Wednesday, November 11, 2009

Bab Pertama : Menghambakan diri Hanya Untuk Allah

Mesej Allah kepada kesemua Nabi-NabiNya adalah satu dan yang sama. Ianya mudah dan terus terang. Ianya satu arahan yang mempunyai nilai-nilai untuk melakukan kerja-kerja kebajikan (deeds) yang boleh dilakukan dan digunapakai oleh mana-mana manusia yang diciptaNya dimuka bumi ini, ianya adalah plan induk untuk kehidupan yang produktif.

Kita jangan lupa - Allah telah menetapkan bahawa tujuan Syaitan ialah untuk menyesatkan "kesemua" manusia dimuka bumi kecuali mereka yang benar-benar ikhlas terhadap Allah atau "mukhlisin". Ini satu sumpahan yang dibuat oleh Syaitan kepada Allah: "Ya Tuhan ku, oleh sebab engkau telah menetapkan aku sesat - aku akan pasang umpan kepada mereka dimuka bumi - dan aku akan menyesatkan kesemua mereka. kecuali hamba-hambamu yang benar-benar ikhlas." (15:39-40). Allah berkali-kali memberi peringatan kepada manusia supaya "jangan memperhambakan" diri dengan mengikuti selain dari KitabNya: "Ikutilah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu - dan jangan kamu mengikuti selain dari Dia sebagai pemimpin. Amat sedikit kamu ambil pelajaran." (7:3). Sekiranya kita lalai dah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah - umpan-umpan sedang menunggu didepan kita. Kesemua orang muslim berpandukan kepercayaan mereka kepada ajaran-ajaran selain dari Kitab Allah - kesemua sangka mereka dapat petunjuk: "Barangsiapa yang lalai dari peringatan Allah Yang Pemurah, Kami lantik baginya syaitan sebagai teman sejati. Kemudian syaitan-syaitan itu akan bersungguh-sungguh menghalang mereka dari jalan - sambil itu mereka "sangka" mereka mendapat petunjuk." (43:36-37). Asas Mesej Kitab Allah sentiasa menekan kosep ini, dan yang selainnya adalah had-had kelakuan harian kita supaya perbuatan-perbuatan kita tidak mendatangkan kemudharatan pada diri sendiri atau atas orang lain. Kitab Allah tidak ada kena mengena dengan institusi agama, amalan-amalan atau ritual-ritual agama. Allah tidak pernah mengada undang-undang untuk manusia pergi kemana-mana tempat tertentu untuk mensucikan diri atau naik haji, atau pun mengutip wang atas namaNya. Dia tidak pernah memerintah mana-mana NabiNya atau pembawa-pembawa risalahNya untuk "Sembah" Dia dengan cara tertentu. Dalam Kitab Allah tidak ada langsung sebarang rujukan tentang institusi-institusi agama atau orang-orang agama atau tanggung jawab agama. Tidak ada lansung! Apakah jalan yang lebih baik daripada ini bagi syaitan-syaitan menjahanankan sistem Allah dengan mencemarinya dengan ajaran-ajaran lain. Untuk meyakinkan manusia biasanya syaitan-syaitan ini mengumpan manusia-manusia dengan cara menjual nama Allah atau rasul-rasulNya.

Jadi, bagaimana agama Arab ini boleh meyelar masuk kedalam Islam atau ketenteraman. Dimanakah disebut dalam Al Quran mengarahkan mereka membuat amalan-amalan yang mereka kerjakan sekarang? Marilah kita selidik dalam Al Quran untuk melihat apa yang diperkatakan oleh Allah untuk kita semua.

Pokoknya, kesemua Nabi-Nabi, pesuruh-pesurh Allah (rasul-rasul), hamba-hamba Allah samada lelaki atau perempuan - dikehendaki menghambakan diri mereka kepada Allah secara melakukan kerja-kerja kebajikan atau good deeds dengan mempraktikkan nilai-nilainya dan dengan penuh semangat keikhlasan. Islam atau ketenteraman menekankan kerelaan diri secara sedar untuk berpatuh kepada Allah oleh seseorang individu untuk dia mencapai keamanan diri dalam dunia ini - bukan mengerjakan sesuatu pekerjaan cara automated tanpa berfikir. Mesej Allah yang disampaikan kepada kita oleh kesemua pesuruh-pesuruhNya hanya berkata:- "Janganlah kamu hambakan diri kepada selain daripada Aku." Dalam ruang kata-kata ini terdapat kebenaran tentang Islam atau ketenteraman.

"Dan Kami tidak mengutuskan mana-mana rasul sebelum kamu melainkan kami ilhamkan kepadanya - Tidak ada Tuhan melainkan Aku - Dengan itu hambalah dirimu kepada Aku sahaja." (21:25)

Kunci kepada ketenteraman ialah secara menghambakan diri kita kepada Allah semata-mata - bukan kepada Nabi-Nabi atau pesuruh-pesuruhNya atau sesiapa yang lain. Untuk mencapainya - ianya memerlukan ketekunan secara total kepada cara hidup (deen) yang telah digariskan oleh Allah sahaja. Allah telah menanam dalam hati kesemua manusia tentang keujudanNya sebagai satu fitrah. Bagaimanapun sedang kita merentas mencari jalan kepada ketenteraman dalam dunia ini kita dengar bermacam-macam cerita yang berbeza tentang Allah sehinggakan sampai ada kes-kes yang extrim mengatakan Allah mempunyai anak, dan yang lain pula berkata - seorang rasul atau pesuruhnya yang terpilih harus dihormati dan namanya mesti disebut setiap kali kita menyebut nama Allah - dan tidak kurang juga kita selalu dengar ada orang beritahu kita mereka tahu "apa yang Allah mahu". Yang paling bodoh diantara kesemua mereka adalah yang mengaku mereka adalah "penjaga-penjaga agama Allah". Ini semua adalah doktrin-doktrin agama yang dicipta oleh manusia dan kebanyakan manusia dibumi ini telah diperdayakan oleh penjaja-penjaja agama ini semua. Al Quran musnah kesemua apa yang direkacipta oleh penjaja-penjaja agama ini dengan satu ayat sahaja:

"Segala kepujian bagi Allah yang tidak mempunyai anak, dan Dia tidak mempunyai sebarang sekutu dalam kerajaanNya - dan Dia tidak memerlukan sesiapa pun untuk membantuNya daripada kehinaan. Dan sanjunglah Dia dengan sanjungan yang terAgong." (17:110)

Yang menghina Allah adalah mereka yang menganjur bahawa Allah mempunyai anak, dan mereka yang menyebut nama-nama lain seperti Muhammad atau Isa atau Ali disamping nama Allah setiap kali namaNya disebut, dan yang amat keji sekali ialah mereka yang membuat pengakuan mengatakan mereka adalah penjaga agama Allah sedangkan Allah sendiri memberitahu kesemua manusia dia tidak memerlukan sesiapa untuk menjagaNya. Sekiranya kita lihat disekeliling kita, orang-orang seperti rabbi-rabbi, padri-padri, mullah-mullah dan imam-imam - mereka inilah saban hari membuat pengakuan ini kononnya tugas mereka ialah sebagai pejaga Allah. Yang mengejutkan kita ialah mengapa manusia gagal menyedari ide-ide bodoh mereka ini? Mereka jugalah kumpulan yang sama yang menggalakkan amalan-amalan sembah-menyebah, mengada-adakan hukum agama, naik haji, korban binatang dsb - kemudian memperbodohkan orang lain dengan mengatakan kesemua yang mereka ajar adalah apa yang dikehendaki oleh Allah. Apakah benar ini semua apa yang dikehendaki oleh Allah?

Mengikut Al Quran kewajipan setiap individu adalah dengan menghambakan diri secara mempraktikkan satu perjalanan hidup harian yang biasa dengan mengunakan fakulti citarasa menimbang setiap satu perbuatan itu akan menghasilkan kebaikan atau keburukan. Tidak satu pun araham dalam Al Quran mewajibkan manusia untuk sembah Allah atau untuk melakukan sebarang sembahyang ritual samada empat atau lima atau sepuluh kali sehari atau seminggu sekali. Kesemua ini adalah satu rekaan jahat dan satu konspirasi yang diada-adakan terhadap Allah dan rasulNya sehingga mereka berjaya mengadakan institusi-institusi agama, rumah-rumah sembahyang dan hukum-hukum agama.

Misalnya, penjaja-penjaja agama telah memutar belitkan maksud perkataan-perkataan penting dalam Al Quran seperti "cara hidup yang teratur" atau "deen" dijadikan sebagai "agama" dan "saya abdikan diri" (Ya'budu) kepada "Saya sembah". Apabila dilihat secara imbas kita anggap penukaran ini sebagai perkara remeh temeh, tetapi pada hakikatnya ianya memberi kesan yang merbahaya kepada Islam atau ketenteraman hidup manusia. Malangnya, perbuatan jahat mereka juga telah menyebabkan banyak lagi pemesongan - diantaranya perkataan "ka'aba" yang mempunyai maksud pergelangan kaki dijadikan sebagai "rumah Allah" sambil itu membolehkan mereka menambah lagi rekaan amalan-amalan agama mereka. Walaubagaimana pun ianya menjadi satu keselipan sekiranya kita berkata (walaupun ramai yang berpendapat demikian) bahawa penukaran makna kepada perkataan-perkataan ini tidak memberi kesan buruk keatas apa yang dimaksudkan oleh perkataan tersebut atau kesimpulan-kesimpulan yang dibuat penterjemah-penterjemah sepertimana kita memahaminya. Kita akan lihat, pada hakikatnya kedua-duanya bertentangan. Dibeberapa ayat maksud yang seharusnya menjadi kunci akan mempunyai risiko kepada pemahaman, terpulang kepada bagaimana seseorang itu menyelesaikan masalah tekstualnya.

Pertama, dan sebagai asas panduan untuk memahami maksud dan makna Al Quran ialah dengan berpandukan kepada garis panduan Al Quran itu sendiri iaitu: "KONSISTENSI".

"Apakah tidak mereka memperhatikan Al Quran itu? Sekira ianya datang disisi selain daripada Allah - sudah tentu terdapat dalamnya banyak percanggahan". (4:82)

Dengan syarat yang mudah mesej Al Quran adalah "konsisten" atau "inerrant". Sebarang salahfaham atau percanggahan dalam terjemahan-terjemahan perkataannya adalah hasil dari kesilapan manusia. Apabila manusia menterjemah satu-satu perkataan atau ayat Al Quran dia harus menentukan samada terjemahannya disokong oleh perkataan atau ayat yang sama ditempat-tempat lain dalam AL Quran. Sekiranya mana-mana perkataan yang diterjemahnya bercanggah diantara satu sama lain - maka terjemahan itu tidak tepat. Misalnya, kita tidak boleh menterjemah akar perkataan 'Amr sebagai hidup dan terbitan perkataan-perkataannya (derivatives) yang mempunyai maksud yang seimbang (similar shade of meanings) seperti 'umur (sebagai tempoh hayat kita), 'Amara sebagai menghidup atau memberi nyawa, atau ma'mur sebagai kemakmuran - kemudian dengan cara drastik menukarkan perkataan 'Umra (yang berasal dari akar perkataan 'Amr) dijadikan maksudnya kepada "lawatan sosial" ke sebuah rumah batu - satu maksud yang tidak ada kena mengena dengan kehidupan atau nyawa.

Kesemua perkataan-perkataan dalam bahasa Arab dibentuk dengan satu sistem yang telah ditetapkan melalui derivation atau penerbitan perkataan lain, etimologi, konjugatan (conjugation) dan skim lisan lengkok balas (scheme of verbal inflextion, dan juga abjd-abjad penyambung (connecting letters) untuk dijadikan kata nama atau nouns, kata kerja atau verbs, perkara-perkara atau subjects, ganti nama atau pronouns, dan kata-kata keterangan atau adverbs, dsb - dari akar perkataan atau root words. Akar-akar ini akan memberi makna lexsikal kepada perkataan-perkataan Arab. Ini dibuat dengan menambah abjad-abjad kepada akar perkataannya atau mengubah bunyiannya dengan menambah tanda-tanda vowels. Ianya juga mempunyai cara tetap untuk dijadikan perkataan-perkataan yang belainan dari akar-akar perkataan menunjukkan kala (tense), bilangan (number), jantina (gender), dan paradigma. Sebagai contoh, mari kita lihat kepada tiga abjad Ka Ta Ba sebagai satu akar perkataan yang ada kaitan dengan penulisan. Berikut adalah beberapa penerbitan perkataan atau derivatives serta pola-polanya (patterns) yang dihasilkan daripada akar perkataan ini dengan cara menambah vowels dan abjad-abjad tambahan.

Kitab = Buku atau Kitab

Katib = Penulis atau Jurutulis

'Uktub = Tulis

Maktub = Teks yang tertulis

Kutiba = Nota yang ditetapkan

Kataba = Dia (lelaki) telah menulisnya

Katabat = Dia (perempuan) telah menulisnya

Katabu = Mereka menulisnya

Katabna = Kami menulisnya

Yaktubu = Dia (lelaki) menulis

Yaktabuna = Mereka menulis

Taktubu = Kamu menulis

Naktubu = Kami tulis

Maktab = Maktab belajar



Ianya penting untuk perhatian kita bahawa dengan cara mengetahui maksud akar kepada sesuatu perkataan seseorang itu akan dapat mengambarkan maksud-maksud penerbitan perkataan-perkataannya. Bahasa Arab mempunyai sejumlah besar akar-akar perkataan dan setiap satu mempunyai maksud yang jelas. Ianya juga mempunya perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang melahirkan sepenuhnya beberapa ide-ide dan membezakan makna-makna yang mempunyai maksud yang sama.

Ianya amat sukar untuk menjejak bagaimana dan mengapa manipulasi-manipulasi kepada makna perkataan-perkataan dalam Al Quran bermula kerana terjemahan pertama dalam bahasa Ingeris yang ada pada kita berumur kurang dari 150 tahun. Sejak abad ketujuk penjaja-penjaja agama Arab adalah orang pertama yang mengumpul Kamus Arab untuk tujuan kepentingan agama. Banyak diantara kamus-kamus ini ditulis pada masa yang berbeza dan ditempat-tempat yang berlainan sebagai memenuhi keperluan-keperluan yang berlainan. Penjaja-penjaja agama ini walaubagaimanapun berbeza apabila mereka mengumpul penulisan-penulisan kamus ini dari segi perspektif, kepercayaan, pandangan, keperluan, keinginan, pemahaman yang kesemuanya datang dari sekolah-sekolah pemikiran yang belainan. Dari segala aspek, kesemua mereka berbeza pendapat. Tidak lama kemudian buku-buku yang tidak bersetuju dengan pendapat-pendapat mereka ditulis oleh kumpulan-kumpulan yang menentang lalu mendakwa mereka telah mengelaskan, mengiktirafkan, dan membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pengumpul-pengumpul lama. Dalam kata lain, kesalahan dan kesilapan-kesilapan boleh terjadi kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh manusia dan ianya dapat dinilai apabila terdapat sebarang percanggahan dari apa yang mereka tulis. Sebagai pembaca Al Quran, kita tidak seharusnya terima atau percaya kepada apa saja yang bercanggah dan sudah tentu percanggahan ini bukan dari Allah sebab Al Quran sendiri memberitahu kita "Sekira ianya bukan dari Allah sudah tentu kamu akan mendapati banyak percanggahan. (4:82)

Leksikon pertama Arab-Ingeris oleh Edward William Lane dikumpul pada 1892. Sebahagian besar usaha-usaha Lane diambil dari kamus Taj-al-Arus yang ditulis pada abad ketujuh belas oleh seorang penjaja agama Arab bernama Sayyid Murtadza Al Zabidi Al Bilgrami yang dikatakan sebagai kumpulan tulisan yang terbaik dari kebanyakan kamus-kamus Arab yang mempamirkan secara lengkap serta lebih jelas daripada beberapa penjelasan, makna-makna dan beliau juga telah berjaya membetulkan kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam kamus-kamus dan kerja-kerja leksikologikal yang ditulis oleh orang-orang sebelum beliau. Meskipun setelah apa yang diperbetulkan oleh Sayyid Murtadza yang berketurunan Arab - kita masih lagi terjumpa banyak kesilapan-kesilapan dalam kamus-kamus dan leksikon-leksikon yang terbaik hari ini dimana hampir kesemua mereka menguna tujuh perkataan yang berlainan seperti ibil, ba'ir, jamal, rikab, awbar, 'ishar, dan heem merujuk kepada "unta" atau sembilan perkataan yang berlainan untuk merujuk kepada menghina atau memalukan - mengambarkan seolah-olah Allah ketandusan perkataan atau kalimah. "Seandainya segala apa yang ada dibumi dari pokok-pokok dijadikan dakwat - tambahan dengan lautan dijadikan tujuh lipat-ganda juga dijadikan dakwat - Allah tidak akan ketandusan perkataan-perkataanNya. Sesungguhnya Allah amat Pekasa and Bijaksana." (31:27)

Adalah amat menarik untuk pengetahuan kita bahawa orang-orang Arab pada asalnya tergolong daripada kaum yang berakar-umbi kepercayaan agama mereka kepada beberapa tuhan. Mereka berpegang teguh kepada amalan-amalan sembah menyembah dewa-dewa dengan melakukan ritual-ritual, korban binatang serta membuat peruntukan dari hasil pertanian; mereka percaya dewa-dewa ini memilih tempat-tempat istemewa sebagai tempat suci dan ruang khas untuk mereka berada dibumi ini (contohnya tabiat yang tidak boleh dibuang seperti membina sebuah rumah batu khas untuk Allah di negara mereka). Mereka akan bertumpu, menyembah, mengelilingi simbol dewa-dewa ini sebagai tanda meghambakan diri kepada dewa-dewa mereka. Mereka akan sembahyang kepada dewa-dewa ini untuk kewajipan kaum dan juga untuk kewajipan diri sendiri. Apabila Al Quran diturunkan kepada salah seorang diantara bangsa mereka - mereka menganggapnya sebagai sebuat kitab misteri yang ada kaitan penting untuk beragama, bukannya sebuah kitab untuk dipelajari intipatinya atau menguasai ilmu daripadanya. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, isi kandungan Al Quran tidak ada kaitan dengan mana-mana agama - ianya menafikan sebarang amalan-amalan agama - ianya adalah sebuah kitab bimbingan dan sebagai hakim untuk membezakan diantara yang betul dan yang salah - dan diantara yan baik dan yang buruk. Ianya juga memberitakan kepada kita secara terperinci tentang kelakuan moral yang diamalkan oleh orang-orang yang berlainan tamadun pada masa-masa yang lalu dan apa yang telah dibenarkan kepada mereka sebagai had undang-undang yang adil.

Nampaknya Allah memang sudah tahu tentang kelakuan dan sikap orang-orang bangsa Arab sebelum Dia menurukan Al Quran kepada seorang Nabi berbangsa Arab dan Dia memberitahu kepada Nabi Arab ini bahawa bangsanya adalah yang paling keras hati dan amat sangat kekafiran dan yang paling hipkrit sekali - mereka seharusnya tidak wajar mengetahui had-had yang dibenarkan oleh Allah dalam KitabNya. Ini dibuktikan lebih daripada sebarang raguan dalam buku ini dan Al Quran telah menetapkan:-

"Orang-orang Arab amat sangat kekafiran dan kemunafikan mereka - dan lebih wajar sekiranya mereka tidak mengetahui had-had apa yang diturunkan oleh Allah keatas pesuruhNya - Allah amat Mengetahui dan Bijaksana." (9:97)

Amat sedih sekali apabila kita lihat orang-orang Muslim bukan berbangsa Arab diseluruh dunia memandang tinggi kepada orang-orang Arab hanya kerana Kitab Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sekiranya mereka sanggup berusaha hanya dengan sedikit untuk meneliti betul-betul mesej Al Quran sudah tentu mereka akan sedar peluang atau kebarangkalian orang-orang Arab menjadi penjaga kepada cara hidup Allah atau "deen-nil-lah" hampir-hampir kosong. Status quo buat masa kini walaubagaimanapun telah menjadikan orang-orang Arab sebagai hero-hero dan jaguh-jaguh "agama" - dan tanpa pilihan kesemua orang-orang bukan keturunan Arab terpaksa meletak kepercayaan penuh mereka secara membabi buta kepada penjaja-penjaja agama Arab yang boleh menguasai bahasa dan budaya-budaya Arab.

No comments:

Post a Comment