Saturday, July 27, 2013

ORANG-ORANG KAFIR PERLU BACA FATIHA SEBAB MEREKA TAHU MEREKA BELUM BERIMAN.


 Apabila sesorang itu berkomited dengan ketetapan-ketetapan yang direstui Allah dalam KitabNya –  setelah mereka membuat perjanjian - dengan berkata  “Kami dengar dan Kami Taat” – mereka tidak perlu meminta kepada Allah setiap hari, pagi atau petang, siang atau malam dengan berkata : “Tunjuk lah kami jalan yang lurus”– bahkan mereka memuji dan bersyukur kepadaNya  siang dan malam – kerana mampu menjalankan cara hidup mereka mengikut batas-batas atau Hudud yang ditetapkan dalam KitabNya.

Tetapi, orang-orang yang “Sembahyang” harus sentiasa mengemis dari Allah “Tunjuklah kami jalan yang lurus” - setiap hari - pagi dan petang – siang dan malam. Ini kerana mereka tidak pernah membuat “Perjanjian” dengan Allah untuk  “Berkomited” dengan ketetapan-ketetapan yang direstui dalam kitabNya.  Jadi, mahu tak mahu, mereka terpaksa berdoa kepada Allah setiap hari sebagai satu ritual dengan berkata “Tunjuklah kami jalan yang lurus”. Selagi mereka percaya permohonan mereka mesti dibuat melalui sebuah Kuib Batu diMekah – maka selama itulah mereka akan terus mengulang2 – “Tunjuklah kami jalan yang lurus” sehingga akhir hayat mereka. Allah telah menutup mata, pendengaran dan hati mereka ke "JalanNya Yang Lurus" yang termaktub dalam Al Quran. 

PERJANJIAN:

Sebelum mana-mana hamba Allah menganggap diri mereka sebagai orang yang “Beriman” atau “Percaya” ,  mereka harus melalui satu prosedur sebelum menerima keredhaan Allah sebagai orang-orang yang beriman – iaitu:  “Membuat perjanjian dengan Allah". 

Sebagai satu Rahmat - kaum pertama yang dipilih Allah untuk mendapat petunjukNya  adalah “Bani Isrrael”. Sebelum mereka diberi petunjuk  Dia meminta mereka membuat perjanjian denganNya.


“Wahai Bani Israel, ingatlah ni’mat Aku yang Aku telah anugerahkan atas kamu – dan sempurnakanlah olehmu dengan “Janji-Janji” kamu kepada Aku – supaya Aku sempurnakan dengan “janji-JanjiKu” kepada kamu – dan kepada Aku sajalah kamu harus patuh. “ (2:40)

Apakah “Perjanjian” yang Allah meminta Bani Israel sempurnakan – dan bagaimanakah mereka membuat “Perjanjian dengan Allah”

“Ketika Kami ambil “Perjanjian” – Kami angkatkan atas kamu “Thur” dengan berkata “Berpegang kuatlah kepada apa yang Kami berikan kepada kamu dengan sekuat-kuatnya – dan dengarkan lah (Was-ma’uu). Mereka berkata “Kami dengar” – tetapi kami tidak akan taat (Wa-‘asoi-na). Dan telah  sebati dalam hati mereka anak sapi kerana kekafiran mereka. Katakanlah – "amat buruk keputusan kamu dengan kepercayaan kamu – kalau kamu benar-benar orang yang percaya.” (2:93)


Mengikut ayat 2:93 Bani Israel sepatutnya berkata “Kami dengar dan Kami Taat” – tetapi disebabkan kepercayaan mereka menyembah lembu sudah sebati dengan jiwa mereka – lalu mereka berkata “Kami dengar – tetapi kami tidak mahu taat”. Ini adalah sikap yang serupa dengan kebanyakan manusia termasuklah kaum Melayu - yang percaya mereka perlu sembah Allah melalui sebuah "Rumah" yang dibina oleh orang-orang Arab - kaum yang telah dikitabkan dalam Quran sebagai kaum Kafir dan Hipokrit yang paling tegar.

Sikap Bani Isreal yang mengatakan mereka “Dengar” tetapi mereka “tidak mahu Taat” boleh diandaikan sebagai – “Saya dengar tetapi saya tidak mahu amal apa yang ditetapkan” – dalam kata lain, mereka tidak mahu “Berkomited” kepada ketetapan-ketetapan Allah. Kebanyakan manusia yang kononnya mengaku beragama Islam - mereka juga mempunyai sikap yang sama dengan Bani Israel.

Apabila Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab kepada seorang nabi berbangsa Arab – ianya tidak bermakna bangsa Arab telah mendapat “Rahmat” atau mereka menjadi kaum yang “Terpilih” sepertimana Allah “Memilih” kaum  Bani Israel. Malahan Allah sengaja memilih seorang rasul bangsa Arab – sambil itu Dia memberi amaran kepada kita secara terus terang  dan kepada kesemua manusia didunia bahawa kaum Arab tidak patut tahu apa yang Allah turunkan kepada nabi mereka.

“Orang-orang Arab adalah amat tegar kekufuran dan kemunafikan mereka – maka lebih patut sekiranya mereka tidak mengetahui batas-batas apa yang diturunkan Allah atas rasulNya – dan Allah Amat Mengetahui dan Amat Bijaksana.” (9:97)


Kita mempunyai dua situasi: (1) Kaum Bani Israel membuat perjanjian dengan Allah semasa Allah turunkan petunjukNya kepada mereka – dan (2) bangsa Arab tidak membuat perjanjian dengan Allah apabila Dia turunkan petunjukNya kepada nabi yang berbangsa Arab. 

Apakah orang-orang Arab boleh dikira orang-orang yang “Beriman” atau “Percaya” selagi mereka tidak membuat perjanjian dengan Allah? Atau, apakah kesemua orang yang mengaku beragama Islam termasuklah orang-orang Melayu boleh mengaku diri mereka sebagai orang “Beriman” atau “Percaya” sebelum mereka membuat perjanjian dengan Allah?

AYAT 2:40-43:  ADAKAH KAUM BANI ISRAEL DIMINTA BERSEMBAHYANG ATAU BERKOMITED KEPADA PERJANJIAN MEREKA DENGAN ALLAH?

“Wahai Bani Israel – ingatlah ni’mat Aku yang Aku anugerahkan kepada kamu – dan sempurnalah “janji-janji” kamu kepada Aku – supaya Aku sempurnakan “janji” Aku  kepada kamu – dan kepada Aku sajalah harus kamu patuh – Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan – yang membenarkan bagi apa yang ada pada kamu – dan janganlah kamu jadi orang yang pertama ingkar dengannya   - dan janganlah kamu memperdagangkan ayat-ayat Aku dengan harga yang sedikit – dan kepada Akulah harus kamu bertakwa.  Janganlah kamu campur adukkan yang "haq" itu dengan yang "bathil" – lalu kamu sembunyikan yang haq itu – sedang kamu tahu. DAN TUNAIKAN KOMITMEN KAMU (Salat) DAN BERIKAN IANYA KEMURNIAN (zakaa) – DAN RENDAHKANLAH DIRIMU BERSAMA-SAMA ORANG YANG MERENDAHKAN DIRI.”  (2:40 – 43)


Ayata 2:40-43 jelas menunjukkan - Allah meminta kaum Bani Israel tunaikan “Janji-Janji” mereka dan percaya kepada Al Quran yang mengesahkan apa yang ada pada mereka – Dia juga berpesan kepada mereka jangan campur-adukkan yang "haq" dengan yang "bathil".  Apakah Allah meminta kaum Bani Israel sempurnakan “Janji-Janji” mereka dan tidak mencampur-aduk kan yang haq dengan yang bathil dengan CARA melakukan "Sembahyang" lima kali satu hari?  Atau, mereka harus lakukan ini semua dengan cara “Berkomited” dengan apa yang telah ditetapkan Allah  dalam KitabNya?

Lihatlah disekeliling kita - siapakah yang mencampur-adukkan yang "HAQ" dengan yang "BATHIL"? Apakah kitab-kitab Hadis selain dari Al Quran itu kitab-kitab "HAQ"?

"Celakalah pada hari itu orang-orang yang berdusta! Maka dengan Hadis manakah sesudah Al Quran mereka akan beriman?" (77: 49-50)

1 comment:

  1. Stuju. Saya juga selalu tertanya, kalau solat itu benar ritual dari tuhan, kenapa tiada langsung detail dalam quran ttg cara solat, waktu solat, berapa rakaat, arah mana, berapa kali sehari. Seolah2 tuhan kata tak kisah la mcm mana ko nak solat... Itu pun jika solat tu benar2 dari tuhan seperti yang diterjemahkan 'solat ritual' oleh majoriti ahli agama dan telah diterapkan dalam fikiran kita sejak kecik.

    ReplyDelete