Saturday, July 2, 2011

Sejarah Adalah Penting (2) (Dikemas-kini)

Sebagaimana yang telah dikatakan – kesemua agama adalah ciptaan manusia. Kesemua mereka yang mengada-adakan agama selepas Allah menurunkan Kitab-KitabNya adalah musuh-musuh Allah dan pembawa-pembawa utusanNya.

Apa yang kita tahu agama Yahudi timbul selepas Nabi Musa, agama Kristian timbul selepas Nabi Isa dan agama Islam timbul selepas Nabi Muhammad. Dan Allah tidak pernah sama sekali meminta ketiga-tiga Nabi ini untuk melabelkan deenNya atau cara hidup yang direstuiNya sebagai Agama Yahudi, Agama Kristian atau Agama Islam. Dalam Al Quran Allah berkata Deen atau "Cara Hidup" (bukan agama) pada sisiNya adalah "Ketenteraman" atau "Islam". 

Tiada siapa yang boleh menikmati ketenteraman (Islam) ini sehingga Allah "memberinya petunjuk" dan "membuka hatinya" kepada Deen atau cara hidup yang direstuiNya. Dan tiada siapa yang boleh membuat pengakuan dia telah mendapat petunjuk dan Allah telah membuka hatinya kepada Islam atau ketenteraman. Malahan petunjuk ini tidak boleh dicari atau dipelajari dari sekolah-sekolah pondok atau universiti-untiversiti atau dari ulamak-ulamak yang mereka sendiri tidak tahu nasib diri mereka diakhirat kelak.

  • "Dan barangsiapa yang dikehendaki - Allah berikannya petunjuk - Dia melapangkan dadanya untuk "Ketenteraman" (Islam). Dan barangsiapa Dia kehendaki menyesatkannya - Dia akan jadikan dadanya sempit kesukaran - seakan-akan dia mendaki langgit. Demikian itulah Allah jadikan najis atas orang-orang yang tidak percaya." (6:125) 

Orang-orang yang dilapangkan dada mereka kepada  "Ketenteraman" (Islam) ini - mereka berada diatas cahaya dari Tuhan mereka - dan cahaya Allah hanya dapat dicari dari KitabNya sahaja bukan dari kitab-kitab hadis yang menjadi petunjuk kepada ulamak-ulamak.

  • "Maka orang-orang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam (Ketenteraman) - maka mereka berada diatas cahaya dari Tuhan mereka. Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hati mereka dari peringatan Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (39:22) Allah telah menurunkan "hadis" yang paling terbaik - sebuah kitab yang konsisten - berulang-ulangan. Gentar disebabnya kulit orang-orang yang takut Tuhan mereka - sambil menjadikan kulit-kulit dan hati mereka mengingati peringatan Allah. Demikian itulah petunjuk Allah - dan Dia beri petunjuk dengannya kepada sesiapa Dia kehendaki. Dan barngsiapa yang disesatkan Allah maka tiadalah baginya sebarang petunjuk." (39:23)

Ayat 39:22 dan 39:23 sungguh jelas. Dada orang-orang yang menikmati ketenteraman atau Islam berada diatas cahaya Allah dan cahaya ini hanya terdapat dalam KitabNya sahaja. Kalau ada orang mengatakan mereka harus mengikuti hadis-hadis yang ditulis oleh manusia - Allah berakata Dia telah menurunkan "Hadis" yang paling terbaik berupa sebuah Kitab untuk dijadikan sebagai petunjuk - bukan hadis-hadis yang dibukukan oleh ulamak-ulamak. Tetapi bagi kebanyakan orang-orang Melayu dan ulamak-ulamak mereka - hati mereka sudah terlalu keras - jadi ayat-ayat diatas tidak ada makna kepada mereka.

Islam bukanlah satu label nama agama - tetapi ianya adalah satu keadaan cara hidup yang harus dicapai oleh seseorang individu dengan keredhaan Allah - bukan dengan membuat pengakuan diri. Apabila ada orang yang mengaku dirinya Islam tanpa diberi petunjuk oleh Allah dengan cara membuka hatinya  - ianya jelas beliau telah menipu dirinya sendiri.

Agama-agama yang diberi label sebagai agama Yahudi, Kristiain dan Islam telah diasaskan oleh syaitan-syaitan jenis manusia yang menjadi musuh-musuh kepada Musa, Isa dan Muhammad. Apakah yang telah dilakukan oleh syaitan-syaitan jenis manusia ini?

  • ”Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap Nabi itu musuh – syaitan-syaitan jenis manusia dan jin yang mengilhamkan oleh sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain dengan ”kata-kata palsu” untuk tujuan menipu. Dan jika dikehendaki Tuhan kamu – sudah tentu mereka tidak melakukannya. Dengan itu, tinggallah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.” (6:112)

Kesemua syaitan-syaitan jenis manusia dalam agama Yahudi, Kristian, dan Islam telah mengada-adakan ”kata-kata palsu” yang ditulis dan dikarangkan oleh ulamak-ulamak mereka selepas bertahun-tahun Nabi-Nabi mereka wafat. Apakah tulisan-tulisan mereka ini diredhai Allah?

  • ”Maka, celakalah untuk orang-orang yang menulis kitab dengan tanggan mereka kemudian mereka berkata ”Ini dari sisi Allah” kerana mereka hendak menukarkan dengannya harga yang rendah. Dengan itu, celakalah bagi mereka dari apa yang ditulis oleh tanggan-tanggan mereka – dan celakalah bagi mereka dari apa yang mereka kerjakan.” (2:79)

(1) Agama Yahudi berpandu kepercayaan dan amalan-amalan mereka mengikut kitab-kitab Talmud dan Mishnah yang menjadi kitab-kitab induk kepada kitab-kitab sampingan yang lain yang ditulis oleh ulamak-ulamak atau rabbi mereka mengikut kepercayaan mazhab masing-masing. Orang-orang yahudi berkata kitab-kitab ini adalah sumber kedua kepada Kitab Taurat.

(2) Agama Kristian pula berpandukan kepercayaan dan amalan-amalan mereka mengikut kitab-kitab yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka mengikut apa yang diajar oleh St Mark, St John, St Mathew, dan St Luke – dan juga kitab sampingan yang dikatakan ditulis oleh ST Paul. Mereka membentuk sebuah majlis yang dinamakan sebagai ”The Council of Nicene” untuk menulis kitab-kitab ini 325 tahun selepas Nabi Isa wafat. Orang-orang Kristian berkata kitab-kitab ini adalah apa yang mereka tafsir dari ”Injeel” yang disampaikan oleh Nabi Isa. Tiada siapa pun diantara mereka mempunyai dokumen asal yang boleh dikata ianya sebagai ”Injeel”.

(3) Agama Islam pula berpandukan kepercayaan mereka dan melakukan amalan-amalan ritual mereka mengikut kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak seperti Bukhari, Tarmizi, Muslim, Shafie disamping kitab-kitab yang ditulis ulamak-ulamak yang mempunyai mazhab masing-masing. Kitab-kitab ini ditulis lebih dari 200 tahun selepas Nabi Muhammad wafat. Orang-orang Islam berkata kitab-kitab tulisan oleh tanggan-tanggan ulamak ini adalah ”disisi Allah” dan ianya adalah sumber kedua kepada Al Quran. Kebanyakan dari pengikut-pengikut agama Islam yang tidak pernah membaca dan memahami Al Quran – mereka sanggup berdusta mengatakan kitab-kitab hadis ini menjelaskan ayat-ayat Quran.

Orang Melayu sepatutnya bertanya diri mereka sendiri tentang perkara-perkara asas terutama sekali ianya melibatkan diri mereka tentang kepercayaan mereka kepada Allah, hidup, mati, syuga dan neraka.

(i) Mengapa manusia semua mempunyai hanya satu Tuhan – tetapi banyak agama?

(ii) Mengapa orang Islam semua percaya kepada Kitab Allah (Al Quran) tetapi mereka bermazhab-mazhab, bergaduh diantara satu sama lain, bermusuhan sesama sendiri dari dulu sampai sekarang, dan kafir mengkafir diantara satu sama lain?

Kesemua jawapan ini terdapat dalam Al Quran sekiranya mereka mengambil berat untuk mempelajari sejarah tentang rasul-rasul terdahulu mengikut apa yang diceritakan oleh Allah kepada kita.

Orang-orang Melayu hanya tahu Allah telah melaknat orang-orang Yahudi tetapi mereka tidak tahu mengapa Allah melaknatkan mereka! Mengikut ayat 2:79 diatas kita diberitahu mereka telah menulis kitab-kitab selepas Taurat dengan mengatakan ianya sebagai kitab bimbingan untuk berkomited kepada Allah.

Kalau Allah telah melaknat orang-orang Yahudi apabila mereka menulis kitab-kitab yang dijual sebagai petunjuk Allah – (a) apakah ulamak-ulamak yang menulis kitab-kitab hadis untuk orang-orang Melayu boleh dikecualikan? Dan, (b) Kalau orang-orang Yahudi melakukan amalan-amalan ritual yang tidak ditetapkan oleh Allah dilaknat – apakah ulamak-ulamak yang menulis hadis dengan mengada-adakan amalan ritual boleh dikecualikan? Kesemua soalan-soalan ini adalah soalan yang paling mudah ditanya oleh setiap orang yang waras.

Allah melaknat orang-orang Yahudi apabila mereka mengadakan kata-kata yang tidak dikatakan kepada mereka. Dengan kata lain, mereka telah mengada-adakan ajaran-ajaran tambahan sepertimana ulamak-ulamak Melayu mempromosi ajaran-ajaran dari kitab-kitab hadis.

  • ” Maka telah mengubah orang-orang zalim diantara mereka kata-kata yang selain dari apa yang dikatakan kepada mereka – maka Kami turunkan atas orang-orang zalim ini siksa dari langit disebabkan mereka fasiq.” (2:59)

Kitab-kitab Talmud dan Misnah adalah kata-kata yang selain dari apa yang dikatakan dalam Kitab Taurat. Apakah orang-orang Melayu tidak boleh berfikir sedikit pun? Bukankah kitab-kitab hadis juga kata-kata yang selain dari apa yang dikatakan dalam Al Quran?

Kita harus ambil pelajaran daripada sejarah tentang kaum Musa selepas mereka menerima Taurat. Allah memangil mereka dengan gelaran ”Kaldai” atau ”Donkey” apabila mereka mengunapakai kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka sebagai panduan agama mereka. Sikap demikian membuatkan mereka menjadi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan zalim pada diri sendiri.

  • ”Perumpamaan orang-orang yang dipertanggung-jawabkan Taurat – kemudian mereka tidak memikulnya – mereka adalah seperti Kaldai yang memikul kitab-kitab yang tebal. Amat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.” (62:5)

Apabila Allah memberi perumpamaan seperti ayat diatas – apakah kita tidak boleh cermin diri kita sendiri dengan apa yang kita lakukan? Apakah perbuatan orang-orang Yahudi itu satu contoh tauladan yang baik?

Kalau orang-orang yang diamanahkan dengan Kitab Taurat tidak memikul amanah mereka berpandukan cara hidup mengikut Taurat semata-mata - sebaliknya berpandukan kepada kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka - Allah mengatakan mereka sebagi pendusta dan orang-orang zalim - bolehkah orang-orang Melayu dikecualikan?

Siapa orang Melayu yang tidak ikut kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ulamak-ulamak silam? Bukankah sikap ini serupa dengan apa yang terjadi dengan orang-orang Yahudi dalam ayat 62:5 diatas?

Kebanyakan orang-orang Melayu tidak pernah terdedah dengan mesej Al Quran. Allah tidak hanya ”Celakakan” orang-orang yang menulis kitab-kitab hadis – malahan pengikut-pengikut mereka yang percaya kepada hadis-hadis ini sambil mengaku mereka percaya kepada Kitab Allah juga kena ”Celaka” dengan Allah.

  • ”Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepada kamu dengan benar. Maka dengan ”Hadis” manakah sesudah Allah dan ayat-ayatNya mereka akan beriman? Dan ”Celakalah” bagi orang-orang yang berdusta – berdosa. Dia dengar ayat-ayat Allah dibacakan atasnya – tetapi dia tetap menyombongkan diri – seakan-akan dia tidak dengarnya. Dengan itu berikan dia khabar gembira dengan azab yang paling pedih.” (45:6-8)

Orang-orang Melayu yang percaya kepada Al Quran dan berpegang kepada amanah-amanah Allah dalam KitabNya harus bertanya kepada ulamak-ulamak mereka. Dalam Kitab Allah tidak ada hukum rejam bagi orang-orang berzina. Lihat bagaimana mereka akan mendedahkan kesombongan mereka terhadap ayat-ayat Allah dengan mengatakan ”hukum rejam ada dalam kitab-kitab hadis” yang ditulis oleh ulamak-ulamak silam. Mereka tidak akan merendahkan diri mereka kepada Allah - dan mereka tidak akan merestui ketetapan-ketetapan Allah dalam Al Quran buat selama-lamanya. Saya ingin ucap selamat kepada mereka supaya mereka terus menjadi pembawa-pembawa obor syaitan jenis manusia sehingga akhir hayat mereka. Dan saya juga harap mereka akan terus berbangga dengan nama ”agama Islam” yang diasaskan oleh orang-orang Arab pagan.

Bagi orang-orang Melayu yang jujur dan ikhlas - dalam Al Quran Allah hanya menyeru kepada hamba-hambaNya yang sanggup memikul amanah mereka denganNya sebagai - ”Wahai orang-orang yang amanah”, dan ”Wahai orang-orang yang percaya”, dan ”Wahai orang-orang Mukmin”. Allah tidak pernah menyeru mereka sebagai ”Wahai orang-orang Islam”. Orang-orang Islam tidak ada tempat dalam Al Quran.

Walaubagaimanapun, Allah tidak akan memaksa mereka. Kesemua orang-orang Melayu diberi kebebasan untuk terus menjadi pak turut kepada ulamak-ulamak yang membawa obor-obor ini.

Apabila Firaun dan penasih-panasihat agamanya menyombongkan dirinya terhadap ayat-ayat Allah mereka dilantik sebagai "Imam".  
  • "Dan Kami lantik mereka sebagai "Imam-Imam" yang menyeru kepada api neraka - dan pada hari kebangkitan nanti mereka tidak akan ditolong." (28:41)
Ianya tidak ada beza dengan apa yang terjadi di Malaysia. Pembesar-pembesar kita dan penasihat-penasih agama mereka telah lama melabel orang-orang yang menyeru mereka berkomited kepada Al Quran semata-mata sebagai "Anti-Hadis" dan menghukum mereka sebagai "Sesat" dan "Murtad" sepertima Firaun telah menghukum Nabi Musa. Apabila mereka mengikut contoh Firaun - apakah mereka dikecualikan dari ayat 28:41?

Ada pula yang bangga apabila mereka dapat gelaran "Imam" - malahan buat masa ini pembesar-pembesar kita giat untuk memperbanyakkan lagi "Imam-Imam".

13 comments:

  1. Saya telah memberitahu saya tidak akan siarkan komen-komen yang bodoh. Hari ini saya terima satu komen yang cuba mempertahankan amalan-amalan sembah batu yang dibina oleh orang-orang Arab. Komenter tersebut berkata:

    "Orang Islam tidak menyembah batu - tetapi gambaran dalam hati mereka - mereka sembah Allah. Ini adalah serupa dengan kita tenguk TV, kita tidak tenguk TV tetapi kita tenguk gambar dalam TV itu."

    Saya hanya nak jawab sikit saja:

    Memang kita lihat gambar yang ditayangkan oleh TV bukan peti TV. Tapi kita tidak pernah "Tawaf" dan "Cium" peti TV - sepertimana orang "Tawaf" dan "Cium" batu di Mekah itu!

    Lain kali kalau nak guna logik - fikir dalam-dalam.

    ReplyDelete
  2. Orang2 yang mempersekutukan Tuhan tidak akan mengaku bahawa mereka mempersekutukan Tuhan.

    Satu ajaran sesat tidak akan dianggap sesat selagi ajaran itu mempunyai pengikut yang sangat ramai.

    Apa yang penting saya berlepas diri dari apa yang mereka sembah.

    Tuan boleh baca pautan di bawah mengenai Al-Lat, Al-Uzza dan Manat, 3 Dewi Arab sebelum kedatangan Muhammad:-

    http://www.thaliatook.com/AMGG/arabtriple.html

    Sekarang baru saya tahu apa makna simbol bulan sabit dan bintang yang terdapat di puncak menara-menara di "masjid" besar Mekah.

    Simbol Matahari terdapat banyak di dalam bangunan batu itu dan ditempa dengan kepingan2 emas.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan BQ,

    Ayat 6:125. Rijsu(rijsun) telah tuan terjemahkan kepada najis sedangkan penterjemah yang lain menterjemahkan sebagai kotoran(defilement,the wrath, ignominy, lay uncleanness, abomination) Manakala seorang penterjemah lagi menterjemahkan sebagai hukuman(the penalty).

    Saya dapati perkataan najis ini berasal dari dalam AlQur'an sendiri yang boleh kita baca di dalam ayat 9:28 iaitu najasu dan diterjemahkan sebagai najis.

    Najasu hanya sekali disebut dalam AlQuran manakala Rijsu,rijsa, rijsi, rijsun, rijsan dan pula dikaitkan dengan kotor(an) dan satu perkataan iaitu farthin(bowels)yang juga di terjemahkan sebagai kotoran(excretion)

    Semuga mendapat pencerahan untuk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  4. Salam Pro,

    Saya terjemahkannya sebagai "Najis" sebab ianya mempunyai uumph.....dibandingkan dengan "kotor". Itu saja. Orang Penang cakap "Pi mai - pi mai - tang tu jugak".

    Ini serupa pada satu masa dulu saya beritahu kawan saya: Allah bertanya kita "Apa pasal lu cakap tak serupa bikin?" Dia kata bila pula Allah cakap macam tu? Saya pun minta dia semak 61:2.

    Saya terima dua lagi komen dari Sdr Pro dan kedua-duanya berupa soalan. Tajuk ini saya akan cuba terjemah dari buku Aidid Safar apabila saya sampai bab-babnya. Buat sementara itu saya minta Sdr teruskan amalan-amalan sepertimana Sdr faham dan jangan dengar cakap orang lain sebab mereka tidak boleh beri petunjuk kepada Sdr dan ini termasuklah saya.

    Walaubagaimanapun saya cadang Sdr ruangkan masa menjenguk My Blog Lists yang saya papar diblog ini. Saya percaya soalan-soalan Sdr telah dibincang dan diperbahas disana. Kalau Sdr ada ide yang boleh mendatangkan faedah - kita semua boleh berkongsi - dengan syarat "jangan paksa orang lain percaya sepertimana kita percaya".

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Bagaimana pula pendapat Pro n BQ dgn terjemahan saya ini;

    6:125 Maka sesiapa dikehendaki Allah pasti diberi petunjuk dan dilapangkan dadanya untuk berserah diri/lil-islaami dan sesiapa dikehendaki sesat maka dijadikan sesak dadanya seakan dia sedang menungkah kelangit demikianlah Allah mengeji/-rrijsa orang yang tidak amanah.

    Harap dapt manfaat bersama, salam.

    ReplyDelete
  6. Salam lock,

    Semuga kita tidak locked(mengunci mati) kalbu kita untuk sama-sama explore kebenaran Allah.:))

    6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.

    Kalau di tanya bagaimana, maka jawapannya saya percaya denga nseluruh isi AlQur'an, begitu juga dengan kenyataan dalam ayat diatas.

    cuma jika islamitu di maknai sebagai berserah diri bagaimana? Kalau dimaknai sebagai tunduk-patuh bagaimana? dan juga jika dimaknia beraman-damai bagaimana pula? Biarlah ianya masih dalam lingkungan quran sendiri bersendikan:

    4:82. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan.

    Tetapi mengenai tidak amanah saya kurang pasti kerana la yu' minun itu pada saya bererti orang yang tidak mempercayai(do not believe/refuse to believe). Manakala tidak amanah dalam AlQur'an di sebut wakalna, dalam ayat 6:89,perkataan yang ke duabelas dari 17 kesemuanya.

    Jadi biarlah tujuan saya dan kita semua disini berlapang dada dalam memahami perintah Allah di dalam AlQur'an.

    Allah diSanjung

    ReplyDelete
  7. Nampaknya ramai sekarang yang mula menilai pemahaman mereka terhadap perkataan-perkataan Arab dalam Quran. Tahniah!

    Semasa saya mula-mula "Explore" ayat-ayat Quran dulu, saya cuba bertukar pendapat dengan sahabat-sahabat yang sehaluan dengan saya. Ketika itu kami semua percaya menyembah batu lima kali satu hari memang satu ketetapan yang ada dalam Quran. Bilamana kesemua mula mencari justifikasinya - ada diantara mereka yang nampak mereka perlu menyembah batu hanya tiga kali satu hari mengikut surah 11:114.

    Itu adalah detik permulaan berlakunya perpecahan dan permusuhan diantara yang faham sembah batu lima kali satu dengan tiga kali satu hari. Permusuhan ini bukan saja belaku diantara sahabat-sahabat - tetapi ada yang sanggup memutus tali persaudaraan keluarga mereka sendiri. Ketika itu saya kenal lebih dari 300 orang yang mengaku mereka hanya berpegang kepada Al Quran semata-mata.

    Beberapa tahun yang lalu saya sendiri hilang seorang kawan yang paling rapat apabila dia tidak setuju bila saya kata dalam Al Quran tidak ada perkataan "Ihram" - tetapi dia tetap dengan pendapatnya perkataan "Hurum" dalam 5:1 maknanya "Ihram".

    Saya tidak ingin berbalah atau bermusuhan dengan dia - kecuali ucapan terakhir saya kepada dia adalah "Salam".

    Tujuan saya membuka blog ini adalah untuk menterjemahkan buku "Mental Bondage In The Name Of God" oleh Aidid Safar - sambil itu saya selitkan pendapat saya sendiri bilamana saya rasa ianya boleh membuat orang-orang Melayu membuka mata mereka - bukan untuk percaya kepada apa yang saya kata. Saya yakin "Batu" itu tetap "Batu" dan ianya tidak boleh mendatangkan faedah kepada kita. Tetapi kalau ada yang berfikir "Batu" itu bukan "Batu" - ianya bukan tugas saya untuk mengatakan mereka salah. Itu Tuhan punya kerja.

    Begitu juga, sekiranya ada yang berkata kepercayaan saya "Batu" adalah "Batu" adalah salah - itu bukanlah tugas mereka untuk menghukum saya salah. Itu kerja Tuhan kita. Yang suka nak jadi Tuhan dan nak buat kerja-kerja Tuhan adalah "Ulamak".

    Sepertimana Aidid Safar - saya juga tidak minta mana-mana orang percaya kepada apa yang saya tulis - atau bagaimana saya menterjemahkan satu-satu perkataan itu. Mereka yang membaca blog ini - mereka sendiri mempunyai Al Quran dan mereka harus memahami mesej Al Quran sepertimana Allah mengajar mereka - dan bukan sepertimana Yusuf Ali, Pickhall, Aidid Safar, atau saya sendiri faham.

    Malangnya kebanyakan orang-orang yang telah didedahkan dengan Al Quran - karat kepercayaan agama yang mereka ikuti dulu masih tebal dengan mentaliti "Berguru" atau nak jadi "Tok Guru".

    ReplyDelete
  8. Salam..
    Apa yang ada dilangit dan dibumi..atau diantara kedua2nya sujud pada kalimah ALLAH..
    Perlukah kita sujud pada yang selain dari itu???..

    ReplyDelete
  9. Salam BQ

    Sebenarnya komuniti BerQur'an sentiasa dalam bilangan yang kecil. Saya sendiri terasing semenjak 'murtad' kembali kepada hanya AlQur'an sesatunya.

    Inilah proses yang sedang saya, mungkin juga kita lalui. Dan kesabaran adalah perlu bilamana kita yang rata-ratanya adalah terdiri dari mereka yang tidak menguasai bahasa Arab dan bahasa AlQur'an.

    Tetapi saya terus beriman bahawa sekiranya kita tetap berpegang kepada hanya AlQur'an sebagai pamnduan lengkap untuk kita berada pada tarekat kebenaran seperti yang Allah kehendaki tentu sahaja perselisihannya tidak besar berpandukan atas roh ayat:

    4:82. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan.

    Jadi perkara pokok bagi saya ialah tentang makna itu sendiri, bukannya kerana kalam Allah iaitu AlQur'an dalam teks Arab yang sebenarnya. Setelah terbiasa puluhan tahun dengan terjemahan yang ada, Allah bukakan peluang kepada saya dengan pendekatan baru terhadap apa itu deenulislam melaluio sahabat-sahabat berAlQur'an yang berpandangan solat tiga waktu berbanding solat lima waktu dan kini bertemu pula dengsn sahabat berAlQur'an yang mempunyai dimensi baru dalam menghayati peritnah Allah yang sebenar yang terus dicari-cari. Dari mempercayai AlQur'an dan hadis kemudaonnya kepada berAlQur'an semata-mata dan akhirnya bertemu pula dengan sahabat yang berfikiran yang sama sekali berlainan pendekatannya.

    Tetapi semua ini bagi saya masih lagi dalam lingkungan Kebesaran Allah dal;am memberi pertunjuknya. Saya tetap berkeyakinan bahaw Allah tidak akan sesekali menzalimi kita selagi kita mencari akan hakikat sebenar perintah-perintahnya yang tepat terhadap deenulislam yang dianjurkan olehnya, InyasyaAllah.

    Saya berlapang dada. Allah diSanjung.

    ReplyDelete
  10. Salam Pro, apa yang ditekankan dalam Al Quran bukannya "Uniformity" tetapi "Unity".

    Sebagai pembaca Al Quran tidak semestinya kita sudah diberi petunjuk oleh Allah. Membaca Kitab Allah adalah langkah permulaan perjalanan kita kejalanNya. Dalam perjalan itu kita akan diuji dengan bermacam-macam ujian sehingga kita sampai keperingkat hampir-hampir kita rasa kita gagal:

    "Apakah kamu anggap kamu akan masuk syurga sebelum datang kepada kamu sepertimana orang-orang terdahulu dari sebelum kamu? Mereka menempuhi kesusahan dan kesangsaraan dan mereka digoncang sehingga berkata pembawa-pembawa utusan dan orang-orang yang percaya bersama-samanya, "Manalah pertolongan Allah". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (2:214)

    Apabila Sdr Pro berkata "Bilangan kita amat sedikit", dari pengelaman sendiri saya lihat bilangan yang banyak tidak dapat mencederakan kita kecuali dengan cacian, maki dan hamun apabila mereka tidak boleh berhadapan dengan yang benar. Fikiran kita lebih tenang - sifat kesabaran kita meningkat dan pertuturan kita lebih berhikmah. Kita tidak lagi suka menjaga tepi kain orang - mereka mahu percaya atau tidak - kita tidak mengambil kisah.

    Kalaulah kita sudah sampai kita rasa "Bilangan saya kecil" - itu adalah pentanda yang baik:

    "Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang dimuka bumi ini - mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Tidaklah mereka mengikuti melainkan perasangka dan tidaklah mereka hanya sebagai orang-orang pendusta." (6:116)

    ReplyDelete
  11. tompang tanya sikit, Nabi Muhammad saaw sembah batu juga ke?

    ReplyDelete
  12. Apabila orang-orang yang jadi Pak Turut agama Arab tidak mahu membaca Kitab Allah mereka akan bertanya soalan-soalan yang seperti merah_s diatas.

    Nasihat saya kepada orang-orang seperti ini "Pergi baca Quran" dulu dan teliti ayat-ayat Allah dengan betul-betul.

    Cari ketetapan-ketetapan Allah yang menyuruh Nabi Muhammaad sembahyang sepertimana orang-orang Melayu "Sembah Batu" - lima kali satu hari.

    Kalau mereka tidak suka membaca Quran kerana mereka benci denga ayat-ayat Allah - sekurang-kurangnya dengar apa yang Allah suruh Nabi Muhammad cakap kepada orang lain:

    "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepada aku dari Tuhanku sahaja. Ini (Al Quran) adalah bukti yang nyata dari Tuhan kamu - dan ianya sebagai petunjuk - dan Rahmat bagi kaum yang percaya." (7:203)

    Al Quran adalah bukti yang nyata - Kalau ada wahyu yang menyuruhnya "Sembah Batu" seperti orang-orang Melayu lakukan - lima kali satu hari - ianya mesti ada dalam Quran. Kalau ketetapan-ketetapan ini tidak ada dalam Quran - maka, jadilah mereka macam orang-orang Yahudi:

    "Maka telah menganti orang-orang zalim itu perkataan-perkataan yang lain dari apa yang dikatakan kepada mereka. Maka Kami turunkan atas orang-orang zalim itu kotoran dari langgit dengan sebab mereka adalah orang-orang yang fasik." (2:59)

    Kebanyakan orang-orang Melayu tidak faham bila mereka baca ayat-ayat diatas - dan ada juga yang buat-buat tak faham kerana mereka "Tidak Percaya" atau "Beriman" kepada ayat-ayat Allah. Jadi,

    "Sesungguhnya orang-orang yang "Tidak Percaya" - sama saja bagi mereka - samada kamu beri peringatan kepada mereka atau kamu tidak beri peringatan kepada mereka - mereka tidak akan percaya." (2:6)

    "Allah telah mengunci mati atas hati mereka, dan atas penglihatan mereka - dan atas pendengaran mereka ditutup. Dan bagi mereka siksaan yang paling besar." (2:7)

    Dalam bahasa Arab perkataan "kafaa-ruu" dalam ayat 2:6 membawa maksud orang-orang yang "Tidak Percaya".

    Kalau orang-orang Melayu tidak percaya ayat-ayat Allah yang mengatakan Nabi Muhammad mengaku dia hanya mengikuti Al Quran sahaja - mereka harus fikir tentang ayat 2:6 dan 7.

    Kalau mereka percaya apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam ayat 7:203 - mereka tidak perlu bertanya soalan-soalan yang bodoh.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Mustahil seorang Nabi menyembah batu (atau objek-objek lain). Kalau seseorang Nabi pun menyembah batu, apa bezanya Nabi dengan syaitan?

    Jika syaitan pernah memperlihatkan kepada penyembah matahari di zaman Nabi Sulaiman bahawa amalan tersebut suatu yang indah, seperti itulah syaitan juga yang memperlihatkan kepada penyembah batu di zaman hari ini bahawa amalan tersebut suatu yang indah dan mulia.

    Semoga mereka berbahagia dengan syaitan. Sendiri buat sendiri tanggung. Kita bukanlah penjaga kepada mereka.

    ReplyDelete