Walaupun tidak boleh dinafikan Al Quran itu telah diturunkan dalam bahasa Arab, Allah tidak pernah memberi keutamaan atau keistemewaan orang-orang Arab lebih daripada bagsa-bangsa lain. Dia mengutuk orang-orang Arab dalam Kitab Arabnya dengan secara keras apabila Dia berkata orang-orang Arab adalah yang paling keras sekali dalam kekafiran dan kemunafikan mereka.
Ada sebilangan orang menuduh penulis amat benci kepada orang-orang Arab kerena beliau menunjuk adanya ayat-ayat kutukan Allah ini dalam Al Quran, yang sebenarnya sememangnya dihuraikan dengan tepat sebagaimana yang diperkatakan seperti diatas.
Sekiranya kita ambil kenyataan ini dari surah 9 ayat 97 misalnya, pengkritik-pengkritik yang mempunyai pandangan-pandangan ini akan berkeras perkataan a'robu dan a'robi dalam ayat ini merujuk kepada Arab-Arab Baduin atau Arab-Arab dusun atau Padang pasir. Tambahan, kita telah dibekalkan dengan terjemahan yang telah disisip atau interpolated yang dijadikan sebagai penghalang untuk kita memahami perkataan-perkataan Al Quran sebagaimana ianya harus kita faham. Terjemahan-terjemahan dalam bahasa Ingeris yang terkemuka menterjemahkan 9:97 seperti berikut:-
(1) Marmaduk Pickhall:
"The wandering Arab are more hard in disbelief and hypocrisy, and more likely to be ignorant of the limits which Allah hath revealed unto the Messenger, Allah is knower, Wise. (9:97)
(2) Mohammad Asad
"(The hypocrite among) the Bedouins are more hard in disbelief in (their) refusal to acknowledge the truth and in (their) hypocrisy (than the settled people), and more likely to ignore the ordinance which God has bestowed from high upon His Apostle, but God is all-knowing, judge." (9:97)
(3) Yusuf Ali
"The Bedouins Arabs are the worst in disbelief and hypocrisy, and most fitted to be ignorant of the Command which Allah hath sent down to His Messenger, but Allah is All-Knowing, All Wise." (9:97)
Kesemua mereka menterjemahkan perkataan a'robu dalam ayat 9:97 merujuk kepada orang-orang Arab Baduin. Apa yang kebanyakan penterjemah-penterjemah lupa ialah bahasa Arab dalam Quran adalah bahasa Arab dari Allah dan ianya bukan bahasa Arab pasar atau bahasa Arab suku kaum. Bahasa Arab yang Allah guna adalah bahasa Arab yang paling sempurna dan yang paling tepat. Dalam bahasa Arab yang digunakan dalam Al Quran, Arab-Arab Baduin atau Arab-Arab Dusun atau Arab-Arab Padang Pasir dipanggil sebagai "Badu-naa-fil-A'robi" atau Baduin-Baduin dalam kalangan Arab.
Apabila Al Quran mengisahkan tentang orang-orang Arab Baduin, ianya secara jelas mengunakan perkataan khas untuk mereka seperti berikut:
Yah-sabu-nal ah-zaba lam-yaz-habu, wa-'in-yaktil-ah-zabu yu-wudu-lau an-nahum badu-naa-fil-a'robi yas-alunaa 'an-abaa-ikum walauka-nuu fi-kum ma-qor-taluu il-laaqor-li-lan (33:20)
"Mereka mengira rakan-rakan mereka tidak akan pulang dan sekiranya rakan-rakan mereka pulang - mereka harap kalau boleh mereka tergolong dalam "Badu-naa-fil-a'robi" Arab-Arab Baduin yang hanya bertanya (ingin tahu) tentang kamu. Sekiranya mereka besama-sama kamu sudah tentu mereka tidak akan mengambil bahagian berperang kecuali sedikit sahaja. (33:20)
Kalau dibacakan ayat-ayat dari surah 9:97 hingga ayat 101 kesemua ayat-ayat ini mengunakan perkataan yang merujuk kepada orang-orang "Arab". Perkataan ini tidak boleh diguna sebagai kata nama atau noun - dan ianya khusus digunaka untuk merujuk kepada Arab-Arab bandar. Identiti mereka dijelaskan dalam ayat 9:101: "Diantara sekeliling kamu orang-orang Arab munafik dari penduduk bandar - merekalah yang berlebih-lebihan. Kamu tidak kenal mereka - tetapi Kami yang tahu siapa mereka. Kami akan siksa mereka dua kali ganda, kemudian Kami akan kembalikan mereka kepada siksa yang besar. (9:101). Jadi, mereka bukan - dan tidak boleh dikelirukan dengan - penduduk-penduduk dusun padang pasir. Baginilah salah satu contoh bagaimana Al Quran menjelaskan mesejnya cara tersendiri dan mematahkan hujah-hujah mereka yang gemar memanipulasinya.
Memang benar Al Quran juga menyebut tentang orang-orang Arab yang percaya dalam Sura 9 ayat 99:-
"Dan ada diantara dari orang-orang Arab mereka yang percaya kepada Allah dan hari kemudian dan dia anggap apa yang dinafkahkan sebagai mendekati disisi Allah dan kewajipan pesuruh. Ketahuilah sesungguhnya pendekatan bagi mereka akan memasukkan Allah dalam rahmatNya. Sesungguhnya Allah pengampun, Penyayang." (9:99)
Memang difahami untuk melayakkan diri orang-orang Arab mesti berkomited diri mereka kepada cara hidup atau deen Allah sepertimana yang dilakukan oleh pesuruh Allah yang diutus kepada mereka. Mereka seharusnya terlibat secara aktif membuat sumbangan untuk mensemarakkan cara hidup yang menghasilkan ketenteraman (Islam) untuk Allah. Tiada siapa yang boleh nafi pesuruh Allah telah membuat sumbangan yang besar dengan membahayakan nyawanya menentang orang-orang yang tidak percaya dikalangan masyarakatnya sendiri yang tidak mahu menerima hanya Al Quran sebagai sumber bimbingan Allah. Dia berhadapan dengan orang-orang munafik dan penyembah-penyembah berhala atau orang-orang yang mempersekutukan Allah. Dalam kata lain dia mengambil cabaran terhadap kaumnya sendiri untuk memakmurkan bimbingan Allah untuk mengatasi segala cara hidup yang lain atau deen.
Dalam ayat 33:20 yang dipetik diatas kita lihat orang-orang Baduin tidak berminat untuk mengambil bahagian untuk berperang ke jalan Allah, hanya sekadar untuk bertanya kerana ingin tahu. Kemudian ayat itu disambung dengan ayat 33:21 yang berbunyi:
"Sesungguhnya adalah bagi kamu pada pesuruh (rasul) Allah itu teladan baik bagi orang-orang yang mengharapkan Allah dan hari kemudian dan mengingati Allah dengan banyak." (33:21).
Jelas sekali teladan baik yang ada pada rasul adalah dengan melibatkan diri secara aktif dijalan Allah dan ayat 33:20 mengatakan beliau terlibat dengan peperangan bersama-sama orang lain. Ayat 33:21 ini juga diguna oleh Penjaja-penjaja agama Arab untuk menipu pengikut-pengikut mereka dengan mengatakan segala gerak-geri Nabi termasuk cara berpakaian, gosok gigi, pakai serban atau simpan janggut adalah contoh yang baik yang dibuat oleh Nabi mereka.
Dengan itu, mana-mana orang-orang Arab sekarang yang berfikir mereka tergolongan dikalangan orang-orang Arab dalam ayat 9:99 - seharusnya mesti melakukan apa yang telah dilakukan oleh Nabi mereka. Nyata sekali mereka faham maksud sebenar dalam surah 9 ayat 19 yang menyuruh mereka "Jaa-haduu fi-sabee-lil-lah - bi-amwaa-lee-him waa-aan fuu-see-him" atau mereka disuruh "berjihad dijalan Allah dengan harta dan nyawa mereka". Adalah menjadi tanggung-jawab mereka untuk mengambil cabaran sepertimana yang dilakukan oleh Nabi mereka terhadap kaum mereka sendiri untuk memakmurkan segala apa yang telah ditetapkan Allah dalam Al Quran supaya ianya membeteras amalan-amalan pagan ditanah air mereka.
Malangnya, walaupun orang-orang Arab fasih dalam bahasa mereka sendiri kebanyakan mereka membuat keputusah untuk berpindah ke Negara-negara Barat untuk mencari sistem yang lebih baik dan meninggalkan sistem autokratik ditanah air mereka sendiri. Secara lojik sekiranya seseorang itu ingin melayakkan diri dia seharusnya amal apa yang dia percaya. Tidak perlu bercakap lagi tentangnya. Dia seharusnya mencontohi Nabinya untuk menegakkan ketenteraman (Islam) sepertimana yang diajar oleh Al Quran - sebab merekalah yang sepatutunya faham ayat-ayat yang jelas yang tidak perlu ditafsir oleh sesiapa. Mereka tahu dan sedar amalan-amalan pagan penuh dengan budaya dan mitos-mitos suku kaum yang berluluasa berlaku dinegara mereka. Melainkan dan sehingga mereka musnahkan kepalsuan-kepalsuan yang diada-adakan ini - sura 9 ayat 99 tidak relevan kepada tuntuan mereka.
Orang-orang Arab dari negara-negara lain adalah bersama bertanggungjawab untuk mengambil cabaran yang serupa untuk memakmurkan perintah-perintah Allah yang dipersetujui bagi menghidupkan bimbinganNya terhadap kaum mereka yang tidak percaya dan Arab-Arab yang hipokrit. Allah memberitahu mereka dibanyak tempat dalam Al Quran: "Janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takuti Aku supaya Aku sempurnakan nikmat Aku keatas kamu supaya kamu dapat petunjuk."
Mereka harus membuat pertimbangan sesungguhnya desebabkan kurniaan Allah lah Dia telah mengutus seorang persuruh diantara orang-orang Arab untuk membaca ayat-ayatNya kepada mereka, membersihkan mereka, dan mengajar mereka Kitab dan hikmah-hikmahnya, dan mengajar mereka apa yang mereka tidak ketahui. Dengan itu, ianya akan jadi hipokritikal bagi mana-mana orang Arab yang hanya pandai bercakap - tapi tak serupa bikin. "Wahai orang-orang yang percaya - mengapa kamu kata apa yang kamu tidak kerjakan. Kebencian yang paling besar disisi Allah adalah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat." (61:2-3)
Oleh itu, Allah tidak jadikan bahasa yang digunakan dalam Al Quran sebagai satu keistemewaan kepada orang-orang Arab - kecuali ada diantara mereka yang sanggup mencotohi teladan rasul mereka dengan melakukan apa yang dilakukan olehnya. Yang paling aneh sekali ialah ramai diantara orang-orang bukan Arab yang cuba jadi lebih daripada orang-orang Arab. Apabila Allah menetapkan kaum Arab yang boleh faham bahasa Arab dalam Quran itu sendiri boleh menjadi orang-orang yang paling keras kekafiran dan kemunafikan mereka - bagaimana orang-orang bukan Arab boleh buat cerita mereka percaya kepada Allah dan hari kemudian hanya disebabkan mereka faham bahasa Arab? Malahan mengikut ayat-ayat 26:198-200 desakan mereka mendedah kejahatan mereka sendiri.
Sekiranya Allah faham segala bahasa dimuka bumi ini, maka bahasa tidak seharusnya dijadikan sebagai penghalang untuk mana-mana bangsa didunia ini untuk memuji kebesaranNya dalam bahasa masing-masing. Bukan sahaja Allah memberitahu kita Dia faham apa saja bahasa manusia - malahan Dia juga memberitahu kita langgit-langgit, bumi dan gunung-gunung boleh faham apa yang diperkatakan oleh manusia. Setiap kali sesiapa berkata Allah mempunyai anak - langgit-langgit, bumi dan gunung-gunung bertindak-balas kepada ucapan-ucapan terhina ini. Saya tidak yakin ayat ini memberi kefahaman kepada kita langgit-langgit, bumi dan gunung-gunung hanya boleh faham ucapan-ucapan terhina ini hanya dalam bahasa Arab:
"Dan mereka berkata, "Yang amat Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah ucapkan yang luar biasa - hampir-hampir langit itu hancur, bumi terbelah, dan gunung-gunung tersungkur runtuh disebabnya."(19:88-91)
Dengan kesimpulan mudah, penjaja-penjaja agama Arab secara terang membuat kesalahan yang besar dengan niat yang jahat mendesak kesemua orang bukan Arab menghambakan diri mereka kepada Allah hanya dalam bahasa Arab dan meniru cara-cara orang "Arab". Pendapat ini bukan saja tidak mempunyai sebarang arahan dari Allah - malahan ianya tidak boleh diterima oleh akal yang waras.
No comments:
Post a Comment