Wednesday, July 27, 2011

Bab Ketiga (2): Cerita Dongeng Orang Arab Tentang Ka’abah


Walaupun tanpa membuat sebarang perbandingan diantara agama Arab dengan agama Hindu dalam persamaan aktiviti-aktiviti ritual, ianya tidak boleh dinafikan amalan-amalan ritual yang dilakukan diMekah buat masa kini adalah warisan amalan-amalan agama pagan purba yang memberi tumpuan kepada berhala-berhala yang diperbuat dari batu oleh tanggan-tanggan manusia.

Nabi Ibrahim telah dipilih oleh Allah untuk menjadi Imam kepada kesemua manusia (2:124) - (ini termasuklah orang-orang Melayu -sebab mereka pun manusia juga).  Allah jadikan dalam sistemNya bekalan atau providence sebagai sumber ketenteraman untuk manusia. Mereka diminta jadikan kedudukan Ibrahin yang telah berkomited mensucikan sistem Allah dengan anaknya Ismail untuk segolongan manusia yang bertekun, dan yang merendahkan diri, dan mereka yang bersetuju. (2:125).

Komitmen yang jelas oleh Ibrahim mensucikan sistem Allah ialah - bilamana dia musnah berhala-berhala kaumnya yang dijadikan ikon sebagai object perantaran untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ritual. Ibrahim faham  - manusia sebagai hamba Allah harus mengabdikan diri mereka hanya kepada Allah yang ghaib - tanpa sebarang simbolik yang mempunyai reka-bentuk diperbuat dari batu, kayu, besi, atau bahan-bahan lain yang dicipta oleh Allah. Selepas dia musnahkan berhala-berhala kaumnya dia bertanya kepada mereka:

  • "Dia bertanya, "Macam mana kamu boleh abdikan diri kamu kepada apa yang kamu ukir sendiri - sedangkan Allah yang menciptakan kamu dan segala apa yang kamu buat?" (37: 95-96)

Sejak zaman purba lagi batu adalah bahan lazim (mungkin ianya tahan lasak) diukir dengan pelbagai bentuk rupa untuk dijadikan simbol yang dikaitkan dengan Tuhan Semesta Alam. Ianya dibina atau diukir mengikut  kepercayaan satu-satu kaum itu. Orang-orang Arab kunu percaya Tuhan mereka tinggal dalam rumah yang tidak bertingkap - jadi mereka bina sebuah rumah ditengah-tengah padang pasir lalu diberi nama "Rumah Allah" atau "Baitul-lah". Yang peleknya istilah "Baitul-lah" tidak ada dalam Quran! Apabila mereka sembahyang mengadap rumah ini mereka panggil "Allah-hu-Akbar" - dan bertambah pelek lagi bila perkataan "Allah-hu-Akbar"  ini juga tidak ada dalam Quran!

Apa saja bangsa atau kaum yang tidak pernah menerima petunjuk dari Allah mereka akan mengikuti kepercayaan nenek moyang mereka termasuklah orang-orang Arab dan juga orang-orang Melayu. Pada asalnya orang-orang Melayu adalah animistik dan kepercayaan mereka bercampur aduk dengan ritual-ritual agama Hindu, agama Arab dan amalan karut-marut.

Apabila Allah memberi Rahmat kepada orang-orang Melayu dengan petunjukNya dalam Al Quran - mereka tidak mengambil berat untuk mengkaji selidik isi kandungan KitabNya. Mereka memilih untuk mentaati secara membabi buta apa saja yang diajar oleh orang-orang Arab - semata-mata kerana orang Arab lebih faham bahasa Al Quran - walaupun dengan jelas Allah menetapkan "orang-orang Arab itu amat keras kekafiran dan kemunafikan mereka - dan mereka tidak layak mengetahui batas-batas yang diturunkan Allah kepada RasulNya." (9:97).

Apabila orang-orang Melayu merelakan diri mereka menjadi Pak Turut kepada agama yang diasaskan oleh orang-orang Arab mereka terpaksa berkomited kepada rukun-rukun agama yang ditetapkan oleh bangsa ini walaupun ajaran-ajaran ini tidak ada dalam Al Quran. Salah satu darinya ialah mengerjakan ”Haji” .  Orang-orang Arab adakan istilah "Haji" ini setelah mereka korup kalimah Allah dalam Al Quran. Walaupun tanpa Al Quran - seharusnya orang Melayu dapat lihat dan berfikir - segala aktivi-aktiviti ritual ini mempunyai pengaruh dan unsur-unsur amalan pagan. Misalnya:

  • Amalan "Haji" ini harus dilakukan dibeberapa tempat yang mempunyai berhala-berhala selama sepuluh hari untuk memenuhi nilai-nilai pantang larang kepercayaan agama pagan nenek moyang Arab jahiliah. Ritual-ritual dan fomula-fomula seruan serta upacara-upacara yang dipatuhi dibeberpa tempat dimana berhala-berhala ini didirikan menjadi tempat pesinggahan atau stesen dikekal sehingga sekarang.

Untuk menghalang manusia dari jalan Allah - orang-orang Arab telah menulis dengan tanggan mereka kitab-yang dipanggil sebagai kitab hadis - dengan cara berdusta mereka berkata amalan-malan pagan ini adalah dari perintah Allah. Yang paling malang - ada diantara orang-orang Melayu mempertahankan ajaran-ajaran yang direka oleh orang-orang Arab ini - sehinggakan mereka sanggup menjatuhkan hukum bunuh atas sesiapa saja yang ingkar kepada kitab-kitab ini. Kitab-kitab hadis rekaan orang-orang Arab ini dijadikan tunjang kepercayaan mereka - dan Kitab Allah tidak ada tempat dalam hidup mereka.

  • Sebelum memasuki kuil setiap jemaah diwajibkan berada dalam keadaan bersuci dengan mengenakan dua helai kain putih yang tidak berjahit yang diberi nama sebagai ”Ihram” (perkataan ini tidak ujud dalam Quran) dan mereka harus membuat laungan sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk mengabdikan diri kepada tuan punya rumah batu empat segi. Ini dinamakan ”Tarbiyah”. Amalan ini  dipamerkan melalui laungan yang dinamakan ”Ihlal” satu fomula pagan purba yang dinamakan ”Laa-Baik” dan diikuti dengan ritual-ritual berikut:

  • Mengelilingi bangunan batu empat segi secara berlawanan arah jarum jam sebanyak tujuh kali – dan ada juga yang melakukannya sebanyak sepuluh kali mengikut perintah Arab mana mereka patuhi. Setiap pusingan jemaah diwajibkan mencium seketul batu hitam yang dipasak dalam selonsong perak berbentuk kemaluan wanita yang dinamakan ”Hajar Aswat”. Hajar maksudnya ialah ”Batu” dan ”Aswat” maksudnya ”Hitam”. Bagi yang tidak dapat menciumnya – mereka diwajibkan melambai-lambai tanggan kepada ”Batu Hitam” ini - dan tidak kurang ada juga yang memberi isyarat "flying kiss" kepadanya. (Saya harap satu hari nanti Batu ini akan membalas lambain pengikut-pengikut agama Arab ini)

  • Setelah selesai berputar-putar tujuh atau sepuluh kali bangunan batu ini - jemaah akan melakukan ritual sembah mereka dengan gerak badan dibelakang sebuah tunggul binaan kecil yang dipasang dengan sangkar bersalutkan emas terletak beberapa meter dari bangunan utama batu empat segi. Dalam sangkar ini kelihatan acuan tembaga berbentuk tapak kaki – kononnya – ini menujukkan Nabi Ibrahim orang kebal sehingga boleh memijak tongkol tembaga sehingga dia boleh meninggal kesan tapak kakinya.

  • Sesudah menjalankan ritual sembah - mereka beredar ke satu kawasan tidak jauh dari bangunan batu empat segi untuk menjalankan satu lagi ritual diantara dua bonjol batu yang diberi nama Safa dan Maruah. Ritual ini dinamakan sebagai "Sa’ei". Disini jemaah akan berulang alik diantara dua tunggul batu tersebut sebanyak tujuh kali dan mereka juga diwajibkan untuk berlari-lari ditempat-tempat yang telah ditetapkan oleh orang-orang Arab. (Nampaknya tanpa batu-batu diMekah ini jemaah akan hilang punca).

  • Pada hari keenam jemaah agama Arab akan berangkat ke lokasi lain beberapa kilometer dari Mekah yang dinamakan sebagai Arafat untuk menjalankan satu lagi ritual. Ianya dinamakan sebagai ”Wukuf” yang sebenarnya satu lagi warisan amalan-amalan ritual pagan untuk menyembah kehebatan matahari. Jemaah akan berdiri untuk menghormati pergerakan matahari dari ditengah hari sehingga ianya tebenam. Untuk sempurnakan ritual ini mereka harus sentiasa berdiri.

  • Apabila terbenam saja matahari jemaah semua akan bersegera (satu lagi ritual yang dinamakan ifada) untuk pergi ke Muzalifah - satu kawasan terbuka lebih kurang empat kilometer dari Mina. Disini terdapat satu lagi menara yang dianggap suci oleh orang-orang Arab dan orang-orang bukan Arab diwajibkan untuk berjaga sepanjang malam sambil melaung-laung mantra dari masa kesemasa sepertimana yang diajar oleh ulamak-ulamak mereka – kadang-kadang bila didengar dengan betul-betul ianya seakan-akan laungan untuk berperang yang dilaungkan oleh pahlawan-pahlawan Red Indian yang kita lihat dalam filem hollywood. Disini juga jemaah akan mengutip batu-batu kecil dipermukan bumi (yang dibekal dan ditabur dimerata-rata pemukaan bumi oleh kerajaan Arab sebelum acara tahunan bermula) untuk dijadikan senjata pemusnah untuk merejam syaitan.

  • Untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti ritual warisan pagan Arab – kesemua jemaah diwajibkan pergi ke Mina pada hari kesepuluh. Mina pada asalnya adalah satu kawasan ritual korban dizaman purba dan ianya terletak diantara perjalanan balik ke Mekah. Pembawa-pembawa obor agama pagan Arab pada mulanya membina sebuah tiang batu sebagai simbol syaitan – dan kesemua jemaah diwajibkan merejam syaitan ini dengan batu-batu yang dikutip diMuzalifah. Bagi jemaah yang kehabisan batu (tapi masih high lagi) – kadang-kadang sliper dan kasut pun jadi. Ritual rejam ini menandakan berakhirnya keadaan suci jemaah yang mengerjakan haji – dan dari saat itu mereka bolehlah menjalankan cara hidup mereka yang normal.

  • Nota: Tidak dapat dinafikan mereka yang mentaati agama pagan Arab ini sudah di-brainwashed dari awal-awal lagi supaya minda mereka membayangkan tiang batu yang mereka rejam itu adalah syaitan. Sudah beratus-ratus tahun syaitan ini kena rejam – tetapi dia masih hidup sampai sekarang. Bukan itu saja, beberapa tahun lalu syaitan ini telah mendapat peruntukan khas dari Kerajaan Saudi untuk dinaikkan-taraf wajahnya – jadi sekarang syaitan ini berwajah struktur dinding yang lebih canggih dari wajahnya yang asal. Sepatutnya zaman sain dan teknologi sekarang mereka tidak perlu lagi mengunakan batu - tetapi disebabkan "Batu" amat penting dalam kepercayaan pagan - mereka tidak akan menukar status quo.

  • Kemuncak prosiding ritual pagan ini adalah korban binatang-binatang ternakan. Ini adalah satu adat warisan purba orang-orang Arab pagan melaksanakan korban binatang untuk menawarkannya kepada tuhan-tuhan mereka. Ritual ini dijalankan diatas batu granit dicerun gunung Thabir, satu kawasan yang kononnya lokasi dimana Nabi Ibrahim cuba sembelih anaknya. Mengikut Al Quran Allah mengutuk keras apa saja bentuk korban yang ditawarkan kepadaNya. 

  • ” Dan mereka menawarkan untuk Allah dari apa yang telah diciptaNya dari hasil ladang dan ternakan-ternakan yang dibahagi-bahagikan dengan mengatakan, ”Ini bahagian untuk Allah menurut anggapan mereka – dan bahagian ini pula untuk sekutu-sekutu kami.” Sesungguhnya apa yang diperuntukkan untuk sekutu-sekutu mereka tidak akan sekali-kali sampai kepada Allah – dan apa yang diperuntukkan kepada Allah  – maka ianya akan sampai kepada sekutu-sekutu mereka akhirnya. Amat buruk apa yang mereka tetapkan.” (6:136)

Titik tumpuan aktiviti korban ini sebenarnya adalah darah binatang-binatang yang disembelih. Ritual ini dijalankan selama tiga hari. Selepas mereka gagal membunuh syaitan diMina - hari kesebelas mereka akan mula korban binatang-binatang ternakan - dan orang-orang Arab akan tunggu dilokasi ini sehingga darah binatang-binatang ini kering pada hari ketiga belas. Tiga hari ini dinamakan sebagai ”Tashrik” – yang bermaksud ”mengaitkan” atau (associate) darah-darah korban dengan Allah. Apabila darah-darah ini kering ianya tanda tuhan mereka telah tahbiskan atau tuhan mereka telah memberi lesen kesempurnaan ritual mereka untuk tahun itu. Orang-orang Melayu yang dapat lesen ini akan mengguna perkataan "Haji" atau "Hajjah" didepan nama mereka.

Yang paling aneh sekali, perkataan-perkataan seperti Ihram, Talbiya, ihlal, la-baik, hajar aswat, wukuf dan Ifada tidak pernah langsung disebut oleh Allah dimana-mana ayatNya dalam Al Quran. Kesemua terminologi ini hanya digunakan oleh Arab-Arab pagan zaman jahiliah. Mengikut Al Quran Allah telah memberi amaran kepada Nabi Ibrahim dalam sura 22:26 dengan amaran ”Ann-Laa-Tushrik-Bi-Syai-ann” atau ”Jangan sekali-kali kamu kaitkan Aku dengan apa saja sekali pun”.

(Nota: Ada ulamak besar diMalaysia cuba mempertikaikan ”Tashrik” dieja sebagai ”Tashriq” - jadi ianya tidak serupa. Malangnya buku panduan dalam bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji Kerajaan Saudi mengeja perkataan ini dengan mengunakan ”Kaf” bukan ”Qaf”.)

Bagi orang-orang yang mengaku mereka hanya berpegang kepada ajaran Al Quran semata-mata – tetapi masih lagi percaya kepada ”Ka’abah” dan ritual-ritual ”haji” – mungkin mereka mempunyai fomula dan  istilah-istilah yang lebih canggih dari Arab-Arab pagan bila mereka mengerjakan ritual "Haji".


6 comments:

  1. MRAR

    Sekadar berkongsi petunjuk Tuhan yang terdapat dalam Furqan

    Madinah Dilakhnat Tuhan Di Dunia & Akhirat

    Al-Hijr :
    Dan sesungguhnya penduduk "AL-HIJR" telah mendustakan rasul-rasul. (80) Dan Aku telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ajaranKu yang disampaikan oleh rasulKu); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya). (81) Dan mereka MEMAHAT sebahagian dari GUNUNG-GANANG, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya). (82) Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan bumi pada waktu pagi. (83) Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun. (84)

    Hud :
    Mereka punah-ranah seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud: Kaum Nabi Soleh. (68) Mereka punah-ranah seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan: Kaum Nabi Syuaib, sebagaimana binasanya kaum Thamud. (95)

    Labah-Labah @ Al-Ankaboot :
    Dan ingatkanlah peristiwa kebinasaan Aad (kaum Nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh) dan telah pun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka dan kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: Amal-amal mereka yang jahat itu, lalu dia menghalangi mereka dari jalan Tuhan, padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah). (38)

    Mekah Dilakhnat Tuhan Di Dunia & Akhirat

    Al-Hijr :
    Dan sesungguhnya Neraka itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu (syaitan). (43) Ia mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka yang sesat dan menyesatkan itu. (44)

    Maka Tuhan jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Dia hujani atasnya dengan BATU DARI TANAH YANG DIBAKAR. (74) Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, MENGANDUNGI TANDA-TANDA bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. (75) Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di JALAN YANG TETAP (dilalui orang). (76) Sesungguhnya keadaan yang demikian, MENGANDUNGI SATU TANDA yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman. (77) Dan sebenarnya penduduk kampung "AIKAH" adalah orang-orang yang berlaku zalim. (78) Maka Aku membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di JALAN YANG TERANG (yang masih dilalui orang). (79)

    Hud :
    Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan, serta mereka mendustakan rasul-rasulNya dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya. (59) Mereka ditimpa lakhnat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: Kaum Nabi Hud. (60)

    Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Tuhan, Dia jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Dia menghujaninya dengan BATU-BATU DARI TANAH YANG DIBAKAR, menimpanya bertalu-talu. (82) Batu-batu itu ditandaNya (untuk membinasakan mereka) dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (83)

    Al-Ankaboot :
    Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat). (34) Dan sesungguhnya, Tuhan telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya. (35)

    ReplyDelete
  2. "(Saya harap satu hari nanti Batu ini akan membalas lambain pengikut-pengikut agama Arab ini)"

    -- HaHaHa =)

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kalian....

    ReplyDelete
  4. Maksud ayat 97, Surah Al-i Imram:-

    "Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk".

    Sya harap "Baca Quran" dapat memberikan komen terhadap maksud terjemahan yang dibuat oleh orang melayu yang mempelajari Al-Quran dengan hati yang terbuka.

    ReplyDelete
  5. Salam Unknown,

    Saya harap lain kali sekurang-kurangnya buatlah nama samaran bila nak buat komen. Agak sukar saya nak panggil seseorang itu "unknown". Bukankah orang kita ada banyak nama - seperti malu kucing, Mat Kelantan, Yeop Perak, Ali Pedukang, Pak Man Telo, dll.

    Satu perkara penting harus kita ingat, kita guna terjemahan sebagai rujukan untuk memahami mesej Al Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab. Terjemahan tidak seharusnya diterima bulat-bulat sebagai inspirasi asal yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi.

    Tiada ada dua terjemahan yang mempunyai kesamaan - jadi, kita harus teliti apabila kita membaca mana-mana terjemahan.

    Saya tidak pasti terjemahan apa yang sdr unknown guna sebagai rujukan - dan saya lihat dalam terjemahan tersebut ianya mempunyai kurungan sebagai pemahaman peribadi pentejemah.

    (1) Perkataan "Maqam" dalam istilah bahasa Arab yang digunakan dalam Al Quran bermaksud "Kedudukan" seseorang - dan dalam Al Quran ayat 79:40 perkataan "Maqama-Rob-bihi" memberi maksud "kedudukan Allah".

    (2) Perktaan "Baitullah" dalam bahasa Arab tidak ada dalam ayat 97 surah Al-i-Imram. "Bayt" dan "Baitullah" adalah dua perkataan berlainan - dan perkataan baitullah tidak terdapat dimana-mana ayat dalam 114 surah. Allah memberitahu kita Dia tidak ketandusan "perkataan". atau "kalimat" - jadi kita tidak seharusnya membuat fitnah mengatakan - apa yang dimaksudkan perkataan "bayt" dalam sura 3:97 adalah sama dengan "baitullah".

    (3) Kalaulah kita terima misalnya perkataan "Bayt" dalam sura 3:97 sebagai bangunan fisikal - apakah kita tidak boleh mengunakan akal fikiran kita - atau kita tidak mampu untuk bertanya:

    (i) Berapa besar kah rumah yang harus dibina untuk menampung 10,000 orang pada satu-satu masa? Dalam ayat 3:97 pentejemah kata "Sesiapa yang masuk ke dalamnya".

    (ii) Sehingga sekarang, berapa orang yang dapat masuk dalam rumah yang dimaksudkan dalam ayat 3:97?

    (iii) Apakah tidak mungkin pentejemah silap menterjemahkan ayat 3:97?

    (iv) Kalau pentejemah tersilap - apakah harus kita lakukan?

    Masalah orang-orang kita ialah kita berpegang kepada satu budaya yang tidak berani bertanya - atau kita diasuh dari kecil supaya jangan betanya. Selagi kita tidak berani mengikis budaya ini dalam diri kita - selama itu kita akan jadi "Pak Turut" - dan akhirnya kita tidak akan menjadi bangsa yang produktif.

    ReplyDelete
  6. Majoriti masih kekal menyangka kena masuk melawat kubur Ibrahim,untuk mendapat keamanan dan ketenteraman.Makam yang dimaksudkan tu bukan kubur,ia sebenarnya Nabi Ibrahim punya 'state of mind',atau darjat dan tahap dalam mengESAkan Allah.Penyembah berhala tiada kesampaian,melainkan perkara-perkara fizikal sahaja,seperti melawat kubur tok guru.Setiap hari,bulan,dan tahun melakukan amalan ritual yang sama untuk menagih imbuhan.Kalau sudah aman dan tenteram sesudah melawat kubur itu,sepatutnya hidup aman damai,dan tidak lagi bunuh membunuh sesama manusia.

    ReplyDelete