Ajaran Al Quran sentiasa mudah dan jujur. Kekeliruan yang menguasai pembaca-pembacanya adalah buatan manusia. Apabila manusia ambil perkataan-perkataan yang diturunkan oleh Allah dan mengubah maksud-maksudnya untuk kepentingan diri, kebenaran mesejnya hilang. Penjaja-penjaja agama telah mempromosi satu jenis agama yang amat bertentangan dengan konsep dan nilai-nilai Islam yang terdapat dalam Al Quran dengan cara mengubah maksud sebenar beberapa perkataan-perkataannya. Ianya sengaja dibuat dengan cara demikian supaya mereka boleh membuat tuntutan bahawa merekalah yang mempunyai kuasa mutlak keatas Kitab Allah dan sebagai penjaga agama. Ini adalah tindakan berani oleh musuh-musuh Allah setiap kali Dia menurunkan bimbinganNya kepada Nabi-Nabi yang diutus, dan penjaja-penjaja agama Arab mempergunakan "bahasa" sebagai alasan untuk menuntut kuasa ini. Tidak hairan sekiranya kita lihat syaitan-syaitan yang berkeliaran dimuka bumi ini suka bertutur dalam bahasa Arab.
Buat ketika ini sesiapa yang ingin menghambakan diri kepada Tuhanya untuk menuju kejalan Allah mereka akan didorong kepada laluan-laluan yang rumit dalam agama Arab. Dalam kata lain, penjaja-penjaja agama Arab ini telah melantik diri mereka sebagai paip konduit penyelamat yang tidak kurang setaraf dengan pesuruh-pesuruh Allah - untuk manusia sampai kepada Allah.
Adalah perlu bagi sesiapa yang ingin merelakan diri mereka kepada cara hidup yang ditentukan oleh Allah (deen-nil-llah) untuk percaya kepada Tuhan Yang Satu. Orang-orang yang benar-benar setia dan jujur faham perkara ini - dan mereka juga tahu Allah telah menurunkan Kitab-KitabNya kepada beberapa Nabi untuk membimbing kesemua manusia. Dalam pada itu mereka lupa untuk berjaga-jaga terhadap musuh-musuh Allah yang sentiasa menunggu dijalan Allah untuk mengelincir mereka dari jalanNya sepertima yang dijanjikan oleh syaitan:-
"Dia (syaitan) berkata, disebabkan Engaku telah tetapkan aku sesat, aku akan bersembunyi dijalan Kamu yang lurus - kemudian aku akan menghampiri mereka dari belakang, dari kiri, dan dari kanan mereka - dan Engkau akan mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang tidak bersyukur." (7:16-17)
"Dia (syaitan) berkata, "Ya Tuhanku, disebabkan Engkau telah tetapkan aku sesat, aku akan indah-indahkan kepada mereka dimuka bumi - dan sesungguhnya aku akan sesatkan kesemua mereka, kecuali hamba-hambaMu diantara mereka yang benar-benar jujur ikhlas." (15:39-40)
Penuntut-penuntut yang belajar bahasa Arab terpaksa berpegang kepada hujah-hujah yang diajarkan oleh penjaja-penjaja agama Arab supaya mereka dapat terus menjadi pembawa lampu suluh dalam agama Arab yang direka-reka, sepertimana yang dipaparkan dalam buku ini - yang menunjukkan bagaimana terjemahan kepada beberapa perkataan-perkataan yang mudah dalam Al Quran sengaja diherotkan untuk memenuhi keperluan-keperluan agama yang dibuat-buat.
Orang-orang ikhlas yang ingin mencari kurnia dan rahmat Allah telah ditanam dengan idealogi-idealogi cara hidup yang menggalakkan kekejaman serta perasaan benci membenci diantara satu mazhab dengan mazhab yang lain dibawah panji-panji Agama Arab. Mereka berperang dan membunuh diantara satu sama lain atas apa saja alasan atau perselisihan faham. Apa yang dianggapkan sebagai pengawal-pengawal kepada orang-orang muslim sudah tentu mereka telah membuktikan kegagalan mereka kepada pengikut-pengikut istemewa mereka.
Penjaja-penjaja agama ini terus memperbodoh-bodohkan manusia dengan mewajibkan mereka membelanjakan sebahagian besar wang untuk membuat satu perjalan ke tanah Arab supaya mereka dilihat sebagai badot-badot mengeliling seketul batu empat segi. Kalau perbuatan ini bukannya satu bencana sudah tentu ianya boleh dijadikan sebagai bahan ketawa.
No comments:
Post a Comment