Sunday, March 27, 2011

Ada Arab yang percaya Surah 9 Ayat 97

Orang-orang Arab itu amat keras kekafiran dan kemunafikan mereka dan lebih wajar mereka tidak mengetahui apa-apa batasan yang diturunkan Allah keatas rasulNya - dan Allah Mengetahui - Bijaksana. (Quran 9:97)
Ada juga segelintir orang-orang Arab yang percaya dan sedar bangsa mereka sememangnya kafir dan hipokrit kepada ajaran Allah mengikut Al Quran berbanding dengan bangsa-bangsa lain didunia.




Malangnya, ada diantara orang-orang Melayu amat bangga apabila mereka percaya kepada ulamak-ulamak yang berpegang kepada ajaran orang-orang Arab yang membawa mereka kepada kemunduran dan kecelakaan hidup.


Ada juga orang Arab yang sudah sedar kesilapan kepercayaan agama bangsa mereka






Apakah orang-orang Melayu masih tidak mahu berfikir?

8 comments:

  1. Salam,

    Semoga orang-orang Melayu mula sedar daripada lena yang panjang...

    ReplyDelete
  2. Salam kepada seluruh mereka yang percaya. Salam juga kepada seluruh manusia.

    Melihat tetapi buta
    Mendengar tapi tuli
    Berotak tapi tak berkalbu

    Bila yang ramai di anggap betul.....

    Biar Allah menilai segala kerjabuat kita.

    ReplyDelete
  3. Ar-Rahman yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani (1)

    (Surah Al-Fatiha)
    Segala puji tertentu bagi Ar-Rahman, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja yang kami taati dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus; (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

    (Surah Ar-Rahman)
    Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Furqan. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14) Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (15)

    (Surah Al-Furqan)
    Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (2) Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Ar-Rahman sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi) dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati. (3)

    (Surah Hud)
    Alif, Laam, Raa`. Al-Furqan ini sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Ar-Rahman yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (1)

    (Surah Al-Baqara)
    Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Furqan ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Ar-Rahman dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan taat serta membelanjakan (mendermakan) sedikit dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3)

    (Surah Ad-Dukhan)
    Haa, Miim. (1) Demi Al-Furqan Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Furqan itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (3) (Kami menurunkan Al-Furqan pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). (4)

    ReplyDelete
  4. (Surah Al-Qadr)
    Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Furqan) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)

    (Suruh Yusuf)
    Alif, Laam, Raa`. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Furqan yang menyatakan kebenaran. (1) Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (2)

    (Surah Fussilat)
    Haa, Miim (1) Turunnya Kitab ini dari Ar-Rahman yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu ; iaitu Al-Furqan yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. (3) Dia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya. (4)
    (Surah Az-Zukhruf)
    Haa, Miim. (1) Demi Kitab Al-Furqan yang menyatakan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Al-Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. (3) Dan sesungguhnya Al-Furqan itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. (4) Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Furqan daripada kamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya? (Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, samada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya). (5)

    (Surah At-Takwir)
    Dan sebenarnya Al-Furqan itu bukanlah perkataan syaitan yang kena rejam. (25) (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Furqan)? (26) Al-Furqan itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. (27) Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (28) Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Ar-Rahman, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (29)

    (Surah Al-Insan)
    Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Ar-Rahman; sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (30) Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga) dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (31)

    (Surah Muddathir)
    Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Furqan itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya); (54) Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (55) Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Ar-Rahman; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat). (56)

    (Surah Al-Mursalat)
    Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Ar-Rahman dan laranganNya)! (49) (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan @ hadis yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman? (50)

    ReplyDelete
  5. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

    Al-Kahfi, verse 17.

    tak kisah lah siapa pun, arab ke, parsi ke, melayu ke, chinese ke, india ke. Yang memberi hidayah hanya Allah.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Mengapakah tiada update post dari jurublog?

    ReplyDelete
  7. Salam Pro,

    Terima kasih kerana memperingati saya untuk teruskan kerja-kerja saya.

    Walaupun posting tidak di updated saya lihat pelawat-pelawat ke blog ini meningkat setiap hari. Mungkin ada baiknya sebab kita mahu pelawat-pelawat membaca kesemua posting dalam blog ini.

    Walaubagaimana pun jurublog mempunyai tugas-tugas lain yang penting untuk saraan hidupnya.

    Mungkin pembaca yang ingin membaca kesemua terjemahan dengan segera mereka boleh download buku yang diterjemahkan oleh seorang hamba Allah dari Indonesia.

    Apa yang jurublog lakukan ialah menterjemahkan buku Mental Bondage mengikut selera pembaca-pembaca di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tksh Baca Quran.
      Semuga Tuhan memberikan anda rezeki yg berlipat ganda dan kesihatan yang baik agar anda dapat meneruskan usaha mengingatkan insan lain utk menggunakan akal serta pancaindera kurniaan Tuhan untuk membuka minda, memikir akan kebenaran penulisan anda berteraskan Al Quran.
      Memang saya bukan berbangsa Arab, dan tidak wajar utk terus menerima terjemahan yg anda tuliskan, namun saya percaya akan Kebesaran yg Esa, di mana tanpa Hidayah Nya, saya tidak mungkin akan dapat memahami apa jua pun maksud penulisan anda. Bahkan mungkin telah keluar dr halaman blog ini dgn berpendapat yg anda tidak siuman dan cuba menyesatkan manusia.
      Tetapi dgn membaca penulisan anda ini..ianya memberikan jawapan kepada berbagai persoalan yang terkumpul di minda saya selama ini.
      Terima kasih sekali lagi dan teruskan lah memberi khabar gembira kepada insan sejagat agar kembali mengikuti jalan yang lurus, iaitu jalan orang orang yg di berikan nikmat..

      Delete