Saturday, November 7, 2009

Pendahuluan (Bah: 4)

Lihat contoh-contoh bagaimana penjaja-penjaja agama dapat menyerapkan amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan yang bodoh dan karut kepada pengikut-pengikut mereka:-

Mereka yang mengaku pakar dalam Agama Arab akan memberitahu anda salah satu dari "tiang agama" mereka ialah diwajibkan kepada orang-orang yang mampu melawat dan menyembah sebuah rumah batu di Mekah, mengelilingnya beberapa kali dengan penuh khusu' dan mencium seketul batu hitam yang dipasak disatu penjuru rumah batu ini. Kemudian pergi disatu dikawasan berhampiran dengan rumah batu yang sama untuk berulang-alik diantara dua "batu". Selepas itu mereka harus pergi kesatu kawasan mengutip batu-batu untuk dibalingkan kepada Tiang Batu yang dibina oleh orang-orang Arab(kadangkala ada yang baling batu ini dengan selipar) sambil membayangkan tiang batu yang mereka baling adalah syaitan. Tidak cukup dengan menipu pengikut-pengikut mereka tentang batu boleh dijadikan simbol sebagai rumah Allah - Batu juga boleh dijadikan simbol sebagai syaitan - mereka tambahkan lagi penipuan mereka dengan mengata air luat yang diseruling atau "reverse osmosis" yang dibekalkan diMekah adalah air suci atau holy. Kebanyakan pelawat-pelawat yang hanya biasa dengan minuman air-air tawar dinegara mereka - selalunya akan mendapat penyakit batuk apabila mereka minum air laut yang diseruling ini.

Ada pakar-pakar dalam satu agama jenis lain pula yang mengaku mereka berpandukan kepada Kitab Injil yang dikatakan terdapat dalam Bible akan memberitahu anda bahawa "tiang agama" untuk kepercayaan agama mereka ialah Allah Maha Kuasa mempunyai seorang anak yang perlu makan dan minum sepertimana orang-orang lain:

Satu lagi jenis pakar yang lebih awal atau "pioneer" yang melatih penjaja-panjaja agama sebelum kedua-dua agama diatas - mereka boleh menghukum sesiapa dan berkuasa mengeluarkan fatwa-fatwa agama yang mereka cipta atas nama Allah. Puak-puak ini pula mengaku mereka berpandukan agama mereka mengikut Kitab Taurat - sehinggakan mereka mengeluarkan fatwa supaya Nabi yang diutuskan oleh Allah menyeru mereka kembali kepada ajaran Kitab Taurat sebenarnya didisalib. Penganut-penganut yang telah dibelenggu pemikiran mereka dalam agama ini mempunyai kepercayaan bahawa untuk menjadi seorang baik seseorang itu mesti memakai kopiah atau ketayap dan mereka diharamkan mengunting rambut disebelah kiri dan kanan atau memotong janggut.

Kesemua "pakar-pakar" dalam ketiga-tiga agama diatas sudah tentunya mendapat ganjaran yang lumayan dengan mempromosikan idea-idea yang lucu ini - dan lebih dari separuh penduduk bumi sanggup membayar (biasanya diselindung atas nama sedekah) kepada pelawak-pelawak ini. Biasanya penjaja-penjaja agama ini menjadi lintah darat memeras wang dari pengikut-pengikut mereka dengan cara memutar-belit kitab-kitab Allah dengan lidah mereka dengan satu jenis kutipan wang agama atau "Zakat". Sedangkan Al Quran memberi peringatan:- "Ikutilah mereka-mereka yang tidak meminta upah daru kaum"

Sebenarnya Al Quran kerapkali mengingatkan semua manusia mengunakan akal yang dianugerah oleh Allah. Sebagai fitrah manusia itu sedar ianya adalah salah apabila mereka menafi sesuatu kebenaran, tetapi mereka masih lagi tidak mengambil berat atau berusaha untuk menerima kenyataan:-

"Sesungguhnya Kami jadikan jahanam itu untuk kebanyakan manusia dan jin yang mempunyai hati, mereka tidak faham dengannya - dan yang mempunyai mata, mereka tidak nampak dengannya - dan yang mempunyai telingga, mereka tidak dengar dengannya. Mereka-mereka itulah seperti binatang ternakan. Tidak! malahan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang tidak sedar". (6:179)

Dalam kajian saya, kesemua dasar-dasar yang menjadi perhatian saya berpandukan daripada fakta-fakta dari Al Quran sahaja dan lojik-lojik yang terdapat didalamnya.
Buku sejenis ini - pada pengetahuan saya, adalah buku yang pertama sejenisnya. Sekiranya saya tidak melakukan kajian ini, lambat laun, ada yang lain-lain yang akan melakukannya.

Kajian ini mewakili satu usaha gigih cara-cara mencungkil inti-pati Al Quran, terutama sekali kepada pembaca-pembaca bukan Muslim yang mempunyai anggapan salah terhadap Al Quran. Dari pandangan mata kebanyakan orang-orang "Muslim" (yang berpegang kuat kepada agama Arab) kajian teks Al Quran secara kritikal tidak akan mendatangkan faedah sebagai satu pelajaran untuk satu cara hidup bagi kesemua manusia sejagat dibumi ini. Pada pendapat mereka, Al Quran berurusan dengan hal-hal "Agama" sahaja. Pendapat seperti ini amat bertentangan dengan fakta-fakta dimana Al Quran sendiri menentang kesemua "agama". Sehingga orang-orang muslim dapat menerima hakikat yang penting ini - mereka akan terus tidak akan memahami Kitab yang mereka kata menjadi panduan kepada kepercayaan mereka.

Mungkin ada diantara pembaca-pembaca buku ini yang biasa membaca buku-buku yang tidak mengunakan bahasa terus-terang. Mungkin mereka akan terjumpa bahasa-bahasa yang keras dibeberapa tajuk dalam buku ini. Buku ini ditulis untuk mereka-mereka yang tidak tahu apapun tentang kritikan-kritikan teks tetapi mungkin mereka ingin mengetahui bagaimana penjaja-penjaja agama menukar telah menukar mesej-mesej Al Quran. Ianya ditulis untuk dibaca oleh semua tidak kira apa saja kepercayaan mereka. Sudah tentu terdapat banyak orang-orang muslim yang ikhlas dan bijak pandai diseluruh dunia - atau mungkin juga ada diantara orang-orang Arab itu sendiri - yang mencaricari kebenaran dan cara hidup yang diredhai oleh Pencipta mereka. Saya ingin merayu kepada kesemua mereka - supaya tidak membaca untuk bercanggah dan bersanggah, atau mempercayainya tanpa periksa - tetapi bertimbang dan berfikir.

Yang penting sekali bukanlah tujuan saya untuk menimbul kemarahan kepada mana-mana pembaca dan saya berasa bangga sekiranya pandangan-pandangan yang disampaikan dalam buku ini dianggap sebagai satu dorongan yang datang dari kekuatan keyakinan saya.

Untuk mengakhiri pendahuluan ini, saya mengaku bahawa Aidid Safar adalah nama pena atau nom de plume. Agama Arab buat masa ini terserlah kegilaannya tanpa lojik, tidak bertimbang-rasa, dan penganut-penganutnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas tentang Kitab yang mereka percaya. Dari Morroco hingga ke Philippines, lebih dari satu billion orang telah membenarkan diri mereka diperbodohkan untuk terlibat dalam kegilaan ini.

Ada penulis-penulis difatwakan oleh penjaja-penjaja agama Arab dengan hukuman mati kerana berkata kurang dari apa yang katakan dalam buku ini. Di kebanyakan negara yang dipanggil negara-negara Islam, penulisan buku seperti buku ini mengakibatkan penulisnya diburu, didakwa, dipenjara dan besar kemungkinan dibunuh oleh tanggan-tanggan yang bersedia dari pengikut-pengikut gila agama Arab. Jelas sekali, orang yang berfikiran waras semesti mengambil sikap berjaga-jaga.

Apa yang penting disini adalah mesejnya, bukan siapa yang berkata tentangnya. Membunuh pembawa-pembawa berita telah menjadi adat yang tertulis dalam buku-buku sejarah. Disebaliknya pula, ada pembawa-pembawa berita dijadikan sebagai sesuatu yang mereka tidak selesa - oleh pengikut-pengikut yang terslah-anggap - sehingga ada yang dijadikan idola. Saya ingin menjauhkan diri saya daripada kemungkinan mendapat nasib yang sama. Dengan itu, saya akan terus kekal - dengan izin pembaca-pembaca yang budiman - sebagai Aidid Safar.

Adalah harapan ikhlas saya kepada mereka yang berminat - supaya mereka membaca buku ini dengan semangat sebaimana ianya ditulis. Tambahan, saya ingin meluahkan ucapan terima kasih saya kepada mereka-mereka yang telah memberi saya sokongan moral untuk menjalankan kajian-kajian ini. Saya terhutang budi kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan seperjuangan, dan ahli-ahli keluarga saya yang memberi perangsang supaya saya menulis buku seumpama ini. Terimalah ucapan "keamanan" yang ikhlas dari saya.

Terima kasih.

1 comment:

  1. "Sesungguhnya Kami jadikan jahanam itu untuk kebanyakan manusia dan jin yang mempunyai hati, mereka tidak faham dengannya - dan yang mempunyai mata, mereka tidak nampak dengannya - dan yang mempunyai telingga, mereka tidak dengar dengannya. Mereka-mereka itulah seperti binatang ternakan. Tidak! malahan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang tidak sedar". (6:179)= 7:179 ?

    ReplyDelete