terdahulu dan juga Al Quran:

• “Was-alman arsalna min qoblika min-rosulina aj’alna min-dunir-rohman ali-hatan ya’budun." (43: 45)

• “Dan tanyalah mereka yang Kami utus dari sebelum kamu dan rasul-rasul kami – adakah Kami jadikan dari selain Maha Pemurah tuhan-tuhan untuk mereka berkhidmat.” (43:45)

Pendek kata, sebagai hamba Allah manusia tidak seharusnya berkhidmat atau mengabdikan diri kepada mana-mana manusia lain untuk memberitahu mereka cara mana harus mereka mengadakan tali perhubungan mereka dengan Pencipta mereka. Perkhimatan mereka untuk Allah adalah melalui kerja-kerja kebajikan dan kebaikan. Memang benar dunia ini penuh dengan niat yang baik – tetapi niat sahaja tidak ada guna – kalau ianya tidak dilaksanakan dengan jujur.

Pengikut-pengikut agama Arab diwajibkan untuk membaca tujuh ayat dalam surah pertama Al Quran setiap kali mereka mengerjakan lima waktu “Sembahyang” setiap hari. Penjaja-penjaja agama telah menipu mereka dengan memutar-belitkan perkataan na’budu (berkhidmat) dalam 1:5 dengan bermaksud “Sembah”. Perkataan ini berasal dari akar kata ‘abd yang bermaksud hamba. Mereka diajar supaya berkata-kata kepada Tuhan mereka “Kamu sajalah kami sembah – dan kepada Kamu sajalah kami minta pertolongan.” Apakah Allah boleh menolong mana-mana hambaNya hanya dengan “MenyebahNya” – tanpa sebarang usaha?

Kemudian mereka sambung membaca dalam sembahyang mereka ayat 1:6-7 dengan berkata:

• “Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus – jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka – bukan orang-orang yang dimurkai atas mereka – dan bukan jalan orang-orang yang sesat.” (1:6-7)

Mereka minta Allah tunjukkan kepada mereka kejalan yang lurus – tanpa mereka sendiri berusaha mencari dimana jalan lurus Allah. Kesemua mereka percaya Al Quran itu adalah Kitab Allah – dan mereka tidak sedar mereka hanya perlu membuka surah berikutnya yang berbunyi:

• “Itulah Kitab tiada keraguan didalam – petunjuk bagi orang-orang yang takwa.” (2:2)

Kalaulah mereka benar-benar jujur, sabar dan ikhlas dan mahu befikir tentang ayat 2:2 itu betul-betul – petunjuk yang mereka minta dari Allah dalam sembahyang mereka setiap hari ada didepan mata mereka – dan Allah memberi jaminan Kitab itu akan jadikan mereka orang-orang yang bertakwa kepadaNya – dan itulah nikmat yang mereka minta daripadaNya setiap hari.

Kalaulah orang-orang yang meminta Allah memberi mereka petunjuk setiap hari itu “Bersujud” kepada ketetapan Allah dalam ayat 2:2 sudah tentu mereka akn temui pelajaran-palajaran yang paling berharga untuk kepercayaan mereka terhadap Allah.  Mereka dijamin kesejahteraan dan keselamatan sehingga mereka boleh menjadi seorang hakim yang boleh membezakan diantara yang hak dan yang bathil. Allah memberi jaminan mereka boleh berdikari tanpa dibelenggu pemikiran mereka oleh sesiapa saja apabila mereka temui dalam Kitab yang mereka baca: 

• “Bukanlah atas kewajiban kamu memberi petunjuk kepada mereka – tetapi Allah saja yang boleh beri petunjuk kepada sesiapa saja Dia kehendaki…..” (2:272)

Kalau Allah berkata nabi yang menerima Al Quran tidak boleh beri petunjuk – bagaimana orang-orang Melayu boleh percaya imam-imam mereka boleh beri petunjuk kepada mereka? Hari ini kebanyakan mereka masih lagi terus meminta kepada Allah tujuh belas (17) kali satu hari “Tunjukkan kepada kami jalan yang lurus” – dan sehingga sekarang mereka belum mengetahui dimana petunjuk Allah itu - dan selagi mereka tidak “Bersujud” kepada ketetapan Allah yang mengataka Al Quran itu adalah petunjuk” – maka selagi itulah mereka akan bergayut kepada petunjuk imam-imam mereka.

Itulah tuhan-tuhan mereka yang beri mereka petunjuk sebenarnya – dan dalam bahasa Al Quran idola-idola ini dinamakan sebagai “Thaghut” – yang menetapkan hukum-hakam agama yang dinamakan sebagai undang-undang Syariah. Kesemua undang-undang mereka tidak perlu mana-mana rujukan dari Kitab Allah – dan kerap-kali mereka mengubal undang-undang mereka mengikut kata sepakat – bukan mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah: Maka itulah sebabnya mereka mewajibkan pengikut-pengikut mereka supaya “Bersujud” kepada Allah – bukan kepada perintah-perintahNya dalam Al Quran: Imam-imam mereka menjadi pelindung atau “aulia” mereka – dan Allah berkata:

• “Allah adalah pelindung (Wali-yu) bagi orang-orang yang beriman - dan Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Tetapi orang-orang yang tidak percaya itu pelindung-pelindung (Au-li-yaa) mereka adalah Thaghut – dan dia mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni api – mereka kekal didalamnya.” (2:257)

Mengikut ayat 2:257 orang-orang yang berlindung kepada Allah mengikut Kitab petunjukNya – Allah menjamin mereka akan dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Orang-orang yang berlindung kepada kitab-kitab selain dari Al Quran – mereka sebenarnya berlindung kepada Thaghut – yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan – atau menjauhkan mereka dari petunjuk Allah.

Setelah dikaji dengan teliti – ianya menjadi nyata bahawa kita tidak boleh “Ampu” atau “Bodek” Tuhan kita untuk mendapatkan sesuatu dengan cara menyembahNya setiap hari. Kita perlu bersetuju merendahkan diri mempraktikkan segala ketetapan-ketetapanNya dalam cara hidup kita mengikut Al Quran. Dalam kata lain kita “Bersujud” kepada perintahNya untuk kebaikan diri kita sendiri. Kita menerima petunjukNya adalah kerana RahmatNya – satu Rahmat yang kita tidak mempunyai hak.

“Sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka dengan sebuah Kitab – Kami jelaskannya atas ilmu petunjuk – dan satu “Rahmat” bagi kaum yang beriman.” (7:52)

Dalam 7:52 Allah mengatakan Al Quran itulah ilmu petunjukNya dan – itu adalah satu Rahmat yang paling besar dari Allah – satu Rahmat yang kita tidak mempunya hak. Bagi melayakkan diri kita perlu memenuhi syarat dengan cara berkhidmat untukNya bagi menunaikan perjanjian kita dengan-Nya apabila kita berkata “Kami Dengar dan Kami Taat”. Itulah kontrak kita denganNya. Kontrak ini tidak dipenuhi dengan “Sembah-menyembah” – tetapi harus dilakukan dengan cara mematuhi segala apa yang kita persetujui. Kita terikat dengan kontrak ini sehingga kita menghembus nafas yang terakhir. Allah tidak membuat sebarang ketetapan dalam mana-mana ayat Al Quran supaya manusia harus “MenyembahNya”.

Saturday, February 26, 2011

Bab Kedua - Abdikan diri Untuk Allah dengan cara Berkomited

• “Apakah selain dari cara hidup Allah mereka memilih padahal segala apa yang ada dilanggit dan bumi beraman-damai (Aslama) dengan sukarela atau terpaksa? Dan kepadaNya lah kesemua mereka kembali.” (3:83)

Perkataan "Aslama" dalam ayat ini adalah serupa (iaitu ianya mempunyai akar simantik dan hanya kojukasi berasingan dari ide akar) dengan perkataan Islam yang berasal dari akar kata SLM atau Sa-la-ma. Kesemua apa yang ada dilanggit iaitu berbillion-billion planet-planet dan bintang-bintang, mata-hari, bulan dan planet bumi - dan apa saja serangga yang hidup dibumi samada ianya hidup melatar dibumi atau bergerak dalam air atau berterbangan dilanggit, tumbuh-tumbuhan didataran laut atau bumi, pokok-pokok yang hidup didataran bumi atau gunung-gunung, apa saja yang bernyawa dibawah permukaan bumi dan diatasnya, kesemua jenis binatang-binatang liar atau yang diternak, dan kesemua kehidupan dilaut samada specisnya diketahui atau yang tidak diketahui oleh manusia – menjalankan tanggung-jawab masing-masing dengan “Aman-Damai” samada mereka suka atau terpaksa. Lalu, Allah membuat pertanyaan yang memerlukan jawapan: Apakah manusia memilih selain dari Cara Hidup yang ditetapkan dalam KitabNya sedangkan kesemua yang ada dilanggit dan bumi hidup mengikut ketetapan-ketetapanNya samada secara rela atau terpaksa dalam keadaan "Aman Damai"?

Manusia diberi contoh yang mudah untuk mereka faham:-

• “Mata-hari dan bulan menuruti ketetapan masing-masing dan binatang-binatang serta tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon kesemua mereka “bersujud” (yasjudan)." (55:5-6)

Allah memberitahu kita mata-hari, bulan serta planet-planet lain - binatang-binatang serta tumbuh-tumbuhan kesemuanya menjalankan tanggung-jawab masing-masing dengan “Bersujud”. Apa yang sebenarnya berlaku mereka kesemua "Bersujud" kepada apa yang ditetapkan oleh Allah - bukannya "Bersujud" secara fisikal kepada Allah. Dalam kata lain, mereka "Bersetuju" mematuhi ketetapan-ketetapan Allah dengan menjalankan tugas masing-masing bagi mengujudkan keadaan "Aman-Damai" atau "Aslama".

Malangnya apabila manusia diminta "Bersujud" kepada apa yang ditetapkan oleh Allah mereka memilih untuk "Bersujud" secara fisikal kepada Allah - bukan kepada ketetapan-ketetapanNya.  Yang mengajar mereka untuk berbuat demikian adalah pemimpin-pemimpin agama mereka.

Kalau kesemua binatang-binatang boleh faham bagaimana mereka harus “Bersujud” untuk menjalankan tugas masing-masing – apakah manusia itu lebih buruk sifatnya dari binatang-binatang ini – sehinggakan mereka perlu pemimpin agama untuk memberitahu mereka bagaimana mereka harus bersujud kepada ketetapan-ketetapan Allah?

• “Sesungguhnya seburuk-buruk makhluk disisi Allah adalah mereka yang pekak dan tuli iaitu orang-orang yang tidak mengunakan akal.” (8:22)

• "Dan sesungguhnya Kami sediakan Neraka Jahanam itu untuk kebanyakan jin dan manusia yang mempunyai hati – mereka tidak faham dengannya – mata – mereka tidak melihat dengannya – telingga – mereka tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan – malahan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (7:179)

Selagi manusia itu tidak mula mengunakan akal mereka - selama itulah minda mereka akan dibelenggu oleh ajaran pemimpin-pemimpin agama mereka. Sebagaimana yang dikatakan dalam ayat 7:179 - mereka seperti binatang ternakan - malahan lebih sesat dari binatang-binatang ternakan - dan mereka lalai.

Mesej Al Quran adalah terang, mudah dan substansinya adalah sama dan konsisten pada setiap masa. Kesemua Nabi menyampaikan risalah-risalah Allah sebagaimana ianya diwahyukan kepada mereka. Mereka tidak pernah cuba memberi pendapat masing-masing atau menokok-tambah atau memansuhkan mana-mana ayat Allah sepertimana yang suka dilakukan oleh penjaja-penjaja agama Arab. Tidak ada mana-mana nabi yang diutuskan diajar oleh Allah untuk mengadakan sebarang agama. Tugas mereka hanyalah untuk menyampaikan mesej atau risalah Allah, intinya adalah cara mana manusia itu harus menjalankan norma-norma Cara Hidup yang ditetapkan oleh Allah. Sebaliknya penjaja-penjaja kesemua agama yang menjadi musuh Allah dan rasul-rasulNya telah mengada agama masing-masing dengan cara memutar-belit dan memansuhkan ayat-ayat Allah – lalu digantikan maksud sebenar perkataan-perkataan Allah dengan perkataan-perkataan lain sepertimana apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi:

• “Maka telah memutar-belitkan orang-orang yang jahat itu perkataan-perkataan selain dari apa yang dikatakan kepada mereka – maka Kami turunkan atas orang-orang jahat itu kutukan dari langgit disebabkan perbuatan-perbuatan fasik mereka.” (2:59)

Kita lihat perbuatan jahat ini berulangan apabila Allah menurunkan Kitab Al Quran kepada Nabi terakhirNya. Apabila Allah memerintah Muhammad berkata kepada manusia dengan:

• “Komitmen aku, dan pengerobanan aku, dan hidup aku dan mati aku adalah untuk Allah – Tuhan semesta alam.” (6:162)

Penjaja-penjaja agama Arab telah sekian lama memutar-belitkan maksud perkataan Allah diatas dengan: “Sembahyang aku, dan ibadat aku, dan hidup aku, dan mati aku adalah untuk Allah – Tuhan semesta alam.” Penjaja-penjaja agama Arab ini telah mewarisi sifat-sifat jahat orang-orang Yahudi yang telah mencemarkan pekataan-perkataan Allah. Kalau orang-orang Yahudi mendapat kutukan dari langgit – maka tidak hairanlah hari ini penjaja-penjaja Agama Arab dan pengikut-pengikut mereka juga menerima nasib yang sama- dan sehingga sekarang kita lihat bagaimana jumud dan hinanya kepercayaan mereka. Ada juga diantara mereka dikutuk oleh Allah sehinggakan mereka suka meniru-niru pakaian Arab dengan berserban, berkopiah, berjanggut, dan berjubah – seperti beruk – disebabkan mereka mengabdikan diri kepada ajaran-ajaran Thaghut sepertimana yang dikatakan oleh rasul dalam Al Quran:

• “Apakah aku memberitahu kepada kamu dengan orang-orang yang paling buruk perangai mereka sebagai pembalasan disisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah serta kemurkaan atas mereka. Dia jadikan mereka beruk dan dan khinzir kerena mereka abdikan diri kepada Thaghut. Mereka itu lebih buruk kedudukan dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.” (5:60)

Kita selalu dengar perpatah melayu – “Macam Beruk” apabila seseorang itu suka meniru-niru perbuatan orang lain. Itulah gambaran yang kita dapat apabila ada orang Melayu yang suka meniru berpakaian macam orang-orang Arab. Sebenarnya penjaja-penjaja agama ini semua telah dikutuk oleh Allah menjadi Beruk – sehinggakan ada yang tidak sedarkan diri dengan mengelar diri mereka sebagai “Ulamak” – kononya mereka “berilmu”. Malangnya ilmu yang ada pada mereka hanyalah apa yang diwariskan dari Thaghut.

Apa yang jelas dari sura 55 ayat 5 dan 6 ialah - kesemua apa yang dicipta oleh Allah dilanggit dan dibumi kesemuanya “Sujud” atau “merelakan diri” berfungsi mengikut tujuan ciptaan masing-masing - cara sukarela atau terpaksa. Mereka berkomited kepada fitrah ciptaanNya. Manusia juga dicipta sebagaimana makhluk-makhluk lain – mereka harus sujud atau merelakan diri dengan berkomited kepada cara hidup yang ditetapkan oleh Allah atau deen-nil-lah.

• “Dan tidaklah kesemua binatang-binatang dibumi dan tidak juga burung-burung yang terbang dengan sayap-sayapnya melainkan kesemuanya umat-umat seperti kamu juga. Dan tidaklah kami alphakan didalam Quran itu sesuatu apa pun – kemudian kepada Tuhan mereka – mereka akan kembali.” (6:38)

Sebagai orang yang pertama menerima Al Quran utusan Allah menjadi contoh kepada umat manusia lalu dia diperintah untuk berkata kepada mereka:

• “Komitmen aku, dan pengorbanan aku, hidup aku, dan mati aku adalah untuk Allah – Tuhan semesta Alam. Tidak ada sekutu bagiNya – dan demikian itulah aku diperintah – dan aku adalah permulaan orang-orang yang tenteram.” (6:162-163)

Orang-orang yang mengikuti utusan Allah – mereka dikehendaki mempunyai pendirian yang sama dengan utusan Allah – iaitu mereka harus berkomited apabila menjalankan cara hidup mengikut nilai-nilai yang ditetapkan oleh Allah dalam Al Quran dalam urusan harian mereka. Apabila Allah menetapkan mereka harus menghormati ibu bapa mereka, saudara-mara, jiran-jiran, sahabat handai untuk mewujud dan keadaan tenteram dan harmoni diantara satu sama lain – tanggung-jawab mereka ialah mempraktikkan nilai-nilai dalam diri mereka sebagai komitmen mereka kepada Allah. Ianya memerlukan pengorbanan dengan cara merendahkan diri dalam segala tindak-tanduk mereka, kejujuran, keikhlasan, bersopan-santun dan sikap keikhlasan untuk faedah orang-orang disekeliling mereka. Malangnya kebanyakan manusia bersikap repulsif untuk berkomited diri mereka kepada nilai-nilai asas ini sebagai cara hidup. Kebanyakan mereka tidak rela mengorbankan ego mereka, ketamakan mereka, kesombongan mereka dan perasaan hasat-dengki mereka untuk menegakkan tanggung-jawab mereka untuk membuat kerja-kerja kebaikan atau good deeds.

Itulah diantara nilai-nilai murni yang diajar oleh Al Quran - tetapi penjaja-penjaja agama telah dengan sengaja menukar maksud ayat-ayat Allah dengan mengatakan keutamaan dalam cara hidup manusia ialah mereka harus beramal dengan cara memperbayakkan aktiviti-aktiviti ritual.

Apabila ayat 6:162-163 diteliti dengan betul-betul - kita dapati – Allah tidak mempunyai sekutu. Dengan kata lain, Allah tidak perlu mana-mana Nabi atau atau penjaja-penjaja agama untuk memberi petunjuk kepada manusia lain. Allah telah perintah kepada pembawa utusanNya untuk memberitahu manusia bahawa Al Quran itu lengkap dan terperinci dan mereka tidak seharusnya mencari kitab-kitab lain untuk menjadikan hukum-hukum yang tidak ditetapkan olehNya.

• “Apakah selain dari Allah harus aku mencari sebagai hakim? Dialah yang menurunkan kepada kamu Al Quran itu dengan terperinci. Orang-orang yang diberi Kitab itu – mereka tahu bahawasanya ia diturun dari Tuhan mereka dengan benar. Maka janganlah kamu jadi orang yang ragu-ragu.” (6:114)

Tuhan semesta alam tidak menurukan KitabNya dengan sia-sia. Atau terdapat diantara kandungan KitabNya perlu dijelaskan oleh Nabi atau manusia lain - sebab tugas penjelasan ayat-ayatNya adalah hakNya semata-mata. Malahan Nabi sendiri telah dilarang oleh Allah:

• “Janganlah kamu cuba mempercepatkan pertuturanmu dengannya kerana hendak menguasainya. Sesungguhnya atas Kamilah mengumpukkannya – dan membacakannya. Maka apabila setelah Kami membacakannya – maka ikutilah bacaannya. Kemudian sesungguhnya atas Kamilah untuk menperjelaskannya.” (75:16-19)

Tiada siapa didunia ini yang boleh memberi petunjuk kepada orang lain – termasuklah Nabi sendiri:

• “Sesungguhnya kamu tidak boleh beri petunjuk kepada orang yang kamu kasihi. Akan tetapi hanya Allah sahaja yang boleh beri petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki – dan Dia sahajalah yang tahu siapa yang layak mendapat petunjuk." (28:56)

Jadi bagaimana orang-orang muslim boleh percaya imam-imam dan ustaz-istaz mereka boleh beri petunjuk kepada mereka? Apakah mereka tidak percaya Nabi Muhammad sendiri tidak boleh beri petunjuk kepada bukan saja kepada orang ramai – malahan dia tidak mampu memberi petunjuk kepada orang yang dia paling sayang!

Allah tidak pernah menurunkan mana-mana ayat dalam Al Quran meminta manusia untuk menyembahNya dengan aktiviti-aktiviti ritual setiap hari. Dia menurunkan ayat-ayatNya kepada berpuluh-puluh Nabi dengan hanya satu konsep ciptaanNya yang satu:

• “Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan mereka abdikan diri untuk Aku (li-ya’-buduni).” (51:56)

Ayat diatas amat paling mudah difahami. Tanggung-jawab manusia ialah mereka harus abdikan diri mereka untuk Allah. Penjaja-penjaja agama telah memutar-belitkan perkataan li-ya’buduni ini kepada “mereka menyembah Aku” – walaupun akar perkataan ini berasal dari A’bdi – satu perkataan yang selalu diguna dalam bahasa Malaysia – yang bermaksud “Hamba”. Apabila ianya digunakan sebagai “Ya’budun” – maksudnya ialah “Mereka abdikan diri”. Kita selalu baca dalam Al Quran Allah memanggil manusia sebagai “Hamba-hambaNya – dan perkataan yang digunaNya ialah “A’bdi-hi”.

Kita hanya perlu mengunakan hanya sedikit akal yang dianugergarkan oleh Allah. Pada satu ketika dulu orang-orang Amerika mengambil orang-orang kulit hitam sebagai hamba-hamba mereka. Apakah pernah kita dengar atau lihat hamba-hamba mereka menyembah tuan-tuan mereka? Kita semua tahu hamba-hamba kulit hitam ini mengabdikan diri mereka kepada tuan-tuan mereka dengan cara berkomited menjalankan tugas-tugas mereka mengikut apa yang diperintah oleh tuan-tuan mereka. Mereka akan dihukum dan diseksa sekiranya mereka lalai atau enggan atau melanggar dengan perintah-perintah tuan mereka. Mereka tidak boleh berdolak-dalik dengan apa saja alasan sekali pun!

Apabila Allah memanggil manusia sebagai hamba-hambaNya – apakah kita boleh percaya kosep ini berlainan dengan istilah perkataan ini digunakan kepada hamba-hamba kulit hitam ini? Bolekah kita percaya tugas hamba-hamba atau a’bdi orang-orang Amerika ialah “menyembah” tuan-tuan mereka? Mungkin penjaja-penjaja agama sahaja yang boleh percaya sedemikian. Ini semua adalah kerana mereka sendiri telah dibelenggu minda mereka dan diperdaya oleh orang-orang Arab yang Allah kutuk dalam KitabNya:-

• “Orang-orang Arab itu amat keras kekafiran dan kemunafikan mereka – dan lebih baik bagi mereka tidak mengetahui batas-batas yang diturunkan Allah atas rasulNya. Dan Allah amat Mengetahui – Bijaksana.” (9:97)

Allah tidak pernah memanggil mana-mana manusia sebagai “penyembah-penyembahNya” – akan tetapi Dia tetap konsisten menggelarkan kesemua manusia tidak kira bangsa, bahasa atau warna kulit – sebagi “Hamba-HambaNya”. Adalah menjadi tanggung-jawab setiap hamba itu mencari jalan untuk mengetahui apakah tugas-tugas yang harus mereka lakukan untuk berkhidmat atau dalam bahasa Arabnya “A’budu” kepada Penciptanya. Bagi mereka yang percaya mereka harus berkhidmat untuk Allah – sudah tentunya mereka tahu arahan-arahan ini boleh didapati dari Kitab yang diturunkan kepada pembawa utusanNya:

• “Itulah Kitab yang tiada keraguan didalamnya bagi orang-orang yang setia – iaitu orang-orang yang percaya kepada yang ghaib dan mereka mengamati komitmen mereka - dan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka – mereka menafkahkan.” (2:2-3)

• “Thaa Sin – Inilah ayat-ayat Al Quran – Kitab yang jelas – petunjuk dan khabar gembira untuk orang-orang yang beriman – iaitu orang-orang yang mengamati komitmen mereka – dan memberinya kesucian – dan mereka dengan akhirat mereka yakin.” (27:2-3)

• “Dan tidaklah mereka diperintah kecuali untuk mengabdikan diri mereka secara ikhlas untukNya – itulah cara hidup yang jujur – dan supaya mereka mengamati komitmen mereka – dan memberinya kesucian. Demikian itu cara hidup yang lurus.” (98:5)

• “Sesunggunhnya orang-orang yang membaca Kitab Allah - mereka mengamati komitmen mereka – dan mereka menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami beri rezeki kepada mereka secara tersembunyi - dan terang-terang mereka hanya mengharapkan satu perdagangan yang tidak rugi.” (35:29)

Apa yang jelas dalam ayat-ayat diatas - tanggung-jawab manusia sebagai hamba atau abdi ialah dengan cara berkomited dengan melakukan segala perintah Allah dengan ikhlas dan jujur - dan sudah tentu kesemua ini tidak boleh dikerjakan dengan cara “MenyembahNya”.

Menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang diberi Allah, perhubungan mesra diantara manusia, menjalankan perdagangan dengan adil, disiplin moral dan menunaikan janji-janji diantara sesama manusia – adalah diantara beberapa tanggung-jawab seseorang hamba itu berkhidmat untuk Allah. Yang pasti – kita tahu nilai-nilai ini baik untuk kesemua manusia.

Walaubagaimanapun – hari ini apabila kita bertanya kepada mana-mana orang muslim – apakah amalan dalam agama mereka yang betul-betul mereka melakukannya mengikut Al Quran? Dan minta mereka tunjukkan buktinya dari Al Quran – sudah pasti tiada satu orang pun diantara mereka boleh menjawab soalan ini.

Apabila kita baca sejarah orang-orang yang terdahulu sebelum Al Quran itu diturunkan – kita dapati orang-orang yang menerima Kitab Allah – mereka memilih untuk berpaut kepada agama yang diada-adakan oleh Thaghut yang menetapkan kepada mereka kepercayaan mitos-mitos dan hukum-hakam yang mencermin hukuman barbarik yang tidak mempunya timbang rasa. Membunuh manusia lain yang tidak sependapat dengan mereka adalah hukuman yang biasa bagi hukum-hukum Thaghut ini. Hukum-hukum jahiliah inilah yang sarat dimuatkan dalam undang-undang syariah agama Arab.

Apa yang diajar oleh Allah dalam kesemua Kitab yang diturunkanNya dari dulu sehingga sekarang ialah supaya manusia menegakkan amalan-amalan atau kerja-kerja kebaikan sesama manusia. Tetapi disebabkan manusia memilih untuk mengikuti agama yang diada-adakan – mereka gagal mempromosikan kesopanan, ketulusan, kejujuran, merendahkan diri, kasih sayang – atau bersikap adil terhadap satu sama lain dalam cara hidup mereka. Mereka memilih untuk membuang masa dengan menumpukan kerja-kerja menyembah Pencipta mereka pada waktu-waktu tertentu melalui sebuah binaan batu dengan harapan apa saja amalan-amalan mereka yang tidak berasaskan petunjuk Allah – atau apa saja kesalahan yang telah mereka lakukan – mereka akan diampuni oleh Tuhan mereka. Itulah anggan-anggan kosong mereka.

Adalah menjadi kebiasaan kebanyakan mereka memilih untuk mempersekutukan Allah dengan Nabi-NabiNya – mereka mempersekutukan Allah dengan cara mentaati ajaran imam dan ulamak-ulamak mereka – dan yang paling dangkal sekali mereka tidak sedar mereka mempersekutukan Allah dengan “Batu”!

Mereka enggan menerima satu konsep yang mudah dari Al Quran – iaitu menjalankan satu cara hidup yang lurus atau deen-al-hunafa sebagaimana yang mereka baca dalam sura 98 ayat 5. Apa yang disarankan dalam ayat tersebut ialah supaya mereka mengamati komitmen mereka kepada apa yang ditetapkan oleh Allah mengikut KitabNya tanpa mencampur-adukkannya dengan mana-mana kitab lain. PerintahNya jelas dan mudah difaham bagi orang-orang yang jujur dan hati bersih. Allah tidak pernah cuba untuk membebankan mana-mana hambaNya dengan kerja-kerja yang tidak mendatangkan hasil.

Walaubagaimanapun, bagi orang-orang yang memilih untuk percaya kepada agama – Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka - dan mata mereka ditutup olehNya untuk memahami konsep-konsep yang mudah ini.

• “Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya itu – sama saja bagi mereka – samada kamu peringatkan mereka atau tidak kamu peringatkan mereka – mereka tidak akan percaya. Allah telah mengunci mati hati mereka dan atas pendengaran mereka – dan atas mata mata mereka ada tabir. Bagi mereka siksaan yang besar.” (2:6-7)

Bagi orang-orang jenis ini harapan mereka untuk kembali kepada Allah hanyalah dengan satu jalan sahaja. Mereka harus ber-islah atau reformkan diri dengan cara – memberanikan diri untuk berlepas dari belenggu-belenggu kepercayaan agama mereka - merendahkan diri – jujur – dan ikhlas terhadap ayat-ayat Allah. Mereka harus ambil iktibar bagaimana syaitan menguna tipu helahnya untuk menyesatkan Adam. Setelah sekian lama, Allah telah mengutus pembawa utusanNya untuk menyampaikan ayat-ayatNya kepada anak-anak Adam, dan Dia tidak lupa memberi pesanan ini kepada mereka:

• “Wahai anak-anak Adam. Jangan sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana dia mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu dari taman. Dia telah mencabut dari keduanya untuk memperlihatkan keburukan (sikap) kedua mereka. Sesungguhnya dia dan qabil-qabilnya dapat melihat kamu – sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah sediakan syaitan-syaitan itu sebagai pemimpin (Au-lia) bagi orang-orang yang tidak percaya.” (7:27)

• “Wahai anak-anak Adam – apabila datang kepada kamu pembawa-pembawa utusan diantara kamu yang menceritakan kepada kamu tentang ayat-ayat Aku – maka barangsiapa yang setia dan memperbetulkan diri (reform atau As-laha) – maka tidak ada ketakutan atas mereka – dan tidak pula mereka akan bersedih. Bagi orang-orang yang berdusta dengan ayat-ayat Aku dan menyombongkan diri terhadapnya – mereka itulah penghuni Api – mereka kekal didalamnya buat selama-lamanya.” (7:35-36)

Allah memberi jaminan barangsiapa yang berkomited kepada ayat-ayatNya semata-mata – mereka tidak akan merasa sebarang ketakutan dan mereka tidak akan merasa sedih.

Kebanyakan orang muslim termasuklah orang-orang Melayu yang mengikuti ajaran imam-imam mereka – mereka percaya, mereka mendapat petunjuk walaupun tiada siapa diantara mereka yang tahu apa yang tercatit dalam Kitab Allah.

Membuat keputusan untuk melepaskan diri dari belenggu-belenggu kepercayaan agama yang diajar oleh imam-imam untuk berpegang kepada ayat-ayat Allah semata-mata - adalah perkara yang paling sukar sekali dilakukan oleh mana-mana individu. Perasaannya adalah serupa dengan membuat pengakuan bahawa segala kepercayaan agama seseorang itu - dari kecil sehingga dewasa – semuanya salah. Orang-orang jenis ini telah dirantai leher mereka oleh Thaghut yang mereka mempersekutukan - dan Allah telah menetapkan mereka tidak sekali-kali akan meninggalkan kepercayaan agama mereka untuk berkomited kepada ayat-ayat Allah semata-mata - walaupun dengan bukti-bukti yang nyata:

• “Tidaklah orang-orang yang tidak percaya dari kalangan ahli-ahli kitab - dan juga orang-orang yang mempersekutukan itu akan meninggalkannya - walaupun datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata – oleh pembawa utusan dari Allah yang membaca lembaran-lambaran yang suci. Didalamnya termaktub yang lurus” (98:1-3)

• “Dan mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka mengabdikan diri untuk Allah – berikhlas kepadaNya cara hidup yang jujur dan mereka mengamati komitment dan beri ianya kemurnian (Wa-yu-qi-mus-solla wa-yu’-tuz-zakaa). Dan demikian itulah cara hidup yang lurus." (98:5)

Cara hidup yang lurus seseorang itu diukur melalui komitmennya dari kerja-kerja kebajikan atau kebaikannya – bukan melalui aktiviti sembah menyembah sepertima yang dilakukan oleh pagan. Seseorang itu harus mempraktikkan kerja-kerja ini mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah mengikut KitabNya sahaja. Salah satu cara untuk mengamati komitmen dan memurnikan ajaran-ajaran Allah – ialah dengan bersikap jujur dan ikhlas sehingga ianya menjadi sebati dalam dalam cara hidupnya. Diantara kerja-kerja kebaikan yang ditetapkan Allah:

• “Dan telah ditetapkan Tuhan kamu bahawa jangan sekali-kali kamu abdikan diri melainkan kepada Dia. Dan terhadap kedua-dua ibu-bapa - sehingga mereka tua – salah satu atau kedua-duanya sekali. Sesungguhnya jangan sekali-kali kamu kata kepada kedua-duanya “Ah” sekali pun – dan jangan kamu membentak kedua-duanya. Dan berkata-katalah kepada kedua-duanya pertuturan yang mulia – dan rendahkan diri kamu terhadap kedua-duanya dengan penuh kasih sayang – dan berdoalah – “Ya Tuhanku – kasihanilah kedua-dua ibu-bapaku sebagaimana kedua-duanya memilihara aku dari kecil.” (17:23-24)

• “Dan berkhidmatlah untuk Allah dan jangan kamu mempersekutukan denganNya dengan apa-apa saja – dan kepada kedua ibu bapa kamu berbuak baiklah – dan saudara-mara - – dan anak-anak yatim – dan orang-orang miskin – dan jiran tentangga yang dekat dan yang jauh – dan teman-teman sejawat – dan orang-orang yang dijalan (Allah) – dan kanak-kanak dalam kuasa kamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan berbangga-bangga.” (4:36)

Sekiranya kita mengabdikan diri kita untuk Allah dengan menyerapkan nilai-nilai yang disebut dalam ayat-ayat diatas sebagai komitmen kita kepada Allah - bayangkan bagaimana impak global dari nilai-nilai murni ini? Itulah diantara tanggung-jawab kita sebagai hamba Allah yang sebenarnya yang terdapat dalam Al Quran. Kita harus sanggup mengorbankan diri untuk berkomited menanam nilai-nilai ini dalam diri kita. – lalu kita digalakkan untuk berkata: “Komitmen aku, pengorbanan aku, hidup aku dan mati aku hanyalah untuk Tuhan semesta alam.” (6:162).

Kita hanya perlu untuk bersetuju dengan apa yang Allah tetapkan dan berkomited kepadanya dan jadikan ianya sebagai salah satu sifat cara hidup kita. Kesemua manusia dimuka bumi ini akan menghormati kita!

Ketetapan-ketetapan seumpama ini bukanlah satu ketetapan yang baru – malahan ianya juga telah diilhamkan kepada Nabi Musa sebagai salah satu ketetapanNya untuk Bani Israel.

• “Dan ketika Kami mengambil janji-janji Bani Israel. “Janganlah kamu abdikan diri kepada selain dari Allah. Dan kepada kedua ibu-bapa kamu berbuat baiklah – dan kaum kerabat – dan anak-anak yatim – dan orang-orang miskin. Dan bertuturlah kepada manusia dengan cara baik – dan amatilah komitmen dan beri ianya kemurnian (Wa-aqi-mus-solla wa-aatus-zakaa). Kemudian kamu berpaling kecuali sedikit daripada kamu – dan kamu orang-orang yang berpaling.” (2:83)

Ayat 2:83 memberitahu kita kaum Bani Israel tidak berkomited kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk tidak mengabdikan diri mereka untuk Allah, berbuat baik dengan kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Dan mereka tidak mempunyai perhubugan baik dengan manusia-manusia selain dari kaum mereka sendiri – walaupun Allah minta mereka mengamati komitmen-komitmen mereka supaya penjanjian mereka dengan Allah itu murni.

Perkataan “Wa-aqi-mus-solla” yang digunakan Allah dalam ayat 2:83 adalah urutan dari apa yang harus Bani Israel lakukan dalam cara hidup mereka. Allah tidak meminta mereka untuk mendirikan sembahyang supaya mereka boleh menunaikan janji-janji mereka. Mereka harus menunaikan janji-janji ini dengan mempraktikkan kesemua apa yang mereka telah bersetuju.

Begitu juga setiap kali Allah mengunakan ungkapan “Aqi-mus-solla wa-aatuz-zakaa” dalam Al Quran – ianya sentiasa disertakan samada sebelum atau selepas ungkapan ini dengan amalan-amalan atau ajaran-ajaran yang dipertanggung-jawab keatas kita. Malangnya musuh-musuh Allah telah mencemarkan maksud ungkapan ini dengan amalan-amalan Arab pagan.

Apa yang diutarakan oleh Allah dalam Al Quran serta Kitab-Kitab sebelumnya ialah supaya hamba-hambaNya berkomited kepada apa yang diajarNya untuk mereka menjalankan cara hidup mereka. Apa saja yang telah diilhamkan kepada Bani Israel dalam KitabNya – Dia mengulanginya lagi dalam Al Quran dan bagi mereka yang memberi persetujuan diri mereka untuk mentaatinya – mereka diperingakkan berkali-kali supaya mengamati komitmen mereka.

Berkali-kali Allah memperingatkan kita bahawa mereka yang percaya kepadaNya – mereka harus mengabdikan diri untukNya dengan mengamati kehendakNya melalui komimen-komitmen mereka – dan mereka harus melakukan kerja-kerja kebaikan mereka dengan jujur supaya kemurnian ajaran-ajaranNya terjaga. Kesemua apa yang perlu manusia berkomited dengannya telah diperincikan dalam Al Quran. Sebagai contoh:

• “Dan janganlah kamu mendekati harta anak-anak yatim melainkan dengan cara baik sehingga ia sampai dewasa – dan tunailah segala janji-janji. Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya kembali. Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan adil dengan lurus. Demikian itu lebih baik kesudahannya. Dan jangan kamu mengikuti apa yang tidak ada bagi kamu ilmunya. Sesungguhnya pendengaran (telingga) dan penlihatan (mata) dan hati – tiap-tiapnya itu akan ditanya,” (17:34-36)

Apabila Allah berkata “Jangan kamu mengikuti apa yang kamu tidak ada ilmu padanya” – manusia harus berkomited dengan ajaran ini. Malangnya disebabkan kebanyakan manusia itu sedar mereka harus percaya kepada Allah – mereka cari penjaja-penjaja agama untuk mendapatkan bimbingan. Mereka lupa mereka mempunyai tanggung-jawab sendiri untuk mencari ilmu Allah itu terus dari Allah. Mereka tahu Allah telah menurunkan KitabNya melalui pembawa utusanNya – tetapi disebabkan sikap malas - mereka sanggup jadi pak turut – walaupun penjaja-penjaja agama yang mereka ikuti itu semuanya tidak boleh jamin diri mereka sendiri diakhirat nanti. Allah tidak pernah memberi kuasa kepada mana-mana penjaja agama ini sebagai pemimpin-pemimpin untuk cara hidupNya.

• “Alif Lam Min Shaad. Kitab yang diturunkan kepada kamu. Maka janganlah ada dalam dada kamu kesempitan disebabkannya – supaya kamu beri peringatan dengannya – dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman. Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu – dan jangan sekali-kali kamu mengikuti dari selain daripadanya sebagai pemimpin. Amat sedikit kamu ambil pelajaran.” (7:1-3)

Apabila Allah berkata dengan jelas “Jangan sekali-kali kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain dari Al Quran” maka manusia harus yakin denganNya tanpa memberi sebarang alasan. Dia juga berkata Al Quran itu adalah sebagai peringatan dan manusia boleh mendapat pelajaran darinya – tetapi Dia juga tahu – “Amat sedikit kamu yang mengambil pelajaran”. Sekiranya manusia itu percaya kepada Allah – mereka harus belajar dari Allah melalui QuranNya – dan Dia telah berjanji sambil bertanya kepada hamba-hambaNya empat kali:

• “Kami mudah Al Quran itu sebagai peringatan. Maka adakah dari orang-orang yang mahu ambil pelajaran?" (54:17, 22, 32, dan 40)

Tidak ada sebab mana-mana manusia memberi alasan mereka mengikuti penjaja-penjaja agama kerana mereka tidak boleh faham ajaran-ajaran Allah dalam KitabNya – sedangkan Allah sendiri berkata – “Kami mudahkan Al Quran itu sebagai peringatan”. Sebenarnya mereka tidak mahu berfikir!

Sehingga hari ini tidak ada satu penjaja-penjaja agama di Malaysia yang menyampaikan apa-apa peringatan dari Allah mengikut Al QuranNya. Apabila kita bertanya mana-mana penjaja agama – siapakah rasul yang paling berjaya sekali dengan mendapat pengikut yang paling ramai diantara rasul-rasul lain? Tiada siapa diantara mereka yang boleh menjawabnya atau menunjukkan ayatnya dalam Al Quran.

Seseorang muslim yang mengaku dia percaya dan bersetuju petunjuk dengan Allah sebenarnya boleh diuji dengan komitmen-komitmennya kepada apa yang diajar Allah dalam KitabNya. Islam ketenteraman yang diajukan oleh Pencipta kita sepatutnya dilihat dengan kerja-kerja kebaikan atau deeds dan merit. Dan dari cirri-ciri inilah kita boleh kenal mereka.

Malangnya penjaja-penjaja agama menggalakkan pengikut-pengikut mereka untuk menjadi burung kakak tua dengan membaca Al Quran dalam bahasa Arab – supaya pengikut-pengikut mereka tidak berkomited dengan ajaran-ajaran Allah. Apa saja yang mereka ajar dari kitab-kitab selain dari Al Quran dijadikan panduan hidup pengikut-pengikut mereka – tanpa mendapat faedah dari Allah. Aktiviti ritual sembahyang tidak terdapat dalam mana-mana surah dalam Al Quran dan Allah tidak pernah sama-sekali menurunkan mana-mana KitabNya yang menyuruh sesiapa SembahNya! Apa yang ditetapkanNya dalam Kitab-KitabNya adalah saranan-saranan supaya manusia adbikan diri untukNya melalui kerja-kerja kebaikan atau deeds. Aktiviti sembah-menyembah adalah amalan-amalan pagan dan kesemua mereka perlu sesuatu lambang atau ikon sebagai objek tumpuan. Dan ini termasuklah agama Arab yang mengunakan sebuah bangunan batu sebagai pusat tumpuan pengikut-pengikut mereka untuk bersembahyang kepadanya.

Itulah apa yang dijaja oleh pakar-pakar agama Arab. Mereka meyakinkan pengikut-pengikut mereka bahawa mereka boleh jadi seorang muslim yang baik apabila mereka sembahyang lima kali satu hari mengadapkan muka mereka ke bangunan batu yang ada di mekah. Itulah tiang agama yang terpenting dalam agama mereka.

Sebenarnya penjaja-penjaja agama Arab ini kesemua mereka adalah jadi pak turuk agama Arab. Apabila orang-orang Arab yang telah ditetapkan kekafiran dan kemunafikan mereka amat keras – penjaja-penjaja agama Arab diMalaysia tidak mengambil peduli dan mereka mengikuti ajaran-ajaran orang Arab ini dengan membuta tuli.

Mereka tidak tahu orang-orang Arab sudah mencemarkan satu perkataan yang amat penting dalam Al Quran (yang sepatutnya mempunyai konsep yang paling penting dalam cara hidup yang ditetapkan oleh Allah) dengan memberi maksud yang amat berlainan daripada konsep asal bahasa Arab dalam Al Quran.

Mereka telah memutar-belitkan perkataan “Sol-laa” (yang bermaksud Komitmen) sebagai aktiviti sembahyang ritual. Apabila maksud ayat ini diputar-belitkan maka manusia akan tinggal tanggung-jawab mereka yang sebenarnya dan mereka tumpu kepada maksud yang diberi oleh orang-orang Arab.

Sebelum kita meneroka bagaimana orang-orang Arab memutar-belit kalimat-kalimat Allah oleh dalam Al Quran – lebih baik kita dahului dengan meneroka bagaimana perkataan “Sol-laa” yang panggil oleh penjaja-penjaja agama Arab sebagai “Salat” – dan bagaimana mereka dengan licik telah menukar maksud perkataan “Sol-laa” ini menjadi satu perbuatan aktiviti sembahyang. Sembahyang yang kita faham adalah satu aktivi sembah-menyembah secara ritual. Saya akan mulakan dalam tajuk akan dating bagaimana orang-orang Arab telah menukar perkataan “A’bdi” atau “hamba” menjadikan maksudnya kepada “Sembah”.

Friday, February 18, 2011

Bab Kedua – Thaghut atau Virtual idols menjerumuskan kepada Penyekutuan Allah

• "Perhatikan bagaimana orang-orang yang mengaku diri mereka suci? Sebenarnya Allah sahaja yang membersih sesiapa saja yang Dia kehendaki -dan mereka tidak akan diananya sedikit pun." (4:49)

Boleh dikatakan kesemua penjaja-penjaja agama mengaku diri mereka orang yang tidak pernah melakukan dosa - dan kesemua mereka akan mengaku mereka suci - sedangkan Allah tidak pernah menetapkan diri mereka itu suci. Sebaliknya kesucian seseorang itu adalah hak Allah - dan bukannya dari pengakuan oleh mana-mana individu atau cara pakaian mereka. Mengenakan pakaian yang ganjil-ganjil seperti sereban atau kopiah atau jubah hanyalah dilakukan oleh orang-orang munafik sahaja:

• "Dan apabila kamu lihat mereka - kamu kagum dengan perwatakan mereka dan cara-cara pertuturan mereka yang kamu dengar. Malangnya mereka adalah seperti tunggul kayu yang mati. Mereka anggap setiap kritikan itu terkena atas diri mereka. Berwaspadalah terhadap mereka, Allah telah mengutuk mereka disebabkan mereka telah berpaling." (63:4)

Apa yang dimaksudkan dalam ayat diatas - ialah penjaja-penjaja agama ini kesemuanya adalah orang-orang hipokrit. Yang ada pada diri mereka hanyalah pakaian-pakaian untuk mengkagumkan manusia dengan cerita-cerita dongengan dan fitnah-fitnah terhadap Allah dan RasulNya. Mereka sebenarnya telah berpaling daripada ajaran-ajaran Kitab Allah - dan mereka berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Thaghut. Dalam pada masa yang sama mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah - dengan berjaja beribu-ribu macam hukum-hakam yang tidak terdapat dalam Al Quran:

• "Perhatikan bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah - dan cukuplah dengannya dosa yang nyata. Apakah kamu tidak lihat kepada mereka yang diberi hanya sebahagian daripada Kitab itu? Mereka beriman kepada mitos-mitos dan Thaghut - tetapi mereka berkata kepada orang-orang yang tidak percaya bersama-sama mereka bahawa mereka mendapat petunjuk lebih dari orang-orang yang percaya kepada jalan yang sebenarnya." (4:51)

• "Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah - dan barangsiapa yang dikutuki Allah - sesunggunhnya tidak sekali-kali mereka mendapat pertolongan." (4:52)

Mempersekutukan Allah boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Diantaranya, apabila seseorang itu menjadikan ego atau nafsunya mengawal sikap dan tindak-tanduknya – maka cara hidupnya akan dikawal oleh ego mereka – dan mereka akan membuat sesuatu keputusan mengikut nafsu dengan membelakangkan apa saja kebenaran dari Allah – lalu mereka jadikan ego mereka sebagai tuhan yang mengawal cara hidup mereka. Manusia-manusia jenis ini adalah seumpama haiwan yang hidup mengikut perasaan dan hati mereka amat keras terhadap kebenaran Allah. Mereka enggan mengunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah. Walaupun mereka kenal sesuatu kebenaran itu - tetapi mereka akan berdolak-dalik kerena tidak mahu menerimanya -sehinggakan mereka sanggup mendedahkan kebodohan diri sendiri.

• “Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mempertuhankan ego-ego mereka? Apakah kamu sangka kamu boleh menolong mereka? Atau kamu sangka kebanyakan mereka boleh dengar atau faham? Mereka itu tidak lain seperti haiwan ternakan – bahkan mereka itu lebih sesat dari jalan.” (25:43-44)

Sikap orang-orang yang mempertuhankan ego-ego mereka sememangnya banyak dimuka bumi ini – terutama sekali bagi orang-orang yang dibelenggu dengan ajaran-ajaran agama. Mereka tidak akan mendengar atau terima selain dari apa yang telah sebati dengan kepercayaan mereka – walaupun bukti-bukti didepan mata mereka amat jelas dan terang. Sifat timbang rasa, nilai diri, dan fakulti pemikiran mereka hilang dari nilai-nilai hidup murni mereka.

Apabila seseorang itu menjadikan cita-cita hidupnya untuk mengumpul harta kekayaan didunia ini – maka hidupnya akan dikuasai oleh sifat-sifat ketamakan tanpa menghiraukan komitmen-komitmen mereka terhadap Allah. Maka dia telah mempertuhankan kekayaannya – dan dia lupa tanggung-jawabnya kepada Allah sehinggalah apabila Allah mengambil kembali anugerahNya dengan cara tiba-tiba. Manusia jenis ini biasanya percaya segala kekayaannya adalah hasil dari kebijaksanaannya sendiri dan dia tidak percaya kesemua apa yang dikumpulnya boleh dilesapkan oleh Allah dalam sekelip mata:

• “Dan kemudian dibinasakan segala kekayaannya lalu dia membolak-balik kedua tapak tanggannya apabila roboh segala-gala apa yang diusahakannya sambil dia berkata. “Aduhai, alangkah eloknya kalau aku tidak mempersekutukan dengan Tuhanku sebarang apa-apa pun.” (18:42)

Sekiranya seseorang itu memilih untuk mengutamakan ajaran mana-mana manusia melebihi dari ajaran Tuhannya – atau mengikuti apa yang tidak diajar oleh Allah dalam KitabNya - maka cara hidupnya akan dikawal oleh kepercayaan agama yang telah ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin atau wali-wali yang dianggap boleh mendekatinya kepada Allah. Dalam lain kata, mereka telah mempertuhankan pemimpin-pemimpin agama mereka dengan menjalankan aktiviti-aktiviti ritual yang tidak pernah ditetapkan oleh Allah dan mereka akan percaya kepada segala hukum-hukum yang diada-adakan oleh pemimpim-pemimpin agama mereka.

• “Ingatlah. Untuk Allah sahaja cara hidup yang ikhlas itu. Orang-orang yang mangambil disamping Allah pemimpin-pemimpin (Aw-lia)- berkata, “Tidaklah kami abdikan diri kami kepada mereka kecuali untuk mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” (39:3)

Itulah kepercayaan kebanyakan manusia. Mereka sangka apabila mereka mengikuti pemimpin-pemimpin atau (aw-lia) agama - mereka boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah.

• “Mereka telah jadikan ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin agama mereka sebagai tuhan disamping Allah…….” (9:31)

Ayat 9:31 ada kaitan dengan ide-ide dan ajaran-ajaran pemimpin-pemimpin kesemua agama. Dalam agama Yahudi imam-imam mereka mengajar Uzair adalah anak Allah dan imam-imam agama Nasrani pula memberi ide dan mengajar pengikut-pengikut mereka bahawa Isa adalah anak Allah. Pokoknya, apabila seseorang itu percaya kepada apa-apa ide atau ajaran oleh Imam-Imam mereka yang tidak diajar oleh Allah dalam KitabNya – maka mereka telah mempertuhankan Imam-Imam mereka.

Begitu juga dengan agama Arab. Apabila Allah menetapkan kepada orang-orang muslim tidak ada kitab lain yang harus mereka percaya selain dari Al Quran – pemimpin-pemimpin mereka memberi ide - mereka diwajibkan percaya kepada kitab-kitab lain yang diajar oleh imam-imam mereka.

• “Maka apakah harus Kami jadikan orang-orang muslim itu seperti orang-orang yang salah? Bagaimana kamu membuat keputusan? Adakah kamu mempunyai kitab lain yang kamu belajar yang memberi kamu apa yang kamu suka pilih?” (68:36-38)

Dan imam-imam pengikut agama Arab ini memberitahu kepada pengikut-pengikut mereka – terdapat hadis-hadis yang wajib mereka percaya sebagai sumber kedua dalan agama mereka – sedangkan Allah berkata:

• “Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan sebenarnya – maka dengan hadis manakah lagi selepas ayat-ayat Allah mereka akan beriman?” (45:6)

Apabila mana-mana pengikut agama Arab yang mempercayai ajaran imam-imam mereka yang memberi ide sepertimana imam-imam agama Yahudi dan Nasrani memberi ide kepada pengikut-pengikut mereka – yang tidak ditetapkan oleh Allah - maka kesemua mereka telah menpertuhankan imam-imam mereka apabila mereka percaya adanya sumber kedua dalam cara hidup mereka sebagai komitmen mereka terhadap Allah.

Yang menjadi persamaan dalam hal ini ialah kepercayaan yang bedasarkan dari ide atau ajaran-ajaran oleh mana-mana imam - adalah ditakrifkan sebagai ajaran Thaghut - satu keadaan yang paling merbahaya kepada manusia - kerana kepercayaan secara ini akan menjerumuskan seseorang itu kepada mempersekutukan Allah atau dalam bahasa Arab sebagai “Syirik”.

Sebagai hamba Allah manusia dikehendaki untuk hanya mengabdikan diri mereka untuk Allah semata-mata - tanpa perantaraan – dan itulah sebab utama mengapa Kitab-KitabNya diturunkan kepada Nabi-NabiNya supaya KitabNya dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua walaupun Nabi-Nabi ini semua telah lama wafat. Yang malangnya, kebanyakan manusia mereka tidak mengambil berat untuk menkaji atau mengambil pelajaran dari kitab-kitab ini – bahkan mereka lebih berminat untuk mengidolakan bukan sahaja imam-imam mereka yang mengajar mereka - malahan mereka diasah dari awal supaya mengidolakan Nabi-Nabi yang menyampaikan kitab-kitab Allah. Ini adalah bertentangan dengan apa yang diajar oleh Allah kepada mereka:

• “Tidak mungkin bagi seseorang manusia yang diberi Kitab oleh Allah dari hikmah dan kenabian – kemudian ia berkata kepada manusia, “Hendaklah kamu mengabdikan dirimu untuk aku disamping Allah. Akan tetapi hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bertumpu penuh dengan ilmu yang kamu belajar dari Kitab itu hasil dari apa yang kamu mempelajari darinya. Dan tidak pula kamu disuruh menjadikan malaikat-malaikat dan Nabi-Nabi sebagai tuhan.” Apakah harus mereka menyuruh kamu dengan kekafiran sesudah kamu menjadi orang muslim?” (3:79-80)

Amat nyata sekali nabi-nabi tidak boleh diidolakan oleh mana-mana hamba-hamba Allah – tetapi kesemua agama terkemuka didunia ini mengajar pengikut-pengikut mereka – tiang agama mereka yang pertama ialah – mereka mesti mengaku nabi-nabi pilihan mereka sebagai “Idola” dalam kepercayaan mereka sehinggakan ada yang percaya Nabi mereka adalah anak Allah – dan ada juga tidak pernah lekang dari mulut mereka nama Nabi apabila mereka menyebut nama Allah dalam segala aktivit ritual mereka. Dan tidak ketinggalan ada juga yang mengantung nama nabi mereka disebelah nama Allah sebagai perhiasan dalam rumah atau masjid.

Al Quran tidak pernah berbasa-basi dalam kalimat-kalimatnya. Esensi mesejnya adalah serupa dengan apa yang diturun buat pertama kalinya kepada Nabi Nuh dan Nabi-Nabi selepas beliau kepada kaum masing-masing sehinggalah kepada kaum Arab yang tidak mempunyai sebarang ilmu tentang Kitab Allah. Ini dijelas dengan terang bahawa Muhammad telah diutus kepada satu kaum yang “ummi” atau “gentile” yang tidak pernah menerima sebarang petunjuk dari Allah:

• “Ya Sin, Al Quran sebagai Hakim. Sesungguhnya kamu adalah diantara rasul-rasul yang berada diatas jalan yang lurus. Diturunkan oleh Yang Perkasa, Penyayang supaya kamu beri peringatan kepada kaum yang tidak pernah menerima peringatan sejak nenek moyang mereka lalu mereka termasuk orang-orang yang lalai. Maka sesungguhnya telah ditetapkan bahawa kebanyakan mereka pasti tidak akan beriman. Sesungguhnya Kami jadika leher-leher mereka berbelenggu lalu ia sampai kedagu mereka – maka mereka tertengadah – dan Kami adakan dinding dihadapan dan dibelakang mereka – dan Kami menutupnya (peringatan) supaya mereka tidak boleh lihat." (36:1-9)

Apa saja alasan diberi – kita tidak boleh nafi bahawa pada keseluruhannya orang-orang Arab terutama sekali dari suku sakat rasul sendiri tidak akan beriman kepada Al Quran. Ini adalah satu ketetapan dari Allah dan tiada siapa yang boleh merobah ketetapan ini – walau apa saja alasan mereka cuba beri. Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab kepada orang-orang Arab – tetapi Allah telah menetapkan – walaupun mereka faham bahasa Arab - Allah telah menutup petunjukNya daripada mereka. Bagaimana orang-orang muslim diseluruh dunia termasuk orang-orang Malayu boleh mengikuti tulunjuk bangsa yang tidak beriman kepada Kitab Allah ini adalah satu fenomena!

Kitab Al Quran adalah sebuah Kitab petunjuk Allah untuk manusia sebagai peringatan – ianya hanya berguna kepada orang-orang yang mahu berfikir - isi kandungannya harus dikaji-selidik untuk pelajaran baik untuk ilmu dunia atau akhirat. Sebagai contoh, Al quran menyarankan kepada manusia untuk memerhati ciptaan Allah:

• “Dan matahari bergerak diruang orbit untuknya. Demikianlah ketetapan ciptaan Maha Perkasa Maha Mengetahui – dan bulan pula Kami jadikannya kelihatan sehingga ia kembali seperti tandan yang tua. Tidak mungkin (orbit) mata hari itu dapat mengejar (orbit) bulan – dan tidak pula akan dapat mendahului siang. Dan masing-masing (beredar) dalam garis orbitnya sendiri.” (36:38-39)

Ayat diatas ternyata diturunkan dalam bahasa Arab. Pada tahun 1969 Imam besar Masjidil Haram di Mekah telah mengeluarkan fatwa bahawa bumi adalah rata dan barangsiapa yang percaya ianya bulat mereka termasuk orang-orang yang “Kafir’. Apakah imam besar masjidil haram tidak faham bahasa Arab dalam Al Quran? Ini hanyalah sebagai contoh dengan masalah agama Arab, yang diguna-pakai atas nama Islam. Satu kebodohan yang nyata! Apabila seseorang itu percaya kepada apa yang ditetapkan oleh imam besar dari Mekah ini maka sudah pasti ianya telah menjadikan imam ini sebagai tuhan disamping Allah sepertimana yang disebut dalam sura 9 ayat 31:

• “Mereka jadikan ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin agama sebagai tuhan disamping Allah." (9:31)

Mengikut Al Quran sesiapa yang beriman kepada percakapan imam ini yang tidak terdapat dalam Al Quran mereka telah beriman kepada Thaghut. Ini adalah satu contoh bagaiman konsep Thaghut atau vitual idol yang disebut dalam Al Quran. Hari ini kita lihat kesemua hukum dalam undang-undang syariah diseluruh dunia tidak terdapat dalam Al Quran.

Di Malaysia misalnya, penjaja-penjaja agama Arab mengadakan undang-undang “Khalawat”, makanan Halal dan Haram - dan “Hukum Murtad” yang tidak diturunkan oleh Allah dalam KitabNya. Penjaja-penjaja agama Arab ini telah membuat fitnah dengan mengatakan ianya berasaskan dari sumber selain dari Al Quran atas nama Rasul – sedang dengan jelas Allah menetapkan dalam cara hidupNya tidak ada sumber lain selain daripada Al Quran: Apabila penjaja-penjaja Agama Arab mengadakan undang-undang syariah ini – mereka sebenarnya telah beriman kepada hukum-hukum yang diadakan oleh Thaghut – atau vitual idol atau dalam bahasa ringkasnya – “Syaitan”.

• “Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyaria’atkan dari cara hidup mereka apa yang tidak diizinkan Allah?” (42:21)

Dalm Al Quran Allah tidak pernah memberi izin kepada sesiapapun termasuk rasulNya apa-apa hukum tentang “Khalwat”, atau “Murtad” atau “Bank Islam” atau lessen “Halal dan Haram” . Ini semua adalah hukum-hukum yang ditetapkan oleh Thaghut.

• “Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku sesungguhnya mereka beriman kepada apa yang ditutunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan dari sebelum kamu? Mereka bertegar mahu berhakimkan kepada Thaghut! Dan sesungguhnya mereka tealah diperintah untuk mengingkari dengannya. Dan syaitan berkehendakkan menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.” (4:60)

Amat jelas hukum-hukum syariah yang diadakan oleh penjaja-penaja agama Arab adalah satu fitnah kepada Allah dan RasulNya. Apa yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya ialah Al Quran sahaja. Bagi orang yang benar-benar mahu beriman kepada Allah mengikut KitabNya semata-mata – bukan sahaja mereka harus buang kepercayaan Thaghut ini malahan mereka mempunyai tanggung-jawab menghapuskan fitnah-fitnah yang dijaja oleh imam-imam mereka.

• “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi “fitnah-fitnah” – dan cara hidup itu adalah untuk Allah. Maka jika mereka berhenti – maka tidak lagi permusuhan kecuali atas orang-orang yang zalim.” (2:193)

Penjaja-penjaja agama di Malaysia adalah produk dari bangsa Arab yang ditetapkan Allah tidak akan beriman kepada KitabNya (36:1-9). Apa yang diwariskan oleh mereka adalah hukum-hukum Arab jahiliah yang tidak berpandukan kepada Al Quran. Minda orang-orang Melayu telah dibelenggu dengan ajaran-ajaran Tahghut ini – dan mereka memmpunyai hanya satu jalan sahaja untuk melepaskan diri dari belenggu-belenggu ini. Apabila cara hidup mana-mana manusia yang tidak berlandaskan Kitab Allah – mereka adalah tergolong daripada orang-orang yang tidak percaya atau “Kafirin”.

Jihad adalah satu usaha untuk menghadapai orang-orang yang mengaku mereka beriman kepada Al Quran tetapi mereka berpegang kepada hukum-hukum yang dibuat oleh Thaghut (4:60) dan mengadakan fitnah terhadap Allah dan rasulNya (dengan cara mengadakan hukum-hukum yang tidak ada dalam Al Quran): Mereka sebenarnya telah “Kafir” kepada Kitab Allah. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya – Allah telah menetapkan:

• “Jangan sekali-kali kamu patuh orang-orang yang tidak percaya itu. Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran – itulah Jihad yan paling besar sekali.” (25:52)

Selagi orang-orang muslim yang jujur tidak bangun untuk mengunakan Al Quran sebagai senjata Jihad terhadap orang-orang yang mengunakan kitab-kitab selain dari Al Quran – selagi itulah minda mereka akan dibelenggu dengan ajaran-ajaran bangsa Arab jahiliah yang bertopengkan Islam. Dan Allah bertanya kepada mereka:

• “Apakah hukum-hukum Jahiliah mereka kehendaki? Dan siapakah lebih baik daripada Allah hukum-hukum bagi orang-orang yang yakin?” (5:50)

Hukum-hukum jahiliah ini adalah hukum-hukum yang diguna-pakai oleh penganut agama-agama yahudi dan nasrani mengikut ajaran-ajaran Bible mereka. Apakah hukum-hukum dalam kitab-kitab hadis agama Arab yang serupa dengan hukum-hukum dalam Bible itu harus dijadikan sebagai pedoman orang-orang muslim?