Friday, November 6, 2009

Pendahuluan (Bah: Ketiga)

Disiplin saya ialah dengan membaca setiap aliran sesuatu ayat dalam Al Quran secara kritikal yang mempunyai kunci-kunci perkataan bagi satu-satu tajuk. Pada kebiasanya perkataan-perkataan ini digunakan secara berulang-ulang dibeberapa surah. Sebenarnya susunan ayat-ayat Al Quran mencerminkan keharmonian kepada bermacam-macam tajuk yang boleh dirujuk diantara satu sama lain dan diperkuatkan dengan tajuk yang sama pada ayat-ayat lain selalunya berulang-ulang. Contoh bagi tajuk-tajuk khusus yang membincang tentang "syirik" (mempersekutukan Allah) atau "cara hidup yang tersusun" (deen) semestinya, diasingkan daripada tajuk-tajuk lain lalu dikumpulkan dari kesemua ayat-ayat yang ada kaitan dengan tajuk yang sama lalu disusun dibawah satu tajuk. Tentunya saya telah menghabiskan beratus-ratus jam untuk menjejak ayat-ayat ini. Indek termatic yang disediakan oleh penterjemah-penterjemah, Lexicon Arab, malahan concordia yang sedia ada selalunya tidak mencukupi and tidak tepat apabila diukur dengan perkataan-perkataan yang diguna dalam Al Quran. Mungkin ianya berlaku kerana pengaruh agama yang korup telah menyerap selepas beberapa generasi - sepertimana yang akan diberi contoh nanti.

Selepas kajian yang kritikal terhadap teks-teks Arab saya dilanda oleh keadaan serba salah diantara amalan-amalan agama saya dan apa yang diajar kepada saya semasa kecil bahawa Al Quran adalah sebuah Kitab sumber yang utama untuk bimbingan hidup dan asas kepada kepercayaan saya. Saya juga dilanda dengan soalan-soalan bagaimana boleh terjadi banyak perkataan dalam Al Quran telah disalah terjemahkan dan kerapkali ianya menjadi lucu dan tidak konsisten diantara satu cerita dengan cerita yang lain? Mengikut penterjemah-penterjemah maksud satu perkataan bermakna sekian-sekian disatu ayat - tetapi perkataan yang sama mempunyai makna yang berbeza sekali ditempat-tempat lain dalam Al Quran. Dan semua ini boleh berlaku setelah mereka mengaku ianya telah disah dan diperiksa oleh pakar-pakar selama beberapa generasi. Tidak boleh dinafikan, terdapat banyak kontradiksi, mesej yang samar-samar dan ketidak seimbangan dalam kesemua terjemahan. Apabila direnung kembali, seseorang itu akan jadi binggung memikirkan bagaimana dan mengapa pakar-pakar, komentor-komentor dan penterjemah-penterjemah berpura-pura tidak sedar - atau mereka sengaja menyembunyi penyelewengan ini.

Kebanyakan orang-orang bukan Arab tidak sedar penyelewengan yang telah meresap kedalam terjemahan-terjemahan Al Quran. Sebenarnya bagi mereka - membaca Al Quran dalam bahasa Arab adalah serupa dengan melihatnya dalam berwarna warni, sementara membaca terjemahan-terjemahan seolah-olah mereka melihatnya hitam putih, mereka hanya dapat menggambarkannya tanpa boleh menikmati naunce-nya. Sikap sambil lewa ini akan menambahkan lagi kesan-kesan nagetif kepada kepercayaan mereka kepada Allah. Walaupun ada sedikit diantara mereka yang dapat mengesan cacatan ini, kebanyakan diantara orang-orang bukan Arab tidak pernah mengambil satu pendirian intelektual untuk berhadapan dengan tafsiran-tafsiran yang tidak masuk akal dalam terjemahan-terjemahan yang mereka baca.

Saya mengambil usaha untuk membuat kajian kritikal ini dengan cahaya dari ayat Al Quran seperti berikut:-

"Wahai semua manusia, hendaklah kamu abdikan dirimu kepada Tuhan yang mencipta kamu dan manusia-manusia sebelum kamu supaya kamu berprihatin. Dialah yang mencipta bumi untuk dijadikan tempat tinggal kamu. Dan Dialah yang membina langgit-langgit. Dia menurunkan kepada kamu air dari langgit untuk mengeluarkan biji-bijian sebagai rezeki kamu. Maka dengan itu jangan sekali-kali kamu adakah sebarang idola disampin Allah sedangkan kamu tahu". (2:21-22)

Saya tersedar mesej dalam Kitab Allah ditujukan kepada kesemua manusia diseluruh dunia tidak kira bangsa atau warna kulit atau mana-mana kepercayaan. Ianya memberi tekanan bahawa kesemua manusia harus bertunduk patuh kepada hanya satu kuasa yang mencipta mereka. Mereka tidak harus mengidolakan apa saja atau sesiapa saja disamping Allah. Apa yang kita tahu - kesemua penjaja-penjaja agama tidak kira apa saja jenama - mereka telah mengajar sebaliknya. Samada mereka mengajar manusia-manusia mengidolakan hamba-hamba Allah atau mereka jadikan bahan-bahan yang dicipta sebagai alat sembah-menyebah dan ada juga alat-alat ini dibina sebagai simbol yang dijadi satu "saluran" untuk menyembah Allah. Saya terkejut apabila setelah membaca beberapa surah kemudian saya bertemu dengan maklumat-maklumat berikut:-

"Seandainya kamu mengikuti kebanyakan manusia dimuka bumi - mereka akan selewengkan kamu dari jalan Allah. Mereka hanya mengikuti perasangka-perasangka sahaja - dan mereka hanya agak-agak sahaja. (6:116)

"Dia telah mensyari'atkan kepada kamu daripada satu cara hidup yang Dia warisikannya kepada Noh, dan apa yang Kami ilhamkan kepada kamu, dan apa yang diwasiatkan kepada Ibrahim, dan Musa, dan Isa. Hendaklah kamu menegakkan cara hidup itu dan jangan kamu berpecah belah dengannya. Amat berat bagi orang-orang yang mempersekutukan Allah (syirik)menerima seruan kamu kepadanya. Allah memilih sesiapa saja Dia kehendaki kepadanya dan Dia akan memberi petunjuk kepada sesiapa saja yang kembali. (42:13)

Kenyataanya ayat 6:116 amat jelas sekali, Allah memberi amaran supaya kita tidak mengikuti kebanyakan orang - dan ayat ini adalah ayat pembuka mata kepada sesiapa saja. Saya telah bertanya kepada kebanyakan orang yang mengakui diri mereka sebagai seorang Islam, tetapi bila saya tanya apakah amalan-amalan yang mereka laku yang disuruh oleh Allah mengikut Al Quran - kesemua mereka tidak dapat jawab termasuklah penjaja-penjaja agama. Ayat kedua pula memberitahu kita Tuhan hanyalah satu saja dan Dia adalah Tuhan yang sama untuk kesemua manusia diatas bumi ini dan mereka seharusnya bersepakat dengan satu cara hidup yang teratur sebagaimana diwariskannya kepada kesemua Nabi-Nabi dan pesuruh-pesuruhNya. Kemudian hanya Allah sahaja yang boleh mengarah dan memberi petunjuk kepada manusia kepada jalanNya. Dengan kata lain manusia tidak perlu lagi Nabi-Nabi atau pesuruh-pesuruhNya setelah mereka sampaikan mesej-mesej Allah. Tugas Nabi-Nabi dan pesuruh-pesuruh Allah bukan untuk memberi petunjuk kepada manusia tetapi tugas mereka hanyalah untuk menyampaikan risalah-risalah yang diilhamkan kepada mereka. Ayat 42:13 juga memberitahu kita tentang satu jenis manusia yang dilabel sebagai "orang-orang syirik" atau "musyrikin" adalah musuh utama kepada kepada Kitab-Kitab Allah. Mengikut istilah Al Quran "orang-orang syirik" adalah mereka-mereka yang mengikuti ajaran-ajaran atas nama agama selain daripada apa yang Allah telah tetapkan dalam KitabNya - dan orang-orang jenis ini tidak akan menyahut seruan mana-mana Nabi atau pesuruh Allah.

Oleh kerana Nabi Noah, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad serta Nabi-Nabi lain tidak dapat mendekati sesiapa pun kepada Allah - bagaimana kita lihat penjaja-penjaja agama seperti Pope, padri-padri, rabbi-rabbi, ayatolah-ayatollah, mullah-mullah, ustaz-ustaz dan imam-imam kesemua mereka mengaku mereka boleh membawa pengikut-pengikut mereka kepada Allah? Sudah tentunya ada yang tidak betul dengan apa yang mereka buat atau ada yang tidak betul dengan pengikut-pengikut mereka - atau - kebanyakan manusia telah terpedaya tanpa kesedaran mereka. Walaubagaimanapun Al Quran telah menyediakan panduan yang terbaik untuk mana-mana manusia untuk mengatasi keadaan ini:

"Hendaklah kamu semua kembali kepada Allah, berprihatian terhadapNya saja - dan tegakkan komitmen-komitmen kamu. Janganlah kamu menjadi orang-orang syirik sepertimana orang-orang yang memecahkan cara hidup yang teratur dijadikan sebagai agama (syia'an). Setiap golongan berbangga dengan apa yang mereka telah ada-adakan." (30:31:3)

Mengikut ayat-ayat diatas "orang-orang syirik" adalah mereka yang berada dalam agama atau "syia'an" (perkataan ini akan dijelaskan dibahagian lain. Agama adalah satu ciptaan palsu manusia. Tidak kira apa saja jenis agama kesemua penganut-penganut agama-agama ini berasa gembira dan berpuas hati melakukan apa saja yang disuruh oleh penjaja-penjaja agama mereka. Hari ini terdapat perbagai jenis agama dan pelbagai jenis cara amalan - tetapi kita hanya mempunyai Satu Pencipta sahaja! Yang pastinya kesemua pembawa-pembawa lampu penyuluh agama mencari makan melalui pelbagai cara pendapatan. Al Quran memberi amaran kepada manusia untuk berjaga-jaga dengan mereka-mereka yang mengambil upah atas nama Allah:

"Ikutilah orang-orang yang tidak mengambil upah - mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk" (36:21)

bersambung....

No comments:

Post a Comment