Sunday, January 23, 2011

Bab Kedua - Diantara Agama dan Cara Hidup (Bah 1)

Mengikut Al Quran orang-orang yang menjalankan cara hidup mereka yang disertakan dengan aktiviti-aktivi ibadah dan ritual-ritual – mereka dinamakan sebagai “Syi-aan” atau mereka mengamal sesuatu “agama”.

Al Quran menceritakan Firaun telah mencipta satu Agama atau “Syi-ya-aan” - dan dia istiharkan dirinya sebagai Tuhan. Segala aktiviti ibadah dan ritual-ritual ditetapkan oleh Firaun.

“Dan berkatalah Firaun. “Wahai pembesar-pembesarku, aku tidak mengetahui adanya bagi kamu Tuhan melainkan aku. Maka bakarkan untuk aku wahai Hamaan atas tanah liat – maka buatlah untukku menara – mungkin aku dapat melihat Tuhan kepada Musa. Dan sesungguhnya aku benar-benar kira dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (28:38)

Hamaan telah dilantik sebagai penjaga dan penasihat agama sepertimana mufti-mufti yang dilantik oleh ketua sesebuah negeri. Tujuan utama “Agama” ialah untuk melemahkan rakyat dan memperhambakan mental mereka supaya mereka turut apa saja yang ditetapkan oleh ketuanya. Dan itulah yang dilakukan oleh Firaun:

“Dan sesungguhnya Firaun membuat sesuka hati dimuka bumi – dan dia mengadakan untuk rakyatnya “Syi-ya-aan” (Agama) untuk melemahkan golongan diantara mereka – dan dia menyembelih anak-anak lelaki mereka dan dia biarkan hidup perempuan mereka. Sesungguhnya diaadalah termasuk dari orang-orang yang membuat kerosakan.” (28:4)

Mereka-mereka yang beragama ini dikategorikan oleh Allah sebagai orang-orang yang menjalankan aktivit ibadat sembah menyembah atau musyrikeen – iaitu mereka telah mempersekutukan Allah dengan mengikuti ajaran-ajaran selain dari Kitab Allah spertimana apa yang dilakukan oleh kaum Nuh dan kaum Nabi Ibrahim.Sejarah Nabi Nuh disebutkan lagi dalam surat tiga puluh tujuh yang mempunyai kaitan dengan sejarah nabi Ibrahim:-

“Nuh bermohon kepada Kami, dan sesungguhnya Kami adalah yang terbaik diantara mana-mana responden. Kami selamatkan dia dan keluarganya dari bencana yang besar, dan Kami jadikan dia dan keluarganya yang terselamat dan Kami diawetkan sejarah mereka untuk generasi-generasi seterusnya. (37:75-78)

Sejarah retribusi terhadap kaum Nuh dipelihara sebagai contoh kepada kaum Nabi Ibrahim. Ketika itu kaum Ibrahim juga mengabdikan diri untuk berhala-berhala yang dibina oleh tanggan-tanggan manusia sebagai objek untuk kaum Ibrahim menjalankan aktiviti-aktiviti ibadah dan ritual-ritual. Mereka berdoa kepada Tuhan mereka melalui berhala-berhala ini dalam erti kata lain – objek-objek ini dijadikan sebagai perantaran diantara mereka dengan Allah sepertimana yang dilakukan oleh kaum Nabi nuh.


Orang-orang Nuh tenggelam oleh banjir kerena mereka tergolongan dalam satu “Syi-aatihi”. Begitu juga dengan kaum Ibrahim yang giat dalam aktiviti-aktiviti ibadah dan ritual-ritual. Mereka juga tergolong dalam orang-orang yang berada dalam “Syia’tihi” kecuali Ibrahim.


“Kesejahteraan atas Nuh sepanjang sejarah. Kami mengharagai orang-orang yang tulus. Kami jadikan dia berada diantara orang-orang yang percaya sejati – dan kemudian Kami tengelamkan yang lainnya. Sudah pasti dari “agama” tanpa Ibrahim yang telah datang kepada Tuhannya dengan hati yang ikhlas – apabila dia bertanya kepada bapanya serta kaumnya: "Apa yang kamu abdikankan diri? Adakah tuhan-tuhan palsu yang kamu perlu disamping Allah? Apa yang kamu telah lakukan pada Tuhan semesta Alam? (37:79-87)


Abraham tinggal dalam sebuah komuniti dimana kaumnya dibelenggu dengan ide-ide untuk mengabdikan diri kepada berhala-berhala. Apabila dia mendapati Allah itu Satu dan Dialah yang mencipta segala-gala yang ada dilangit dan bumi dan hanya Allah kepada sahajalah manusia harus mengabdikan diri – dia bertindak untuk berhadapan dengan kaumnya dengan logik yang mudah masuk akal.

“Dia berkata kepada bapanya dan kaumnya. "Apakah benda-benda ini yang kamu mengabdikan diri? Mereka menjawab: "Kami dapati nenek moyang kami telah melakukannya". Dia berkata, "Sudah tentu kamu dan nenek-nenek moyang kamu melakukan kesalahan”. Mereka bertanya: “Adakah kamu membawa sebarang kebenaran, atau kamu hanya bermain-main”? Dia jawab: "Tidak! Tuhanmu yang sebenarnya adalah Tuhan yang meupunyai langit dan bumi dan Dialah yang mencipta kamu dan nenek moyang kamu. Inilah apa yang aku persaksikan. Demi Allah, setelah pemergian kamu – aku akan buktikan kepada kamu sesuatu tentang berhala-berhala kamu. Lalu dia memecah berhala yang kecil-kecil dan meninggalkan yang terbesar supaya mereka boleh menggunakannya sebagai saksi. Kemudian mereka bertanya, "Siapa yang melakukan ini terhadap tuhan-tuhan kami? Pasti dia gila"? Ada beberapa orang diantara mereka berkata: "Kami dengar seorang pemuda mengancam mereka - namanya Ibrahim". Mereka berkata, "Bawalah dia dikhalayak ramai supaya mereka dapat menjadi saksi". Lalu mereka bertanya kepadanya, "Adakah kamu yang melakukan semua ini terhadap tuhan-tuhan kami, Abraham"? Dia menjawab, "Pastinya yang terbesar sekali yang melakukannya - mengapa kamu tidak merujuk kepadanya - mungkin dia boleh bercakap"? Mereka berunding sesame mereka dan berkata, "Memang benar anda yang bersalah". Dalam pada itu mereka mula mengunakan akal mereka lalu berkata: "Kamu tahu berhala itu tidak dapat bercakap". Kemudian dia menjawab. "Apakah kamu semua hambakan diri kamu kepada selain dari Allah yang tidak mampu memberi keuntungan kepada atau mendatangkan kemudharatan kepada kamu?

Dari pelajaran di atas kita mendapati orang-orang yang dibelenggu oleh kepercayaan agama, mereka sebenarnya adalah manusia yang paling merbahaya dan mereka sanggup menjatuhkan hukum kepada sesiapa yang menyeru mereka mengunakan akal. Ini adalah satu contoh bagaimana pengikut-pengikut agama bertindak. Mereka telah dibelenggu oleh imam-imam mereka supaya menentang sesiapa yang mengunakan akal. Hari ini kita lihat majority manusia yang mengikuti agama – menjadi bebal sehinggakan ada yang tidak kenal diantara batu dengan Allah yang Ghaib.

Agama adalah satu konsep yang memerlukan ibadat-ibadat ritual berfokuskan kepada ikon-ikon untuk membolehkan manusia lihat apa yang mereka sembah. Kepercayaan-kepercayaan secara ini disahkan dalam Al Quran (75:5) sebagai agama. Tentu sekali, siapakah yang membuat keputusan untuk membuktikan kemulian Allah dalam bentuk yang nyata kalau tidak manusia itu sendiri?

Sebaliknya pula, Deen atau Cara Hidup boleh ditetapkan oleh samada manusia atau Allah. Sekiranya kita memilih untuk menjalankan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah, kita tidak boleh mencampur-adukan dengan ketetapan-ketetapan oleh manusia. Misalnya, apabila Allah mengatakan, “Janganlah kamu mengabdikan diri kepada selain dari Aku”, ianya bermakna kita hanya melakukan apa yang ditetapkan olehNya sahaja. Ketetapan-ketetapan ini diilhamkan kepada beberapa Nabi. Dalam Al Quran ianya dipanggil sebagai “Deen-Nil-Lah” atau Cara Hidup yang ditetapkan Allah. Lalu, kita dapati banyak ayat-ayat dalam Al Quran menyuruh manusia supaya “Taat kepada Allah dan Taat kepada pembawa utusan” supaya kita tidak dilencongkan daripada apa yang Allah telah tetapkan dengan berpura-pura atas nama sesuatu agama. Dengan kata lain, tugas kesemua pembawa utusan ialah untuk menyampaikan risalah Allah, dan Allah tidak memberi sebarang kuasa kepada mana-mana Nabi termasuk Nabi Muhammad untuk menokok-tambah dengan ide-ide peribadi mereka dengan apa yang telah Dia tetapkan. Satu contoh yang jelas dalam Surah 69:44-47 Allah member amaran keras kepada Nabi yang menyampaikan Al Quran, “Sekiranya dia mengada-adakan sesuatu atas nama Kami – sudah tentu potong urat jantungnya – dan berhentikan penurunan ayat-ayat kami – dan tiada siapa yang boleh menolongnya.” Apabila agamawan-agamawan mula mencipta agama atas nama Islam mereka menetapkan sendiri bahawa ketetapan-ketetapan Allah yang disampaikan oleh Muhammad dalam Al Quran tidak lengkap lalu mereka membuat fitnah mengatakan Muhammad telah membawa satu ajarannya sendiri yang dinamakan sebagai hadis.

Deen atau cara hidup yang ditetapkan Allah memerlukan manusia mempraktik atau melakukan kepercayaan mereka dengan cara perbuatan atau kerja-kerja kebaikan. Contohnya, Allah telah mengilhamkan kepada kesemua Nabi-Nabi supaya hamba-hambaNya mengamal ketetapan-ketetapan dikri berikut. Mana-mana manusia dimuka bumi ini boleh berpegang-teguh kepadanya tanpa memerlukan sebarang tunjuk ajar atau merujuk kepada Imam mana-mana agama sekali pun:

Tuhan kamu telah menetapkan – jangan sekali-kali kamu mengabdikan diri kamu untuk selain daripadaNya.

Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu selama mereka hidup, salah satu dari kedua-duanya atau kedua-duanya sekali. Jangalah kamu berkata kepada kedua-duanya perkataan ah! sekali pun.

Hendaklah kamu berurus dengan adil dengan orang-orang lain dan jangan sekali-kali kamu membuat dusta.

Hendaklah kamu jaga petalian kamu dengan saudara mara kamu, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin.

Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu dek kerana takut kelaparan

Janganlah kamu hampiri zina kerana perbuatan itu adalah fasik

Janganlah kamu membunuh sesuatu jiwa, kerana perbuatan pembunuhan itu adalah haram.

Janganlah kamu mengunakan harta anak-anak yatim kecuali ianya untuk kebaikan diri mereka

Hendaklah kamu member timbangan dengan betul apabila kamu berurusniaga dan timbanglah dengan timbangan yang adil.

Jangan sekali-kali kamu mengikuti apa yang kamu tidak pasti tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati kesemuanya akan ditanya kelak.

Hendaklah kamu bercakap benar apabila kamu menjadi saksi, walaupun atas diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, atau saudara-mara kamu samada yang dituduh itu kaya atau miskin.

Hendaklah kamu member nafkah daripada apa yang Allah telah amanahkan kepada kamu.

Hendaklah kamu berperang dengan orang-orang yang memerangi kamu – dan jangan sekali-kali kamu memulakannya (aggresif) – kerana Allah benci pada orang-orang yang aggresif.

Hendaklah kamu sempurnakan komitmen kamu dan rendahkan diri bersama orang-orang yang merendah diri.

Janganlah kamu bersikap sombong atau bongkak. Sesungguhnya Allah benci kepada orang-orang yang bongkak, sombong. Rendahkan diri apabila kamu berjalan dan rendahkan suaramu.

Makanlah dari apa yang baik-baik yang kamu suka, dan jangan sekali-kali kamu mengikuti jalan syaitan kerana dia adalah musuh kamu yang nyata. Dia akan mengarahkan kamu kejalan yang buruk dan jahat – dan dia menyuruh kamu ada-adakan dusta atas nama Allah.

Inilah Kitab yang diturunkan kepada kamu – maka janganlah kerananya ia menjadi kesempitan dalam dada kamu – supaya kamu beri peringatan dengannya dan sebagai pelajaran bagi orang-orang yang percaya. Ikutilah apa yang diilhamkan kepada kamu dari Tuhan kamu - dan jangan sekali-kali kamu mengikuti selain daripadanya sebagai pemimpin.

Allah menurunkan Hadis yang paling baik iaitu sebuah Kitab yang konsisten dan berulang-ulangan...... (39:23)

Itulah ayat-ayat Allah yang kami bacakan kepada kamu – maka dengan Hadis manakah lagi mereka akan beriman? (45:6)

"Celakalah bagi orang-orang yang mendustakannya. Dengan Hadis manakah lagi mereka akan beriman?" (77:49-50)

Itulah sebahagian dari ketetapan Allah dalam KitabNya. Manusia dari zaman Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan Muhammad yang percaya kepada apa yang disampaikan oleh Nabi-Nabi ini, telah berkomited dengan ketetapan-ketetapan ini dengan penuh keyakinan tanpa mencampur-adukkannya dengan mana-mana ketetapan yang diada-adakan oleh manusia. Misalnya, kalau Allah berkata, “Maka dengan Hadis manakah lagi mereka percaya” - maka mereka faham - selain dari Kitab Allah – tiada lagi ketetapan-ketetapan yang boleh diikuti. Mereka terjemahkan ketetapan-ketetapan ini sebagai kepercayaan mereka dan mereka mempraktikkannya dalam urusan harian mereka. Dan Allah tidak pernah menetapkan apa-apa aktiviti sembah menyembah kepadaNya dalam Al Quran.

Sebaliknya pula, dalam mana-mana agama mereka tidak berkomited kepada apa yang ditetapkan oleh Allah dalam KitabNya dan mereka tidak berkomited kepada arahan Allah supaya jangan mengikuti mana-mana wali atau pemimpin. Kepercayaan mereka berpandu kepada kitab-kitab yang diadakan oleh wali-wali atau pemimpi-pemimpin agama mereka. Ketutamaan dalam setiap agama ialah aktiviti beribadat sembah menyembah – dan biasanya adat sembah menyembah ini harus dilakukan melalui objek-objek atau ikon-ikon sebagai lambang kebesaran Allah. Dan semua ini tidak pernah ditetapkan oleh Allah.

Itulah perbezaan diantara Cara Hidup yang ditetapkan oleh Allah dengan Agama yang ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin agama.

Agamawan-agamawan yang menciptakan agama Islam memberitahu pengikut-pengikut mereka agama Islam bermula dari Nabi Muhammad dan ini amat bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah – bahawa Deen atau cara hidup yang dibawa olen Nabi Muhammad berasal dari zaman nabi Nuh:

“Dia telah mensyariatkan bagi kamu dari cara hidup apa yang telah diilhamkan dengannya kepada Nuh lalu Kami ilhamkan kepada kamu. Dan apa yang diwasiatkan denganya Ibrahim, dan Musa, dan Isa. Hendaklah kamu tengakkan Cara Hidup itu. Dan jangan kamu berpecah-belah didalamnya. Ianya amat berat bagi orang-orang yang mempersekutukan kepada apa yang kamu seru mereka kepadanya. Allah Dialah yang memilih kepadanya sesiapa Dia kehendaki dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang ingin kembali. 43:13

Kebanyakan manusia dilahirkan dalam keluarga yang mengikuti sesuatu agama – lalu mereka tidak mempunyai pilihan melainkan mereka mengikuti kepercayaan ibu bapa mereka. Sebagai hamba Allah adalah menjadi kewajipan mereka untuk berusaha mencari jalan Allah. Sekiranya mereka sedar jalan yang mereka warisi dari ibu bapa mereka tidak betul Allah telah member jalan kepada mereka dengan:

“Maka tegakkanlah perhatian kamu kepada Cara Hidup yang lurus ianya fitrah Allah yang menciptakan manusia atasnya dan tidak ada perubahan bagi ciptaan Allah. Demikian itulah Cara Hidup yang teguh – tetapi kebanyakan manusia tidak faham. Kembalilah bertaubat kepadaNya – dan bertakwalah kepadaNya – dan tegakkan komitmen kamu dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan – iaitu dari orang-orang yang memecah-belahkan Cara Hidup mereka. Dan mereka “Beragama” (Syi-ya-aan) masing-masing berbangga dengan apa yang ada pada sisi mereka.” (30:30-32)


Dalam mana-mana agama biasanya agamawan-agamawan apabila mereka berhadapan dengan masalah mereka akan berputar-belit. Dalam ayat diatas misalnya kita dapati perkataan “Syi-ya-aan” yang diterjemah sebagai mazhab. Mazhab telah lama dikaitkan dengan perbezaan pendapat dalam agama. Walau bagaimanapun Allah tidak berminat dengan mazhab atau kumpulan-kumpulan yang bertelagah dalam agama - kerana semua agama dalam dunia adalah sama. Mereka berkumpul atau berjemaah dan mereka adakan kumpulan-kumpulan atas kehendak-kehendak masyarakat. Setiap kali mana-mana Imam berselisih pendapat maka timbullah mazhab baru dan mazhab baru ini akan dinamakan atas nama Imam yang mengasaskannya. Tumpuk persamaan mereka ialah - mereka menjalankan activiti-aktiviti agama seperti sembahyang misalnya dengan mengunakan lambang-lambang atau ikon-ikon dalam pelbagai bentuk samada ianya tembuk dinding, palang sabit, bintang, anak bulan, patung-patung atau rumah-rumah batu atau imeg-imeg lain yang diperbuat dari bahan-bahan yang Allah menciptanya.

Al Quran menjelaskan bahawa perkataan Deen itu tidak ada kena mengena dengan agama. Contohnya, apabila Allah sempurnakan nikmatNya kepada manusia dengan mengariskan had-had batasan tentang makanan dalam surah 5 ayat 3, Dia berkata: “Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu Cara Hidup (Deen) - dan Aku cukupkan NikmatKu atas kamu dan Aku meredhai “Kedamaian Cara hidup (Islam-ma Dee-nan)” Ungkapan ini terdapat apabila Allah selesai memperincikan had-had batasanuntuk makanan. Secara literal, tajuk dalam ayat 5:3 adalah bersabib dengan makanan sahaja.

Sebagai fitrah setiap yang bernyawa samada dilaut atau didarat harus makan untuk mereka terus hidup. Allah telah memberitahu kepada manusia supaya makan makanan yang baik-baik yang dijadikanNya untuk manusia. Ini termasuk tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang ternakan, binatang buruan, dan hidupan laut. Manusia tidak perlu sebarang agama untuk memberitahu mereka apa yang sedap dan apa yang tidak sedap atau apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Makanan tidak ada kena mengena dengan agama sebab ianya satu keperluan hidup – dan Allah hanya melarang manusia makan makanan yang kotor atau dicemari,

Setiap individu mempunyai selera masing-masing. Udang galah mungkin digemari oleh A tetapi B tak suka dengannya atau daging kambing digemari oleh A tetapi B tidak boleh memakannya kerana selepas makan badannya merasa panas.

Walaubagaimanapun, agamawan-agamawan telah memutar belitkan maksud perkataan “Deen” dalam ayat 5:3 ini dengan memberi maksudnya sebagai “agama”, dan mereka tidak berani membaca ayat 5:3 dengan sepenuhnya. Lalu mereka selalu berkata: “Pada hari ini Aku sempurnnakan bagi kamu “agama” itu – dan Aku cukupkan NikmatKu atas kamu dan Aku meredhai “Islam sebagai agama”.

Amat mudah untuk mendedahkan tipu daya agamawan-agamawan ini. Kita hanya perlu baca ayat 5:3 dengan sepenuhnya – dan ayat yang diputar-belitkan itu kalau disambung ianya berbunyi: “Maka barangsiapa terpaksa dalam kelaparan tanpa sengaja untuk membuat dosa – maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Penyayang.”

Jadi, ayat 5:3 bukanlah tarikh permulaan kesempurnaan “Agama Islam” – sebaliknya pada hari itu Allah sempurnakan NikmatNya dengan mengariskan batas-batas larangan tentang makanan – dan ianya tidak ada kena mengena dengan “agama”. Apabila kita tukarkan perkataan “Deen” menjadikan ianya sebagai “agama” ayat dalam surah 5:3 ketetapan Allah sudah menjadi karut kerana sambungan ayatnya ada kaitan dengan orang-orang yang lapar - dan mereka boleh memakan apa saja asalkan perbuatan mereka itu mempunyai niat untuk membuat dosa. Tetapi bagi mereka yang dibelenggu minda mereka – mereka percaya kepada putar-belit agamawan-agamawan mereka walaupun ianya jelas kelihatan karut.

Al Quran bukanlah sebuah Kitab bimbingan Allah yang baru. Sebenarnya ia adalah Kitab yang mengesah bimbingan-bimbingan Allah dalam Kitab-KitabNya terdahulu dan isi kandungannya adalah serupa. Perkara ini disahkan Dalam surah 26 ayat 195 dan 196: “Dengan lisan Arab yang terang – dan sesungguhnya ianya dalam Kitab-Kitab terdahulu.” Dengan kata lain, mesej dalam Al Quran adalah konsisten dengan kesemua Kitab-Kitab terdahulu. Allah sempurnakan satu cara Hidup untuk hamba-hambaNya apabila Dia perincikan ketetapan-ketetapanNya tentang makanan - bukan tentang agama!

Dalam ketetapan-ketetapan ini Allah tidak mengharamkan makanan-makanan dalam dunia ini kecuali bangkai, darah, daging yang tercemar dan apa-apa yang halal tetapi bukan kerana Allah, dan yang dicekek dan dipukul dan yang jatuh dan yang ditanduk dan apa yang telah dimakan oleh binatang buas (predators) kecuali kamu selamatkannya, dan apa yang khaskan untuk berhala, dan kamu mengundi nasib dengan anak panah – demikian itu adalah fasik. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya itu berputus asa dari Cara hidup kamu (min-di-nee-kum) – maka janganlah kamu takut kepada mereka – dan takutlah kepada Aku. Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu Cara Hidup kamu dan Aku cukupkan atas kamu NikmatKu – dan Aku telah merelakan bagi kamu Kedamaian Cara Hidup. Maka barangsiapa terpaksa dalam kelaparan tanpa sengaja untuk berbuat dosa maka sesungguhnya Allah Pengampun, Penyayang.” (5:3)

Perkataan "Deen" disebut sebanyak tiga kali dalam ayat 5:3, memberitahu manusia dengan bahasa yang jelas untuk berkomited dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Ianya tidak ada kaitan dengan agama apabila manusia dilarang untuk memakan bangkai atau binatang yang telah dibaham oleh binatang-binatang buas. Ianya hanyalah satu perintah ketetapan oleh Tuhan yang mencipta kita, bertujuan untuk kebaikan diri kita sendiri. Ketetapan-ketetapan ini mengatasi kesemua ketetapan-ketetapan terdahulu yang diilhamkan kepada Nabi-Nabi terdahulu. Orang-orang yang berkomited akan mentaati ajaran ini sebagai tanda pengabdian diri mereka kepada Allah semata-mata. Itulah intipati Cara Hidup Kedamaian dan kuncinya terletak kepada ketetapan-ketetapan Allah seperti berikut:

“Tidaklah Aku cipta Jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri mereka kepada Aku semata-mata.” 51:56

“Sesungguhnya Kami turunkan Kitab itu dengan Hak, dengan itu adbilah dirimu kepada Allah dengan jujur dalam Cara Hidup.” (39:2)


Percaya dan berkomited dengan secara jujur dan ikhlas kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah - itulah cara seseorang itu mengabdikan dirinya kepada Allah. Itu saja yang dikehendakiNya. Ianya amat mudah. Setiap hamba-hambaNya yang membaca KitabNya – apabila hati mereka percaya kepada setiap apa yang ditetapkan Allah dalam Quran – hati kecil mereka berkata – “Aku dengar dan Aku Taat”. Pada ketika itu mereka sebenarnya membuat perjanjian dengan Allah secara terus kepadaNya (5:7).

Dengan ketetapan yang mudah, Allah memperkuatkan konsep ketetapanNya kepada hamba-hambaNya tidak kira warna atau bahasa. Mencari “Kedamaian” atau “Ketenteraman” itu amatlah senang sekali kerana Al Quran itu senang difaham oleh orang-orang yang jujur dan ikhlas. Walaubagaimanapun, kita kena ambil kira bahawa senang itu tidak erti ianya semudah kita fikir. Dalam surah 7 ayat 27 Allah berkata Syaitan dan kuncu-kuncanya berkeliaran dimuka bumi ini dan mereka sentiasa bersedia untuk menipu manusia dari jalan Allah. Syaitan-syaitan ini adalah manusia itu sendiri (6:112) dan mereka amat licik dalam tipu daya mereka. Musuh-musuh Allah ini sentiasa cuba memesong kesemua manusia samada lelaki atau perempuan daripada apa yang telah ditetapkan Allah dengan ketetapan-ketetapan tambahan atas nama Allah atau rasulNya. Untuk menghindarkan diri daripada perangkap ini, Allah mengajar kita untuk meminta pertolongan daripadaNya dengan secara jujur dan ikhlas dan kita mesti berkomited sepenuhnya kepada ketetapan-ketetapan dalam KitabNya semata-mata:

“Mintalah pertolongan dengan cara sabar dan berkomited. Dan sesungguhnya ianya amat berat kecuali atas orang-orang yang benar-benar focus – iaitu mereka yang yakin sesungguhnya mereka bertemu Tuhan mereka – dan sesungguhnya mereka akan kembali kepadaNya.” (2:45-46
)
Saya ulangi pendirian saya, Islam itu bukanlah satu agama. Tanpa ragu-ragu apa yang ditetapkan oleh Allah adalah satu Cara Hidup yang menjaminkan Kedamaian, atau Ketenteram atau Kesejahteraan, dan itulah maksud Islam dengan sebenarnya. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai hamba-hambaNya member persetujuan jiwa kita dengan mempraktikkan ketetapan-ketetapan dalam KitabNya yang disampaikan oleh pembawa utusanNya. Marilah kita teroka logik disebalik keperluan ini dalam satu Cara Hidup yang aman dan mengapa harus kita mengabdikan dir kita kepada Allah semata-mata:

Hanya Allah sahaja yang boleh menghidup dan mematikan kita. Dan hanya Dia sahaja yang akan membangkitkan kita dihari Akhirat dan mengadili segala amalan-amalan kebajikan kita didunia

Hanya Allah sahaja yang boleh menjadikan manusia samada lelaki atau perempuan dari setitik air mani dan diberiNya kehidupan lalu disempurnakan ciptaanNya dalam rahim sehingga kita dilahirkan. Dia sahajalah yang menentukan samada nyawa kita disingkat atau dipanjangkan sehingga tua.

Hanya Allah sahaja yang mampu menciptakan segala apa saja dilanggit dan Bumi dan setiap kejadianNya berjalan dengan timbang yang tepat (perfect balance).

Hanya Allah sahaja yang boleh meluahkan perasaan suka atau duka kita disebabkan atas tindakan kita sendiri.

Hanya Allah sahaja yang menentukan samada kita maju atau mundur - miskin atau kaya mengikut apa yang kita sendiri usahakan.

Hanya Allah sahaja yang boleh memberi ilmuNya kepada sesiapa Dia kehendaki dan hanya Dia sahajalah yang mengetahui apa yang kita lahirkan dan apa yang kita sembunyi dalam hati kita.

Hanya Allah sahaja yang mempunyai kuasa mutlak atas apa saja kerajaan dilanggit atau Bumi.

Hanya Allah sahaja yang boleh memberi kita pendengaran, penglihatan, dan Hati supaya kita mengunakan fakulti-fakuli pemikiran kita memilih yang baik atau buruk - atau samada kita mahu bersyukur atau tidak kepada apa yang dianugerahkanNya kepada kita.

Atas kasih sayangNya Dia turunkan bimbinganNya kepada manusia supaya mereka dapat menikmati Kedamaian Cara Hidup didunia dan diakhirat. Bagi mereka yang mengambil berat tentangNya dan bersetuju dengan kehendakNya lalu beramanah menjalankan kehidupan mereka mengikut ketetapan-ketetapanNya mereka telah membukti mereka berpegang kepada satu pertalian yang paling teguh dan ianya tidak akan putus. MesejNya kepada kesemua manusia tidak kira warna kulit atas bahasa ialah:

“Wahai manusia,hendaklah kamu hambakan diri kamu kepada Tuhan kamu yang menciptakan kamu, dan orang-orang dari sebelum kamu agar kamu berwaspada.” (2:21)


Ayat diatas sudah cukup memberi kesedaran kepada manusia bahawa mereka patut bersyukur kepada Pencipta mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada ketetapan-ketetapanNya sahaja - tanpa mempersekutukannya dengan ketetapan-ketetapan yang diada-adakan oleh manusia.

akan disambung.........

No comments:

Post a Comment