Sunday, March 6, 2011

Bab Kedua - Bersujud Kepada Ketetapan Allah

Satu perkara yang terpenting: Perkataan “Sembah” tidak disebut dalam mana-mana ayat Al Quran. Sekali lagi, penjaja-penjaja agama Arab telah memutar-belitkan satu lagi perkataan yang mudah dari Kitab Allah.

Initipati Al Quran mengajar manusia bagaimana mereka harus menjalankan satu cara hidup mengikut ketetapan-ketetapan penjanjian diantara diri mereka dengan Pencipta mereka dengan cara komitmen mereka untuk memberi ianya kemurnian. Tiada siapa yang dapat menunaikan janji-janji ini dengan aktiviti sembah-menyembah. Seseorang itu mengamati komitmennya dengan mentaati persetujuannya terhadap ketetapan-ketetapan Penciptanya.

Kesemua manusia dicipta sebagai hamba atau A’bdi kepada Allah dan ini amat jelas apabila Allah menyeru kepada mereka:

“Wahai hamba-hambaKu (A‘badi-ya) yang percaya. Sesungguhnya bumi Aku luas. Dengan itu kepada Aku sajalah pengabdian (fa’budun) itu.” (29:56)

Akar kata A’bada mempunyai derivatif-derivatif lain seperti u’bud, ya’badu, ‘ibadah, a’bit, ‘ibad yang mempunyai esen maksud yang sama yang ada kaitan dengan menghambakan diri atau berkhidmat untuk Allah. Maksudnya tidak boleh digunakan untuk tujuan selain dari makna kepada akar perkataannya.

Sebagai hamba, manusia perlu berkhidmat atau membuat ‘ibadah untuk Allah:

“Dan bagiNya segala apa yang ada dilanggit dan bumi itu dan mereka yang disisiNya mereka tidak pernah menyombongkan diri untuk berkhidmat untukNya (‘ibada-ti-hi) – dan tidak pula mereka merasa letih.” (21:19)

Ada orang biasa bertanya, “Bagaimana cara kita berkhidmat untuk Allah”? Mungkin bagi mereka apabila mereka beribadah atau berkhidmat untuk bangsa dan Negara – mereka “Sembah” bangsa dan Negara mereka sendiri.

Sepertimana yang dikatakan sebelum ini dalam tajuk “Mengabdikan diri dengan cara berkomited” - kita lihat kesemua bintang-bintang yang ada dilanggit dan binatang-binatang bersujud atau “yus-judun” – iaitu - mereka bersetuju menjalankan tanggung-jawab masing-masing dengan mentaati ketetapan-ketetapan Allah. Konsep ini adalah serupa apabila perkataan yang sama digunakan untuk manusia – apabila mereka berkhidmat (‘ibada-ti-hi) untuk Allah mereka juga bersujud atau “yas-judun” – iaitu mereka bersetuju untuk bertunduk patuh kepada ketetapan-ketetapanNya.

“Sesungguhnya orang-orang yang berada disisi Tuhan kamu – mereka tidak menyombangkan diri dari berkhidmat (‘ibada-ti-hi) kepadanya. Dan mereka mensucikannya - dan kepadanya mereka bersujud (Yas-judun).” (7:206)

Ayat 7:206 adalah sambungan dari ayat-ayat 7:203, 204 dan 205 iaitu ayat-ayat yang berkaitan dengan Al Quran. Dalam ayat 7:204 dan 205 ianya berbunyi:

“Apabila Al Quran itu dibacakan, maka dengar kepadanya dan perhatikan betul-betul supaya kamu dapat rahmat – dan ingatlah Tuhan kamu dalam hati kamu – dan rendahkanlah diri dan amatilah kesannya. Dan janganlah kamu keraskan pertuturan diwaktu pagi dan petang – dan janganlah pula kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (7:204-205)

Kemudian disusuli oleh ayat 7:206 yang memberitahu orang-orang yang mengikuti ketetapan-ketetapan apa yang mereka baca dalam Al Quran - mereka berada disisi Allah mereka - tidak menyombongkan diri dari berkhidmat (‘ibada-ti-hi) mengikut apa yang mereka baca – lalu mereka menjaga kesucian ajaran-ajarannya – dan mereka bersujud (yas-judun) atau bersetuju mematuhi apa yang ditetapkan dalamnya – sepertimana kesemua planet-planet dilanggit dan pokok-pokok bersujud kepada ketetapan-ketetapan Allah dalam sura 55:6.

Tetapi penjaja-penjaja agama telah memutar-belitkan perkataan ‘ibadah ini kepada satu kegiatan aktiviti agama dan perkataan yas-judun kepada satu perbuatan ritual secara fisikal kepada Allah - sedangkan apabila ayat 7:206 dibaca mengikut kontek sebenarnya - ia merujuk kepada ketetapan-ketetapan dalam Al Quran.

“Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka ‘abdikan diri (ya’budun).” (51:56)

Dalam hanya satu ayat, Al Quran menjelaskan tujuan kita dimuka bumi. Kita dicipta untuk mengabdikan diri bukan sebagai penyembah Allah. Kita telah dicipta dalam rekaan yang teragong ini untuk berkhidmat dengan melakukan kerja-kerja kebaikan atau amalan-amalan kebajikan atau good deeds – bukan dengan fikiran atau kata-kata kosong sahaja. Mengelirukan perkataan “ta’budu” dengan memberinya maksud “Sembah” telah memberi kesan yang paling buruk kepada kesucian Islam.

Perkataan ‘abdikan diri dengan “Sembah” mempunyai maksud yang berlainan dalam kontek perbincangan ini. Perkataan ya’budun memberi gambaran supaya kita berkhidmat dengan cara melakukan kerja-kerja kebaikan atau good deeds mengikut apa yang kita tahu dari ketetapan-ketetapanNya. Perbuatan “Sembah” pula, adalah satu keadaan bilamana seseorang itu mempunyai perasaan yang mendalam menghormati atau memuji dengan penuh kasih sayang – misalnya apabila mereka kehilangan idola-idola mereka atau ikon-ikon pujaan mereka dengan atur-cara aktiviti-aktiviti ritual, menziarah, atau membaca dan menyanyi lagu puji-pujian.

Perkataan ta’budu atau ya’budu adalah perkataan derivatif dari akar kata ‘abd yang memberi maksud sebagai hamba – bukan penyembah. Kesemua manusia dimuka bumi ini adalah hamba-hamba Allah. Dengan itu mereka harus berkhidmat dengan cara bersetuju mematuhi (sujud) kepada ketetapan-ketetapanNya tanpa berbelah bagi - supaya mereka tidak jadi syirik atau mempersekutukanNya dengan apa saja ketetapan yang diadakan oleh orang lain.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni bilamana DiaNya dipersekutukan (syirik). Dan Dia mengampuni apa saja yang selain dari itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (syirik) – sesungguhnya dia telah melakukan kesalahan yang paling besar.” (4:48)

Apabila seseorang itu percaya kepada mana-mana ajaran yang menyuruh mereka “Sembah” Allah – sedangkan Allah menyuruh mereka “mengabdikan diri” dengan cara berkhidmat untukNya dengan melakukan kerja-kerja kebaikan – maka dianya telah mempersekutukan Allah dengan cara mematuhi ketetapan selain dari Allah. Dalam kata lain, dia tergolong orang-orang yang syirik.

Perkataan ‘abd mempunyai banyak derivatif-derivatif yang ada kaitan dengan penghambaan diri dengan cara mempraktikkan kerja-kerja atau berkhimat untuk Allah. Misalnya, ayat berikut ada kaitan dengan rujukan kepada Isa putra Mariam dan malaikat-malaikat yang terdekat dengan Allah.

“Laiyas-tabkifu masih’u ai-yakuna a’bdan lil-lah wa-lal-malaikatu muqor-robun. Waman yas-tankifu ‘an-’ibada-tihi was-yastakbir fa-sayah shuru-hum ilai-hi jami’an. (4:172)

“Tidaklah sekali-kali merasa segan Al Masih bahawa dia menjadi hamba (a’bdan lil-lah) untuk Allah – dan begitu juga maliakat-malaikat yang terdekat. Barang siapa yang merasa segan untuk berkhidmat (‘ibada-ti-hi) – dan menyombongkan diri – sesungguhnya Dia akan mengumpul mereka kesemuanya.” (4:172)

Al Masih atau Isa putera Mariam adalah manusia yang paling suci sekali dijadikan Allah dalam dunia ini sejak hari dia dilahirkan. Dia adalah kalimat Allah atau perkataan-perkatan Allah (4:171) – tetapi dia tidak segan menjadi hamba kepada Allah. Adalah menjadi tanggung-jawab seseorang hamba itu berkhidmat untuk tuannya. Sebagai orang yang percaya kepada Allah tugas mereka adalah sama dengan hamba-hamba Allah yang lain – iaitu mereka harus berkhidmat untuk Allah melalui komitmen-komitmen mereka kepada segala apa yang ditetapkan olehNya dalam Al Quran – mempraktik kesemuanya sebagai cara hidup mereka – bukan “MenyembahNya” dengan cara menonggengkan bontot kelanggit dan mencakar-cakar lantai. Adalah menjadi satu keanehan bagi mana-mana satu keluarga yang mempunyai satu platun hamba-hamba ditugas “Menyembah” tuan mereka. Dimanakah lojiknya?

Sebagai hamba-hambaNya kita harus berpegang teguh dan mematuhi segala perintah-perintahNya sebagaimana cipataan-ciptaanNya yang ada dilanggit dan bumi. Dia tidak pernah meminta mana-mana ciptaan “MenyembahNya” dengan “Bersujud” secara fisikal – tetapi bersujud kepada perintah-perintahNya.

“Dan kepada Allah bersujud (yas-judu) apa saja yang ada dilanggit dan bumi dari makhluk-makhluk yang melata dan malaikat-malaikat dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka takut Tuhan mereka dari atas mereka – dan mereka mengerjakan apa yang diperintah kepada mereka.” (16:49-50)

"Mereka mengerjakan apa yang diperintah kepada mereka". Itulah cara sujud mereka. Kita tidak pernah lihat mana-mana ciptaan Allah dilanggit dan dibumi bersujud secara fisikal kepada Allah – tetapi ksemua mereka menjalankan tugas masing-masing sepertima mereka diperintah.

Allah tidak memerlukan amalan-amalan korban yang remeh-temeh kerana Dia tidak memerlu sebarang makanan - atau membebankan hamba-hambaNya menziarahi mana-mana lokasi tertentu untuk mematuhi ketetapan-ketetapanNya. Dia tidak perlu kehadiran sesiapa pun di Mekah. Kerja sia-sia ini semuanya telah diada-adakan oleh orang-orang Arab yang memutar-belit ayat-ayatNya. Malahan Allah tidak perlu apa-apa janji dari hamba-hambaNya. Sekiranya kita telah membuat perjanjian – adalah menjadi tanggung-jawab kita memenuhi janji-janji itu – untuk kebaikan diri kita sendiri – bukan untuk Allah. Dia mahu kita sempurnakan perintah-perintahNya melalui tinda-tanduk perbuatan kita. Seseorang hamba itu harus berkomited sepertimana dia diperintah – kalau tidak, kedudukannya sebagai hamba akan menjadi sia-sia saja.

Sudah tentu ada yang membantah dengan mengatakan Allah tidak perlukan perkhimatan kita. Memang ianya benar – tetapi sebagai hamba-hambaNya kita yang memerlukanNya:

“Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah – sedangkan Dia Kaya dan Terpuji.” (35:15)

Dalam kata lain, Allah tidak memerlukan sesiapa pun berkhidmat untukNya. Tetapi sebagai hamba-hambaNya – kita sendiri akan dapat manfaat apabila kita berkhidmat untukNya sebagaimana kita selalu ucapkan dalam surah Fatiha:

“Kepada Kamu sajalah kami abdikan diri - dan kepada Kamu sajalah kami meminta pertolongan.” (1:5)

Sebagai 'abdi – tanggung-jawab kita ialah untuk berkhidmat kepada Pencipta kita - kita bersetuju untuk mematuhi segala apa arahan-arahan mengikut KitabNya. Kita diberi kebebasan supaya kita sendiri membina potensi-potensi kita dengan sepenuhnya. Pencipta kita jadikan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna daripada makhluk-makhluk lain. Dia membimbing dan mengajar mereka dengan petunjukNya sepertimana Dia mengajar Adam supaya ciptaan-ciptaanNya yang lain bersujud atau mematuhi kepada ilmu-ilmu yang diilhamkan kepada mereka. Kita jadi benar dari sifat-sifat kita yang sebenarnya. Itulah kehendak Allah, dan ianya untuk kebaikan kita sendiri.

Selain daripada planet-planet dilanggit dan makhluk-makhluk dibumi yang cipta Allah – Dia juga telah mencipta tenaga-tenaga yang tidak dapat dilihat oleh manusia – yang dinamakan malaikat. Perkataan malaikat ini berasal dari akar kata “mim-lam-kaf” atau “malaka” yang memberi maksud “kuasa” atau “daya”. Malik adalah derivatif dari perkataan malaka yang bermaksud Yang Berkuasa – biasa digunakan untuk Raja - dan Mulk adalah Yang Paling Berkuasa yang hanya diguna untuk Allah. Bagi hamba-hamba Allah yang bijak mereka ambil kesempatan supaya tenaga-tenaga in berkhidmat untuk mereka dalam bidang-bidang telekomunikasi, radio, televisyen dsb.

Ada diantara tenaga-tenaga ini mereka mempunyai tugas-tugas penting menjadikan mereka dekat kepada Allah dan mereka berkhidmat untukNya dengan cara menjalankan tugas masing-masing.

“Ketika mencatitkan dua pencatit dari sebelah kiri dan kanan menjalankan tugas. Tidak satu pun ucapan yang dia ucap melainkan kehadiran penjaga.” (50:17-18)

Ini adalah tenaga-tenaga atau malaikat-malaikat yang dicipta Allah yang ditugaskan 24 jam satu hari untuk mencatitkan segala perbuatan dan percakapan seseorang invididu itu. Mereka juga hamba-hamba Allah dan mereka berkhidmat untuk Allah.

Sejak dari awal lagi Allah telah mengutuskan rasul-rasulNya melarang mana-mana hambaNya untuk berkhidmat atau mengabdikan diri kepada mana-mana tuhan yang membuat ketetapan-ketetapan cara hidup mereka selain dari apa yang telah ditetapkan dalam Kitab-KitabNya terdahulu dan juga Al Quran:

“Was-alman arsalna min qoblika min-rosulina aj’alna min-dunir-rohman ali-hatan ya’budun." (43: 45)

“Dan tanyalah mereka yang Kami utus dari sebelum kamu dan rasul-rasul kami – adakah Kami jadikan dari selain Maha Pemurah tuhan-tuhan untuk mereka berkhidmat.” (43:45)

Pendek kata, sebagai hamba Allah manusia tidak seharusnya berkhidmat atau mengabdikan diri kepada mana-mana manusia lain untuk memberitahu mereka cara mana harus mereka mengadakan tali perhubungan mereka dengan Pencipta mereka. Perkhimatan mereka untuk Allah adalah melalui kerja-kerja kebajikan dan kebaikan. Memang benar dunia ini penuh dengan niat yang baik – tetapi niat sahaja tidak ada guna – kalau ianya tidak dilaksanakan dengan jujur.

Pengikut-pengikut agama Arab diwajibkan untuk membaca tujuh ayat dalam surah pertama Al Quran setiap kali mereka mengerjakan lima waktu “Sembahyang” setiap hari. Penjaja-penjaja agama telah menipu mereka dengan memutar-belitkan perkataan na’budu (berkhidmat) dalam 1:5 dengan bermaksud “Sembah”. Perkataan ini berasal dari akar kata ‘abd yang bermaksud hamba. Mereka diajar supaya berkata-kata kepada Tuhan mereka “Kamu sajalah kami sembah – dan kepada Kamu sajalah kami minta pertolongan.” Apakah Allah boleh menolong mana-mana hambaNya hanya dengan “MenyebahNya” – tanpa sebarang usaha?

Kemudian mereka sambung membaca dalam sembahyang mereka ayat 1:6-7 dengan berkata:

“Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus – jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka – bukan orang-orang yang dimurkai atas mereka – dan bukan jalan orang-orang yang sesat.” (1:6-7)

Mereka minta Allah tunjukkan kepada mereka kejalan yang lurus – tanpa mereka sendiri berusaha mencari dimana jalan lurus Allah. Kesemua mereka percaya Al Quran itu adalah Kitab Allah – dan mereka tidak sedar mereka hanya perlu membuka surah berikutnya yang berbunyi:

“Itulah Kitab tiada keraguan didalam – petunjuk bagi orang-orang yang takwa.” (2:2)

Kalaulah mereka benar-benar jujur, sabar dan ikhlas dan mahu befikir tentang ayat 2:2 itu betul-betul – petunjuk yang mereka minta dari Allah dalam sembahyang mereka setiap hari ada didepan mata mereka – dan Allah memberi jaminan Kitab itu akan jadikan mereka orang-orang yang bertakwa kepadaNya – dan itulah nikmat yang mereka minta daripadaNya setiap hari.

Kalaulah orang-orang yang meminta Allah memberi mereka petunjuk setiap hari itu “Bersujud” kepada ketetapan Allah dalam ayat 2:2 sudah tentu mereka akn temui pelajaran-palajaran yang paling berharga untuk kepercayaan mereka terhadap Allah.  Mereka dijamin kesejahteraan dan keselamatan sehingga mereka boleh menjadi seorang hakim yang boleh membezakan diantara yang hak dan yang bathil. Allah memberi jaminan mereka boleh berdikari tanpa dibelenggu pemikiran mereka oleh sesiapa saja apabila mereka temui dalam Kitab yang mereka baca: 

“Bukanlah atas kewajiban kamu memberi petunjuk kepada mereka – tetapi Allah saja yang boleh beri petunjuk kepada sesiapa saja Dia kehendaki…..” (2:272)

Kalau Allah berkata nabi yang menerima Al Quran tidak boleh beri petunjuk – bagaimana orang-orang Melayu boleh percaya imam-imam mereka boleh beri petunjuk kepada mereka? Hari ini kebanyakan mereka masih lagi terus meminta kepada Allah tujuh belas (17) kali satu hari “Tunjukkan kepada kami jalan yang lurus” – dan sehingga sekarang mereka belum mengetahui dimana petunjuk Allah itu - dan selagi mereka tidak “Bersujud” kepada ketetapan Allah yang mengataka Al Quran itu adalah petunjuk” – maka selagi itulah mereka akan bergayut kepada petunjuk imam-imam mereka.

Itulah tuhan-tuhan mereka yang beri mereka petunjuk sebenarnya – dan dalam bahasa Al Quran idola-idola ini dinamakan sebagai “Thaghut” – yang menetapkan hukum-hakam agama yang dinamakan sebagai undang-undang Syariah. Kesemua undang-undang mereka tidak perlu mana-mana rujukan dari Kitab Allah – dan kerap-kali mereka mengubal undang-undang mereka mengikut kata sepakat – bukan mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah: Maka itulah sebabnya mereka mewajibkan pengikut-pengikut mereka supaya “Bersujud” kepada Allah – bukan kepada perintah-perintahNya dalam Al Quran: Imam-imam mereka menjadi pelindung atau “aulia” mereka – dan Allah berkata:

“Allah adalah pelindung (Wali-yu) bagi orang-orang yang beriman - dan Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Tetapi orang-orang yang tidak percaya itu pelindung-pelindung (Au-li-yaa) mereka adalah Thaghut – dan dia mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni api – mereka kekal didalamnya.” (2:257)

Mengikut ayat 2:257 orang-orang yang berlindung kepada Allah mengikut Kitab petunjukNya – Allah menjamin mereka akan dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Orang-orang yang berlindung kepada kitab-kitab selain dari Al Quran – mereka sebenarnya berlindung kepada Thaghut – yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan – atau menjauhkan mereka dari petunjuk Allah.

Setelah dikaji dengan teliti – ianya menjadi nyata bahawa kita tidak boleh “Ampu” atau “Bodek” Tuhan kita untuk mendapatkan sesuatu dengan cara menyembahNya setiap hari. Kita perlu bersetuju merendahkan diri mempraktikkan segala ketetapan-ketetapanNya dalam cara hidup kita mengikut Al Quran. Dalam kata lain kita “Bersujud” kepada perintahNya untuk kebaikan diri kita sendiri. Kita menerima petunjukNya adalah kerana RahmatNya – satu Rahmat yang kita tidak mempunyai hak.

Sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka dengan sebuah Kitab – Kami jelaskannya atas ilmu petunjuk – dan satu “Rahmat” bagi kaum yang beriman.” (7:52)

Dalam 7:52 Allah mengatakan Al Quran itulah ilmu petunjukNya dan – itu adalah satu Rahmat yang paling besar dari Allah – satu Rahmat yang kita tidak mempunya hak. Bagi melayakkan diri kita perlu memenuhi syarat dengan cara berkhidmat untukNya bagi menunaikan perjanjian kita dengan-Nya apabila kita berkata “Kami Dengar dan Kami Taat”. Itulah kontrak kita denganNya. Kontrak ini tidak dipenuhi dengan “Sembah-menyembah” – tetapi harus dilakukan dengan cara mematuhi segala apa yang kita persetujui. Kita terikat dengan kontrak ini sehingga kita menghembus nafas yang terakhir. Allah tidak membuat sebarang ketetapan dalam mana-mana ayat Al Quran supaya manusia harus “MenyembahNya”.

No comments:

Post a Comment