Friday, February 18, 2011

Bab Kedua – Thaghut atau Virtual idols menjerumuskan kepada Penyekutuan Allah

"Perhatikan bagaimana orang-orang yang mengaku diri mereka suci? Sebenarnya Allah sahaja yang membersih sesiapa saja yang Dia kehendaki -dan mereka tidak akan diananya sedikit pun." (4:49)

Boleh dikatakan kesemua penjaja-penjaja agama mengaku diri mereka orang yang tidak pernah melakukan dosa - dan kesemua mereka akan mengaku mereka suci - sedangkan Allah tidak pernah menetapkan diri mereka itu suci. Sebaliknya kesucian seseorang itu adalah hak Allah - dan bukannya dari pengakuan oleh mana-mana individu atau cara pakaian mereka. Mengenakan pakaian yang ganjil-ganjil seperti sereban atau kopiah atau jubah hanyalah dilakukan oleh orang-orang munafik sahaja:

"Dan apabila kamu lihat mereka - kamu kagum dengan perwatakan mereka dan cara-cara pertuturan mereka yang kamu dengar. Malangnya mereka adalah seperti tunggul kayu yang mati. Mereka anggap setiap kritikan itu terkena atas diri mereka. Berwaspadalah terhadap mereka, Allah telah mengutuk mereka disebabkan mereka telah berpaling." (63:4)

Apa yang dimaksudkan dalam ayat diatas - ialah penjaja-penjaja agama ini kesemuanya adalah orang-orang hipokrit. Yang ada pada diri mereka hanyalah pakaian-pakaian untuk mengkagumkan manusia dengan cerita-cerita dongengan dan fitnah-fitnah terhadap Allah dan RasulNya. Mereka sebenarnya telah berpaling daripada ajaran-ajaran Kitab Allah - dan mereka berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Thaghut. Dalam pada masa yang sama mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah - dengan berjaja beribu-ribu macam hukum-hakam yang tidak terdapat dalam Al Quran:

"Perhatikan bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah - dan cukuplah dengannya dosa yang nyata. Apakah kamu tidak lihat kepada mereka yang diberi hanya sebahagian daripada Kitab itu? Mereka beriman kepada mitos-mitos dan Thaghut - tetapi mereka berkata kepada orang-orang yang tidak percaya bersama-sama mereka bahawa mereka mendapat petunjuk lebih dari orang-orang yang percaya kepada jalan yang sebenarnya." (4:51)

"Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah - dan barangsiapa yang dikutuki Allah - sesunggunhnya tidak sekali-kali mereka mendapat pertolongan." (4:52)

Mempersekutukan Allah boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Diantaranya, apabila seseorang itu menjadikan ego atau nafsunya mengawal sikap dan tindak-tanduknya – maka cara hidupnya akan dikawal oleh ego mereka – dan mereka akan membuat sesuatu keputusan mengikut nafsu dengan membelakangkan apa saja kebenaran dari Allah – lalu mereka jadikan ego mereka sebagai tuhan yang mengawal cara hidup mereka. Manusia-manusia jenis ini adalah seumpama haiwan yang hidup mengikut perasaan dan hati mereka amat keras terhadap kebenaran Allah. Mereka enggan mengunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah. Walaupun mereka kenal sesuatu kebenaran itu - tetapi mereka akan berdolak-dalik kerena tidak mahu menerimanya -sehinggakan mereka sanggup mendedahkan kebodohan diri sendiri.

“Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mempertuhankan ego-ego mereka? Apakah kamu sangka kamu boleh menolong mereka? Atau kamu sangka kebanyakan mereka boleh dengar atau faham? Mereka itu tidak lain seperti haiwan ternakan – bahkan mereka itu lebih sesat dari jalan.” (25:43-44)

Sikap orang-orang yang mempertuhankan ego-ego mereka sememangnya banyak dimuka bumi ini – terutama sekali bagi orang-orang yang dibelenggu dengan ajaran-ajaran agama. Mereka tidak akan mendengar atau terima selain dari apa yang telah sebati dengan kepercayaan mereka – walaupun bukti-bukti didepan mata mereka amat jelas dan terang. Sifat timbang rasa, nilai diri, dan fakulti pemikiran mereka hilang dari nilai-nilai hidup murni mereka.

Apabila seseorang itu menjadikan cita-cita hidupnya untuk mengumpul harta kekayaan didunia ini – maka hidupnya akan dikuasai oleh sifat-sifat ketamakan tanpa menghiraukan komitmen-komitmen mereka terhadap Allah. Maka dia telah mempertuhankan kekayaannya – dan dia lupa tanggung-jawabnya kepada Allah sehinggalah apabila Allah mengambil kembali anugerahNya dengan cara tiba-tiba. Manusia jenis ini biasanya percaya segala kekayaannya adalah hasil dari kebijaksanaannya sendiri dan dia tidak percaya kesemua apa yang dikumpulnya boleh dilesapkan oleh Allah dalam sekelip mata:

“Dan kemudian dibinasakan segala kekayaannya lalu dia membolak-balik kedua tapak tanggannya apabila roboh segala-gala apa yang diusahakannya sambil dia berkata. “Aduhai, alangkah eloknya kalau aku tidak mempersekutukan dengan Tuhanku sebarang apa-apa pun.” (18:42)

Sekiranya seseorang itu memilih untuk mengutamakan ajaran mana-mana manusia melebihi dari ajaran Tuhannya – atau mengikuti apa yang tidak diajar oleh Allah dalam KitabNya - maka cara hidupnya akan dikawal oleh kepercayaan agama yang telah ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin atau wali-wali yang dianggap boleh mendekatinya kepada Allah. Dalam lain kata, mereka telah mempertuhankan pemimpin-pemimpin agama mereka dengan menjalankan aktiviti-aktiviti ritual yang tidak pernah ditetapkan oleh Allah dan mereka akan percaya kepada segala hukum-hukum yang diada-adakan oleh pemimpim-pemimpin agama mereka.

“Ingatlah. Untuk Allah sahaja cara hidup yang ikhlas itu. Orang-orang yang mangambil disamping Allah pemimpin-pemimpin (Aw-lia)- berkata, “Tidaklah kami abdikan diri kami kepada mereka kecuali untuk mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” (39:3)

Itulah kepercayaan kebanyakan manusia. Mereka sangka apabila mereka mengikuti pemimpin-pemimpin atau (aw-lia) agama - mereka boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah.

“Mereka telah jadikan ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin agama mereka sebagai tuhan disamping Allah…….” (9:31)

Ayat 9:31 ada kaitan dengan ide-ide dan ajaran-ajaran pemimpin-pemimpin kesemua agama. Dalam agama Yahudi imam-imam mereka mengajar Uzair adalah anak Allah dan imam-imam agama Nasrani pula memberi ide dan mengajar pengikut-pengikut mereka bahawa Isa adalah anak Allah. Pokoknya, apabila seseorang itu percaya kepada apa-apa ide atau ajaran oleh Imam-Imam mereka yang tidak diajar oleh Allah dalam KitabNya – maka mereka telah mempertuhankan Imam-Imam mereka.

Begitu juga dengan agama Arab. Apabila Allah menetapkan kepada orang-orang muslim tidak ada kitab lain yang harus mereka percaya selain dari Al Quran – pemimpin-pemimpin mereka memberi ide - mereka diwajibkan percaya kepada kitab-kitab lain yang diajar oleh imam-imam mereka.

“Maka apakah harus Kami jadikan orang-orang muslim itu seperti orang-orang yang salah? Bagaimana kamu membuat keputusan? Adakah kamu mempunyai kitab lain yang kamu belajar yang memberi kamu apa yang kamu suka pilih?” (68:36-38)

Dan imam-imam pengikut agama Arab ini memberitahu kepada pengikut-pengikut mereka – terdapat hadis-hadis yang wajib mereka percaya sebagai sumber kedua dalan agama mereka – sedangkan Allah berkata:

“Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan sebenarnya – maka dengan hadis manakah lagi selepas ayat-ayat Allah mereka akan beriman?” (45:6)

Apabila mana-mana pengikut agama Arab yang mempercayai ajaran imam-imam mereka yang memberi ide sepertimana imam-imam agama Yahudi dan Nasrani memberi ide kepada pengikut-pengikut mereka – yang tidak ditetapkan oleh Allah - maka kesemua mereka telah menpertuhankan imam-imam mereka apabila mereka percaya adanya sumber kedua dalam cara hidup mereka sebagai komitmen mereka terhadap Allah.

Yang menjadi persamaan dalam hal ini ialah kepercayaan yang bedasarkan dari ide atau ajaran-ajaran oleh mana-mana imam - adalah ditakrifkan sebagai ajaran Thaghut - satu keadaan yang paling merbahaya kepada manusia - kerana kepercayaan secara ini akan menjerumuskan seseorang itu kepada mempersekutukan Allah atau dalam bahasa Arab sebagai “Syirik”.

Sebagai hamba Allah manusia dikehendaki untuk hanya mengabdikan diri mereka untuk Allah semata-mata - tanpa perantaraan – dan itulah sebab utama mengapa Kitab-KitabNya diturunkan kepada Nabi-NabiNya supaya KitabNya dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua walaupun Nabi-Nabi ini semua telah lama wafat. Yang malangnya, kebanyakan manusia mereka tidak mengambil berat untuk menkaji atau mengambil pelajaran dari kitab-kitab ini – bahkan mereka lebih berminat untuk mengidolakan bukan sahaja imam-imam mereka yang mengajar mereka - malahan mereka diasah dari awal supaya mengidolakan Nabi-Nabi yang menyampaikan kitab-kitab Allah. Ini adalah bertentangan dengan apa yang diajar oleh Allah kepada mereka:

“Tidak mungkin bagi seseorang manusia yang diberi Kitab oleh Allah dari hikmah dan kenabian – kemudian ia berkata kepada manusia, “Hendaklah kamu mengabdikan dirimu untuk aku disamping Allah. Akan tetapi hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bertumpu penuh dengan ilmu yang kamu belajar dari Kitab itu hasil dari apa yang kamu mempelajari darinya. Dan tidak pula kamu disuruh menjadikan malaikat-malaikat dan Nabi-Nabi sebagai tuhan.” Apakah harus mereka menyuruh kamu dengan kekafiran sesudah kamu menjadi orang muslim?” (3:79-80)

Amat nyata sekali nabi-nabi tidak boleh diidolakan oleh mana-mana hamba-hamba Allah – tetapi kesemua agama terkemuka didunia ini mengajar pengikut-pengikut mereka – tiang agama mereka yang pertama ialah – mereka mesti mengaku nabi-nabi pilihan mereka sebagai “Idola” dalam kepercayaan mereka sehinggakan ada yang percaya Nabi mereka adalah anak Allah – dan ada juga tidak pernah lekang dari mulut mereka nama Nabi apabila mereka menyebut nama Allah dalam segala aktivit ritual mereka. Dan tidak ketinggalan ada juga yang mengantung nama nabi mereka disebelah nama Allah sebagai perhiasan dalam rumah atau masjid.

Al Quran tidak pernah berbasa-basi dalam kalimat-kalimatnya. Esensi mesejnya adalah serupa dengan apa yang diturun buat pertama kalinya kepada Nabi Nuh dan Nabi-Nabi selepas beliau kepada kaum masing-masing sehinggalah kepada kaum Arab yang tidak mempunyai sebarang ilmu tentang Kitab Allah. Ini dijelas dengan terang bahawa Muhammad telah diutus kepada satu kaum yang “ummi” atau “gentile” yang tidak pernah menerima sebarang petunjuk dari Allah:

“Ya Sin, Al Quran sebagai Hakim. Sesungguhnya kamu adalah diantara rasul-rasul yang berada diatas jalan yang lurus. Diturunkan oleh Yang Perkasa, Penyayang supaya kamu beri peringatan kepada kaum yang tidak pernah menerima peringatan sejak nenek moyang mereka lalu mereka termasuk orang-orang yang lalai. Maka sesungguhnya telah ditetapkan bahawa kebanyakan mereka pasti tidak akan beriman. Sesungguhnya Kami jadika leher-leher mereka berbelenggu lalu ia sampai kedagu mereka – maka mereka tertengadah – dan Kami adakan dinding dihadapan dan dibelakang mereka – dan Kami menutupnya (peringatan) supaya mereka tidak boleh lihat." (36:1-9)

Apa saja alasan diberi – kita tidak boleh nafi bahawa pada keseluruhannya orang-orang Arab terutama sekali dari suku sakat rasul sendiri tidak akan beriman kepada Al Quran. Ini adalah satu ketetapan dari Allah dan tiada siapa yang boleh merobah ketetapan ini – walau apa saja alasan mereka cuba beri. Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab kepada orang-orang Arab – tetapi Allah telah menetapkan – walaupun mereka faham bahasa Arab - Allah telah menutup petunjukNya daripada mereka. Bagaimana orang-orang muslim diseluruh dunia termasuk orang-orang Malayu boleh mengikuti tulunjuk bangsa yang tidak beriman kepada Kitab Allah ini adalah satu fenomena!

Kitab Al Quran adalah sebuah Kitab petunjuk Allah untuk manusia sebagai peringatan – ianya hanya berguna kepada orang-orang yang mahu berfikir - isi kandungannya harus dikaji-selidik untuk pelajaran baik untuk ilmu dunia atau akhirat. Sebagai contoh, Al quran menyarankan kepada manusia untuk memerhati ciptaan Allah:

“Dan matahari bergerak diruang orbit untuknya. Demikianlah ketetapan ciptaan Maha Perkasa Maha Mengetahui – dan bulan pula Kami jadikannya kelihatan sehingga ia kembali seperti tandan yang tua. Tidak mungkin (orbit) mata hari itu dapat mengejar (orbit) bulan – dan tidak pula akan dapat mendahului siang. Dan masing-masing (beredar) dalam garis orbitnya sendiri.” (36:38-39)

Ayat diatas ternyata diturunkan dalam bahasa Arab. Pada tahun 1969 Imam besar Masjidil Haram di Mekah telah mengeluarkan fatwa bahawa bumi adalah rata dan barangsiapa yang percaya ianya bulat mereka termasuk orang-orang yang “Kafir’. Apakah imam besar masjidil haram tidak faham bahasa Arab dalam Al Quran? Ini hanyalah sebagai contoh dengan masalah agama Arab, yang diguna-pakai atas nama Islam. Satu kebodohan yang nyata! Apabila seseorang itu percaya kepada apa yang ditetapkan oleh imam besar dari Mekah ini maka sudah pasti ianya telah menjadikan imam ini sebagai tuhan disamping Allah sepertimana yang disebut dalam sura 9 ayat 31:

“Mereka jadikan ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin agama sebagai tuhan disamping Allah." (9:31)

Mengikut Al Quran sesiapa yang beriman kepada percakapan imam ini yang tidak terdapat dalam Al Quran mereka telah beriman kepada Thaghut. Ini adalah satu contoh bagaiman konsep Thaghut atau vitual idol yang disebut dalam Al Quran. Hari ini kita lihat kesemua hukum dalam undang-undang syariah diseluruh dunia tidak terdapat dalam Al Quran.

Di Malaysia misalnya, penjaja-penjaja agama Arab mengadakan undang-undang “Khalawat”, makanan Halal dan Haram - dan “Hukum Murtad” yang tidak diturunkan oleh Allah dalam KitabNya. Penjaja-penjaja agama Arab ini telah membuat fitnah dengan mengatakan ianya berasaskan dari sumber selain dari Al Quran atas nama Rasul – sedang dengan jelas Allah menetapkan dalam cara hidupNya tidak ada sumber lain selain daripada Al Quran: Apabila penjaja-penjaja Agama Arab mengadakan undang-undang syariah ini – mereka sebenarnya telah beriman kepada hukum-hukum yang diadakan oleh Thaghut – atau vitual idol atau dalam bahasa ringkasnya – “Syaitan”.

“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyaria’atkan dari cara hidup mereka apa yang tidak diizinkan Allah?” (42:21)

Dalm Al Quran Allah tidak pernah memberi izin kepada sesiapapun termasuk rasulNya apa-apa hukum tentang “Khalwat”, atau “Murtad” atau “Bank Islam” atau lessen “Halal dan Haram” . Ini semua adalah hukum-hukum yang ditetapkan oleh Thaghut.

“Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku sesungguhnya mereka beriman kepada apa yang ditutunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan dari sebelum kamu? Mereka bertegar mahu berhakimkan kepada Thaghut! Dan sesungguhnya mereka tealah diperintah untuk mengingkari dengannya. Dan syaitan berkehendakkan menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.” (4:60)

Amat jelas hukum-hukum syariah yang diadakan oleh penjaja-penaja agama Arab adalah satu fitnah kepada Allah dan RasulNya. Apa yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya ialah Al Quran sahaja. Bagi orang yang benar-benar mahu beriman kepada Allah mengikut KitabNya semata-mata – bukan sahaja mereka harus buang kepercayaan Thaghut ini malahan mereka mempunyai tanggung-jawab menghapuskan fitnah-fitnah yang dijaja oleh imam-imam mereka.

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi “fitnah-fitnah” – dan cara hidup itu adalah untuk Allah. Maka jika mereka berhenti – maka tidak lagi permusuhan kecuali atas orang-orang yang zalim.” (2:193)

Penjaja-penjaja agama di Malaysia adalah produk dari bangsa Arab yang ditetapkan Allah tidak akan beriman kepada KitabNya (36:1-9). Apa yang diwariskan oleh mereka adalah hukum-hukum Arab jahiliah yang tidak berpandukan kepada Al Quran. Minda orang-orang Melayu telah dibelenggu dengan ajaran-ajaran Tahghut ini – dan mereka memmpunyai hanya satu jalan sahaja untuk melepaskan diri dari belenggu-belenggu ini. Apabila cara hidup mana-mana manusia yang tidak berlandaskan Kitab Allah – mereka adalah tergolong daripada orang-orang yang tidak percaya atau “Kafirin”.

Jihad adalah satu usaha untuk menghadapai orang-orang yang mengaku mereka beriman kepada Al Quran tetapi mereka berpegang kepada hukum-hukum yang dibuat oleh Thaghut (4:60) dan mengadakan fitnah terhadap Allah dan rasulNya (dengan cara mengadakan hukum-hukum yang tidak ada dalam Al Quran): Mereka sebenarnya telah “Kafir” kepada Kitab Allah. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya – Allah telah menetapkan:

“Jangan sekali-kali kamu patuh orang-orang yang tidak percaya itu. Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran – itulah Jihad yan paling besar sekali.” (25:52)

Selagi orang-orang muslim yang jujur tidak bangun untuk mengunakan Al Quran sebagai senjata Jihad terhadap orang-orang yang mengunakan kitab-kitab selain dari Al Quran – selagi itulah minda mereka akan dibelenggu dengan ajaran-ajaran bangsa Arab jahiliah yang bertopengkan Islam. Dan Allah bertanya kepada mereka:

“Apakah hukum-hukum Jahiliah mereka kehendaki? Dan siapakah lebih baik daripada Allah hukum-hukum bagi orang-orang yang yakin?” (5:50)

Hukum-hukum jahiliah ini adalah hukum-hukum yang diguna-pakai oleh penganut agama-agama yahudi dan nasrani mengikut ajaran-ajaran Bible mereka. Apakah hukum-hukum dalam kitab-kitab hadis agama Arab yang serupa dengan hukum-hukum dalam Bible itu harus dijadikan sebagai pedoman orang-orang muslim?

7 comments:

  1. Salamun Alaikum,

    Saya tertarik dengan posting betajuk komplot memutar belitkan kalimkah Allah. Oleh itu bolehkah saudara membuat terjemahan seluruh isi AlQur'an mengikut makna yang sebenar kerana buat masa ini hanya ada terjemahan bertajuk bacaan oleh Othman Ali. Oleh itu saya secara ikhlas amat berharap ada satu lagi terjemahan dari pihak tuan untuk tujuan FURQAN.

    ReplyDelete
  2. Salam Pro,

    Saya bermula membaca terjemahan Al Quran dengan terjemahan yang disahkan oleh Jabatan Agama Indonesia iaitu terjemahan 10 ulama - kemudian oleh Mohd Yunus, Fakaruddin dan SB Yasin.

    Apabila saya bandingkan terjemahan-terjemahan ini dengan terjemahan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang dipanggil Ar Rahman saya dapati terjemahan dari Malaysia penuh dengan kecemaran dengan tokok-tambah yang amat ketara - perkataan-perkataan yang tidak terdapat dalam kalimat-kalimat Arab asal.

    Kemudian saya baca terjemahan-terjemahan dalam bahasa Ingeris oleh A Yusuf Ali, M Shakir, A.J Arberry, R. Bell, Mamaduke Pickhall, Mohammad Ali, Maulana Wahidun Khan dan Rashad Khalifa.

    Setelah membaca kesemua terjemahan-terjemahan ini saya masih lagi tidak puas hati dan saya cuba membuat kajian sendiri. Walaupun saya tidak faham bahasa Arab - saya tahu membaca kalimat-kalimat Allah dalam Al Quran dalam bahasa Arab. Tetapi usaha ini adalah seperti mendaki bukit apabila saya mendapati ianya bukan sahaja memerlukan pengetahuan ilmu-ilmu yang khusus malahan kriteria yang paling penting sekali ialah - untuk mendapatkan izin dari Allah.

    Apabila timbul kekecuhan tentang anti hadis pada satu ketika dulu saya mula membaca Quran cara kritikal. Apabila saya dapati Allah mengunakan perkataan hadis sebanyak 28 kali dalam Quran - saya bertanyakan perkara ini kepada pakar-pakar agama seperti Datuk Hassan Din, Hj Ahmad Awang, Datuk Nik Aziz, Datuk Haji Hadi Awang, Datuk Yusuf Noor, Datuk Baharum (ketika itu Mufti selangor) dan beberapa ulamak lain tentang perkataan ini - malangnya kesemua mereka mula bersilat dengan memutar belit mengatakan perkataan ini tidak ada kena mengena dengan hadis-hadis yang mereka ajar. Ada diantara mereka ada yang kata saya "Sesat" hanya kerana saya berani bertanya.

    Selepas insiden-insiden ini saya terus bertekun membaca terjemahan-terjemahan ini sehingga saya terbaca buku Aidid Safar yang pertama "Arab Conspiracies Against Islam". Buku beliau membuka mata saya serta beratus-ratus lagi kawan-kawan saya. Kami bersepakat untuk menyemak setiap pendapat beliau dari bab pertama hingga ke Bab akhir dari kaji-selidiknya - akhirnya kami semua sependapat dan bersetuju - apa yang beliau tulis adalah yang paling hampir sekali dengan apa yang dimaksudkan dalam Al Quran. Walaupun begitu kami tidak pernah kenal siapa Aidid Safar ini dan kami juga tidak pernah mengaku kami pengikut Aidid Safar.

    Kalau kami boleh percaya kepada Kitab Allah tanpa mengenali siapa itu Muhammad - kami juga percaya kami tidak perlu kenal siapa itu Aidid Safar.

    Sebelum saya membuka blog ini saya telah meminta kebenaran dari Aidid Safar untuk menterjemahkan buku beliau. Dan saya juga telah meminta izin dari beliau untuk menterjemahkannya mengikut selera pembaca-pembaca bangsa saya sepertimana saya faham Al Quran yang saya baca sekian lama - kebanyakannya tidak lari dari konsep dengan beliau.

    Saya percaya Sdr Pro, kerja-kerja menterjemahkan keseluruhuan Al Quran bukannya mudah. Nasihat saya ialah - kita boleh baca mana-mana terjemahan dengan syarat sambil kita membacanya kita harus mengunakan akal yang dianugerah oleh Allah. Sekiranya kita jujur dan ikhlas Allah akan membuka hati kita kepada kebenaranNya. Ego kita adalah musuh utama kita. Jangan sekali-kali kita menyombongkan diri kita dari kebenaran Allah - walaupun ianya amat pahit untuk ditelan.

    Lihat saja kisah Lokman dalam surah 31 - saya percaya beliau tidak membaca apa-apa Kitab - tetapi beliau mendapat Hikmah dari Penciptanya.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    "Mendengar ucapan dan mengikut yang paling baik.." seperti yang ada disebut dalam ayat 39:18 boleh menjadi pegangan kita dalam membaca terjemahan Al Quran yang bermacam jenis.

    Yang penting jangan menolak penggunaan akal. Itulah mata hati kita untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk agar tidak termasuk dalam golongan buta hati.

    Saya suka membaca tulisan seseorang yang menghuraikan sesuatu ayat Al Quran yang dikemukakan mengikut perspektifnya, kerana di situ kita boleh lihat sejauh mana kefahaman dan kejujuran seseorang terhadap Al Quran.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Sdr Juang atas komen saudara. Saya kagum dengan usaha-usaha dan ketekunan Sdr yang cukup aktif dalam e-mindakita dan forum tolokminda. Syabas saya ucapkan dan teruskan perjuangan dan berjihadlah kejalan Allah dengan Al Quran. Sama-samalah kita berdoa supaya segala kepalsuan yang dijaja oleh ulamak dan ustaz-ustaz akan dihapus oleh Al Quran.

    "Telah sampai kebenaran itu dan akan lenyaplah yang bathil - sesungguhnya yang bathil itu tetap akan lenyap." (17:81)

    "Maha Suci Tuhan kami - sesungguhnya janji Tuhan kami tetap akan terlaksana." (17:108)

    Itulah ucapan-ucapan oleh mereka yang jujur dan ikhlas apabila kebenaran Al Quran itu sampai kepada mereka. Mereka merendahkan diri atas dagu mereka dan menangis kerana bersyukur dan mereka benar-benar bertekun dengan ajaran-ajaran dari Kitab Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan rumah,

    Sama-sama. Begitu juga dengan saudara, teruskan menyampaikan segala penemuan dan pemahaman yang saudara ada dalam meneroka Al Quran.

    Umpamakan diri kita seperti mentol, dan Al Quran seperti arus elektrik. Apabila arus elektrik dilalukan pada mentol, ia akan menyala. Bila banyak mentol menyala, suasana akan jadi terang. Bila terang, manusia mudah membezakan warna hitam dan putih dan mudah berjalan tanpa rasa takut lagi. Itulah matlamat untuk menggalakkan penulisan tentang Al Quran diperbanyakkan.

    Saya akan menyokong segala usaha untuk menjadikan Al Quran pedoman hidup tidak kira taraf mereka di sisi masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Cadangan untuk Sembah Batu :
    (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?(50) Surah Al-Mursalat.
    Cuba rujuk pada bacaan arabnya, anda akan jumpa perkataan hadis. Kesimpulannya Al-Quran lah perkataan@hadis! "Jadi kepada perkataan mana lagi sesudah itu kita mahu beriman!" Tinggalkan semua, jadikanlah Al-Quran sahaja sebagai panduan muktamad.

    ReplyDelete
  7. Untuk saudara Pro & Juang :
    Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. (25) (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? (26) Surah At-Takwir

    Setuju dengan saudara Juang :
    Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).(3) Surah Al-Insan

    Bacalah Pro kerana Allah akan bersama kita dalam mencari kebenaran seperti ayat berikut :
    Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat)(46) Surah Saba'

    ReplyDelete