Tuesday, January 18, 2011

Bab Kedua : Bayt Nuh Bukan Rumah

Apabila Nabi Nuh berkata "Bayti-ya" dia tidak bermaksud "Rumah Aku"

Surah 71 dalam Al Quran dikhaskan kepada cerita Nabi Nuh. Sejarah banjir besar diketahui oleh semua manusia yang mencari jalan Allah dan kisah banjir besar ini juga diceritakan dalam kitab-kitab sebelum Al Quran diturunkan. Apa yang kita faham Nabi Nuh adalah Nabi yang diutuskan Allah lebih awal dari Nabi Ibrahim dan Nabi-Nabi lain selepas Ibrahim. Nabi Nuh telah ditugaskan mengambil cabaran untuk menyeru kepada kaumnya untuk “reform” atau membetulkan diri mereka untuk membuang kepercayaan amalan-amalan “agama” yang sedia ada – dan meminta kaumnya bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah semata-mata yang telah diilhamkan kepadanya. Kaum Nuh ketika itu memperhambakan diri mereka kepada ajaran-ajaran “agama” yang diasaskan oleh Waad, Suwa, Yaghood, Ya’ooq, dan Nasr (71:23-24) – dan mereka jadikan ikon-ikon ini sebagai entity dalam ibadat dan ritual-ritual mereka. Dengan kata lain community Nabi Nuh mengamal satu “agama” yang bertentangan dengan apa yang diperintah oleh Allah kepadanya.

Apabila Nabi Nuh mulakan tugasnya dia berkata: "Wahai kaumku, aku datang kepada kamu sebagai pemberi amaran. Hendaklah kamu abdikan diri kamu kepada Allah semata-mata, lakukan kerja-kerja kebaikan, dan taat lah aku.” Amat jelas semasa Nuh membuat seruan ini – ada dua jenis system sedang bertempuran. Satu sistem yang melakukan ibadah dan ritual-ritual dan satu lagi melarang mereka daripada aktiviti beribadat dan ritual. Nabi Nuh walaubagaimana pun mengamati cara hidupnya mengikut aturcara satu sistem yang ditetapkan Allah. Dengan kata lain – terdapat dua jenis sistem pada ketika itu iaitu - kaum Nuh mengikut sistem cara hidup beragama yang mempunyai aktiviti-aktiviti agama – dan Nuh mempunyai sistemnya yang diilhamkan oleh Allah tanpa sebarang upucara.

Selepas kaum Nabi Nuh gagal untuk menyahut seruannya Allah hukum mereka dengan banjir yang paling hebat. Semasa Nabi Nuh berada dalam kapalnya dia membuat seruan kepada Allah untuk menyelamatkannya dan orang-orang yang percaya dengannya – dia menyebut perkataan “Baiti-ya”:

“Wahai Tuhanku, selamatkan aku dan orang tua aku dan siapa saja yang memasuki “Baiti-ya” (atau system aku) sebagai orang yang percaya dan kesemua orang-orang yang percaya samada lelaki atau perempuan. Dan bagi orang-orang fasik tidaklah Kamu tambahkan kepada mereka melain kehancuran.” (71:28)


Agamawan-agamawan berkata erti kata- “Bayti ya” dalam ayat ini adalah rumah, dalam ertikata lain, "... dan siapa saja yang masuk rumah aku". Namun, sekiranya kita membuat pertimbagan yang halus tentang doa rendah hati Nabi Nuh ini ianya dibuat semasa keadaan kawasannya ditengelami air dan terdesak - dan sudah tentu dia sudah berada didalam kapalnya – dan dia tidak tahu apa akan terjadi kepada kapalnya. Pada ketika itu, rumahnya dan apa saja yang ditinggalkannya mungkin ditengelami air disebabkan retribusi Allah terhadap kaumnya yang telah menolak seruan Nuh selama ini.

Hal ini jelas kerana kesemua kawasan telah ditengelami air, dan tidak mungkin orang-orang yang percaya akan diampun Allah hanya kerana mereka memasuki rumah seorang nabi. Perkataan “Bayt” dalam ayat 71:28 harus diertikan sesiapa yang percaya kepada Nabi Nuh samaada lelaki atau perempuan berarti mereka percaya kepada sistem yang dibawa oleh Nuh iaitu cara hidup tanpa aktiviti ibadah atau ritual-ritual yang menjadi status quo pada masa itu. Apa yang dimaksudkan oleh Nuh apabila dia berkata kepada Allah perkataan "Bayti-ya" dia merujuk kepada Sistem Allah yang dia berkomited. Apa yang dimaksud olehnya ialah “Sesiapa yang memasuki sistem aku”.

Untuk maklumat pembaca Allah mengunakan perkataan “Fulk” untuk dirujuk sebagai “kapal”.

Apa yang membezakan diantara rumah dan sistem?

Rumah secara umumnya difahami sebagai sebuah bangunan di mana orang tinggal, biasanya milik satu keluarga. Tidak termasuk akal sekiranya Allah mengampuni dosa-dosa manusia dengan hanya memasuki kedalam rumah Nabi terutama sekali apabila rumahnya sudah ditengelamkan.

Sebuah system dalam ertikata lain, adalah satu cara melakukan kerja-kerja berasaskan panduan-panduan yang dirancang dan ditetapkan – dimana manusia mengikuti atau mematuhi aturan-aturannya. Apabila sesuatu situisi atau aktiviti itu mempunya mirip sesuatu sistem – ianya menujukkan satu cara hidup yang teratur dan berdisiplin kepada sesebuah organisasi yang baik. Ini juga merupakan cara di mana sebuah institusi keseluruhannya atau aspek masyarakat telah dianjurkan atau ditetapkan.

Kaum Nabi Nuh sudah mengadakan satu sistem mereka sendiri yang berasaskan aktiviti ritual-ritual menyembah berhala. Nuh, walaubagaimanapun, telah mengabdikan dirinya kepada Allah dengan cara mengikuti “Sistem” Allah tanpa sebarang activity ibadat atau ritual. Semasa dia berdoa kepada Allah dengan perkataan “Bayti-ya” – dia merujuk kepada 'sistem saya' – berasaskan dari “Sistem Allah”. Perkataan “bayti-ya” ini juga digunakan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim dan Ismail apabila mereka diminta membersihkan “sistemNya” daripada aktiviti-aktiviti ritual (2:125). Perkara ini akan dibincangkan dalam bab yang akan datang.

Apabila Nabi Ibrahim dipilih untuk membina “Deen Allah” beliau telah diarahkan untuk ke sistem yang sama dan dia dijadikan sebagai Imam (2:124) kepada semua manusia dengan cara membersihkan “sistem Allah” daripada “agama” yang menjalankan aktiviti-aktiviti ibadah ritual.

Apabila Nabi Ibrahim diarahkan kepada kurnian ketetapan-ketetapan asal Allah – Allah mengunakan perkataan “Bayti-ya” yang merujuk kepada “Sistem Aku” dimana Ibrahim dan Ismail ditugaskan untuk mensucikannya untuk orang-orang yang setia, yang merendahkan-diri dan orang-orang yang bersetuju mematuhi ketetapan-ketetapan Allah. (2:125)

No comments:

Post a Comment