Seorang pakar perubatan wanita dari Kanada pernah menulis kepada saya dan berkata: "Sekiranya kita ingin memahami tentang Pencipta kita - niscaya kita akan membuat kesilapan dengan mengambarkan Pencipta kita sebagai satu personaliti". Saya amat bersetuju dengan beliau, malahan kita akan menambahkan lagi kesilapan kita apabila kita cuba mancari jawapan-jawapannya dari agama-agama yang sudah tersusun.
Dengan semua apa yang telah diajarkan kepada manusia oleh agama-agama mereka - oleh padri-padri Kristian, rabbi-rabbi Yahudi, mullah-mulah Islam dan sami-sami Hindu dan lain-lainnya - mengapa secara sepakat pengalaman sejumlah besar manusia didunia, mereka tahu kesemua ajaran-ajaran agama ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk manusia sejagat?
Secara kolektif, manusia-manusia yang percaya kepada agama, mereka tanpa berhenti-henti - malahan - mereka semakin ganas sesama sendiri. Amat sedikit diantara mereka yang cuba membendung penindasan, prejudis, tidak kesamaan diantara gender, penganayaan terhadap kanak-kanak, menafi hak asasi individu, eksploitasi, fitnah, dan ketidakadilan yang belaku disekeliling mereka. Dengan tidak mengendahkan kesengsaraan-kesengsaraan ini - ianya juga adalah satu bentuk keganasan seolah-olah menggalakkannya terus berlaku.
Kita harus sedar bahawa cita-cita kita untuk menghayati satu cara hidup yang teratur sedang menuju ketahap yang amat tenat. Kita harus berprihatin kepada apa yang berlaku didalam dunia ini, dan yang apa ia cuba menfaatkan kita, dan kita harus bagun dari tidur memikirkan apa yang kita sendiri, ibu bapa kita dan jiran-jiran kita didalam dan luar negeri sedang lakukan secara kolektif atau secara individu.
Berapa lamakah lagi manusia boleh membiarkan diri mereka melihat keadaan ini sebelum mereka menilai dan mencungkil akar umbi mencari sebab-sebab mengapa dunia kita berada dalam keadaan sekarang? Bagi mereka yang berkata mereka percaya kuasa Allah boleh memulih segala penyakit-panyakit dunia, mereka sendiri gagal melihat bahawa kepercayaan yang salah mungkin lebih berkuasa sebagai punca utama masalah dunia sekarang.
Biarkan saya terus kepada inti pati perkara ini secara berterus terang tanpa retorik. Kebanyakan manusia dimuka bumi ini tidak kira kedudukan mereka - adalah hamba-hamba kepada tuhan-tuhan rekaan mereka sendiri samada mereka sedar atau tidak.
Sebagai contoh, orang-orang yang telah mengunci pemikiran mereka berfikir mereka sahajalah yang tahu apa yang dikehendaki Allah - dan mereka mengelar diri mereka sebagai "kaum yang terpilih". Mereka mejalankan hukaman gantung atas wanita-wanita dipasar-pasar awam dan membakar dan menyalib yang lain-lainnya sambil menjunjung Kitab Suci lalu mengumumkan mereka ini adalah ahli-ahli sihir. Mereka ini adalah orang yang sama yang mengeluarkan hukum mengharamkan perkahwinan campuran belainan bangsa.
2. Pemikiran lebih daripada 2 billion manusia telah dipenjara dengan satu kepercayaan bahawa menyeksakan diri adalah cara untuk meningkatkan kebaikan diri sebagai tanda mensucikan roh mereka. Seluruh agama ini dibina atas kepercayaan ini dengan jaminan kesemua mereka telah diselamatkan oleh seorang manusia yang mati diseksa untuk menebus dosa-dosa umat manusia.
3. Dan lebih dari 1.5 billion orang diseluruh dunia telah dikunci pemikiran mereka oleh tuhan-tuhan rekaan mereka dengan kepercayaan secara membuta tuli bahawa Tuhan mereka mahu kesemua manusia menyembahNya dengan korban-korban binatang, sembahyang ritual, menahan diri dari makan dan minum, dan menziarahi sebuah rumah yang diperbuat dari "Batu" sebagai simbol kebesaran Allah. Tuhan-tuhan rekaan mereka akan mengarah askar-askar Muslim mengempur keseluruh pelusuk dunia samada yang dekat atau yang jauh untuk menakluki kesemua bumi dan budaya-budayanya untuk dijadikan sebagai Negara Islam.
Selepas Nabi Ibrahim seorang hamba bernama Musa telah berkomited dirinya kepada 10 perjanjian sebagai panduan cara hidup yang sempurna yang boleh menjaminkan ketenteraman hidup didunia dan akhirat. Tanpa pengetahuan beliau, selepas meninggal dunia musuh-musuh beliau telah menulis sebuah Kitab Talmud, orang-orang Yahudi menganggapnya sebagai wahyu dari Allah. Ianya menjadi Kitab Mulia kepada agama Yahudi, agama baru yang asing bagi Nabi Musa.
Kemudian Nabi Isa diutus kepada kaum yang sama dengan seruan mereka harus kembali hanya kepada Kitab Allah yang diberi kepada Musa - tetapi ulamak-ulamak Yahudi sedar ianya akan musnah institusi agama mereka dan meraka akan hilang semua kuasa dan pengaruh. Sebagai tindak balas mereka mengeluarkan fatwa mengatakan Nabi Isa telah melakukan dosa besar dan mereka menjatuhkan hukuman mati supaya dianya disalib. Soalan mudah bermain dalam minda kita. Adakah dia mati kerana membuat dosa terhadap ulamak-ulamak Yahudi - atau dia mati untuk menebus dosa orang-orang lain? Jawapannya akan menghatui setiap pemikiran yang dibelenggu - termasuklah Presiden Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, setelah beliau mati, agama baru telah muncul. Sepertimana Nabi Musa, Nabi Isa tidak tahu akan adanya satu agama baru yang dipanggil "Christianity".
Dengan kemurahan pencipta langgit dan Bumi Dia telah mensyariatkan cara hidup yang serupa kepada seorang berbangsa Arab dengan mengesahkan apa yang telah diihlamkanNya sebelum ini, tetapi kaum penerima syariat ini telah mencipta satu agama yang dimuatkan penuh dengan kepercayaan-kepercayaan tahyol dan budaya-budaya suku kaum Arab. Sepertimana Nabi Musa dan Isa, Nabi Muhammad tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang adanya satu agama bernama Islam. Berita ini mungkin mendatangkan kemarahan kepada orang-orang yang telah dibelenggu pemikiran mereka samada dia seorang Raja, Ketua Negara, Ketua pasukan bersenjata, Ketua polis, Ketua hakim atau pun seorang ahli saintis. Malangnya, itulah kebenaran yang nyata.
Kesemua agama yang tersusun mencipta satu sistem berkuasa iaitu satu hala dengan tujuan untuk mengawal. Mengikut Al Quran Firaun mencipta agama untuk melemahkan dan memngawal penduduk-penduduknya. "Sesungguhnya Firaun amatlah jahat dimuka bumi - dan dia telah mencipta "agama" (Syia'an) untuk penduduk-penduduknya dengan tujuan untuk melemahkan golongan-golongan diantara mereka...."(Quran 28:4).
Hari ini Raja-Raja, Ketua-Ketua Negara serta menteri-menteri mereka, ahli-ahli korprat dan kaum professional samaada secara sedar atau tidak kesemua mereka telah menjadi hamba kepada Firaun yang mengenakan pakaian yang berbeza-beza seperti rabbi-rabbi, padri-padri, sami-sami dan Imam-Imam. Tiada siapa diantara mereka yang berani mencabar atau menentang Firaun-Firaun moden ini. Pastinya muslihat-muslihat Firaun asli akan terus bermaharajalela - kecuali kita mula mengunakan akal!
Sehingga sekarang, tiada satu pun agama yang tersusun yang berjaya memberi panduan yang berkesan bagaimana manusia semua dapat hidup sebagai satu umat dengan aman damai dan berharmoni. Sebaliknya kita lihat setiap agama ini mereka sendiri berpecah dalam beberapa kumpulan dengan idealogi-idealogi yang bercanggah. Konsep kesemua agama-agama tersusun ini mengajar manusia kepada perbezaan, kebencian, dan kepada punca huru hara dan kezaliman. Sebenarnya ajaran-ajaran mereka telah mengeluarkan kita dari cahaya terang kepada lubang kegelapan yang amat dalam. Buat masa ini keseluruhan umat manusia hidup dalam pimikiran yang dibelenggu oleh kepercayaan agama-agama mereka.
Apakah kita tidak lagi mempunyai keupayaan untuk mebebaskan diri kita dari ikatan-ikatan belenggu ini?
Kandungan buku ini mempersembahkan satu kajian secara terperinci dari salah satu agama tersusun berdasarkan kepada teks asal Kitabnya iaitu Al Quran. Ia mendedah dan membongkar caramana dan bagaimana musuh-musuh seorang Nabi memutarbelit kalimat-kalimat Allah dalam Al Quran untuk mencipta agama Islam sepertimana yang kita tahu dan dapat lihat pada hari ini. Sepertimana penyelewengan yang dicipta oleh rabbi-rabbi dan padri-padri, ulamak-ulamak yang mengatakan mereka sebagai penegak agama Islam sebenarnya telah mencipta dan memakmur "Agama Arab" yang tidak ada kaitan dengan Al Quran. Sebagai biasa hasil kajian ini akan jadi satu kejutan kepada pengikut-pengikut ulamak diseluruh dunia - tetapi ianya akan melemahkan belenggu-belenggu pada minda-minda kritikal diantara mereka. Ianya adalah satu ihlam untuk manusia sejagat.
No comments:
Post a Comment