Sunday, January 16, 2011

Bab Kedua - Tiada Agama Allah

Allah tidak pernah mengilhamkan kepada mana-mana Nabi untuk memulakan apa-apa jua Agama. Dia tidak pernah melebelkan Cara Hidup yang diredhaiNya sebagai Agama Yahudi, atau Agama Hindu, atau Agama Nasrani atau Agama Islam. Lebel-lebel agama ini semua adalah rekaan musuh-musuh Allah dan Nabi-NabiNya.

Adalah amat bebeza sekali diantara definisi perkataan Islam yang dimaksudkan oleh Allah dalam Quran dengan apa yang dimaksukkan oleh agama Arab yang dicipta oleh agamawan yang dipanggil Islam. Sebenarnya perkataan “Islam” adalah satu perkataan yang paling disalahgunakan dan yang paling disalahfamkan oleh ummat manusia di seluruh dunia buat masa ini.

Sesungguhnya deen pada sisi Allah ialah Islam. (3:19)

Ayat diatas adalah satu ayat yang jelas, ringkas dan tepat bahawa Islam itu adalah satu deen. Perkataan deen dalam ayat ini telah disalahertikan sebagai agama oleh agamawan-agamawan untuk kepentingan diri mereka sendiri – walaupun Al Quran mempunyai perkataannya sendiri untuk perkataan agama.

Pada ayat tersebut juga terdapat perkataan “Islam” yang berasal dari perkataan akar (root word) bahasa Arab SLM atau Salama yang bererti “Damai”, “Sejahtera” atau “Tenteram”. Apa yang dimaksudkan dalam ayat 3:19 ialah:

Sesungguhnya Cara Hidup pada sisi Allah ialah Kedamaian. (3:19)

Kesemua ummat Islam tahu Salam atau SLM bermaksud “damai” atau “sejahtera” atau “tenteram” dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri - mereka akan memberi ucapan:

Salamun Alaikum” atau “Kedamaian atas kamu” atau “Ketenteraman atas kamu” atau :”Kesejahteraan atas kamu”.

Apabila perkataan “Islam” ini diertikan dengan maksud yang betul - tidak mungkin “Kedamaian” atau “Kesejahteraan” atau “Ketenteraman” itu boleh diertikan sebagai "Agama".

Dengan itu deen adalah satu cara hidup untuk mencapai satu tujuan ketenteraman kepada seseorang individu.

Apakah perbezaan diantara agama dengan cara hidup?

agama adalah satu kepercayaan kepada satu atau beberapa tuhan dengan penganut-penganutnya melakukan beberapa aktiviti yang ada kaitan dengan kepercayaan beribadah atau ritual-ritual yang ditetapkan oleh Imam masing-masing. Pengganut-pengganut agama ini biasanya berkumpul di kuil-kuil, gereja-gereja, sinagoga-sinagoga atau masjid-masjid untuk menjalankan aktiviti mereka atau mendengar syarahan-syarahan atau khutbah-khutbah yang disampaikan oleh guru-guru atau imam-imam mereka.

deen pula merujuk kepada cara hidup: atau kaedah-kaedah cara hidup untuk melakukan sesuatu secara sukarela, ikhlas, jujur, dan teratur untuk kebaikan diri, masyarakat sekeliling, dan menjadi contoh kepada manusia sejagat. Apabila ianya ada kaitan dengan masyarakat atau ummat setempat ianya dirancang dan dipersetujui dengan garis-garis panduan yang memberi had-had cara hidup yang boleh dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai satu system kehidupan bermasyarakat supaya mereka menikmati “Kesejahteraan” atau “Kedamaian” atau “Ketenteraman” sebagai keselesaan hidup. Dan Apabila ianya ada kaitan dengan Allah - maka cara hidup kita harus berpandu dari had-had yang telah ditetapkan Allah dalam KitabNya.

Terdapat dalam Quran perkataan “Deen-Nil-Lah” atau cara hidup yang diredhai Allah. Manusia diberi contoh dan rujukan-rujukan dalam Kitab Allah bagaimana harus mereka menjalankan kehidupan mereka berpanduakan DeenNya supaya mereka mencapai “Kedamaian” atau “Kesejahteraan” atau “Ketenteraman.

Beberapa contoh perbezaan diantara “Deen” dan “Agama”.

(i) “Deen Allah” mewajibkan manusia menguna akal – tetapi dalam kesemua “agama” pengikut-pengikut mereka dilarang mengunakan akal.

(ii) “Deen Allah” memberi kebebasan kepada manusia untuk memilih, menyoal sesuatu kepercayaan, memberi pandangan dan meluahkan pendapat termasuk kebebasan bersuara. Dalam “agama” kesemua ini dilarang sama sekali.

(iii) “Deen Allah” sentiasa mengalakkan manusia untuk membaca. Tetapi dalam “Agama” pengikut-pengikutnya dilarang membaca Kitab Allah – sehinggakan ada yang tidak mengunakan akal berkata, “Sesiapa membaca Quran bersendirian – mereka akan sesat.

(iv) “Deen Allah” memberi kebebasan kepada semua manusia samada untuk mengikuti cara hidup yang digariskan dalam Kitab Allah atau sebaliknya - tanpa sebarang tindakan oleh Allah sekiranya mereka enggan semasa mereka hidup didunia ini. Tetapi dalam kesemua “agama” seseorang itu tidak boleh memilih mana-mana agama atau keluar dari agama yang mereka anuti, kecuali mereka dihukum – dan hukuman ini berbeza diantara satu agama dengan yang lain dan kadangkala ada yang dihukum bunuh.

Itulah sebahagian daripada perbezaan diantara "Agama dan Deen" dan diantara "Islam sebagai agama" dan "Islam sebagai Kedamaian atau Ketenteraman"


Mengikut bahasa Arab asal yang digunakan Allah dalam Al Quran, “Agama” disebut sebagai “Syiah”. Jika dibandingkan peraturan-peraturan yang terdapat dalam “Deen Allah” dengan “Agama” sudah tentu kita boleh membuat perbezaan diantara kedua-duanya.

Agama” adalah satu system yang terkeluar daripada cara hidup yang ditentukan Allah. Oleh kerana cara-cara beragama memerlukan ibadah-ibadah dan ritual-ritual yang tidak ditetapkan oleh Allah - maka sudah tentu ianya telah diada-adakan oleh manusia. Pengikut-pengikut agama ini biasanya ditanam dengan perasaan mendalam untuk menyangi atau mengidolakan benda-benda yang diperbuat dari tanggan manusia atau meninggi atau mengagong-agongkan seseorang personaliti sebagai ikon - seperti Nabi atau rasul sebagai asas kepercayaan mereka.

Deen Allah” atau cara hidup yang diredhai Allah melarang manusia dengan sekeras-kerasnya memperhambakan kepada apa saja jenis entiti yang lazim - tidak terhad pada - entiti fizikal yang diperbuat dari kayu, batu, batu, logam atau apa yang nyata. Deen Allah melarang dengan sekeras-kerasnya mana-mana manusia mengikuti ajaran-ajaran imam, padri, sami, atau rabbi yang meminta mereka melakukan ibadat atau ritual-ritual yang tidak terdapat dalam Kitab Allah. Dan perkara yang tidak boleh diampuni Allah ialah bila-mana seseorang itu telah jadikan Nabi-Nabi atau rasul-rasul sebagai ikon kepercayaan mereka disamping Allah.

“Deen Allah” atau cara hidup yang diredhai Allah menitik-beratkan satu kepercayaan utama iaitu: Manusia mesti mempunyai kepercayaan untuk mengadikan diri mereka kepada yang “Ghaib” melalui ketetapan-ketetapan yang telah dikitabkanNya melalui Al Quran. Mereka-mereka yang benar-benar mengikuti ketetapan-ketetapan ini adalah orang-orang yang berkomited menjalankan cara hidup mereka mengikut ketetapan-ketetapan ini tanpa mencampur-adukkannya dengan ajaran-ajaran lain walau atas nama apa sekali pun. Pendirian sikap seperti ini memerlukan pengorbanan diri yang berat memandangkan ujian-ujian disekeliling mereka – sehinggalah mereka boleh sampai kepada satu matlamat cara hidup yang memberi mereka kehidupan yang bebas dari belenggu-belenggu kepercayaan agama sehingga mereka dapat menikmati “Tenteram” atau “Damai” atau “Kesejahteraan” atau dalam bahasa Arabnya ialah "ISLAM".

No comments:

Post a Comment