tag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post7946879901881100438..comments2023-03-03T03:59:38.465-08:00Comments on kaabahituberhala: Sejarah Adalah Penting (3)Baca Quranhttp://www.blogger.com/profile/07869520444566405452noreply@blogger.comBlogger13125tag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-4662028729902990092011-07-31T16:53:13.816-07:002011-07-31T16:53:13.816-07:00Salam BQ,
Betul, ada 2 kali Allah sebut ,mengenai...Salam BQ,

Betul, ada 2 kali Allah sebut ,mengenai hudud didalam 65:1. Maafkan saya di atas hal berkenaan.

Cuma saya amat berharap agar ada satu terjemahan lengkap oleh saudara BQ sepertimana Othman Ali menterjemah agar kita dapat berbincang dengan membuat rujukan kepada satu rujukan yang dipersetujui bersama.

Ini kerana ketika mula-mula berinteraksi dengan shabat berAlQur'an pada peringkat awal selalu timbul perbezaan pemahaman akibat membaca terjemahan yang berlainan, ini pada pandangan saya tidak membawa hikmah yang sewajarnya.

Oleh kerana saya lemah dalam bahasa Arab dan juga tidak berapa mahir dalam bahasa Inggeris, maka saya bergantung penuh kepada terjemahan dalam Bahasa Melayu dan saya yakin jika terjemahan lengkap dapat di suburkan oleh saudara BQ tentunya perbincangan kita lebih lancar.

Namun saya sudah lama meyakini:

Bisimillahirrohmanirrohim
(23:97) Rabbi aAAoothu bika min hamazati ashshayateen
(23:98) WaaAAoothu bika rabbi an yahduroon

2:139
Qul atuhajjoonana fee Allahiwahuwa rabbuna warabbukum walana aAAmalunawalakum aAAmalukum wanahnu lahu mukhlisoon.

**Lana A'maluna
**Lakum A'malukum

Jadi saya juga berkesimpulan bahawa hubungan kita dengan Allah adalah bersifat individual. Maka setiap apa yang saya komen juga adalah berbentuk individu dan tidak akan saya pertanggungjawabkan kepada siapapun termasuklah BQ dan aidid safar. Itu jelas.

Berbincang dengan BQ di premis BQ juga bukan bermakna saya hendak mempertikai sesiapa, tetapi hanya ingin berbincang setiap apa yanbg di perkatakan oleh BQ dengan cara penuh hikmah.

**Sekadar cadangan.....Prohttps://www.blogger.com/profile/10596375436967642902noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-61575421686325976842011-07-23T11:48:03.416-07:002011-07-23T11:48:03.416-07:00Salam Pro,
Kita tidak perlu percaya apa yang dika...Salam Pro,

Kita tidak perlu percaya apa yang dikatakan oleh Aidid Safar atau sesiapa pun berkata. Kita harus semak dan baca apa yang dikatakan oleh mereka. Saya percaya mungkin Sdr telepas surah 65:1 yang mempunyai perkataan "Hu-du-dul-lah" sebanyak 2 kali.

Terima kasih.Baca Quranhttps://www.blogger.com/profile/07869520444566405452noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-67453884248965195192011-07-23T09:30:42.174-07:002011-07-23T09:30:42.174-07:00Salam to BQ,
Setelah membaca untuk kali pertama, ...Salam to BQ,

Setelah membaca untuk kali pertama, saya masih dalam proses memahami isi kandungan terjemahan konspirasi arab. Namun saya menemui satu perkara yang saya fikir kita boleh bincangkan disini iaitu mengenai hudud Allah atau had-had atau batasan Allah (seperti yag penterjemah menterjemah).

Adakah Aidid Safar atau penterjemah yang menyimpulkan ada 14 kali perkataan hudud atau had-had Allah disebut dalam ALQuran, sedangkan saya hanya menemui 13 kali iaitu:

2:187(1X), 2:229(4X), 2:230(3X), 4:13(1X), 4:14(1X), 9:97(1X), 9:112(1X), 58:4(1X) dan 65:1(1X).

Manakala kesimpulan penulis bahawa semua perkataan hudud hanya terbatas kepada masaalah rumahtangga, saya pula berpendapat sebaliknya, iaitu hudud Allah sebenarnya lebih luas skopnya, iaitu terdiri dari segala jenis bentuk perintah, larangan, kebenaran(permit), anjuran dan aturan-aturan oleh Allah.

9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah(berkhidmat), orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud(merendah diri pada Allah), orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

Namun saya bersetuju sebahagian besar ayat berkaitan hudud Allah fokuskan kepada munakahah.

Allah AlA'laam....Allah diSanjung.Prohttps://www.blogger.com/profile/10596375436967642902noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-62643087957177362112011-07-23T09:10:00.553-07:002011-07-23T09:10:00.553-07:00Salam kepada semua,
Saya cukup suka dengan "...Salam kepada semua,

Saya cukup suka dengan "Apa yang saya sedar ialah orang yang paling kuat belajar "agama" merupakan orang yang paling sombong di atas dunia ini. Mereka tidak mampu berfikir (atau mungkin disebabkan ego) di luar kotak. Dia berasa bahawa dia sahaja yang suci berbanding orang lain."

Mana mungkin mereka mengaku, kerana jika mereka mengaku, maka hilanglah mata pencarian mereka, kerana kerjaya itulah yabg paling senang...hanya bermodalkan air liur tanpa air peluh...Prohttps://www.blogger.com/profile/10596375436967642902noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-9514028312870020432011-07-18T05:56:33.912-07:002011-07-18T05:56:33.912-07:00Pernah saya berkata kepada seorang sepupu (seorang...Pernah saya berkata kepada seorang sepupu (seorang pengawai KAGAT) tentang batu empat segi di tanah Arab itu. Mula-mula dia terdiam, kemudian melenting dan terus menuduh saya sebagai seorang anti-hadis.

Saya bertanya apa sebenarnya di dalam batu empat segi itu? Dia menjawab dengan menuduh saya sebagai anti-hadis secara berterusan tanpa menjawab soalan saya itu.

Apa yang saya sedar ialah orang yang paling kuat belajar "agama" merupakan orang yang paling sombong di atas dunia ini. Mereka tidak mampu berfikir (atau mungkin disebabkan ego) di luar kotak. Dia berasa bahawa dia sahaja yang suci berbanding orang lain.

Saya lihat parti-parti politik Melayu baik yang berkopiah atau bersongkok - sama sahaja kerana masing-masing mahu membuktikan, "Parti aku lebih Islamik berbanding parti kau!". Akibatnya bangsa Melayu berpecah dan menjadi lemah.

Saya harap blog ini akan diakses oleh pemimpin2 parti Melayu baik berkopiah atau bersongkok tidak lama lagi supaya mereka sedar akibat perbuatan mereka yang selama ini tidak mengikut jalan Allah.Mat Guyverhttps://www.blogger.com/profile/02558121144616070390noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-48560214955764723932011-07-16T10:56:13.187-07:002011-07-16T10:56:13.187-07:00Saya keluarkan komen merah_s sebab beliau belum ja...Saya keluarkan komen merah_s sebab beliau belum jawab samada dalam Quran ada atau tidak Allah beri perintah kepada Nabi Muhammad untuk "Sembah Batu" sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Melayu. (Sila baca komen beliau dalam bab Sejarah Adalah Penting (2).

Beberapa tahun lalu arwah Datuk Baharum semasa dia menjadi Mufti Selangor tanya saya "Adakah Nabi Muhammad Sembah Batu juga?" Lalu saya tanyakan dia - "ada atau tidak dalam Quran Allah perintah Nabi Muhammad supaya dia "Sembah Batu" sepertimana orang-orang Melayu lakukan". Dia tak mahu jawab - tiba-tiba dia tukar topic dan bertanya soalan lain.

Itulah penyakit orang-orang "Sembah Batu". Bila mereka tidak boleh jawab - mereka tukar topik lain.Baca Quranhttps://www.blogger.com/profile/07869520444566405452noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-18899471311773225852011-07-16T10:26:33.097-07:002011-07-16T10:26:33.097-07:00Salam,
Di antara penyebab utama sesuatu kaum amat...Salam,

Di antara penyebab utama sesuatu kaum amat sukar meninggalkan kepercayaan tradisi mereka kerana kepercayaan mereka itulah "modal" untuk merasakan diri mereka lebih baik daripada kaum-kaum lain (perkara untuk mereka berbangga diri).

Macam orang Melayu, mereka bukannya hebat dalam bidang-bidang ilmu sains dan teknologi. Bab ekonomi pun lemah. Jadi apakah cara untuk mereka merasakan diri mereka lebih bagus daripada kaum-kaum lain. Agama tradisi itulah modal mereka.

Perumpamaan mereka seperti iblis tiada modal nak membuktikan dirinya lebih baik daripada Adam. Maka dijadikan unsur ciptaannya (api) sebagai modal untuk berbangga diri.

Diuji dengan penentangan oleh kaum kerabat dan masyarakat terhampir, itu adalah lumrah bila kita nak kembali kepada Kitab Allah. Jika Nabi-nabi pun diuji semata-mata kerana mereka berpegang teguh pada Kitab Allah, takkanlah kita tidak akan diuji dengan situasi yang sama? Daripada ujian itulah terbuktilah seseorang itu benar-benar percaya kepada Allah atau tidak.Juanghttps://www.blogger.com/profile/13519908553689926080noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-43698184745356759062011-07-15T01:18:40.546-07:002011-07-15T01:18:40.546-07:00This comment has been removed by a blog administrator.arizWanmerahshttps://www.blogger.com/profile/02407384074787546856noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-50276624260132440682011-07-14T16:55:38.197-07:002011-07-14T16:55:38.197-07:00Salam Mat Guyver,
Sesiapa pun yang dibuka hatinya...Salam Mat Guyver,

Sesiapa pun yang dibuka hatinya untuk memahami Al Quran - mereka akan teruja (excited) dan tidak sabar-sabar untuk menyampaikan berita gembira yang mereka temui kepada orang-orang yang terdekat.

Untuk memahami Al Quran bukanlah satu perkara yang mudah. Selagi Allah tidak membuka hati seseorang itu - selagi itulah dia tidak akan
faham apa yang ada dalam Kitab Allah. Itulah sebabnya Allah berkali-kali menyebut:

"Aku beri petunjuk kepada siapa yang aku kehendaki - dan Aku sesatkan siapa yang Aku kehendaki."

Orang-orang yang baru faham Quran sangka orang lain akan gembira sepertimana mereka gembira - malangnya Maha Pencipta kita lebih megetahui kesemua hamba-hambaNya.

Dia mengetahui segala apa yang mereka lahirkan atau apa yang mereka sembunyi dalam hati mereka.
Jadi Dia akan mengunci hati, mata, dan pendengaran orang-orang yang harus dikunciNya - ini termasuklah orang-orang Arab atau orang-orang Melayu atau kaum kerabat atau sahabat-sahabat kita yang terdekat.

Kita hanya boleh kenal mereka apabila mereka melenting semasa kita cuba menceritakan kepada mereka tentang ayat-ayat Allah.

Selagi Allah tidak membuka kunci-kunci ini - selagi itulah mereka tidak akan menghargai petunjukNYa. Masalah mereka adalah dengan Allah - bukan dengan kita. Tiada siapa yang boleh tolong mereka.

Jadi tindakan orang-orang terkunci hati, mata, dan pendengaran yang menentang orang-orang yang cuba memakmurkan ketetapan-ketetapan Allah dalam Quran - memang wajar. Ini termasuklah mereka yang mengaku diri mereka lebih mengetahui tentang agama. Mereka tidak percaya Allah juga boleh kunci hati, mata, dan pendengaran mereka.

Apabila saya berkata "Orang-orang Melayu Sembah Batu" - itu bukanlah satu ejekan. Ianya adalah satu (statement of facts) atau kenyataan yang nyata dan ianya satu kebenaran. Saya telah cuba menguna bahasa yang lebih halus untuk menyampaikan mesej yang sama. Tapi ramai pula yang tak faham - dan tidak kurang pula ada yang buat-buat tak faham.

Apabila hati kecil seseorang itu diusik untuk menyedarnya dengan kebenaran - mereka menganggapnya sebagai "ejekan". Ini semata-mata untuk menutup malu dari perbuatan-perbuatan bodoh mereka. Mereka tahu "Sembah Batu" sememangnya kerja bodoh - tetapi - siapa yang sanggup mengaku dirinya bodoh? Tambahan pula mereka telah melakukan kerja-kerja bodoh ini berpuluh-puluh tahun lamanya. Apakah lagi orang-orang yang mengajarnya - lagilah nampak bodoh!

Apabila mereka tidak dapat memberi alasan kepada perbuatan-perbuatan bodoh mereka - jalan yang paling mudah ialah dengan mencaci, memaki hamun, menghukum, dan melabel orang lain.

Sdr Mat Guyver, saya telah melalui ujian-ujian yang lebih hebat dari saudara. Apabila kita yakin Allah ada bersama-sama kita (memanglah tak nampak) - tiada siapa yang boleh mencederakan tubuh badan kita.Baca Quranhttps://www.blogger.com/profile/07869520444566405452noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-3366965610036271592011-07-14T02:30:33.600-07:002011-07-14T02:30:33.600-07:00Salam,
Bapa nabi Ibrahim pun tidak diberikan petu...Salam,

Bapa nabi Ibrahim pun tidak diberikan petunjuk oleh Allah apatah lagi ahli keluarga kita. Saya bukan setakat dipulaukan ahli keluarga malah saudara mara dan sahabat handai.

Pernah saya diancam dicederakan seorang kenalan apabila saya mengejek batu berbentuk kiub itu serupa dengan patung Dewa Murugan di Batu Caves.

Walaupun saya dipulaukan tetapi Tuhan tetap memberi rezeki kepada saya untuk terus hidup. Yang paling penting saya berasa sangat gembira dan tenang selepas berlepas diri dari apa yang orang-orang Melayu kita sembah dan puja.

Semuanya akan kembali hanya kepada Allah.Mat Guyverhttps://www.blogger.com/profile/02558121144616070390noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-81796454873004934482011-07-13T20:12:00.143-07:002011-07-13T20:12:00.143-07:00Salam Pro, Kospirasi Arab terhadap Islam diterjema...Salam Pro, Kospirasi Arab terhadap Islam diterjemahkan oleh seorang hamba Allah dari Indonesia.

Sebagai orang Malaysia, banyak perkataan-perkataan dalam terjemahan tersebut saya kurang faham. Walaubagaimanapun apabila saya berpeluang untuk download buku Mental Bondage dari website aididsafar.com, saya membuat keputusan untuk menterjemahkannya ke Bahasa Malaysia dalam blog ini.

Saya akui, ada diantara tulisan Aidid Safar saya sengaja mengubahsuainya supaya ianya lebih mudah difaham oleh pembaca-pembaca dari Malaysia. Saya berbuat demikian mengikut apa yang faham dari pembacaan Al Quran dan pengalaman saya sebagai seorang bekas sunni.

Saya percaya kalau saya boleh tinggalkan ajaran-ajaran karut yang penuh dengan cerita-cerita dongeng dan perasangka, saya pastinya ada orang lain juga boleh berbuat demikian sekiranya mereka sanggup mengunakan minda yang dianugerah oleh Pencipta kita.

Saya tahu ianya amat berat untuk kita tinggalkan satu kepercayaan yang disemat oleh nenek moyang sejak kita dilahirkan - tambahan pula kita hidup dalam satu komuniti yang berpegang kepada satu agama sejak beberapa keturunan.

Saya bersyukur apabila saya lihat Nabi Ibrahim sanggup menyisih kaumnya apabila dia berkata kepada mereka:

"Sesungguhnya kamu mengambil selain dari Allah berhala-berhala itu hanya untuk memelihara pertalian diantara kamu dalam kehidupan didunia - kemudian pada hari kebangkitan kamu akan melepas diri dari sesama kamu - sambil mengutuk diantara satu dengan yang lain....." (29:25)

Saya ambil pelajaran dari sejarah Nabi Ibrahim dan beberapa tahun lalu saya buangkan segala kepercayaan agama saya yang diajar oleh ibu bapa dan ustaz-ustaz saya. Walaupun saya disisih (ostracized) oleh bangsa sendiri - saya tidak pernah menyesal - malahan - saya bersyukur kepada Allah kerana mengasingkan saya dari orang-orang Melayu yang menyembah "Batu".Baca Quranhttps://www.blogger.com/profile/07869520444566405452noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-51917451596611016322011-07-13T18:03:42.320-07:002011-07-13T18:03:42.320-07:00Salam BQ,
Saya juga selalu tertanya-tanya mengapa...Salam BQ,

Saya juga selalu tertanya-tanya mengapa bila kita bawa kepada mereka ayat-ayat ini, mereka terus menolak. Ini termasuk keluarga dan ibu saya.

Anehnya dia selalu pula berdoa meminta pintu hatoi(kalbu) saya di buka kepada kebenaran apabila saya berbincang dengan beliau mengenai AlQur'an. Lalu saya berpedoman dengan kisah Nabi-nabi yang rata-rata tidak berjayapun merubah kepercayaan mereka terhadap perintah Allah yang sebenar. Allah AlAleem.
Allah disanjung.Prohttps://www.blogger.com/profile/10596375436967642902noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6470768068236894839.post-25688082844169293412011-07-13T17:54:13.667-07:002011-07-13T17:54:13.667-07:00Salam,
Maafkan saya, apabila membaca terjemahan y...Salam,

Maafkan saya, apabila membaca terjemahan yang saya percaya diterjemah oleh orang Indonesia dan tentunya sedikit sebanyak menampakkan perbezaan dari segi struktur ayat maka saya berasa agak sukar sedikit untuk memahami tiap patah perkataan yang digunakan, tetapi saya tetap sabar membaca terjemahan berkenaan.

Cuma sedikit terkilan kerana penterjemah meletakkan salam yang bukan dari salam mengikut AlQur'an yang menjkadi kontradik dengan pengaluan penulis sebenar bahawa dia(Aidid Safar) mengambil masa puluhan tahun untuk mengkaji kembali ayat-ayat AlQuran dan bagaimana orang Arab telah merubah-rubah makna sebenar ayat-ayat AlQur'an walapun masih dalam bahasa Arab lagi. Sedangkan kalau mengikut teks asal Aidid Safar, tiadapun ungkapan Assalamualaikum pada chapter Konspirasi Arab.

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

Allah diSanjung.Prohttps://www.blogger.com/profile/10596375436967642902noreply@blogger.com