Monday, January 31, 2011

Bab Kedua - Diantara Agama dan Cara Hidup (Bah 2)

Ada juga diantara manusia yang tidak bersyukur kepada Tuhan Semesta Alam. Apa saja alasan yang mereka beri, mereka tidak dapat menafikan keujudan dan KuasaNya – dan mereka tidak dapat melarikan diri dari kebenaran bahawa Dialah pemberi nyawa dan Dialah yang mematikan. Fitrah semula-jadi kita memberitahu kepada kita ada satu kuasa yang besar nun disana yang telah mencipta segala-gala apa yang ada dilanggit dan dibumi dengan sempurna dan Dia telah mencipta satu sistem ukuran yang paling sempurna atau perfect balance yang tidak boleh ditiru oleh sesiapa. Mereka tahu dalam galaksi yang luas ini bagaimana matahari, bulan, bintang dan bumi berputar-putar dalam obit mengikut ukuran yang tepat sehinggakan mereka boleh kira pergerakan Bumi dan bulan selaju 65,000 km satu jam atau 29.77km satu saat – tetapi mereka tidak pernah terima kesemua ini sebagai kebijaksanaan dan kepintaran Pencipta mereka walaupun Dia adalah Tuhan untuk kesemua apa yang hidup dibumi ini.

Ada juga diantara manusia terus menafikan keujudan Allah sama sekali setelah mereka meruntuhkan proses yang kompleks dalam reka bentuk yang agong ini kemudian mereka umum kepada orang ramai mereka telah meruntukkan Tuhan itu sendiri. Yang anehnya ada juga diantara manusia – apabila mereka kagum dengan apa yang mereka saksi dilanggit dan dibumi mereka bersetuju bahawa “Ada satu kuasa nun disana”, atau “ada satu kuasa yang paling bijak” – tetapi mereka enggan memangilnya Allah. Mereka memerontak dengan dogma-dogma agama dan Pencipta alam ini yang digambarkan sebagai personaliti tertentu oleh kesemua agama dalam pelbagai cara. Dari satu sudut, ada kebenarannya atas sebab salah-faham mereka. Mereka menganggap kepercayaan kepada Pencipta yang ghaib itu saya pendirian yang tidak rasional. Kebanyakan mereka pula dengan sengaja menafikan dengan sengaja fakulti sebab-meyebab adanya Tuhan Maha Esa walaupun mereka sedar keujudan segala-galanya dilanggit dan dibumi itu sendiri menunjukkan keujudan Penciptanya, termasuklah kemajuan-kemajuan ilmu fizik umpamanya.

Sudah tentu ada perbezaan diantara bersyukur hanya dengan melihat sekali imbas kepada kebesaran Pencipta itu dengan merenung apa yang diciptaNya dengan intipatinya (essence of it). Kita bernasib baik diberi maklumat tentang keujudan Kuasa Ghaib Yang Agong ini melalui KitabNya. Walaupun Dia bekata dalam kitabNya “Tidak dapat capai sebarang penglihatan sedangkan Dia dapat melihat segala-galanya” dan Dia mempunyai pengetahuan segala apa yang belaku dilanggit dan dibumi samada didarat atau dalam lautan – dan Dia tiada sehelai daun yang gugur kebumi tanpa pengetahuanNya, atau sebiji benih yang berada dalam kegelapan bumi, atau apa saja yang basah dan kering (6:59).

Manusia hanya dapat melihat tanda-tanda keujudanNya dari melihat cara mata kasar apa yang ada dilanggit dan Bumi dan apa yang belaku diantara kedua-duanya. Atas kasih sayangNya Dia telah mencipta satu system putaran air (water cycle) dengan menurunkan air yang jernih dari langgit sebagai keperluan asas manusia. Dalam sura 11:7 Dia memberitahu kita bahawa Dia menjadikan air sebagai satu keperluan wajib bagi setiap kehidupan dan ilmu sains hanya mengesahkan perkara ini hanya beberapa abad yang lalu – dan mereka akui tanpa air tiada satu kehidupan pun yang boleh survive dimuka bumi ini – termasuklah mereka yang berkata – Tuhan itu tidak ujud. Yang paling anehnya – tiada satu pun agama terkemuka didunia ini termasuklah agama yang dinamakan sebagai Islam yang mengajar pengikut-pengikutnya bagaimana proses putaran air ini berlaku – sedangkan dalam Kitab Allah yang mereka baca menyuruh mereka lihat dan berfikir:

“Tidakkah kamu tahu bagaimana Allah menjadikan awan itu, lalu dikumpulnya - kemudian manjadikanya belapis-lapis – lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya.” (24:43)

Agama manakah dimuka bumi ini yang mengajar pengikut-pengikut mereka bagaimana terbentuknya awan – dan bagaimana awan-awan ini menjadi air hujan? Dan berapa ramaikah manusia yang berkomited apabila Allah berkata:

“Wahai manusia, abdikanlah dirimu untuk Tuhanmu, Dialah mencipta kamu dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bersyukur – Dialah menjadikan bagimu Bumi hamparan dan langgit sebagai bumbung – dan Dia turunkan dari langgit air - lalu dikeluarkan darinya buah-buahan sebagai rizki. Dengan itu janganlah kamu adakan disamping Allah sekutu-sekutu sedangkan kamu tahu." (2:21-22)

Kalaulah manusia itu boleh berfikir tentang kejadian puturan air itu sahaja – bagaimana Allah menciptakan ukuran yang tepat tentang graviti bahang (heat gravity) yang menjadikan wap-wap yang paling halus dari lembapan hutan-hutan, sungai-sungai, tasek-tasek dan laut-lautan – kemudian dinaikkanNya kelanggit untuk dijadikan awan yang nipis – kemudian dijadikanNya angin untuk mengumpulkan awan-awan ini dijadikan bertingkat-tingkat – dan kemudian dijadikanNya air hujan - kita tidak dapat bayangkan Kuasa CiptaanNya. Sepatutnya itulah ilmu harus hamba-hambaNya belajar untuk mengetahui kebesaranNya – bukannya cara penyembahan!

Yang paling aneh sekali, ahli-ahli sain belajar ilmu Allah tentang kejadian alam – tetapi kebanyakan mereka tidak mengakui adanya Tuhan – dan ahli-ahli agama pula - mengakui adanya Tuhan - tetapi mereka tidak mempunyai sebarang ide tentang ilmu Allah dalam hal-hal kejadian semula jadi – kecuali ilmu-ilmu yang diada-adakan oleh mereka sesuai hanya untuk ritual-ritual pagan.

Ilmu Allah tentang puturan air adalah diantara berats-ratus ilmu kejadian yang terdapat dalam Al Quran – tetapi tidak ada satu pun ilmu-ilmu kejadian ini dikaji-selidik oleh mana-mana pemimpin agama dimuka bumi ini termasuklah yang menguna label islam.

Al Quran mengajar manusia bahawa segala-gala apa yang ada dilanggit dan diBumi memuji kebesaranNya setiap saat termasuklah apa saja yang ada diantara kedua-duanya dan apa saja yang ada dalam bumi – tetap memujiNya – kecuali makhluk yang paling sempurna yang diciptaNya yang mempunyai gene ego. Merekalah makhluk ciptaan Allah yang paling kuat membantah dan merekalah yang paling benci kepada kebenaran. Al Quran juga memberitahu kita manusia itu tidak pernah bersyukur tehadap Allah. Walaubagaimanapun, sebagai Pencipta Dia tidak lupa memberitahu manusia: “Kamulah yang memerlukan Allah sedangkan Dia tidak memerlukan kamu”. (35:15).

Samada manusia itu percaya kepadaNya atau tidak, Allah tidak akan peduli kepada mereka dan Dia tahu apa yang mereka lakukan semasa hidup didunia – dan Dia akan membalas mereka dengan balasan yang setimpal diakhirat nanti.

Bagi orang-orang yang takbur seperti penjaja-penjaja agama yang suka menghukum manusia lain - serta menyombongkan diri dan tidak mengakui mereka harus percaya hanya kepada Kitab Allah sahaja - mereka ini mempunya ego dan bersedia mengeluarkan pendapat-pendapat mengikut hawa nafsu sendiri. Apabila mereka diberi peringatan apa yang mereka jaja selama ini tidak terdapat dalam Kitab Allah mereka tidak ambil peduli. Mereka tahu dan faham tentang ayat-ayat Allah tetapi mereka lebih mengutamakan ajaran dari kitab-kitab lain. Allah telah mengelar mereka sebagai “Anjing”.

“Bacakanlah atas mereka berita orang yang Kami telah berikan ayat-ayat Kami – tetapi dia membelakangkannya. Lalu syaitan mengikutinya - dia termasuk orang-orang hilang. Dan kalaulah Kami kehendaki – niscaya Kami tinggikan dia dengan ayat-ayat Kami – tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsunya. Maka perumpamaan dia adalah seperti “Anjing” – jika kamu menghalaunya – dia akan menghulurkan lidahnya – dan kalau kamu biarkannya – dia juga menghulur lidahnya. Demikian itu perumpamaan kaum yang mendustakan dengan ayat-ayat Kami. Maka ceritakan lah kisah ini supaya mereka dapat berfikir.” (7:175-176)

Ayat diatas memang tidak sesuai ditujukan kepada orang-orang muslim yang menjadi Pak-Pak turut kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu tentang ayat-ayat Allah – ianya amat tepat sekali untuk penjaja-penjaja agama islam atau ulamak-ulamak, imam-imam, ustaz-ustaz, dan ustazah-ustazah.

Apabila Allah berkata dalam KitabNya manusia tidak harus mengikuti selain dari sumber KitabNya – apakah mereka harus menyobongkan diri dengan mengikuti Kitab-Kitab lain sebagai sumber tambahan?

“Bacalah apa yang diilhamkan kepada kamu dari Kitab Tuhanmu – Tidak ada yang dapat merobah kalimat-kalimatNya – dan jangan kamu cari sumber lain daripadanya.” (18:27)

Dari ayat diatas jelas sekali apa yang telah ditetapkan Allah dalam KitabNya adalah muktamat – dan tiada siapa yang boleh merobah-robah ketetapanNya walaupun pembawa utusan itu sendiri. Allah telah tetapkan pada mereka yang menokok-tambah walaupun dengan satu ketetapan yang tidak dikitabkanNya mereka adalah musuh-musuh Allah. Mereka telah ingkar kepada apa yang telah ditetapkanNya. Bagi mereka yang percaya kepada ketetapan-ketetapan tambahan ini – mereka sebebnarnya tidak bersetuju dengan dekri-dekri Allah, malahan mereka telah diselewengkan oleh syaitan-syaitan. Al Quran amat jelas dalam perkara ini apabila Allah berkata: “Janganlah kamu menaik saksi sepertimana mereka menaik saksi, dan janganlah ikuti pendapat mereka.”

Hari ini kita dapati pengikut-pengikut agama berpegang kepada ajaran-ajaran dari pemimpin-pemimpin agama yang menetapkan halal dan haram keatas sesuatu jenis makanan itu sedangkan dalam surah 5 ayat 3 - amat jelas sekali had-had makanan yang diharamkan oleh Allah yang tidak selari dengan ajaran pemimpin-pemimpin agama ini. Dan Allah berkata tidak ada sesiapa yang boleh merobahkan kalimat-kalimatNya. Dan bagi mereka yang mengadakan ketetapan melebihi dari apa yang disebutkan dala Al Quran - Allah mencabar mereka:

“Bawalah saksi-saksi kamu yang mengatakan Allah telah mengharamkan yang itu dan yang ini. Sekiranya mereka bersaksi – maka janganlah kamu jadi saksi bersama-sama mereka, dan jangan sekali-kali kamu mengikuti ego orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami – dan orang-orang yang tidak percaya dengan kehidupan akhirat – sedangkan mereka mempersekutukan Tuhan mereka.” (6:150)

Bagi hamba-hambaNya yang berkomited hanya dengan ketetapan-ketetapan apa yang diharamkan oleh Allah dalam Al QuranNya sahaja – mereka digalakkan memakan apa saja selera mereka inginkan – kecuali apa yang ditetapkan oleh Allah dalan KitabNya – dan jangan sekali-kali dengar pendapat-pendapat orang lain yang mendustakan ayat-ayatNya - terutama sekali apabila mereka berkata ianya diajar dari sumber kedua atau ketiga atau keempat disamping Kitab Allah.

Ide utama untuk menyelewengkan perkataan Deen Islam kepada apa yang telah diterima oleh umum sebagai agama berasal dari penjaja-penjaja agama. Dengan cara tipu daya yang licik ini, penjaja-penjaja agama ini telah meletakkan diri mereka sebagai penyimpan kunci pintu Syurga bagi mereka yang tidak mampu membuat kaji-selidik perkataan Deen ini dalam Al Quran. Kaadaan yang sama juga telah berlaku dari segi kontek kepada kedua-dua agama Kristian dan Yahudi untuk membelenggu minda pengikut-pengikut mereka. Agama, sekira ianya satu institusi ketetapan Allah dalam perkataan vernakular yang tepat, sudah tentu ianya ditetapkan dalam Al Quran dengan jelas – dari Allah kepada hamba-hambaNya - bukannya dari asas buatan mana-mana manusia.

Mengikut kepercayaan dan pandangan agama Arab misalnya, surah 5 ayat 3 mereka berkata maksud ayat ini ialah:

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama (deen) itu untuk kamu dan Aku sempurnakan nikmatKu atas kamu, dan Aku tetapkan Islam sebagai agama (deen).” (5:3)

Dengan hanya membaca sepotong ayat ini diluar konteknya penjaja-penjaja agama ini dengan mudah menyelewengkan maksud keseluruhan ayat 5:3 ini untuk menipu pengikut-pengikut mereka dengan berkata maksud Deen dalam ayat ini ialah agama dan Islam itu adalah agama.

Penyelewengan memutar-belitkan maksud perkataan-perkataan Arab dalam Al Quran ini bukanlah yang pertama yang mereka lakukan. Malahan mereka telah membuat penipuan yang lebih besar daripada itu apabila mereka memalingkan pengikut-pengikut mereka daripada jalan Allah. Mereka berkata dalam kepercayaan agama Islam manusia wajib mengikuti hadis sebagai sumber kedua selain dari Kitab Allah. Mereka menguna penipuan yang paling licik ini dengan cara memetik sepotongan ayat diluar dari kontek sebenarnya apabila mereka membaca hanya potongan ditengah-tengah ayat dalam surah 59:7 mislanya:

“Dan apa-apa yang diberi kepada kamu oleh rasul, maka ambillah ia – dan apa-apa yang dilarangnya – maka tinggal tinggalkan lah.” (pertengahan ayat 59:7)

Kebanyakan pengikut-pengikut agama Arab tidak pernah membaca Kitab Allah yang diturunkan kepada pembawa utusanNya – dan merata-rata dipelusuk dunia kesemua mereka menjadi Pak Turut semata-mata – dan apa saja yang disampaikan oleh mana-mana penjaja agama, mereka akan percaya. Sekiranya mereka mempunyai sedikit kesyukuran kepada Allah yang telah memberi mereka pendengaran, penglihatan, dan hati untuk mencari pengesahan kepada apa yang mereka dengar – sudah tentu mereka tidak menjadi umat yang paling bodoh dan yang paling mundur sekali didunia ini.

Untuk memahami ayat 59:7 kita tidak perlu apa-apa pelajaran istemewa. Sedikit kemampuan membaca dan sanggup mengunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah - kita akan faham dengan mudah ayat 59:7 tidak ada kena mengena dengan apa yang dinamakan hadis yang menjadi sumber kedua dalam cara hidup kita. Begitulah betapa mudahnya penjaja-penjaja agama ini membuat penipuan dalam agama Arab yang popular dengan gelaran agama Islam. Ayat 59:7 menceritakan kepada kita tentang pembahagian harta rampasan - dan rasul sebagai pengawal ketika itu bertanggung-jawab membahagi-bahagikan harta-harta rampasan ini dengan adil kepada yang berhak menerimanya. Jadi, apa yang berinya maka ambillah – dan apa yang dilarangnya – maka tinggallah.

Dengan penipuan yang mudah ini dan dalam sekelip mata umat-umat Islam telah diperhambakan dengan konsep ketetapan-ketetapan dalam agama Arab.

Modus operadi penyelewengan yang kita lihat dalam surah 59:7 adalah serupa dengan apa yang kita baca dalam sura 5 ayat 3. Ayat 5:3 sebenarkan memberi kita senarai had-had larangan untuk makanan harian kita – dan tidak ada siapa yang boleh menokok-tambah apa saja dari had-had ini. Selain dari had-had larangan (pengharaman) makanan dalam 5:3 kita dapati had-had larangan atau amalan-amalan yang diharamkan oleh Allah tentang perkara-perkara domestik dan social dalam kehidupan harian kita sperti:

“Diharamkan atas kamu berkawin dengan ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan kepada saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan kepada saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudar perempuan kamu dari persusuan, dan ibu-ibu kepada isteri kamu, dan anak-anak isteri kamu dalam pemiliharaan kamu dari isteri-isteri kamu yang telah kamu campuri dengan mereka. Dan sekiranya kamu belum lagi mencampuri mereka maka tidak ada halangan atas kamu dan isteri dan anak-anak dari kandungan kamu. Dan sesungguhnya jangan kamu berkahwin serentak dengan dua perempuan yang bersdaudara kecuali ianya telah belalu. Sesungguhnya Allah adalah pengampun dan Penyanyang.” (4:23)

“Janganlah kamu sekutukan Allah dengan apa saja sekali pun. Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerena takut pada kemiskinan. Janganlah kamu melakukan sebarang kesalahan samada ianya dengan terang-terang atau tersembunyi. Janganlah kamu membunuh nyawa orang lain. Janganlah kamu menghampiri harta anak-anak yatim. Janganlah kamu mengambil keuntugan berlipat ganda. Janganlah kamu menjadi saksi yang tidak adil walaupun untuk diri kamu sendiri atau saudara-mara kamu.” (6:151-152)

“Diharamkan atas kamu segala perbuatan keji samada dengan jelas atau tersembunyi, dan perbuatan-perbuatan salah – dan melanggar hak-hak orang lain tanpa alasan yang benar. Diharamkan atas kamu mempersekutukan dengan Allah apa yang tidak diturunkan dengannya sebarang kuasa – dan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak ketahui.” (7:33)

Sesiapa saja yang waras fikiranya - tanpa sebarang bimbingan dari mana-mana agama – mereka tahu segala apa yang tercatit diatas adalah amalan-amalan hidup yang tidak baik. Tidak ada siapa memerlukan sebarang Imam, ustaz, ustazah, guru agama, atau rabbi, atau sami, atau padri untuk memberitahu mereka perbuatan-perbuatan diatas betul atau salah.

Sudah tentu ketetapan-ketetapan diatas hanya dituju kepada orang-orang yang sanggup mengunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah. Tetapi bagi kebanyakan manusia, mereka percaya ianya menjadi satu kesalahan sekiranya mereka mengunakan akal – sebab minda mereka telah dibelenggu oleh ajaran-ajaran Imam-Imam mereka yang berkata “Sesiapa yang mengunakan akal akan masuk Neraka”. Malangnya, bagi Pak-Pak Turut dan Imam-Imam mereka – mereka hanya akan sedar, tetapi agak terlewat sedikit apabila mereka berkata diakhirat kelak:

“Kalaulah kami dengar dan mengunakan akal, sudah tentu kami tidak ada dalam Neraka yang menyala-yala.” (67:10)

Ajaran Al Quran diatas amat jelas sekali bertentangan dengan ajaran-ajaran agama yang diada-adakan oleh penjaja-penjaja agama. Mereka mengajar “Sesiapa yang mengunakan akal – mereka akan masuk neraka”. Tetapi Al Quran mengajar kita – sesiapa yang tidak mengunakan akal merekalah yang akan menjadi penghuni Neraka.

Hanya larangan-larangan yang disebut diatas sahaja yang terdapat dalam Al Quran dan sudah tentu kesemua manusia boleh menjadikan batasan-batasan ini sebagai panduan dalam cara hidup mereka. Empat ayat diatas telah mengariskan segala-galanya – apa yang diharamkan oleh Allah. Pengharaman tentang makanan diulangi sebanyak dua kali lagi dalam dua ayat lain. Pendek kata apa yang diharamkan oleh Allah hanya terdapat dalam enam ayat sahaja diantara 6348 ayat-ayat Quran. Tidak terdapat mana-mana ayat lagi yang diharamkan oleh Allah dalam KitabNya. Tetapi sekiranya anda termasuk jadi pengikut-pengikut agama Arab sudah tentu anda akan bertemu bertimbun-timbun ketetapan apa yang diharamkan – dan kesemuanya ditulis oleh tanggan-tanggan manusia yang membuat dusta terhadap Allah.

Ketetapan pengharaman-pengharaman ini berbeza diantara satu mazhab dengan mazhab yang lain walaupun kesemuanya mengaku mereka beragama Islam – dan ada juga diantara mazhab-mazhab yang jadikan gender perempuan sebagai mangsa dan dianggap sebagai manusia kelas kedua dan kesemua mereka dianggap sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki sahaja. Mereka diharamkam untuk bersekolah, diharamkan mempamirkan muka mereka dikhalayak ramai, mereka dipaksa memakai tudung, mereka dilarang berjalan-jalan bersendirian, atau berintrekasi dengan mana-mana gender berlainan, mereka diharamkan menaiki kemudahan awam untuk pergi dari satu tempat ketempat yang lain. Ada juga mazhab yang membuat ketetapan bahawa gadis-gadis bawah umur boleh dikahwinkan sewaktu mereka berusia sembilan (9) tahun.

Kita telah disarankan oleh Allah berkali-kali supaya tidak mengiktui jalan dari mana-mana sumber kecuali daripada KitabNya sahaja, diantaranya:-

“Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu – dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain daripadaNya. Amat sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.” (7:3)

“Bacalah apa yang diilhamkan kepada kamu dari Kitab Tuhan kamu. Tidak ada yang dapat merobah kalimat-kalimatNya dan jangan kamu mendapatkan sumber selain darinya.” (18:27)

“Apakah selain dari Allah aku mencari sebagai hakim? Dialah yang menurunkan kepada kamu Kitab itu dengan terperinci. Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab – mereka tahu bahawa ianya diturunkan dari Tuhan kamu dengan benar. Maka janganlah kamu menjadi orang yang ragu-ragu.” Dan telah sempurnalah kalimat Tuhan kamu dengan kebenaran dan adil – tidak akan berubah kalimat-kalimatNya – dan Dia Mendengar dan Mengetahui.” (6:114-115)

Malangnya bagi mereka yang telah diselewengkan oleh agama Arab - mereka berpegang teguh kepada kesemua yang ditetapkan oleh penjaja-penjaja agama Arab ini dengan mengharamkan bertimbun-timbun perkara yang menjadi bebanan kepada minda mereka. Penjaja-penjaja agama mereka telah menulis kitab-kitab karangan sendiri lalu berkata kesemua yang mereka tulis adalah dari Allah. Dan penjaja-penjaja agama ini tidak terlepas dari kutukan Allah:

“Kecelakaan besarlah bagi mereka yang menulis kitab-kitab dengan tanggan mereka – kemudian berkata ini adalah dari sisi Allah kerana mereka hendak menukar dengannya mutu yang rendah. Maka celakalah bagi mereka dari apa yang mereka tulis dengan tangan-tangan mereka – dan Celakalah dari apa yang mereka telah kerjakan.” (2:79)

Orang-orang Muslim yang percaya kepada sumber-sumber kedua selepas Al Quran tidak sedar mereka telah mentaati ajaran-ajaran penjaja-penjaja agama yang telah dikutuk oleh Allah sendiri. Dan sikap ini adalah salah satu sikap yang telah diharamkan oleh Allah dalam Al Quran.

Sebagai rumusan, Allah telah memperincikan segala-gala apa yang harus diharamkan dalam KitabNya. Tidak perlu mana-mana manusia menulis ketetapan tambahan selain daripada apa yang terdapat dalam Al Quran. Pendek kata apa saja yang dikatakan haram oleh penjaja-penjaja agama kesemuanya tidak mempunya sebarang asas sama sekali.

Sekiranya dipandang dengan logic, perkataan Deen apabila diterjemahkan kepada maksud yang seharusnya – ianya menjadi satu katalis yang membenarkan manusia membuat penentuan Islam dengan cara penghayatan dalam satu cara hidup harian. Sudah pasti barangsiapa yang menghayati garis-garis panduan dari Kitab Allah ini akan menjauhkan diri mereka daripada menyekutukan Allah. Nilai-Nilai yang diperincikan Allah dalam KitabNya adalah yang paling adil sekali samada dari zahir atau fungsinya. Dan ianya paling sesuai diguna-pakai oleh sesiapa saja secara universal. Tidak perlu mana-mana manusia untuk menambahnya. Menambak-tokok atau membuang mana-mana dikri ketetapanNya akan menjadi seseorang itu sebagai orang yang mempersekutukan Allah atau idol-worship atau musyrikeen.

Apa yang kita dapati keadaan manusia pada hari ini amat jelas. Mereka seharusnya menjalankan cara hidup dengan mengabdikan diri mereka hanya untuk Tuhan yang mencipta mereka – kerena Dia sahajalah yang membimbing manusia kepada jalan yang paling adil. Dia mengelar kesemua manusia yang diciptaNya sebagai hamba-hambaNya – dan sebagai hamba, tugas mereka ialah mengabdikan diri “UntukNya” dengan cara mengikuti liku-liku hidup berpandukan kepada bimbingan-bimbinganNya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya sahaja - dan bukan dengan cara “MenyembahNya”.

Satu perkara yang memeranjatkan kesemua penjaja-penjaja agama ialah - sesungguhnya kesemua manusia tidak kira apa saja jantina mereka – Allah telah memberi mereka seluas-luas kebebasan untuk mereka memilih acuan cara hidup mereka sendiri asalkan mereka boleh menghayati dan mengamal ketetapan-ketetapan yang mudah dari dari Tuhan mereka – dengan tidak menafikan kebolehan logik akal mereka atau dengan sengaja mengada-adakan sebarang dusta terhadap Allah. Apakah cara hidup yang lebih mudah daripada itu?

Sesungguhnya minda kesemua muslim dimuka bumui ini telah dibelenggu dengan ajaran-ajaran yang diada-adakan oleh penjaja-penjaja agama – ini termasuklah orang-orang yang telah diberi kitab yang menjadi pengikut agama-agama hindu, yahudi, atau Kristian. Tujuan utama Al Quran diturunkan ialah untuk membebaskan manusia dari ikatan-ikatan kepercayaan agama mereka yang menjadi bebanan-bebanan cara hidup mereka.

“Mereka yang mengikuti rasul - Nabi yang tidak tahu sebarang bimbingan – yang mereka dapati tertulis disisi mereka dalam Taurat dan Injil - yang menyuruh mereka mengerjakan kerja-kerja yang harus dan menjauhi kerja-kerja yang tidak baik – dan menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan atas mereka yang buruk-buruk. Dan membebaskan mereka dari bebanan-bebanan dan belenggu-belenggu yang ada atas mereka. Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepadanya dan mereka memuliakannya, dan mereka menolongnya, dan mereka mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya – mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (7:157)

Kepercayaan kepada mana-mana agama adalah satu bebanan yang membelenggu pemikiran manusia. Untuk membebaskan diri dari bebanan-bebanan ini – mereka harus dengan ikhlas mengikuti cahaya yang paling terang yang diturunkan Allah kepada pembawa utusanNya. Dengan berbuat demikian mereka telah membuktikan mereka telah memulia dan menolong pembawa utusanNya – sebagai seorang Nabi yang sebelum ini tidak pernah mempunyai pengetahuan tentang sebarang Kitab Allah.

2 comments:

  1. Salamun Alaikum,

    Ayat terjemahan dari Tuan:

    “Kalaulah kami dengar dan mengunakan akal, sudah tentu kami ada dalam Neraka yang menyala-yala.” (67:10)

    Sebaliknya sedikit pembetulan terhadap ayat 67:10. Perlu ada perkataan tidak dalam ayat berkenaan.

    67:10. Dan mereka berkata, “Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami, tentu kami TIDAK
    menjadi orang-orang Menyala.”

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pro. Memang ada kesilapan dalam ayat tersebut. Saya akan perbetulkannya.

    Saya harap pembaca-pembaca lain juga tolong perhatikan kerja-kerja saya.

    Terima kasih sekali lagi Pro.

    ReplyDelete