Sunday, November 1, 2009

Pendahuluan (Bah Satu)

Konfrantasi diantara lojik dengan kepercayaan agama selalunya menjadi hidangan santapan untuk munusia berfikir.

Belenggu Minda adalah hasil dari bertahun-tahun renungan yang mendalam tentang Islam, dan ianya ditulis dengan tujuan utama untuk memahami sebab-sebab kegagalan orang-orang Islam serta sikap kebencian yang berlualuasa oleh orang-orang bukan Islam - termasuk sekular Barat, Hindu, dan Yahudi - terhadap Islam.

Saya tersedar dan akan membukitikannya dengan rujukan-rujukan dari Al Quran itu sendiri - bahawa sikap perjudis orang-orang bukan Islam terhadap Islam memang kena pada tempatnya. Pembaca-pembaca akan terkejut apabila mereka sedar sebenarnya orang-orang yang mengakui diri mereka orang "Islam" - sebenarnya mereka beriman kepada "Agama Arab" satu agama rekaan selepas Nabi Muhammad - ini amat nyata sekali. Mereka seharusnya patut terus menanggung kesangsaraan dan kekejian yang mereka sedang alami - sehingga dan kecuali mereka kembali berpegang teguh kepada ajaran Allah semata-mata iaitu kepada Al Quran sahaja. Dengan mensajikan gambaran yang jelas apa itu Islam, buku ini memdedah satu penyelewengan besar dan telah membuka tirai kepada kebenaran yang paling besar - kedua-duanya mungkin akan tersembunyi.

Islam, apa yang kita tahu hari ini, bukanlah apa yang sebenarkan yang dijelaskan dalam Al Quran. Apa saja kepercayaan pembaca-pembaca, dia akan menemui apa yang dipetik dalam kajian ini bermacam-macam fakta manarik yang selalunya tidak pernah diambil berat - terutama sekali apabila kita berbincang tentang Islam. Saya harap buku ini akan memudahkan pembaca-pembaca untuk menimbang bukti-bukti - apa yang Islam dan apa yang bukan Islam - berdasarkan kepada teks Al Quran itu sendiri, bebas dari sebarang kepercayaan karut-marut atau cenderung kepada kepercayaan peribadi.

Apa yang kita akan bertemu apabila kita menjalankan tugas ini kita dapati sebenarnya orang-orang Arab telah dibukti dalam Al Quran itu sendiri bertanggung jawab atas kospirasi terhadap Allah dan RasulNya dengan memutar-belit satu "Cara Hidup" atau "deen" yang diredhai Allah dan merendahkannya kepada satu agama pagan yang dimuatkan penuh dengan ritual-rtual pagan. Hasilnya ia telah dianjurkan kepada dunia sebagai "Agama Islam", dan masih, dan amat malang sekali, dianggap sebegitu oleh dunia buat masa ini.

Secara keseluruhan, ajaran-ajaran yang terdapat dalam Al Quran tidak ada kena mengena langsung dengan sebarang agama. Islam bukanlah nama satu agama. Makna perkataan Islam mengikut bahasa Al Quran ialah "ketenteraman" kepada cara hidup (deen) yang diredhai oleh Allah. Butir-butir selidik dalam kajian ini adalah amat terperinci dan ianya telalu penting dibukukan untuk memberi manfaat kepada mereka yang mencari-cari untuk bertemu kepada Islam yang sebenar.

Sebagai seorang Muslim sejak dilahirkan, saya diasuh dari kecil bahawa Al Quran itu adalah sumber yang teragong sekali dan juga sebagai Kitab panduan hidup untuk kepercayaan agama saya. Walaupun saya mempunyai keyakinan yang kuat, saya hanya diajar untuk membaca Al Quran dalam bahasa Arab tanpa sebarang galakan dari guru agama saya untuk memahami isi kandungannya Kitab teragong ini dalam bahasa yang saya boleh faham. Pada umur 10 tahun saya menjadi anak kebangaan ibu bapa saya sebab saya boleh membaca Al Quran dalam bahasa Arab dengan lancar dan berkhatam dengan mudah. Cuma ada sedikit masalah, saya tidak faham apa yang saya bacakan. Mengikut kepercayaan guru agama saya, walaupun saya tidak faham, Allah akan memberi pahala kepada saya. Pada umur yang masih muda saya sudah berfikir - "bagaimana saya boleh dapat ganjaran kalau saya tidak tahu apa yang saya buat? Lalu saya membuat anggapan mungkin membaca Al Quran tanpa memahami apa yang saya baca adalah satu ritual agama yang serupa dengan penganut-penganut agama Hindu atau Kristian menyanyi lagu agama dan mereka sendiri pun tidak faham juga apa yang mereka menyanyi.

Saya mula kaji selidik kandungan Al Quran secara serious setelah saya kembali dari melakukan kerja Haji di Mekah pada tahun 1980. Saya sangka saya telah menunaikan kewajipan saya sebagai seorang Islam. Walalubagaimanapun, setelah saya teliti dan merenung betul-betul isi kandungan Al Quran, saya sedar yang saya tidak menunaikan sebarang apapun yang telah diperintah oleh Allah dengan kunjungan saya ke Mekah. Malahan, tiada siapa pun yang melakukan ibadat ini telah menunaikan apa-apa terhadap Allah, ianya akan menjadi jelas bila kita kajiselidik bab ini mengikut Al Quran.

Sebelum saya mulakan kajian ini saya bertanya pada diri saya sendiri soalan-soalan fundamental berikut:

Adakah benar Allah telah memilih untukNya sebuah rumah yang dibina oleh tanggan-tanggan manusia ditanah Arab?

Apakah perlu Allah mempunyai sebuah rumah? Untuk berehat? Untuk bersantapan? Untuk berhibur? Untuk Tidur? Kalau tidak mengapa ianya dipanggil "Rumah Allah"? Atau nama ini hanya sebagai satu unkapan peribahasa sahaja? Apakah kita boleh memperolok-olok dan memperkecilkan Allah dengan sebuah rumah?

Mengapa saya harus tunduk bongkok dan menyembah kepada sebuah rumah kosong berbentuk empat sagi yang dibina dari batu-batu yang dipahat dari gunung - kemudian menggelilingnya tujuh kali dan cuba sedaya upaya mencium seketul batu hitam yang dipasak disatu sudut?

Mengapa saya perlu bersembahyang lima kali satu hari menghadapkan muka saya kearah rumah batu ini walaupun saya tinggal beribu-riba batu jauh?

Akhir sekali saya bertanya diri saya sendiri. Apa bezanya diantara batu-batu yang diukir dan disembah oleh orang-orang Hindu dengan batu-batu yang diukir dan disembah oleh orang-orang Muslim? Dan apa bezanya diantara dinding batu yang disembah oleh orang-orang Yahudi di Jurusalem dengan rumah batu yang ada di Mekah? Mungkin bentuk rupa mereka berlainan tetapi kesemuanya adalah "Batu".

Soalan-soalan seperti ini bermain dalam fikiran saya lalu saya membuat keputusan untuk mencari jawapannya dengan membuat kajian tentang asal-usul keujudan batu-batu dalam agama yang saya anuti dengan mengunakan Al Quran - dengan harapan ianya dapat menjawab segala apa yang saya lakukan di Mekah dan mengapa saya harus menziarahi sebuah kubur di Madinah.

Walaupun pada masa itu saya boleh membaca Al Quran dalam bahasa Arab tanpa memahami maknanya - saya membaca terjemahan-terjemahan dalam bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu dan sedar Kitab Al Quran banyak mengisahkan tentang Nabi-Nabi Noh, Ibrahim dan anak-anaknya Ishak dan Ismail, Ya'kob dan anak-anaknya Yusuf serta saudara-saudaranya nya. Saya juga faham Al Quran memberi banyak penjelasan tentang Nabi Daud dan anaknya Sulaiman, Zakaria dan anaknya Yahya, Musa dan saudaranya Harun, dan Isa dengan ibunya Mariam. Walaubagaimanapun amat sedikit maklumat yang saya dapati tentang kehidupan Nabi Muhammad, seorang Nabi berbangsa Arab sebelum menerima Al Quran beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Kitab Allah atau seorang Nabi yang "Ummi" - perkataan yang digunakan dalam Al Quran merujuk kepada orang-orang seperti beliau atau kaum-kaum selain dari Bani Israel. Saya cari dengan penuh ketekunan maklumat-maklumat ini dalam Al Quran untuk mendapatkan gambaran tentang kehidupan seorang rasul yang menjadi idola kepada bermillion orang diseluruh dunia - tetapi saya tidak menjumpai apa-apa kecuali ayat-ayat yang mengambarkan beliau sentiasa merasa kecewa dan menyesal kerana kaumnya sendiri menolak Al Quran. Gambaran yang jelas beliau menerima nasib sepertimana Nabi-Nabi lain sebelum beliau - mereka semua gagal dalam missi mereka untuk meyakin kaum mereka tentang Kitab Allah. Oleh kerana itu, tidak hairanlah kita dapati pada hari akhirat kelak dia membuat aduan kepada Allah:


"Rasul akan berkata, "Ya Tuhanku kaumku telah membelakangkan Al Quran ini". (25:30)

Sebelum saya mengkaji isi kandungan Al Quran dalam bahasa Arab asalnya, saya bergantung banyak kepada terjemahan-terjemahan yang mengulangi tafsiran-tafsiran ulamak-ulamak silam. Saya tersedar dan berasa sedih apabila saya bertemu banyak percanggahan dan kelemahan kepada kebanyakan terjemahan. Satu ayat yang sentiasa mengacau fikiran saya adalah dalam sura Baqarah ayat 125 yang tidak masuk akal: Kesemua terjemahan memberi maksud ayat ini seperti berikut:

"Dan ketika Kami jadikan rumah tempat zairah/berkumpul bagi manusia dan tempat aman, dan jadikanlah dari makam Ibrahim tempat sembahyang dan Kami memerintah kepada Ibrahim dan Ismail agar membersihkan rumahKuuntuk orang-orang yang thawaf dan orang-orang yang beriktikaf dan orang-orang yang ruku' dan orang-orang yang sujud." (2:125)

Kesemua penterjemah tradisional serta orang-orang agama percaya Allah mempunyai sebuah rumah dan manusia perlu menyembahNya melalui rumah khas ini. Fikiran saya amat sagsi tentang terjemahan-terjemahan ini dan saya yakin - ada yang tidak kena pada ayat ini - sehinggalah saya membuat keputusan untuk belajar bahasa Arab beberapa tahun dan membaca ayat ini dalam bahasa asalnya - sehingga dapat memahami dengan jelas makna perkataan-perkataan yang digunakan dalam Al Quran - dan segala syak wasangka saya terhadap terjemahan ayat 2:125 sememangnya mempunyai asas.

Satu-satunya tanda kebesaran Allah tentang Al QuranNya ialah apabila kita benar-benar berusaha mengambil pelajaran dari KitabNya - Dia memberi jaminan kita tidak akan lupa apa yang kita belajar: "Dan sesungguhnya Kami permudahkan Al Quran itu untuk ingatan - maka adakah orang yang mahu ingat" (54:17,22,32,40 - empat kali diulangai dalam satu surah). Dan perkara yang paling penting dalam KitabNya ialah ayat-ayatNya tidak akan bercanggah diantara satu dan lain - dengan kata lain Allah tidak akan memberitahu kita pada satu ayat Dia bermaksud "lembu" dan dalam ayat lain Dia bermasud "kambing" apabila Dia menguna "Kalimat" atau "Perkataan" yang sama.

Cara saya memahami dan mendampingi Al Quran amat mudah. Allah memberi tekanan keatas perkataanNya atau "KalimatNya" dan kalimat-kalimat inilah menjadi asas komunikasi diantara manusia denganNya.

Allah mengajar Adam dengan Kalimat-KalimatNya (2:37)

Allah menguji Ibrahim dengan Kalimat-KalimatNya (2:124)

Allah mengilhamkan kepada Musa dengan Kalimat-KalimatNya (7:144)

Orang-orang Yahudi memutar-belitkan Kalimat-Kalimat Allah (5:13)

Yahya anak lelaki Zakaria membenarkan Kitab Allah dengan Kalimat-KalimatNya. (3:39)

Mariam bepegang teguh kepada Kalimat-Kalimat Allah dan KitabNya (66:12)

Isa Putra Mariam disahkan sebagai rasul dan beliau adalah Kalimat Allah (4:171)

Muhammad percaya kepada Allah dan Kalimat-KalimatNya. (7:158)

Tiada siapa yang boleh menukar Kalimat-Kalimat Allah. (6:115 & 18:27)

Allah mahu kebenaran ditegakkan dengan Kalimat-KalimatNya. (8:7 & 10:82)

Allah boleh memadamkan kepalsuan dan menegakkan kebenaran dengan Kalimat-KalimatNya. (42:24)

Al Quran telah ditulis oleh tanggan-tanggan yang ditugas mereka-mereka yang mulia dan berbakti (80:15-16)

Allah menjamin Dialah yang menurunkan Al Quran dan Dialah akan menjadi Penjaganya. (15:9)

Allah yang mencipta semua manusia dan hanya Dia sajalah yang boleh mengajar Al Quran (55:2-3)

Allah mempermudahkan Al Quran untuk manusia - mahukah mereka mengambil pelajaran daripadanya? (54: 17, 22, 32, 40)

(Rujukan kepada kesemua ayat-ayat diatas akan di petik dalam lampiran selepas ini.)

Sekiranya kita mahu membuat kajian terhadap Al Quran kita perlu memperhati betul-betul bagaimana sesuatu "Kalimat" itu dieja dan disebutkan. Dalam ayat 17:204 yang bermksud - apabila Quran itu dibacakan kita harus dengar dengan teliti.

Kita digalakkan berteliti dan ambil perhatian serta mengunakal akal apabila kita membaca Al Quran. Saya telah terjumpa banyak kunci perkataan-perkataan sengaja diputar-belitkan. Perbuatan jahat ini telah menyebabkan tragedi-tragedi berikut:

Ianya mempunya kesan negatif yang paling besar bagaimana manusia membuat anggapan yang salah tehadap perhubungan mereka dengan Pencipta mereka.

Ianya memberi kuasa tanpa batas kepada orang-orang agama

Ianya menghalang peluang-peluang manusia lain untuk bertindak balas dengan Allah tanpa perantaraan dengan menonjolkan kelebihan adat resam dan tradisi suku kaum Arab serta keagongan ritual-ritual pagan warisan mereka.

Orang-orang bukan Islam menilai Kitab Al Quran dan mengukurnya dari kelakuan dan tindak-tanduk (yang mereka tidak boleh diterima) oleh penganut-penganutnya sehingga menyebabkan mereka salah faham tentang perkataan Islam itu sendiri.

Pernerbitan buku ini akan membuka jalan untuk menuntut semula satu wilayah yang hilang dan asas-asas kerja ini akan dibuktikan dengan mengunakan Al Quran semata-mata dan kesemua penjelasan mengikut apa yang ditafsir oleh Al Quran itu sendiri, bebas dari apa yang ditetapkan oleh "penjaja-penjaja agama" yang berkuasa. Sebenarnya, "Kalimat-Kalimat Allah" tidak sedikitpun mempunyai sebarang kecacatan - malahan terdapat banyak bukti menunjukkan usaha-usaha yang licik oleh penjaja-penjaja agama memutar-belit maksud dan makna sebenar kalimat-kalimat Allah dengan sengaja untuk memakmurkan Agama Arab. Dan perbuatan jahat ini berkembang sehingga timbulnya salah-anggap yang liar terhadap Allah.

Tambahan pula, kecacatan dan percanggahan-percanggahan tafsiran yang tidak masuk akal telah menyerap kedalam kesemua terjemahan-terjemahan Al Quran. Saya tidak terjumpa dari mana-mana terjemahan yang memberi sebarang isyarat kepada perkara yang penting yang saya bertemu. Misalnya, tajuk tentang penjagaan dan pemeliharaan kehidupan liar atau “wildlife conservation” ( yang akan dibincang dalam bab terkemudian kelak) telah diputar-belitkan dengan teruknya sehingga ianya digambarkan sebagai satu ritual pagan. Buat seketika saya berasa seolah-olah saya diserang oleh keraguan dan pelbagai soalan bermain dalam fikiran saya. Mungkinkah saya tersalah dalam pemahaman saya? Apakah tidak mungkin saya mengada-adakan tafsiran omong-omongan sendiri selain daripada membongkar, sebagaimana tujuan saya, berasaskan kepada prinsip bukti-bukti yang nyata berdasarkan kepada makna perkataan-perkataan Arab mengikut teks Al Quran itu sendiri? Bagaimana mungkin saya pihak yang betul dan keseluruh “yang berkuasa” yang telah mendapat pengiktirafan akademia kesemuanya membuat salah?

Walabagaimanapun saya teruskan misi saya. Tetapi ianya hanya selepas kajian yang mendalam yang membabitkan rujukan-rujukan berselang seli yang ekstensif kepada banyak ayat-ayat yang bertaburan diseluruh Al Quran meyakinkan apa yang saya syak selama ini adalah betul. Saya teliti dengan rapi penjelasan-penjelasan dalam terjemahan-terjemahan Al Quran yang tidak seimbang dan cerita-cerita dongeng serta misteri-misteri dalam Agama Arab. Saya kumpulkan satu sinarai anggapan-anggapan yang tersalah membandingkannya dengan bukti-bukti dari teks Arab dalam Al Quran. Akhirnya, saya terpaksa mengakui kuasa bukti-bukti yang ada didepan saya. Saya tidak hairan ianya jadi satu kejutan kepada ramai pembaca bahawa Al Quran dengan sekeras-kerasnya menolak kesemua agama yang mengamalkan ritual-ritual, sembah menyembah, naik haji, korban binatang, upucara-upucara memuja atau sembahyang dan lain-lainnya atas nama Allah.

Penterjemah-penterjemah biasanya terdiri daripada ahli-ahli pena. Selalunya mereka membuat kesilapan dan tidak mengambil berat tentang tujuan asal mesej Al Quran apabila mereka menterjemah Al Quran. Mungkin disebabkan keyakinan kepercayaan agama yang mereka anuti (yang diserapkan oleh penjaja-penjaja agama yang silam) banyak objektif mesej asal yang hilang, kesudahannya teks-teks Al Quran disalah terjemahkan dengan percanggahan-percanggahan yang tidak masuk akal. Sepatutnya sesiapa yang ingin menterjemah Al Quran dia seharusnya memahami apa yang dia baca. Yang paling penting, untuk mendatangkan menfaat, apabila seseorang itu ingin mendampingi Al Quran dianya harus membebaskan diri daripada sebarang pengaruh kepercayaan agamanya. Kita harus mendekati Al Quran sebagai seorang peneroka yang kritikal dengan tujuan untuk bertemu dengan maklumat-maklumat baru - dan bukannya sebagai seorang fanatik agama mencari jalan untuk menguatkan kepercayaan kepada agama suku-kaum serta condong kepada sejarah-sejarah kepercayaan agama kita.

Sebagaimana yang dijelaskan, terjemahan-terjemahan yang popular banyak dipengaruhi dengan nota-nota yang dibuat oleh ulamak-ulamak silam serta pendapat-pendapat komentor-komentor yang tidak pernah diperiksa selidik atau dikaji pendapat-pendapat mereka dengan maklumat-maklumat dengan mengunakan kaedah-kaedah teks Al Quran sebagai pengukur. Dengan masa bersilih-ganti, pendapat-pendapat mereka telah dijadikan sebagai berkuasa atau authority - sedangkan - penterjemah-penterjemah sendiri tidak komit untuk membuat kajian yang stringen pada satu-satu tajuk mengikut kaedah-kaedah yang digunakan oleh Al Quran lalu mereka, misalnya - tidak mampu mengenal ayat-ayat yang menunjuk kepada betapa seriousnya perbuatan “mempersekutukan Allah” sebagaimana yang didapati dalam Al Quran. Mereka lebih menitik-berat kepada pembacaan-pembacaan teks yang memberi gambaran untuk menyokong dan memberi keutamaan bersesuaian dengan amalan-amalan mempersekutukan Allah atau “Idol worship” dalam agama Arab - satu agama pada hakikatnya walau pun mereka tidak menguna label ini sebagai agama yang dianuti - lalu mereka telah salah anggap tentang Al Quran. Penterjemah-penterjemah kemudian dengan sedaya upaya cuba menhidangkan isi kandungan Al Quran dengan menguna pendapat-pendapat warisan komentor-komentor ini dan juga dengan persetujuan penjaja-penjaja agama atau “religious mongers” yang berkuasa.

bersambung....




No comments:

Post a Comment