Sunday, February 13, 2011

Bab Kedua: Kesemua Manusia DiBeri Kebebasan Mutlak

“Dan jika dikehendaki Tuhanmu sudah tentu kesemua manusia diseluruh bumi ini akan beriman - apakah kamu mahu memaksa mereka untuk beriman?” (10:99)

Ayat diatas adalah satu jaminan kebebasan mutlak yang diberi Allah kepada kesemua manusia dimuka bumi ini samada mereka mahu beriman atau tidak – dan tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk memaksa orang lain – atau memberi arahan kepada mana-mana individu bagaimana mereka harus percaya - dan bagaimana mereka harus menjalankan cara hidup mereka. Konsepnya adalah mudah. Manusia diberi kebebasan memilih samada mereka mahu percaya atau tidak kepada Allah. Tiada siapa yang ada hak keatas mana-mana individu. Ini termasuklah arahan-arahan dari ibu bapa mereka sendiri walaupun manusia disarankan untuk menghormati ibu bapa mereka dalam keadaan apa sekali pun.

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua orang tua mereka terutama ibu yang mengandung mereka kelelahan atas kelelahan dan menyapinya selama dua tahun agar mereka bersyukur kepada Aku dan kepada kedua orang tua mereka. Kepada Aku lah tempat kamu kembali. Dan sekiranya keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan dengan Aku dengan apa yang kamu tidak mempunya pengetahuan – maka janganlah kamu mentaati mereka – tetapi bergaullah dengan mereka didunia ini dengan baik-baik – dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada Aku – kemudian kepada Aku lah tempat kembalinya semua kamu – lalu akan Aku beritahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan.” (31:14-15)

Apa yang berlaku kepada kebanyakan manusia sekarang – mereka sanggup mentaati secara membabi buta ajaran-ajaran dari imam-imam mereka dengan cara mempersekutukan Allah – walaupun mereka sedar kebanyakan ajaran-ajaran dari imam-imam ini hanya akan memperbodohkan diri mereka sendiri dengan mentaliti jumud dan bebal.


Selain dari kebebasan memilih cara hidup tersendiri Allah juga memberi kebebasan kepada manusia untuk memberi dan mendengar pendapat dan juga kebebasan untuk meluahkan perasaan. Mereka digalakkan untuk memilih pendapat yang terbaik.

“Orang-orang yang ingin menjauhkan diri dari Thagut kerana mereka mahu kembali kepada Allah – mereka harus diberi tahniah – Dengan itu sampaikan tahniah kepada hamba-hambaKu. Ini kerena mereka mendengar semua pendapat lalu mereka mengikuti yang paling baik diantaranya – mereka itulah yang diberi petunjuk oleh Allah – dan mereka itulah yang mempunyai akal fikiran.” (39:17-18)

Kebebasan meluahkan perasaan juga telah dijamin oleh Allah kepada kesemua hamba-hambaNya. Dan contoh yang diberi dalam Al Quran amat jelas apabila seorang wanita membuat bantahan dan berdebat dengan pembawa utusan Allah:

“Sesungguhnya Allah mendengar perkataan wanita yang berdebat dengan kamu tentang suaminya lalu dia mengadukan kepada Allah – dan Allah telah dengar soal-jawab diantara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Mendengar dan Melihat.” (58:1)

Ayat diatas menunjukkan kepada kita sesiapa saja mempunyai hak untuk mencabar dan memberi pandangannya walaupun kepada rasul Allah - dan tidak pula Rasul itu menghukum wanita yang berbantah dengannya. Malangnya kebebasan ini telah dihapuskan oleh kesemua agama termasuklah agama Arab. Pengikut-pengikut mereka yang telah dibebankan dengan ajaran-ajaran Thaghut mereka – mereka dilarang sama sekali mencabar atau berdebat dengan mana-mana pemimpin agama mereka.

Sebenarnya Allah telah memberi kebebasan dan menjamin hak-hak asasi ini kepada setiap individu untuk memilih jalan yang dipilih oleh individu itu - bermula pada hari Dia memberi nyawa kepada mereka samada ianya lelaki atau perempuan sehinggalah sampai pada hari Dia mengambil balik nyawa mereka. Adalah menjadi tanggung-jawab setiap individu untuk memilih jalannya dengan kebijaksanaannya sendiri. Setiap individu itu mempunyai dua pilihan sebagai opsen:


(1) Memilih cara hidup untuk Allah sebagaimana yang ditetapkanNya (Deen-nil-lah) yang terdapat hanya dalam KitabNya sahaja, atau

(2) Memilih cara hidup yang berlandaskan dari ketetapan-ketetapan yang ditulis oleh tanggan penjaja-penjaja agama yang dipanggil sebagai Thaghut.

Perkara ini amat jelas apabila Allah memberitahu kita bahawa ada manusia yang mengaku mereka percaya kepada apa yang telah ditetapkan dalam KitabNya, tetapi mereka memilih untuk berhakim dengan kitab-kitab selain dari Al Quran:

“Apakah kamu tidak lihat kepada orang-orang yang mengaku sesungguhnya mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan dari sebelum kamu? Mereka memilih untuk berhakim kepada Thaghut – sedangkan mereka telah diperintah untuk menginkarinya – dan mereka memilih syaitan untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.” (4:60)

Seharus manusia itu membuat keputusan atau membuat apa-apa hukum mengikut Kitab Allah semata-mata - tetapi pada keseluruhannya orang-orang muslim telah mengadakan hukum-hukum syariah mereka sendiri – dan Allah memberitahu kita ide-ide ini semua berasal dari sifat kesyaitanan yang dinamakan sebagai Thaghut.

Apabila seseorang itu menjalankan Cara hidupnya “Untuk Allah” dia akan menikmati kebebasan dan hak-hak asasi yang dijamin oleh Allah. Dan Allah tidak akan memaksanya untuk percaya kepada ketetapan-ketetapanNya dan Dia tidak akan mengenakan sebarang hukuman kepada sesiapa didunia ini sekiranya individu itu tidak mahu percaya. Malahan Allah jelas dengan nyata Al Quran yang diturunkanNya adalah sebuah Kitab yang membeza diantara yang benar dan yang salah. Dalam kata lain, apa saja ketetapan yang bercanggah atau yang tidak terdapat dalam KitabNya – kesemuanya itu adalah ketetapan yang diada-adakan oleh manusia yang menjadi pesuruh Thaghut.

Allah juga memberitahu kita bahawa Kitab Al Quran yang diturunkan kepada pembawa utusanNya cukup terperinci dan Dia tidak meninggalkan apa saja maklumat untuk membimbing manusia kejalanNya:

“Dan tidaklah binatang-binatang dibumi dan burung-burung yang berterbang dengan sayap-sayapnya – melainkan mereka itu umat-umat seperti kamu. Tidaklah Kami alphakan dalam Kitab itu dari sesuatu apa pun – kemudian kepada Tuhan mereka – mereka akan kembali.” (6:38)

Jadi manusia tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengikuti mana-mana kitab lain untuk mencari jalan Allah sebagai pilihan mereka. Dan Dia memberi kebebasan mutlak kepada mereka samada mahu percaya atau tidak:

“Tidak ada paksaan dalam cara hidup itu. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar itu dengan jalan yang salah. Maka barangsiapa yang ingkar dengan Thaghut dan ia percaya dengan Allah – maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali yang teguh yang tidak akan putus baginya. Dan Allah Mendengar dan Mengetahui.” (2:56)

Itulah dua jalan pilihan yang manusia boleh pilih untuk cara hidupnya. Dalam ayat 4:60 Allah berkata – walaupun ada manusia mengaku mereka percaya kepada KitabNya – tetapi memilih untuk berhakim dengan mengunakan sumber-sumber selain dari Kitab Allah – mereka itu adalah pengikut-pengikut Thaghut. Dan mereka menjalankan cara hidup mereka untuk Thaghut.

Sedangkan dalam ayat 2:256 sesiapa yang menjalankan Cara Hidupnya Untuk Allah mengikut KitabNya dan menolak kitab-kitab Thaghut – mereka berpegang kepada kebenaran seperti berpegang kepada tali Allah yang teguh dan ianya tidak akan putus.

Yang anehnya ramai manusia diseluruh dunia ini berpendapat Islam itu sebagai agama perampas hak-hak asasi manusia dan ianya penuh dengan paksaan. Tetapi mereka yang beranggapan seperti ini telah tersalah anggap diantara Agama Arab yang menyamar sebagai Islam dan petunjuk-petunjuk sebenar yang digariskan dalam Kitab Allah sebagai satu Cara Hidup ketenteraman. Pemilihan untuk mengikuti Cara Hidup yang ditetapkan oleh Allah terletak kepada hamba-hambaNya; dan ianya “Tidak ada paksaan”. Dalam kebebasan ini pembaca harus mengunakan lojik dan hikmah mereka sndiri untuk menapis samada satu-satu cara hidup itu tulin atau palsu. Apa jua pilihan mereka ianya akan menentukan samada mereka berjalan menaiki kelas pertama atau kelas ketiga didunia ini sehinggalah mereka sampai ke hari akhirat.

Bagi mereka yang memilih untuk menjalankan cara hidup mereka Untuk Allah kebebasan yang diberi kepada hamba-hambaNya tidak terbatas kepada kebebasan untuk memilih jalanNya saja – malahan kebebasan yang diberiNya termasuk kebebasan bersuara, kebebasan untuk berfikir, kebebasan memberi pendapat, dan kebebasan untuk meluahkan perasaan. Bagi mereka yang percaya kepada Allah dan pembawa UtusanNya – mereka diseru untuk berfokus cara ikhlas dan kepada apa yang mereka bersetuju untuk jalan yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan pembawa utusan Allah telah berkata:

“Tuhanku memerintah dengan adil dan fokuslah perhatian kamu disetiap sisi persetujuan itu dan berdoalah cara ikhlas kepadaNya sebagai cara hidup sebagaimana Dia menciptakan kamu – bagitulah kamu akan dikembalikan.” (7:29)

Sambil itu Allah memberitahu dalam kebebasan kita, apa saja pilihan yang dibuat oleh kita – ianya akan menerima akibat atau reaksi mengikut ketetapan-ketetapan sistemNya.

“ Apa saja menimpa kamu dari kebaikan – maka ianya adalah dari Allah. Dan apa saja menimpa kamu dari bencana – maka itu adalah dari dirimu sendiri. Dan Kami utuskan kamu kepada manusia sebagai rasul – dan cukuplah Allah menjadi saksi.” (4:79)

Sebaliknya pula, bagi mereka yang memilih untuk menjalankan cara hidup mereka untuk Thaghut – kesemua hak-hak kebebasan ini akan dirampas dari mereka – dan mereka akan dikenakan hukuman mengikut ketetapan-ketetapan Thaghut mereka seperti: Mana-mana pengikut mereka yang menolak apa yang telah ditetapkan oleh penjaja-penjaja agama mereka - mereka akan dihukum bunuh. Sesiapa dari pengikut-pengikut mereka yang membantah hukum-hukum mereka dianggap sebagai murtad, sesat dan sebagainya – dan sesiapa tidak melakukan ritual-ritual yang ditetapkan oleh Thaghut mereka – mereka akan dikenakan hukuman. Di Malaysia misalnya, pengikut-pengikut ajaran Thaghut akan diarak diseluruh Bandar sekiranya mereka tidak berpuasa. Di Iran pengikut-pengikut Thaghut akan dihukum rejam dengan batu sehingga mati bagi penzina-penzina. Dan sepertima yang disebut dalam sura 4 ayat 79: “Apa saja menimpa kamu dari bencana – maka itu adalah dari kamu sendiri.” Dan itulah bencana-bencana yang ditanggung oleh mereka apabila mereka memilih cara hidup untuk Thaghut-Thaghut mereka."

Dalam lain kata, walaupun setiap individu itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk dijadikan carta perjalanan mereka, Allah telah mengariskan dengan jelas diantara yang benar dan yang salah, dan peraturan Emas berlaku atau the golden rule applies. Allah hanya memerintah dengan adil.

Samada seseorang itu pilih cara hidup yang ditetapkan oleh Allah atau tidak - tiada siapa dimuka bumi ini diberi kuasa untuk membuat sebarang hukum atas mereka – sebab kesemua itu adalah urusdan Allah semata-mata:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman – kemudian mereka tidak percaya – kemudia mereka beriman – kemudian mereka tidak percaya – kemudian bertambah ketidak-percayaan mereka – Allah tidak akan memberi keampunan kepada mereka – dan tidak pula memeberi mereka jalan untuk petunjuk itu.” (4:137)

Islam yang ditetapkan Allah dalam Al Quran amatlah jauh beza dengan Islam yang dijual oleh penjaja-penjaja agama Arab – apabila mereka menghukum orang-orang yang murtad dengan hukum bunuh – sedangkan Allah sendiri tidak menghukum sesiapa melainkan Dia tidak akan beri sebarang jalan kepada mana-mana individu yang murtad kepada petunjukNya. Kebebasan yang diberi Allah kepada kesemua manusia dimuka bumi ini – adalah mutlak – dan inilah hak-hak asasi yang termaktub dalam KitabNya. Malangnya kebanyakan manusia dimuka bumi ini sanggup membenarkan pemikiran mereka dibelenggu dengan kepercayaan agama – lalu mereka dibebankan dengan cara hidup yang ditetapkan oleh pemimpin-peminpim agama yang menjadi tuhan-tuhan mereka.

No comments:

Post a Comment