Monday, November 23, 2009

Bab Pertama : Orang Islam dipaksa Menyembah Batu Oleh Arab

Agama pagan Arab menekankan tumpuan kepada adat-adat yang ada kaitan dengan penyembahan sebuah patung batu menyerupai rumah yang dibina diMekah yang telah salah disebut sebagai Ka'aba serta batu-batu lain dipesekitarannya. Penjaja-penjaja agama Arab telah mewajibkan semua penganut-penganut agama ini menyembah batu-batu ini - itulah sebabnya sehingga hari ini - penganut-penganut agama Arab diseluruh dunia tunduk dan sujud kearah struktur batu ini tidak kira dimana mereka berada

Penjaja-penjaja agama Arab berkata "struktur batu yang ada diMekah sekarang ialah rumah Allah". Mereka panggil struktur batu ini sebagai "Baitul-Lah" atau "rumah Allah". Yang anehnya, perkataan ini atau istilah "Baitul-lah" ini tidak terdapat dimana-mana pun disebut dalam Al Quran. Kalaulah konsep ini benar, dan ianya konsep yang paling penting kepada kepercayaan orang-orang muslim, bagaimana perkataan ini boleh terbolos daripada Al Quran? Tidak lain konsep ini hanyalah satu rekaan orang-orang Arab untuk menipu manusia didunia.

Dari perspektif yang lain, sekiranya andaian ini benar, ianya bermakna bahawa Allah - Tuhan Semesta Alam tinggal dirumah lekok batu kecil yang berukuran 627 kaki pesegi di Mekah. Hanya kerana perkataan Baitul-lah ini diperkenalkan dalam penyakit bahasa Arab tiada siapapun diantara penganut-penganut agama Arab ini mengambil berat untuk menyemak maksud perkataan ini. Orang-orang muslim diseluruh dunia tidak pernah mempersoal apabila mereka menyebut perkataan Baitul-Lah kerana bagi mereka perkataan ini adalah satu perkataan "keramat" - dengan itu makna perkataan ini tidak harus dipersoalkan. Menyoalnya secara kritikal - akan mengakibatkan penyoalnya dituduh sebagai orang yang bertentangan kepercayaannya dengan orang lain atau heresy.

Orang-orang Arab harus dipuji kerana berjaya menggekalkan magnitud mitos-mitos ini. Bagi orang-orang bukan Arab ungkapan dalam bahasa Arab selalunya dianggap sebagai bahasa "suci" terutama sekali apabila perkataan-perkataan ini disematkan dengan perkataan Allah. Mereka akan sembah apa saja yang ada kaitan dengan nama Allah dan mereka sanggup menunduk dan bersujud kepada sebuah struktur batu hanya kerana ada perkataan Allah disematkan kepada perkataan Bait.

Saya pernah melawat struktur batu ini beberapa tahun lalu dan setiap kali saya menonggeng menghadap kebatu ini saya terasa diri saya amat terhina dengan kebodohan saya sendiri. Mengapa saya harus mengunakan batu ini sebagai perantaraan diantara saya dengan Allah. Apakah saya boleh mendekati diri saya dengan Allah secara bertonggang tongek kepada batu ini? Selepas saya pulang ke negara asal saya - setiap hari saya memohon ampun kepada Allah atas segala perbuatan yang saya lakukan diMekah dan berjanji kepadaNya saya tidak akan pijak kaki saya ditanah Arab ini buat selama-lamanya. Tidak boleh dibayangkan bagaimana berjuta-juta orang yang bijak pandai samada lelaki atau perempuan termasuk ketua-ketua negara dan orang-orang profesional boleh melawan akal mereka menghambakan diri kepada sebuah struktur batu yang dibina oleh tanggan-tanggan manusia? Walaupun kenyataan ini akan mendapat cacian dari pelbagai pihak sebagai heretikal, tetapi kebenarannya amat nyata sekali. Batu tetap akan kekal menjadi batu selama-lamanya. Hakikatnya, Mekah dan Madinah adalah dua kota raya yang paling ramai dikunjungi oleh penyembah-penyembah berhala dari seluruh dunia.

Ada juga orang yang berkata: "Oleh kerana Allah mempunyai segala langgit dan bumi, ianya tidak salah kalau kita berkata Dia mempunyai rumah". Walaubagaimanapun, ini adalah satu kegilaan yang nyata (ditanam oleh ego sombong) sebagai satu sangkaan bahawa Pencipta Langgit dan Bumi mempunyai sebuah rumah istemewa ditengah-tengah padang pasir untuk mencermin kemulianNya. Sebaliknya, orang-orang dangkal yang sama menuduh orang-orang lain sebagai pagan kerena mereka menyembah batu-batu yang berlainan bentuk. Bukankah mereka juga mengerja amalan yang sama apabila mereka menyembah sebuah rumah batu diMekah. Apa bezanya diantara kedua-dua batu yang dibuat oleh tanggan manusia seperti dibawah? Bagimana batu ini kalau diukir menjadi bentuk rupa gajah orang-orang yang menganggapnya "suci" dipanggil pagan - sedangkan kalau ianya diukir menjadi bentuk sebuah rumah orang-orang yang menganggapnya "suci" dipanggil sebagai orang-orang menghambakan diri kepada Allah? Bukankah kedua-dua golongan ini menghambakan diri mereka kepada batu?










Kesemua ini adalah pukulan dari sentuhan syaitan. Fikirkan kenyataan-kenyataan dalam Al Quran yang mengatakan syaitan-syaitan adalah yang paling pintar mengawal minda manusia. Al Quran dengan jelas menggatakan Allah akan jadikan syaitan sebagai kawan yang paling rapat kepada orang-orang yang lalai dari mesej Allah dan syaitan-syaitan itu akan mempermainkan pemikiran mereka sehingga mereka fikir mereka berada dijalan yang lurus:

"Dan barangsiapa lalai dari peringatan Yang Amat Pemuruh Kami peruntukkan baginya syaitan sebagai teman rapat. Dan ianya (syaitan itu) benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan (Allah) - dan mereka kira mereka betul-betul mendapat petunjuk." (43:36-37)

Kesemua ilmu bahasa dan kontektual yang meragukan telah berjaya menyembunyi mesej sebenar Al Quran. Kitab suci ini diperkecil-kecilkan nilainya sehingga ianya dijadikan sebagai sebuah buku untuk dinyanyi berulang-ulang dan untuk dilagu-lagukan. Sehingga hari ini, kebanyakan penganut-penganut agama Arab mengikuti secara membabi buta "resepi-resepi" peratauran yang ditetapkan dalam bahasa yang asing bagi mereka dan mereka menggekalkan mitos-mitos Arab ini sebagai satu cara hidup mereka. Terdapat juga penyakit yang sama dalam agama-agama lain, tetapi ianya tidaklah seburuk dan meluas seperti agama Arab.

Kebanyakan salah faham ini sepatutnya mudah disedar oleh mereka dengan hanya mengambil berat dan mengunakan akal. Nampaknya pengunaan akal hampir-hampir bukan lagi sebagai satu keperluan bagi kebanyakan manusia.

4 comments:

  1. Ehem...saya tidak tau kamu ini seorg islam atau bukan...dari cara penulisan ini sptnya kamu bukan dr org2 islam....

    Kamu tahu kaaba itu dibina oleh rasul Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s....


    Kamu menganggap semua umat islam memperhambakan diri kepada bangunan 4 segi itu???

    saya ingatkan kamu kisah sewaktu para malaikat bertonggek sujud kepada Adam...apa para malaikat itu memperhambakan diri kepada Adam??? kamu tahu bukan malaikat itu merendahkan diri mereka dihadapan Allah dengan sujud kepada Adam...

    SIAPA LEBIH MULIA PADA KAMU MALAIKAT ATAU MANUSIA???? adakah malaikat rasa terhina dengan sujud kepada Adam?????

    sebab kamu merasa TERHINA dengan terpaksa SUJUD kearah KAABA..

    Nampaknya saya perlu ingatkan kamu tentang suatu makhluk Allah yang enggan sujud kepada Adam kerana merasa terhina dan bodoh dengan perintah Allah itu.... KAMU TAHU BUKAN SIAPA MAKHLUK ITU???

    IBLIS!!!

    Iblis merasa hina dgn dipaksa sujud kepada Adam yg cuma MANUSIA yg lemah... berbanding dengan dia Iblis yg merasa lebih besar........


    Nampaknya kisah ALLAH,MALAIKAT,ADAM dan IBLIS sewaktu di syurga turut berlaku dibumi.....dan berterusan sehingga hari ini... dan kisah keengganan Iblis itu berlaku kepada manusia yg enggan sujud kearah MASJIDIL HARAM (KAABA)...

    JIKA IBLIS ENGGAN SUJUD KEPADA ADAM....

    MANUSIA PULA ENGGAN SUJUD KEPADA KAABA...

    SERUPA BUKAN???

    IBLIS MEMPERSOALKAN MENGAPA HARUS DIA SUJUD TUNDUK KPD ADAM.....

    MANUSIA PULA MEMPERSOALKAN MENGAPA HARUS SUJUD KEPADA KAABA.....

    ************************************************

    Jangan persoalkan apa yg diperintah Allah.. malaikat yg Taat itu tidak pula mempersoalkan mengapa mereka perlu melakukan begitu.....dan kita manusia juga seharusnya seperti malaikat yg tdk mempersoalkan mengapa kita perlu sujud kearah Kaaba...Allah Maha Mengetahui segala isi hati....

    walaupun malaikat itu sujud kepada Adam, mereka tidak sembah Adam... begitu manusia sujud kepada Kaaba, mereka tidak sembah Kaaba.....

    Allah tahu apa yg diniat oleh hamba2Nya.... Kaaba (baitullah)..bukan bermaksud Allah tinggal didalam kaaba.....terlalu bodoh amat rasanya kalau ada umat islam yg terfikir bhwa Allah tinggal didlm kaaba itu.... Teringat pula waktu Bilal Bin Rabbah yg berdiri diatas kaaba sambil melaungkan azan...Bilal pijak baitullah itu...

    Cukup setakat ini.... i'll be back...

    ReplyDelete
  2. Kalau ketageh sangat nak buat komen tanpa bukti dari ayat-ayat Quran - tolong jangan buang masa nak komen. Sila baca Quran dan lihat samada Nabi Ibrahim biasa berada di Mekah atau tidak: Dibawah ini petikan dari buku "Mental Bondage in The Name of God" yang disediakan dengan rujukan ayat-ayat Quran mengatakan Nabi Ibrahim tidak pernah berada di Mekah.

    >>>>>>

    Abraham and Ishmael were never in Mecca
    Posted on January 7, 2009 by Aidid Safar
    There is solid evidence in the Reading that Abraham and Ishmael had never stepped their foot in Mecca – unless the Muslims disbelieve what is written in their own Holy Scripture.

    There is also no evidence from the Reading (including 2:125-129) that Abraham and Ishmael built a physical house. The truth is like Moses, Jesus and other messengers, Abraham and Ishmael were never in Mecca as prophets or messengers to warn the Arabs.

    If Abraham had been inspired by God to go to Mecca1 to build and purify God’s house, he would have been duty-bound to warn the Arabs in Mecca and the Arabs around it.

    But the Reading says the Arabs were gentiles which mean they had no prior knowledge of God’s Scripture or received any information about serving God. They had received no warner before Muhammad

    We did not give them the Scripture to study. And We did not send messengers to them before you as warners. (34:44)

    This is the hard evidence and it is so easy to understand. “We never sent to your race any messenger before you became a messenger”.

    Muhammad was the first messenger to the Arabs around him. Since the religionists believe that Muhammad was born in Mecca, there is no way Abraham could have been sent there previously.

    >>>>>>>>>>

    Teruskan tutup minda anda dan gembiralah dengan penyembahan batu-batu yang dibina oleh Pak Arab!

    ReplyDelete
  3. 2:125
    Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
    2:126
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

    ReplyDelete
  4. Bila masa pula si Aidid Safar ni pandai tulis dalam Bahasa Melayu?

    Kalau ketagih sanggat nak jadi Aidid Safar tulis lah buku sendiri!

    ReplyDelete