Friday, July 22, 2011

Bab Ketiga (1): Cerita Dongeng orang Arab Tentang Ka’abah




Untuk memberi nyawa dan menyemarakkan kepercayaan asal agama pagan – orang-orang Arab telah membina sebuah tokong empat segi dan menamakannya sebagai ”ka’abah” untuk meneruskan aktiviti-aktiviti menyembah berhala yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Mereka membuat satu cerita dongeng supaya pengikut-pengikut mereka percaya amalan-amalan pagan yang dilakukankan disekeliling berhala ini adalah salah satu daripada rukun Islam. Mereka telah menyalahgunakan kalimah Allah untuk tujuan jahat mereka.

Dalam Al Quran perkataan ”Ka’ab” yang bermaksud Buku Lali atau ”Ankle” disebut sebanyak tiga kali. Perkataan ini adalah ”Kata Nama” atau ”Noun” dan perkataan-perkataan derivatifnya hanya boleh diguna untuk menunjukkan kepada perkataan ”dwi”, ”majmuk” dan gender sahaja. Ini berbeza dengan ”Kata Kerja” atau ”Verb” yang boleh menghasilkan lebih banyak derivatif. Jadi perkataan ini tidak boleh mendatangkan maksud selain dari maksud asalnya - bermakna "Buku Lali" tidak boleh ditafsir mengikut sesuka hati penterjemahnya sebagai sebuah rumah atau pondok - kereta lembu atau pun kereta kuda. Malangnya itulah yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah.

Dalam ayat 5:6 perkataan ini disebut sebagai ”Ka’byan” yang bermaksud ”Kedua mata Buku Lali” – dan dalam ayat 5:95 ianya disebut sebagai ”Bali-ghal- Ka’ba-ti” yang merujuk kepada "Kematangan Buku-buku Lali” binatang. Bali-ghal berasal dari akar kata Ba-la-gha.  Ba-ligh dan Bali-ghal merujuk kepada "matang atau cukup umur".  Dua ayat selepasnya, iaitu ayat 5:97 terdapat juga perkataan ”Ka’ba’ta” sebagai perkataan majmuk – dari kontek larangan memburu semasa bulan-bulan yang dilarang memburu hidupan liar kecuali makanan laut yang diperincikan dari ayat 94 hingga ayat 98.

Ayat 5:97 adalah ayat ulungan dari ayat 5:2 yang menjelaskan sebab-sebab mengapa manusia harus berpegang kepada janji mereka untuk menjaga keharmonian sistem yang ditetapkan oleh Allah. Perkataan ”Baytal-Harama” dalam ayat 5:2 dan 5:97 merujuk kepada apa yang telah dijadikan sebagai sekatan yang ditetapkan atau ”Sanctioned” oleh Allah untuk manusia menghormatinya. Pemuliharaan Hidupan Liar adalah salah satu perkara yang paling penting yang ditetapkan Allah dalam sistemNya sebagai satu komitmen hamba-hambaNya. (Ayat-ayat berkaitan dengan tajuk Pemuliharaan Hidupan Liar ini akan diperjelaskan dalam Bab kesebelas nanti.)

Dalam Al Quran perkataan ”Ka’bah” tidak ujud – dan yang ada hanya perkataan-perkataan sepertimana disebut dalam surah 5 ayat 6, ayat 95 dan ayat 97 yang disebut bunyinya sebagai  "ka'byan", "Bali-ghal-ka'bati", dan "Ka'ba-ta".

Dalam surah 5 ayat 6 - atau - dimana-mana pun dalam Al Quran perkataan”Wuduk” juga tidak ujud. Perkataan-perkataan ini semua telah diada-adakan oleh musuh-musuh Allah untuk merosakkan petunjukNya dalam Al Quran sepertimana yang dilakukan oleh panganut-penganut agama Yahudi dan Nasrani.
Mengikut cerita-cerita dongeng orang Arab yang terdapat dalam buku-buku hadis mereka, mereka percaya patung batu yang ada diMekah sekarang dibina oleh malaikat-malaikat (satu mitos yang diciplak dari ajaran Bible) – dan ada juga ulamak-ulamak yang tidak sealiran membuat cerita ianya dibina oleh Adam (satu agak-agakan yang lazim dalam agama Arab). Ianya termusnah oleh banjir besar zaman Nabi Noh, dan kemudian ianya dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.

Ulamak-ulamak yang menjadi pak turut agama Arab pagan percaya kaitan Nabi Ibrahim dengan berhala ini bertarikh beribu-ribu tahun sebelum Al Quran diturunkan – walaupun mereka tahu musuh utama Nabi Ibrahim adalah orang-orang yang mengabdikan diri kepada Allah melalui berhala-berhala. Ulamak-ulamak ini boleh percaya Nabi Ibrahim mengambil risiko yang tinggi apabila dia musnah berhala-berhala kaumnya kemudian dia membina sebuah berhala lain yang lebih besar untuk pengikut-pengikutnya mengabdikan diri mereka kepada Allah melaluinya.

Yang anehnya apabila mereka berkata Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail membina sebuah berhala diMekah - mereka tidak nampak Allah menjelaskan kepada kita dalam Al Quran - Nabi Ibrahim tidak pernah menjejak kakinya diMekah (sedangkan mereka percaya Nabi Muhammad dilahirkan diMekah). Mengikut cerita-cerita dongeng orang-orang Arab, berhala ini asalnya dihiaskan dengan beratus-ratus patung pujaan arab-arab pagan sehinggalah Nabi Muhammad memusnahkan kesemuanya kecuali seketul batu hitam. Dalam kata lain, batu hitam atau Hajar Aswat adalah diantara patung-patung yang menghiasi rumah berhala orang-orang Arab - dan hari ini ramai orang-orang Melayu telah mencium batu itu. Ulamak mereka tidak pula bercerita mengapa batu hitam ini lebih istemewa dan lebih mulia dari patung-patung lain.

Mengikut pengakuan mereka sendiri selepas Nabi Ibrahim membina berhala ini – ianya telah dimusnah beberapa kali oleh banjir, dan juga oleh api dari pelita-pelita yang digunakan untuk menerangi berhala ini. Setiap kali ianya musnah mereka terpaksa membinanya semula dari bawah. Setiap kali berhala ini didirikan semula maka berlakulah beberapa perubahan, bentuk rupa dan ukurannya saiznya sebelum dan selepas Nabi Muhammad. Ini adalah pengakuan ulamak-ulamak sendiri – tetapi cerita begini tidak pernah disebut dimana-mana ayat dalam Al Quran.

Oleh kerana Allah sendiri mengutuk apa saja bentuk aktiviti ritual dan sembahan, apa saja ide tentang Allah memerlukan sebuah rumah dan manusia harus memuliakan seketul batu hitam diMekah adalah satu rekaan semata-mata. Orang-orang yang waras boleh membuat perbandingan yang terang diantara apa yang dikerjakan oleh pengikut-pengikut agama Arab diMekah dengan agama Hindu yang lebih tua. Pengaruh Agama Hindu telah mejelajah jauh dari negeri asal mereka sehingga keBali di Indonesia. Benua Arab adalah jiran mereka yang terdekat dan ianya memerlukan perjalanan yang mudah melalui lautan Arab.

Kebanyakan aktiviti-aktiviti ritual yang dilakukan diMekah mempunyai persamaan dengan apa yang diamalkan dalam agama Hindu – dan disebabkan agama Hindu adalah lebih tua dari agama Arab – maka kita tidak boleh berkata aktiviti-aktiviti ritual agama Hindu telah meniru ritual-ritual agama Arab.

  • Ianya menjadi wajib bagi agama Hindu apabila mereka hendak menunaikan hajat dalam ajaran kitab Vedic untuk mensucikan diri ditokong-tokong yang suci - mereka memakai dua helai kain yang tidak berjahit. Satu helai dipakai dari pinggang dan satu helai lagi dipakai melintang keatas bahu mereka. Mereka diwajib bercukur kepala mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti ini.

  • Panganut agama Hindu telah lama diwajibkan berpusing-pusing keliling (tawaf) patung Shivan mengikut pertentangan perjalanan jarum jam (anti clockwise) sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama Arab.

  • Mengikut kitab Vedic juga - penganut agama Hindu diwajibkan sembahyang lima kali satu hari mengikut injuksi Panchamahayagna yang bermaksud Lima kali sembah.



Bersambung......

7 comments:

  1. Salam BQ,

    Semakin menarik. Saya cuba mengenengahkan perkara ini kepada Pak Othman Ali, penterjemah AlQur'an kontemporari dan beberapa orang sahabt berAlQur'an, tetapi mereka menolak tentang makna solat dan zakat buat masa ini.

    Namun saya tetap meletakkan peringatan Allah sebagai pedoman agar ianya tidak menjadi rekahan jurang yang membesar gara-gara terjemahan yang berlainan maksud sehingga membawa pengertian yang cukup berbeza...InyasyaAllah.

    4:82. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan.

    ReplyDelete
  2. Salam Pro,

    Saya tidak mengambil sesiapa sebagai otoriti untuk memahami mesej Al Quran walaupun saya telah baca bermacam-macam terjemahan. Saya tidak terima terjemahan Aidid Safar secara bulat-bulat sehingga saya semak kembali perkataan-perkataan Arab dalam Al Quran.

    Untuk mencari kebenaran kita harus mempunyai sikap objektif menyoal kesemua penterjemah dan juga pengarang-pengaran konkodance. Apabila kita menjadikan mana-mana mereka sebagai otoriti - ianya tidak ubah sepertimana kebanyakan orang-orang Melayu yang jadikan ulamak sebagai otoriti kepada kepercayaan mereka kepada Allah.

    Saya tidak nafi sesiapa saja membaca Quran mereka semua mempunyai pemahaman tersendiri. Apa yang saya tahu kesemua mereka tidak mempunyai masalah memahami mesej Al Quran dalam hal-hal yang tidak ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti ritual. Tetapi mereka akan berselisih apabila kepercayaan ritual-ritual agama lama mereka disentuh.

    Saya telah mengambil sikap untuk bersendirian apabila saya sedar ianya bukan mudah untuk mencapai satu pemahaman. Saya membuka blog ini bukan untuk mencari populariti dan saya tidak pernah mengharap mana-mana individu percaya kepada apa yang saya tulis - dan saya anggap kemampuan saya menterjemah buku Aidid Safar setakat mana yang boleh - hanyalah sebagai satu hobi. Pendirian saya ialah:

    "Apakah belum kamu tahu dengan apa yang terdapat dalam lembaran-lembaran Musa dan Ibrahim yang telah sempurna? Bahawa seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Dan tidaklah bagi setiap manusia itu kecuali apa yang diusahakannya sendiri - dan sesungguhnya usaha-usahanya sentiasa diperhati - kemudian dia akan diberi balasan - dengan balasan yang paling setimpal." (53:36-41)

    ReplyDelete
  3. Salam BQ,

    Satu lagi artikel yang menarik bagi orang-orang yang mahu menggunakan minda.

    Sebagai tambahan, persamaan antara amalan penganut beragama islam dan hindu juga jelas apabila mereka mengadakan perjumpaan beramai-ramai setiap tahun di depan berhala masing-masing.

    Tentang usaha saudara menterjemahkan buku aidid safar amat dialu-alukan untuk manfaat bersama lebih-lebih kepada orang-orang Melayu.

    Saya berharap usaha saudara tidak terhenti setakat terjemahan kepada buku tersebut. Terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu tanpa mempromosikan amalan agama orang arab juga amat dinanti-nantikan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam Syurgaminda,

    Terima kasih atas komen sdr. Sebenarnya sambungan dari bahagian pertama diatas adalah cerita-cerita tentang ritual-ritual warisan pagan purba yang sedang berlaku diMekah. Saya harap saya dapat menyiapkan terjemahannya sebelum saya bercuti di Nova Scotia dan Prince Edward Island.

    Buku Aidid Safar mempunyai 400 muka surat - dan setakat ini saya cuma mampu menterjemahkan hanya 106 muka surat. Saya pun tidak pasti bila saya boleh habiskan terjemahan buku tersebut.

    Buat masa sekarang saya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menterjemahkan Al Quran dalam bahasa Melayu. Pada pendapat saya apabila Allah membuat keputusan untuk membuka hati mana-mana hambaNya - tidak kira apa saja terjemahan yang mereka baca Dia akan membuka hati, mata, dan pendengaran mereka kejalanNya. Kemudian mereka akan nampak dan tahu membuat perbezaan diantara yang benar dan yang salah.

    Ada yang anggap usaha saya membuka blog ini adalah untuk meminta mereka percaya. Yang boleh membuat mereka percaya atau tidak adalah kerja Allah bukan kerja saya. Jadi tidak perlulah membuat komen seperti saudara Pro kita yang berkata "Kami tolak makna solat dan zakat buat masa ini". Siapa peduli?

    Agama Hindu adalah agama yang paling tua sekali. Hati mereka menjadi keras apabila mereka jadikan lembu sebagai berhala. Allah utuskan Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'akob, Yusuf, Musa, Isa, dan Nabi-Nabi lain termasuklah Nabi Muhammad - hari ini lembu tetap dijadikan berhala mereka. Saya tidak nampak perbezaan ini dengan orang-orang Melayu kita yang jadikan "Ka'abah" sebagi berhala.

    Sdr Syurgaminda, sebenarnya kepercayaan seseorang itu bukannya terletak atas terjemahan Al Quran. Ianya terpulang kepada apa yang ada dalam dada mereka - dan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang mereka lahirkan dan apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka - kemudian Dia sahajalah yang menentukan samada seseorang itu layak atau tidak untuk diberi petunjuk atau disesatkanNya.

    ReplyDelete
  5. MRAR

    Sekadar berkongsi petunjuk dari Tuhan yang terkandung dalam Furqan.

    Mekah Dilakhnat Tuhan Di Dunia & Akhirat

    Al-Hijr :
    Dan sesungguhnya Neraka itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu (syaitan). (43) Ia mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka yang sesat dan menyesatkan itu. (44)

    Maka Tuhan jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Dia hujani atasnya dengan BATU DARI TANAH YANG DIBAKAR. (74) Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, MENGANDUNGI TANDA-TANDA bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. (75) Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di JALAN YANG TETAP (dilalui orang). (76) Sesungguhnya keadaan yang demikian, MENGANDUNGI SATU TANDA yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman. (77) Dan sebenarnya penduduk kampung "AIKAH" adalah orang-orang yang berlaku zalim. (78) Maka Aku membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di JALAN YANG TERANG (yang masih dilalui orang). (79)

    Hud :
    Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan, serta mereka mendustakan rasul-rasulNya dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya. (59) Mereka ditimpa lakhnat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: Kaum Nabi Hud. (60)

    Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Tuhan, Dia jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Dia menghujaninya dengan BATU-BATU DARI TANAH YANG DIBAKAR, menimpanya bertalu-talu. (82) Batu-batu itu ditandaNya (untuk membinasakan mereka) dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (83)

    Al-Ankaboot :
    Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat). (34) Dan sesungguhnya, Tuhan telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya. (35)

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kalau kita fikirkan, orang-orang Arab yang tak perlu terjemahan Al Quran pun ramai yang tak faham Al Quran (sehingga banyak amalan yang tak wujud dalam Al Quran mereka ada-adakan), itu menunjukkan terjemahan yang digunakan itu bukan persoalan bagi memahami mesej Tuhan. Yang pentingnya hati itu ada keikhlasan dan kemahuan yang kuat mencari kebenaran.

    Bila hati itu mahu mencari kebenaran (bukan kerana kejar populariti), Allah akan bukakan jalan untuk kita bertemu dengan terjemahan dan kefahaman Al Quran yang tidak menyebabkan berlakunya percanggahan di antara ayat-ayat Al Quran.

    ReplyDelete
  7. Salam BQ,

    Bila pula saya membaut komen seperti berikut:

    Jadi tidak perlulah membuat komen seperti saudara Pro kita yang berkata "Kami tolak makna solat dan zakat buat masa ini".

    Apa yang saya kata(tulis) ialah:

    "tetapi mereka menolak tentang makna solat dan zakat buat masa ini".

    Dan apa maksud penekanan " Siapa peduli?" oleh saudara?

    Tetapi bagi saya ALLAH PEDULI dengan setiap perbincangan oleh kita. Allah Al A'laam.

    Saya harap bila kita berbincang kita rujuklah kepada hikmah kesabaran.

    2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat(komitmen) kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati

    7:126. ..... Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."


    Allah diSanjung!

    ReplyDelete